Ahad, 14 Ogos 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Isu gereja: Kembali kepada sirah Nabi

Posted: 14 Aug 2011 09:16 PM PDT

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam.
Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut  agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.
Read More / Baca Lagi >>

Warga asing: Jual kerakyatan untuk kekal kuasa

Posted: 14 Aug 2011 09:13 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak kerajaan meneliti semula prosedur mengeluarkan sijil kerakyatan kepada warga asing yang kini mereka berada di Malaysia sudah mencecah jutaan orang.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, maklumat yang dikeluarkan amat mengejutkan iaitu seramai lebih 29,000 orang warga asing telah dilulus kerakyatan dalam tempoh 3 tahun yang lalu.
"Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia, kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosioekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno, DEB dan Melayu Tanjung

Posted: 14 Aug 2011 09:11 PM PDT

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".
Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.
"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Apaaaa.... Najib Dah Murtad...????

Posted: 14 Aug 2011 09:02 PM PDT

Gua dan beberapa orang blogger Pakatan Rakyat baru2 ini mendapat maklumat dari Blogger berbayar umPORno bahawa diorang diminta oleh pimpinan atasan untuk memainkan isu yang boleh memburukkan imej Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Katanya (blogger umPORno), nak tak nak... duit dah ambil terpaksalah buat cerita berdasarkan input yang diberikan dengan olahan masing2.... perghhhh.. jahat sungguh permainan puak2 umPORno laknat nih....

Isu yang perlu di mainkan adalah berkaitan perkauman dan agama, nampaknya Blogger Anak Sungai Derhaka telah mendedahkan maklumat tersebut terlebih dahulu. Takpa bro... kita belasah diorang sekor persekor... apa diorang ingat rakyat malaysia dengan sewenangnya boleh di perbodohkan.... Bodoh sungguh pimpinan umPORno nih..... terima kasih Ronald Reagan kerana perkenalkan internet... muakakakaaaa....

Lu orang boleh baca di sini Blog ASD, gua malas hak menaip panjang2... letih aarrr... melayan kerenah mehnah puak2 penchachai nih.... lagipun gua tak berbayar macam puak2 tuuuu... kah...kah...kah....
Read More / Baca Lagi >>

Gay Bermaharajalela di Malaysia..

Posted: 14 Aug 2011 08:59 PM PDT

Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini 'kekasih' sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.
"Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwin dengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan.
"Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal. Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai, dekat sini, Ahad.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Catching up with Hata Wahari

Posted: 14 Aug 2011 08:56 PM PDT

SILA TANYA DIA INI ...APA ITU PERKOSA..!!!

Posted: 14 Aug 2011 08:54 PM PDT



nota:
apakah pandangan
sami velu dalam hal ini
apakah sami veloo setuju
kah kah kah




PERKASA AMBIL ALIH TUGAS PAS - meloya

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Merapat Jurang Realiti 1

Posted: 14 Aug 2011 08:52 PM PDT

Oleh:MSK
Tahun 1986 merupakan United Nation's International Year of Peace. (Tahun Keamanan Antarabangsa). Pada tahun tersebut, aku berada di Bangladesh dan berkhidmat dengan sebuah NGO disana yang dikenali sebagai Gono Unayan Prochesta (GUP). Dalam bahasa Melayunya boleh la dipanggil Inisiatif Pembangunan Rakyat.
GUP diasaskan oleh sekumpulan aktivis masyarakat yang menentang Presiden Hossein Mohamad Ershad pada masa itu yang cukup terkenal dengan rasuah. Aku dapat peluang untuk berkhidmat dengan GUP melalui Naserudden Ahmed, seorang bekas aktivis pelajar yang disingkir dari University Dhaka yang aku jumpa semasa satu program di University Thammasat, Bangkok.
Read More / Baca Lagi >>

Pada 'perkasa': boleh belahlah......pada si-kambing umnGoK: semacam perli kat boss hang aje.....

Posted: 14 Aug 2011 08:47 PM PDT

Perkasa mahu ambil alih peranan PAS?

Habaq kat Encik Berahinnng dan kuda-kuda tungganganya......boleh jalanlah atau boleh belahlah atau payyyyyrrraaahhh.

si-kambing umnGoK kat PAS sudah dayus.

Berat tu.

Kalau si-kambing umnGoK tu ambilkira makna kamus Dewan Bahasa.....ia membawa makna hina dan keji.....tapi kalau diambilkira makna dalam Islam, dayus selalunya dikaitkan dengan neraka......sebagai contoh kalau si suami membiarkan isteri serta anak-anaknya tidak menutup aurat dan bergaul bebas dengan lalaki bukan mahram sementelah lagi bersentuh-sentuhan seperti berjabat-tangan sementelah lagi jika berpeluk-pelukan......aduhai.....
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu Upah Queen Elizabeth RM50.00 Untuk Pakai Baju Kuning...Huhu!!

Posted: 14 Aug 2011 08:46 PM PDT


Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50
Ogos 14, 11 9:07am

Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Rusuhan di UK dan perhimpunan aman Bersih

Posted: 14 Aug 2011 08:44 PM PDT

Oleh Muhammad Zir

15 OGOS – Menyamakan rusuhan di United Kingdom baru-baru ini dengan perhimpunan aman Bersih 2.0 merupakan satu tindakan yang amat dangkal dan menyimpang dari konsep sebenar demokrasi.
Apa yang berlaku di UK itu pada hakikatnya bermula apabila polis telah menembak mati seorang berketurunan kulit hitam kerana disyaki terlibat dengan sindiket mengedar dadah. Segelintir penduduk tempatan membantah tindakan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Dan BN Pembela Islam?

Posted: 14 Aug 2011 08:42 PM PDT

"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. Read More / Baca Lagi >>

Kenali pejuang Islam palsu di Malaysia

Posted: 14 Aug 2011 08:39 PM PDT

Ayat ke-44
اتأمرون الناس بالبر و تنسون انفسکم و انتم تتلون الکتب افلا تعقلون
Artinya:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ?Tidakkah kamu berakal?



Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam. 
Read More / Baca Lagi >>

Kes Tajuddin: DAP mahu SC bertindak ke atas GLC

Posted: 14 Aug 2011 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos - DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Sekuriti (SC) bertindak terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah diarah agar menggugurkan kes saman berbilion ringgit ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli memandangkan telah gagal mendedahkan butiran perkembangan tuntutan pihaknya ke atas bekas pengerusi eksekutif Malaysian Airlines (MAS) itu.
Setiausaha Publisitinya Tony Pua berkata, arahan Putrajaya supaya menarik balik tuntutan mereka seharusnya telah didedahkan dengan segera kepada Bursa Malaysia memandangkan tuntutan saman dan kes saman balas melibatkan berbilion ringgit.
"Lembaga Pengarah syarikat-syarikat ini seharusnya dengan segera menyatakan pendirian mereka berikutan surat daripada (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri (Aziz) bagi membolehkan para pelabur khususnya pemegang saham minoriti mempertimbangkan opsyen pelaburan mereka," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

There are options available to save Chinatown

Posted: 14 Aug 2011 08:28 PM PDT

The proposed MRT line need not necessarily run under Jalan Sultan/Petaling Street as there are other alternate routes available, says Moaz Yusuf Ahmad.

By Moaz Yusuf Ahmad

The members of The Association for the Improvement of Mass-Transit (Transit) have been following the MRT proposal since it was mooted (in fact even earlier than that).
One of our biggest complaints about public transport projects is that we have public displays, not public consultation.
In the case of the MRT project (or any other railway) must follow certain "fixed points" (many of which are also put in place without public consultation) and the operator is only required to share the "optimal" alignment with the public.
Read More / Baca Lagi >>

Strategi PRU 13: Pakatan Rakyat sasar hubungan Najib-Muhyiddin

Posted: 14 Aug 2011 08:26 PM PDT

Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat kini mensasarkan untuk meretakkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Strategi terbaharu PR ini mengeksploit spekulasi sikap dingin Muhyiddin terhadap gagasan 1 Malaysia yang berbau liberal dan pendirian lebih tegas timbalan perdana menteri itu terhadap kepentingan Melayu. 

Isu Melayu dan hubungan antara kaum menjadi isu paling sukar dihadapi Najib sejak menjadi perdana menteri, sehingga mendorongnya membawa gagasan 1 Malaysia yang bertema inklusif dan liberal. 
Read More / Baca Lagi >>

‘Money-laundering’ probe hangs over Musa

Posted: 14 Aug 2011 08:25 PM PDT

A Sabah BN leader is of the view that the MACC is allowing 'current leaders involved in corruption' to run free.
KOTA KINABALU: The Liberal Democratic Party (LDP), a Sabah Barisan Nasional coalition component, wants the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to speed up its money-laundering investigation involving Chief Minister Musa Aman.
Lending credence that a snap general election may be announced soon, LDP deputy president Chin Su Phin said the troubling matter should be settled before Prime Minister Najib Tun Razak calls for national polls.
Chin used the recent announcement by MACC that it had launched an investigation against Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, as the reason for making the call, although it is widely known that LDP is out of step with the Musa administration and is likely to be shunned during the horse-trading for seats in the run-up to the election.
Read More / Baca Lagi >>

Doa 40 alim sudah memadai kabulkan perjuangan Bersih?

Posted: 14 Aug 2011 08:23 PM PDT

Oleh Lanh
MENJELANG Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, seorang rakan begitu ghairah bercerita mengenai fenomena kuning termasuklah ketika sarapan pada suatu hari di sebuah restoran mamak.
Seorang pengunjung (pemuda) tak dikenali disapanya, dan kedua-duanya terus 'ngam' bercerita mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas mereka yang memakai kemeja-T Bersih berwarna kuning. Si rakan tadi merungut baju-T kuning di ampaian flet kediaman turut diambil pihak berkuasa. Entah benar, entah tidak dakwaannya tidaklah saya ketahui.
Read More / Baca Lagi >>

Surat terbuka kepada pengurusan Felda dari Genarasi kedua Felda..

Posted: 14 Aug 2011 08:22 PM PDT


Menyambut 1 Syawal di kampung halaman. Suasana itu sungguh menggamit perasaaan setiap insan. Walaubagaimanapun perasaan itu terpaksa dipendamkan oleh kesemua Pengurus Tanah Rancangan Felda dek kerana tugas memberi ucapan raya pada pagi 1 Syawal.
Sudahlah pengurus-pengurus ini berhempas pulas mengagihkan bantuan raya kepada para peneroka pada bulan Ramadhan, mereka juga dinafikan hak untuk meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta di kampung halaman dek kerana 'tugas 10 minit' tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Kemarahan Rakyat : Jangan sampai saya kirim air kencing pada PM

Posted: 14 Aug 2011 08:15 PM PDT


"JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga

yang telah menunjukkan aksi agak berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Read More / Baca Lagi >>

Dulu Khairy, kini Rosmah Mansor jahanamkan UMNO

Posted: 14 Aug 2011 08:13 PM PDT

Rosmah Mansor kini dilihat pemerhati dalaman Umno-APCO sebagai liabiliti buat
BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13, dan mesti disingkirkan
secepat mungkin. Muhyiddin sedang bersiap-siap untuk menjadi Perdana Menteri
di kala teori RAHMAN bukan lagi "kiblat" Umno-APCO
 ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembe lian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor .

Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isuisu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

Posted: 14 Aug 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak kerajaan sahaja.
"Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai 'undi simpanan tetap' Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

SPR dianggap lebih Umno dari Umno

Posted: 14 Aug 2011 08:08 PM PDT


KOTA BHARU, 15 Ogos: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada pada hari ini tidak mendapat kepercayaan awam, bahkan dalam tindak tanduk mereka dianggap 'lebih Umno' daripada 'Umno'.
Bahkan keadaan itu, mengikut dakwaan  Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk' Wan Abdul Rahim Abdullah (gambar) menyebabkan SPR sangat memalukan oleh kerana 'tidak mendapat kepercayaan awam'.
"Dan ini bercanggah dengan Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah masa melantiknya itu memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya 'yang mendapat kepercayaan aswam'.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan SPR macam Pak Pandir

Posted: 14 Aug 2011 08:08 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada," bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Goyang : Selepas dua tahun jadi PM, Najib bergerak dari ‘tengah ke kanan’

Posted: 14 Aug 2011 08:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Seri Najib Razak, yang menerajui tampuk kepimpinan sejak April 2009, berhadapan dengan risiko dilihat menjauhkan diri daripada pendirian sederhana atau pertengahan jika beliau gagal menunaikan inisiatif pembaharuan dan terus cuba "memuaskan" anggota sayap kanan.
Penganalisis-penganalisis mendakwa Najib (gambar) sudah mula bergerak daripada kedudukan pertengahan beliau sejak menjadi perdana menteri dan tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar-dasar sehingga seolah-olah menggambarkan penyandang sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah contoh Perdana Menteri didakwa kini memihak dalam memenuhi kehendak sayap kanan dan juga ahli-ahli dalam Umno sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: