Khamis, 11 Ogos 2011

Era Pasca

Era Pasca


PEGAWAI NAJIB dan MENTERI NAJIB SAEKOR GAY...

Posted: 11 Aug 2011 02:15 AM PDT

Semua pasti tidak lupa dengan keghairahan Utusan Malaysia yang memanipulasi maklumat yang didedah wikileak yang kononya mendedahkan kabel sulit US yang mengaitkan Anwar dengan sesuatu yang negatif. Maklumat tersebut yang sejengkal sudah jadi sedepa dipusing Utusan Malaysia.

Namun terbaru laman yang sama wikileak juga telah mendedahkan nota sulit US yang berbunyi :

Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan:


Namun Utusan Malaysia terus senyap dengan tuduhan ini. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

che'GuBard ingin mencabar kepimpinan UMNO atau mana - mana NGO 'tanggungan' regim untuk mendesak pihak berwajib memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini.

Mungkin sahaja US tahu siapa mereka dan mereka ini duduk dikedudukan strategik negara berpotensi untuk diugut apabila tiba masa US atau sekutunya memerlukan sesuatu dari negara.

Rakyat perlu buka mata kerana ini menunjukkan sikap sebenar pemimpin Umno / Bn mahupun agen-agen mereka dalam menangani perkara seperti ini. Bila untung Umno bising bila mereka diserang Umno diam...

Nota tambahan : Teringat Blogger Umno pernah membangkitakan perkara ini dengan membangkitkan seorang Menteri Kabinet dari Johor seorang gay.. (chegu Bard AMK)


AKHIRNYA MUSA HASSAN dan RODWAN BERI ALASAN TAKUT KE MAKAMAH

Posted: 10 Aug 2011 10:14 PM PDT

Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! 

Anda pun pelik! 

 Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja. Kata pihak pendakwaan:
[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin. Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan. Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.
Anda mahu gelak? Silakan! Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? 

Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. 

WOW!!!!!!! Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai! 

ADUHAI!!!!! Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian! Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah! P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai! (DCM)

Pajeri Terung

Posted: 10 Aug 2011 09:11 PM PDT


Bahan-bahan

3 biji terung size sederhana 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 4 biji cili kering 2 sudu makan kerisik 1 sudu makan serbuk kari 1/2 cawan santan sedikit air minyak untuk menumis

Cara-cara

-Bersihkan terung dan potong memanjang
-Panaskan minyak dan goreng terung. Bila terung dah nampak kuning-kuning bolehlah diangkat. -Gunakan kitchen towel, toskan minyak terung.
-Blender bawang merah, bawang putih dan cili kering dgn sedikit air.
-Panaskan kuali, letak 2 sudu besar minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan bahan blender tadi. Goreng sampai terbit bau.
-Campur serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air panas. Biar sekejap sampai nampak garing.
-Campur santan dan air. Biarkan mendidih.
-Campurkan kerisik dan kacau. Biar kuah pekat.
-Letak garam dan gula secukup rasa.
-Tutup api. Terung yang sudah ditos minyak tadi dicampur dalam kuah dan kacau-kacau sedikit. Siap untuk dihidangkan.

DQ:
Selamat try, tetiba pulak nak masak Pajeri Terung, sebab teringatkan masakan kakak.. hehe
Berapa jam lagi berbuka ni? hehe


PARLIMEN ZUL KULIM MAKIN MENJADIK MAKSIATNYA...

Posted: 10 Aug 2011 07:24 AM PDT

Apa nak jadi dengan budak-budak di Kulim ni??
Kulim?? Ni kawasan Zul Kulum tu kan?? apa dia buat? dari sibuk nak jadi saksi kes DSAI lebih baik dia balik Kulim berdakwah kat budak-budak ni..

 KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar fail.

Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu. Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.

Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini. "Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya," katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar. Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

"Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

"Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing," katanya. Sinar Harian
sumber: ASD

 

Tiada ulasan: