SharpShooter |
- Kenyataan Media Exco Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang isu pembesar suara sebelum Subuh..
- Rumah ibu Ketua Amk Putrajaya terbakar
- Jangan lepaskan peluang keemasan ini...
- Yb Ong Chin Wen bersahur bersama penduduk flat Bayu Mutiara
Kenyataan Media Exco Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang isu pembesar suara sebelum Subuh.. Posted: 12 Aug 2011 02:28 AM PDT Kenyataan Media Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011 PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana. Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini. Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara. Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud… "Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis) Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam. Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini. Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama. |
Rumah ibu Ketua Amk Putrajaya terbakar Posted: 12 Aug 2011 01:12 AM PDT Rumah ibu kepada Sdr. Firdaus Sobri, Ketua AMK Putrajaya & Naib Ketua AMK Wilayah hangus terbakar sebentar td di Kelantan. Kpd semua kawan2 yg prihatin bolehlaa menghulurkan bantuan meringankan beban ibu beliau sempena Aidilfitri yg bakal menjelang. Bantuan boleh dihulurkan terus ke akaun Maybank atas nama "Firdaus Sobri" : 1641 4600 4344... Beliau boleh dihubungi di talian(0192562446).. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Jangan lepaskan peluang keemasan ini... Posted: 11 Aug 2011 07:12 PM PDT |
Yb Ong Chin Wen bersahur bersama penduduk flat Bayu Mutiara Posted: 11 Aug 2011 06:53 PM PDT Alhamdulillah.... selesai solat Maghrib, Isyak dan Terawikh serta Witir, penduduk flat Bayu Mutiara bergotong royong menyediakan jamuan untuk bersahur. Kaum muslimat tidak ketinggalan turut bergotong royong menyediakan jamuan untuk sahur. Jam 4.00 pagi, YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah tiba di dewan flat Bayu Mutiara, penduduk mengadakan bacaan doa selamat sebelum bersahur, YB Ong turut bersama dalam majlis tersebut, cumanya beliau berdoa caranyalah agaknya... Yb Ong Chin Wen turut diberi peluang berucap sepatah dua kata..antara ucapannya... "walau pun saya bukan seorang yang beragama Islam, tetapi saya percaya bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang suci dan mulia...dari segi kesihatan, saya yakin puasa adalah baik untuk kesihatan....saya ucapkan selamat bersahur dan selamat berpuasa...." Yb Ong Chin Wen sejak belum menjadi Wakil Rakyat, beliau akan turut serta dalam program Jejak Fakir sejak dari tahun 2004. Menariknya beliau turut berpuasa bersama kami dan beliau hanya akan makan ketika kami semua berbuka puasa selepas seharian menjelajah ke seluruh negeri Pulau Pinang. Itulah YB Ong Chin Wen yang sharpshooter kenal ketika melantiknya menjadi ajk AMK Negeri Pulau Pinang. YB Ong Chin Wen turut memberi sumbangan peralatan memasak kepada penduduk flat Bayu Mutiara. Wanita yang berbaju kuning itu adalah Shafiqah Shobha, Pengerusi Persatuan Penduduk flat Bayu Mutiara. Penduduk menikmati kuadah bersahur bersama Yb Ong Chin Wen. Ketua Pemuda PAS Batu Kawan, Mohd Sofi turut hadir bersahur bersama YB Ong Chin wen. Berbaju Melayu putih - Abang Ahmad Husin, Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan turut hadir bersahur. Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan semoga bertemu malam lailatulqadar...amin... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan