WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Azmin Ali: Malaysia tidak akan capai sasaran pertumbuhan 6% pada 2011 dan 2012
- Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara?
- Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti!
- Syarikat Filipina beli ekuti Esso-KERAGUAN MENGENAI PELABURAN DARI SYARIKAT YANG TERBABIT DENGAN MINUMAN BERAKOHOL
- Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda
- Video Makan Malam DUMC Jelas Bercanggah
Azmin Ali: Malaysia tidak akan capai sasaran pertumbuhan 6% pada 2011 dan 2012 Posted: 19 Aug 2011 06:15 PM PDT Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap pada suku kedua tahun 2011 menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot kepada hanya 4% (berasaskan tahun ke tahun), iaitu kadar paling perlahan semenjak suku keempat tahun 2009. Unjuran kadar pertumbuhan KDNK tahunan yang lebih realistik adalah di antara 4.5% - 5.0% bagi tahun 2011 dan 5.0% - 5.5% bagi tahun 2012, iaitu di bawah sasaran 6%. Malah, Gabenor Bank Negara sendiri telah meramalkan bahawa pertumbuhan KDNK tahunan bagi tahun 2011 adalah hampir 5% iaitu nilai yang lebih rendah dari julat ramalan Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 5.0% - 6.0%. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara? Posted: 19 Aug 2011 06:14 PM PDT Isu FBC Media: Wang rakyat untuk propaganda atau kepentingan negara?
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti! Posted: 19 Aug 2011 06:12 AM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Aug 2011 01:34 AM PDT KERAGUAN TIMBUL APABILA IKUITI YANG MEMBABITKAN SAN MIGUEL INI KERANA IANYA DI KAITAN DENGAN PRODUK MINUMAN BERAKOHOL SEDANGKAN KAKITANGAN ESSO MALAYSIA 70% ADALAH MELAYU ISLAM...San Miguel: from beer to oilPETRON CORP...MIRZAN MAHATHIR ANTARA PENGARAH URUSAN-DAN PENGGABUNGAN AIR ASIA DAN MAS MENYAKSIKAN TAN SRI WAN AZMI KEMBALI.INI SEMUA BERKAITAN DENGAN DAIM ZAINUDDIN DAN MAHATHIR MOHAMMAD DAN AMAT MENARIK UNTUK DIAJI AKAN PERANAN MEREKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN DI MALAYSIA.Other Board Members on Board*
San Miguel strikes deal for Malaysian oil assetsBusinessWorld Online - 1 day ago Following wire reports that an agreement had been reached, San Miguel issued a statement saying that its board of directors had approved the purchase of ... SMC Upgrading For Malaysian Acquisition Manila Bulletin San Miguel Corporation : SMC buys EXXON Mobil's downstream oil ... 4-traders (press release) SPEKULASI mengenai syarikat yang bakal mengambil alih 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd daripada ExxonMobil International Holdings Inc (EMIH) terjawab apabila konglomerat Filipina, San Miguel Corp muncul sebagai pembelinya. Bersandarkan harga semasa saham Esso Malaysia, penjualan 65 peratus ekuiti itu sepatutnya pada harga kira-kira RM760 juta. Namun, difahamkan faktor utama EMIH melepaskan 65 peratus ekuitinya itu kepada San Miguel pada harga lebih rendah itu berikutan kesediaan syarikat Filipina itu membuat pelaburan tambahan di kemudahan penapisan minyak Esso Malaysia di Port Dickson, Negeri Sembilan pada masa depan. Kemudahan itu kini mengeluarkan pelbagai produk termasuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), bahan api jet, minyak tanah dan lain-lain bahan berasaskan petroleum. Ketika ini, konglomerat Filipina itu terbabit dalam perniagaan tenaga, telekomunikasi, infrastruktur serta pengeluaran minuman beralkohol. Ia turut memiliki syarikat pemasaran dan penapisan minyak terbesar di Filipina menerusi penguasaan 68 peratus dalam Petron Corporation. Esso Malaysia dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, penjualan ekuiti itu akan menyediakan peluang yang unik buat San Miguel meluaskan portfolio perniagaan pemasaran dan penapisan minyaknya, di luar Filipina. "San Miguel juga turut berada dalam landasan terbaik dan berpotensi untuk meraih manfaat dalam operasi bahagian penapisan minyak sedia ada Esso Malaysia yang sudah di naik taraf kepada segmen produk nilai tambah. "Menerusi 560 stesen runcit di Malaysia, Esso Malaysia juga dijangka terus memberikan pendapatan stabil dalam pasaran sedang berkembang," katanya. EMIH melantik Maybank Investment Bank (Maybank-IB) sebagai penasihat bagi melaksanakan penjualan berkenaan. Serentak tawaran pengambilalihan itu, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan EMIH untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan Exxon-Mobil Borneo Sdn Bhd membabitkan jumlah AS$403.979 juta (RM1.2 bilion). SPA yang dimeterai San Miguel dan EMIH itu bagaimanapun bergantung kepada beberapa syarat, termasuk kelulusan daripada kerajaan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda Posted: 19 Aug 2011 01:34 AM PDT PETALING JAYA 19 OGOS : Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana jabatannya membelanjakan dana persekutuan yang diperuntukkan setelah rekod menunjukkan bajet jabatannya meningkat secara drastik dalam tempoh 3 tahun. Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata peningkatan perbelanjaan lebih daripada empat kali ganda di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini seolah- olah mencerminkan pentadbiran Najib boros dalam menguruskan dana awam. "Peruntukan perbelanjaan untuk pembangunan JPM membolehkan Perdana Menteri meluluskannya dengan kuasa yang dia ada, berbeza dengan perbelanjaan atau pembayaran perbendaharaan lain yang mana mesti melalui pemeriksaan menteri yang lebih ketat. "Rakyat berhak untuk mengetahui dengan tepat apa dan kemana JPM telah membelanjakan begitu banyak wang," katanya. Sebagai rekod, bajet pembangunan daripada RM7.2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah meningkat kepada RM29.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pertambahkan dana sebanyak RM22.4 bilion itu disifatkannya keterlaluan dan boleh dimanfaatkan kepada lebih banyak program yang memberikan hasil kepada rakyat secara langsung. Bercakap kepada pemberita hari ini selepas siri Diskusi Jawatankuasa Alternatif Bajet Pakatan Rakyat, Chin Tong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata Pakatan Rakyat mencadangkan agar bajet kepada JOM dikurangkan sebanyak RM 5 billion dan lebihan dana yang berjaya diselamatakan, akan diserapkan untuk dana persekutuan yang lain. "Kita katakan bahawa bukannya memberi wang kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri hendaklah memastikan bahawa semua jabatan mendapat jumlah perbelanjaan yang mencukupi dan membelanjakannya dengan bijak," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Video Makan Malam DUMC Jelas Bercanggah Posted: 19 Aug 2011 01:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Satu video yang didakwa diambil semasa makan malan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu telah menunjukkan percanggahan dengan apa yang dinyatakan oleh para pegawai gereja itu bahawa majlis tersebut tidak mempunyai kaitan dengan agama. Namun, video selama enam minit itu yang kini hangat tersebar di internet sejak awal minggu ini telah menunjukkan seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang umat Islam memberitahu para hadirin bahawa makan malam tersebut mengenai didikan Islam yang diterimanya dan bagaimana beliau telah tertarik kepada agama Kristian. Di babak mula video tersebut, lelaki tersebut, yang nampak awal 40-am, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dibesarkan dalam suasana keIslaman yang penuh berdisiplin, dengan menyatakan bahawa beliau disuruh melakukan banyak perkara ibadah Islam tambahan, tapi tidak memahami mengapa ia dilakukan, termaksud maksud al-Quran yang dibaca, termaksud yang sudah diterjemahkan. "Jadi saya hanya baca (Quran) secara membuta-tuli tanpa memahami maksudnya sebenar," video tersebut menunjukkan lelaki tersebut sedang memberikan ucapan di atas pentas, sementara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cuba memasuki dewan makan tersebut. "Adik-beradik saya dan seluruh ahli keluarga dibesarkan untuk menjadi umat Islam yang sangat berdisiplin, jadi kita lakukan semua perkara, solat dan doa tambahan, puasa tambahan, doa tambahan dan segala-galanya tambahan [ketawa]. "OK yang mengenai keluarga saya .." beliau teruskan, sebelum video memfokuskan kepada rundingan antara para pegawai Jais dengan pengelola makan malam tersebut di pintu masuk dewan. "Tiada Muslim… saya tidak tahu" Seorang wanita pula kelihatan menafikan bahawa terdapat beberapa umat Islam yang hadir dalam majlis makan malam tersebut ketika disoal pegawai Jais. "Ini function sebagai Muhibah… nyanyi-nyanyi lagu… Kita pun ada orang Muslims kerja di sini menyapu…" kata beliau. "Bagaimana pula di dalam?" soal pegawai Jais. "Saya tak tahu, tapi saya rasa tiada umat Islam di dalam dewan. Semuanya Kristian," jawab beliau. "Sekiranya ada umat Islam, bagaimana? Boleh anda bagi jaminan?" soal pegawai Jais itu lagi, di mana wanita tersebut menjawab beliau bukan pengelola. Pada masa ini, terdapat seorang wanita yang berpakaian baju kurung kuning dengan nama tag "Sophia" telah bersuara menjelaskan bahawa wanita terbabit adalah tetamu beliau, dan beliau adalah pengelola makan malam tersebut. Para pegawai Jais turut menunjukkan beberapa keping kertas yang menunjukkan jadual majlis makan malam tersebut, dan menuntut untuk mengapa lagu 'Alhamdulilah' dan 'Allahu Akbar' disenaraikan. Menjawab persoalan ini, Sophia menjawab bahawa dua perkataan tersebut hanya bermaksud, "Puji kepada Tuhan" dan "Tuhan maha berkuasa". Sebelum itu, Harapan Komuniti, sebuah organisasi amal, mendakwa bahawa majlis itu ialah 'makan malam kesyukuran' untuk meraikan golongan miskin dari semua kaum. Presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) Datuk Mohd Zaman Khan Rahim Khan, yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah juga dipetik sebagai berkata majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti itu dianjurkan Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC di premis itu. Manakala, Jais yang kini diserang bertubi-tubi oleh beberapa kumpulan kerana menyerbu majlis makan malam tersebut, tegas menafikan bahawa serbuan berlaku. Sementara itu, usaha PAS untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada Jais dan DUMC juga tergendala apabila kedua-dua pihak meminta parti Islam tersebut untuk menangguhkan pertemuan tersebut. DUMC telah meminta PAS untuk menangguhkan perjumpaan atas alasan liputan media yang terlalu meluas. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
3 ulasan:
Paleo delicious gluten, dairy or sugar that could be
grown or hunted. It's the new rage right now, people are starting to see the changes very quickly. Trans fatty acids found in margarine, some salad dressing, deli meats, pork sausage, salami, chicken skin, turkey skin, pepperoni, spam, lamb chops that are fatty. Foods Allowed for paleo The Paleto Diet for athletes is a great advocate of fresh foods.
Also visit my weblog ... kingmvxspsuar.skyrock.Com
In February 2011, JC Penny gained thousands of new
inbound links as a result of this, the site name will
flow better and look better to both human audiences
and the search engines. With the enormous popularity of video, businesses cannot
afford for their content marketing plan to be missing
this key google strategy. The bots or crawlers of these search engines to find your competitors.
My web page: http://erealestatenewjersey.com/groups/michael-business-beginners/
Your weight, age, job, qualifications and so on are all single elements
which reflect a part of the healing process. At the same time, there is only one course of action.
Isolating yourself can lead to discontent and disconnection among couples.
A lot of people in long-term find me a husband are tempted to cheat, and it is
simply not going to send". There's a barrier in find me a husband. So it did Monica was 'Bun' short for Bunny Rabbit to him.
Also visit my blog post; how to have a boy friend
Catat Ulasan