Khamis, 11 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


Saman fitnah pemimpin PAS: Mingguan Watan diarah bayar RM1.4j

Posted: 11 Aug 2011 02:23 AM PDT

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan ahli exco Datuk Husam Musa serta Datuk Anuar Tan Abdullah berjaya dalam saman fitnah mereka ke atas akhbar berbahasa Melayu, Mingguan Watan.

NONESehubungan dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam juga memerintahkan mereka diberikan pampasan sebanyak RM470,000 setiap seorang.

Keputusan itu dibuat berikutan artikel yang diterbitkan oleh Mingguan Watan pada edisi 21- 27 Disember 2008 yang bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK' yang didakwa memfitnah ketiga-tiga pemimpin itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Husam berkata artikel itu mendakwa "Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.

"Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd," petik artikel itu.

NONEDalam saman itu, wartawan M Goenawan Mohamed, ketua pengarangnya Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, penasihat sidang pengarang Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, dan penerbit akhbar itu Naluri Teratai Sdn. Bhd, serta pengedarnya Tristan Media Distributors dinamakan sebagai defenden.

Menurut Husam (kiri), berikutan penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah telah menghantar surat dan memberi notis untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.

Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 telah menyiarkan bahawa pihaknya tidak perlu memohon maaf.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Belum ada petunjuk bila boleh temu bual memanda menteri najib rosmah

Posted: 11 Aug 2011 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.

"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," kata Karpal.

Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.

Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,

Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.

Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

Sharpshooter - Nak temu bual memanda menteri pun belum ada petunjuk....pilihanraya umum pun belum nampak petunjuk...tetapi yang pasti mat sembab tersenyum kambing hingga ke telinga...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

BERSIH 2.0 - Blogger-blogger pro umporno akan disaman

Posted: 11 Aug 2011 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, Shuhardi Md. Isa bercadang menyaman beberapa penulis blog yang memfitnahnya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama mereka buat masa ini.

Menurut Shuhardi, cadangan untuk menyaman beberapa penulis blog itu dibuat kerana beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, Shuhardi salah seorang peserta himpunan Bersih 2.0 didakwa dimanipulasi sesetengah pihak bahawa beliau adalah allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada 2 Ogos lalu polis telah merakamkan kenyataanya Shuhardi dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.

Jelasnya lagi, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.

"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".
Link
Namun, jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam.

Sharpshooter - Mungkin video inikah yang dimaksudkan Shuhardi?....sama-sama kita tunggu dan lihat...Cuba kita tonton video tvtmatra bertajuk - BERSIH 2.0 - ANUGERAH PELAKON TERBAIK!! - http://1peluru.blogspot.com - suhardi mohd 2 kali mati... dasatttt!!! citernya anda boleh baca di sini



Video di bawah ini pula yang telah "diuploadkan" oleh Iltizam TV - BERSIH 2.0: Kematian Palsu Perbuatan Terkutuk & Angkara Siapa?



Hanya yang KOTOR, PENGOTOR dan MENGOTORKAN yang tidak mahu BERSIH...ini hanya sebahagian video yang memfitnah Shuhardi..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: