WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- HA..HA...INGAT BUDAK BUDAK UMNO KA...HANG BIAQ BETOI RAIS
- Kebangkitan Rakyat : London Rakyat Mengamuk, Tapi Malaysia Polis Mengamuk
- PAS Kepada Jais : Bawa Bukti Ke Mahkamah Jika Muslim Dimurtadkan
- Kecelaruan Daftar Pemilih : PAS Mohon Campur Tangan YDPA
- DAP : BN Tak Tahu Beza Rusuhan, Himpunan Aman
- Bersih 2.0 : SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah
HA..HA...INGAT BUDAK BUDAK UMNO KA...HANG BIAQ BETOI RAIS Posted: 13 Aug 2011 07:53 PM PDT Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan. "Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam. Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri. |
Kebangkitan Rakyat : London Rakyat Mengamuk, Tapi Malaysia Polis Mengamuk Posted: 13 Aug 2011 07:44 PM PDT KUALA LUMPUR 14 OGOS : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyelar tindakan beberapa pihak yang cuba menyamakan antara Himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom. Mohamad merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan Bersih 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di Kota London sekarang. Menurut Mohamad, rusuhan di UK berbeza dengan gerakan menuntut perubahan secara aman di Malaysia dan diakui sendiri oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron bahawa rusuhan London tidak berkaitan politik. "Saya tak tahu Timbalan KPN ini. Di London rakyat mengamuk. Di Malaysia polis mengamuk. "PM Britain sendiri kata rusuhan tidak kena mengena dengan politik," kata Mohamad ketika ditanya Tv Selangor pada sidang media di Ibu Pejabat PAS semalam. 4 Ogos lalu, ribuan rakyat memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London. Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai. Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain. Dalam posting di laman web Facebooknya beberapa hari lalu, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan. Menurut Mohamad situasi ini amat berbeza dengan demonstrasi di negara ini. Beliau mengakui polis boleh menggunakan kekerasan mereka dalam rusuhan tetapi bukannya dalam himpunan aman. "Saya sendiri berulang kali sebut jangan terbalikkan walau satu pasu bunga pun. "Di sini tidak ada langsung berlaku kebakaran, terbalikkan kereta, pecah kereta atau (rosak) harta awam. Patutnya polis hadapi himpunan aman secara aman," tegas beliau lagi. Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mendakwa ada peserta himpunan Bersih 2.0 yang diupah RM50 untuk memakai baju berwarna kuning. Merujuk kepada tragedi di London, beliau berkata, polis di negara luar tidak teragak-agak melakukan kekerasan demi menegakkan undang-undang sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar. "Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," beliau dipetik sebagai berkata. Terdahulu DAP turut membidas kegagalan pemimpin Umno-BN dalam menyamakan rusuhan dan sebuah perhimpunan aman. Menurut setiausaha organisasi DAP, Teresa Kok, Bersih 2.0 adalah sebuah perhimpunan aman yang jelas matlamatnya dan bukanlah seperti yang didakwa pemerintah selama ini. "Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis. "Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. "Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi," katanya dalam satu kenyataan media. |
PAS Kepada Jais : Bawa Bukti Ke Mahkamah Jika Muslim Dimurtadkan Posted: 13 Aug 2011 07:42 PM PDT KUALA LUMPUR 14 OGOS : PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim. Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam. Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam. "PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran. "Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami)," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik petang semalam. "Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor," kata Mohamad. Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa. Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, "tidak." Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang, lapor portal The Malaysian Insider. Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini. Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap. "Kami menghormati keputusan mereka," kata Mustafa. Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini. Ketika ditanya sama ada keputusan semalam akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian. "Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan," katanya lagi. Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama. Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu. |
Kecelaruan Daftar Pemilih : PAS Mohon Campur Tangan YDPA Posted: 13 Aug 2011 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR 13 OGOS : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mengambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menjalankan tugas mereka bagi memastikan daftar pemilih bersih dan tidak dicemari penipuan. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan pendedahan media yang dilakukan beberapa minggu ini membuktikan betapa daftar pemilih yang disediakan diragukan kesahihannya tetapi terus dinafikan oleh SPR. "Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang. "Oleh itu kita harap YDPA campurtangan segera dan ambil tindakan terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kerana gagal jalankan tugas," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini. SPR kini dibelenggu pelbagai kontroversi seperti isu 'Mismah', status MyPR bertukar kepada pemegang MyKad dalam tempoh beberapa jam dan banyak lagi. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut menambah betapa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff dan Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar seringkali bertindak menyebelahi kerajaan Umno-BN. "SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya," ulas Mat Sabu. Apapun, menurut beliau, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia. "Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara. "Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," tegas Mat Sabu lagi. |
DAP : BN Tak Tahu Beza Rusuhan, Himpunan Aman Posted: 13 Aug 2011 01:20 AM PDT KUALA LUMPUR 13 OGOS : Percubaan pemimpin BN dan Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menyamakan rusuhan di United Kingdom dengan himpunan aman Bersih 2.0 di Malaysia tidak masuk akal, kata setiausaha organisasi DAP Teresa Kok. "Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah pihak polis. "Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. "Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.," katanya dalam satu kenyataan media, semalam, lapor Malaysiakini. Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan. "Oleh itu kenyataan Hishammudin bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman Bersih 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah. "Ia menunjukkan bahawa beliau tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK," kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh. Pekakkan telinga Katanya, beliau kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri itu yang masih cuba menafikan hakikat di sebalik beratus-ratusan rakaman video membuktikan polis menggunakan kekerasan keterlaluan telah dimuatnaikkan ke internet untuk tontonan ramai. "Hishammuddin masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan polis. "Sehingga hari ini, sebulan telah pun berlalu, Hishammuddin dan polis masih gagal membentangkan laporan keganasan polis kepada orang ramai. "Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan polis segi siasatan terhadap anggota polis sendiri?" soalnya. Sehubungan itu, Kok meminta Hishammuddin supaya mengambil iktibar daripada cara kerajaan dan polis UK mengendalikan keadaaan rusuhan yang sebenar. Perbezaan di UK dan KL Kok kemudiannya menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur. * Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound; * Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota; * Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas; * Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin; * Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan "molotov cocktail" untuk mencederakan orang awam; * Di KL, penyokong Bersih 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata; * Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis; * Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta Bersih 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu. * Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari. * Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.-Malaysiakini |
Bersih 2.0 : SPR Lebih Berminat Pertahan Kedudukan Pemerintah Posted: 13 Aug 2011 01:17 AM PDT KUALA LUMPUR 13 OGOS : Jawatankuasa Pemandu Bersih melahirkan kekecewaannya atas respon balas yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit tuntutan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Dalam satu kenyataan media semalam, Bersih mendakwa SPR dilihat secara terus-menerus memberikan ulasan yang memudaratkan muafakat kerjasama ke arah pilihan raya yang lebih adil sebaliknya lebih "beria-ia mempertahankan parti pemerintah". Malah menurut kenyataan media itu lagi, jawatankuasa itu sangat kecewa dengan cara Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang didakwanya terus mengambil pendekatan konfrontasi melampau dan tidak produktif. "Kami telah menyatakan berulangkali bahawa matlamat Bersih 2.0 adalah sistem pilihan raya yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia, bukannya untuk memburukkan mana-mana institusi atau mempromosikan sebarang agenda politik," katanya. Menurutnya, Bersih 2.0 hanya berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih. "Sekiranya BN atau mana-mana parti menang melalui pilihan raya yang bersih dan adil, maka matlamat kami telahpun tercapai," tegas kenyataan itu lagi. Sehubungan itu, Bersih berpendapat SPR dan Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi awam dan "bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik". "Ulasan terkini yang dibuatnya, mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat 'non-partisan' SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai. "Membuat kritikan politik merupakan tugas seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik, dan bukannya tugas timbalan pengerusi SPR," tambah kenyataan itu. Berikutan itu, katanya, Bersih 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar, yang dikesan pada daftar pemilih seperti "skandal Mismah". Perkara itu, menurut gabungan NGO itu, mendedahkan perkembangan membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya. "Masalah daftar pemilih lain termasuk kejadian pengundi bernama 'Kg Baru', penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya. "SPR sepatutnya memberi perhatian untuk membetulkan masalah ini dengan segera dan bukannya mempertahankan serta menjadikan perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi. Mengenai isu pengesahan biometrik, katanya, Bersih 2.0 memandang serius laporan terbaru bahawa pihak polis sedang menyiasat penyelewengan sistem biometrik yang digunakan untuk mendokumentasi pekerja asing. "Lebih tepat lagi, ianya merupakan kelemahan yang akan membolehkan penipuan pilihan raya secara besar-besaran sekiraya hanya sistem biometrik sahaja digunakan untuk mencegah pengundi hantu. "Kami masih belum mendengar hujah-hujah meyakinkan tentang kenapa kaedah dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan lebih berkesan tidak patut dipakai," tambahnya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan