WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PATI Halau Imam, Rampas Surau?
- Jangan Politikkan Isu Larangan Bacaan Ayat Suci Al Quran
- NAK BAKAR..TAK JADI BAKAR LAK..
PATI Halau Imam, Rampas Surau? Posted: 14 Aug 2011 04:22 AM PDT PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai 'Imam Bertauliah' di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya. |
Jangan Politikkan Isu Larangan Bacaan Ayat Suci Al Quran Posted: 14 Aug 2011 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR 14 OGOS: Larangan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di masjid dan surau di Pulau Pinang pada awal pagi tidak harus dijadikan isu politik memandangkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Beliau melahirkan kekesalannya apabila ada pihak yang memperbesar-besarkan perkara ini dan mengelirukan umat Islam yang kurang memahami ajaran Islam yang sebenar. "Ini adalah satu daripada keindahan Islam sebenarnya. Yang kurang disedari oleh kebanyakan umat Islam, mereka menyangka itu sebahagian daripada ibadah. "Walhal ada nas dari pada hadis nabi yang meminta supaya kita tidak meninggikan suara ketika membaca al-Quran dan menggangu orang-orang lain,"jelasnya lagi. Terdahulu mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan bekas pemegang jawatan itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan persetujuan di atas keputusan yang diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) melarang bacaan ayat suci al-Quran dipasang menggunakan pembesar suara pada waktu pagi di masjid dan surau. Menurut Dr Juanda, amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. "Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa," kata beliau dipetik dari portal Malaysiakini. Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. "Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang. "Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh,"katanya. Dalam perkembangan terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu. "Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita semalam. |
NAK BAKAR..TAK JADI BAKAR LAK.. Posted: 14 Aug 2011 03:02 AM PDT DAH SENANG JADI PENAKUT RUPANYA...DULU MEMANG MAMAT NI ANTARA YANG HEBAT MEMPERJUANGKAN ANWAR.....KINI DITINGGALKAN SAHABAT KARIBNYA SELAKU MANTAN KETUANYA ...... Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad. Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk "membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad. Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat. Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam". |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan