SharpShooter |
- Guan Eng "buat gila" dengan 3 juta duit rakyat
- Isu warganegara - B-END sedang jual negara
- Video Pelajar Malaysia Dirompak & Dipukul di London
- SPR - bercakap jujurlah dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak
- Mahasiswa UIAM Berkampung 6 hari 5 malam di Kampung Cerok To'Kun
Guan Eng "buat gila" dengan 3 juta duit rakyat Posted: 10 Aug 2011 01:03 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu. Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut. Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya. Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.) Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP. Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'. "Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini. "Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dam guru Kafa," katanya. Sharpshooter - Sudah-sudahlah Guan Eng..jangan suka bagi najib rosmah marah...kenapa "up" RM100 tu buat apa? Ini boleh mendatangkan marah tau? memanda menteri najib rosmah marah tak? kalau memanda menteri marah..nanti seluruh harta memanda menteri akan dirampas dan akan dilelong...hahaha.. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Isu warganegara - B-END sedang jual negara Posted: 10 Aug 2011 12:41 AM PDT Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara sekaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN. Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi. "Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. "Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,"ujarnya . Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu. Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih. Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya. Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang. Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangi perkara ini. "Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,"ujarnya. Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan. Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.Sementara itu Malaysiakini melaporkan - Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih. Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor Mykad berbeza. Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali. Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor Mykad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553. Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa. Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu. Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan: 1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa) 2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) 3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) 4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa) Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu. Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (Mykad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (Mykad: 620108086713). Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur. Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor Mykad berasingan - 611110015143 and 611110115371. Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini. Sharpshooter - Bulan Ramadhan mendidik umat Islam tentang AMANAH, umat Islam yang berpuasa sudah pasti AMANAH dengan masa berpuasa yang Allah tetapkan. Sekiranya belum cukup seminit pun, umat Islam tak akan makan, begitulah sebenarnya Allah mendidik umatnya tentang AMANAH. Sepatutnya umat Islam dalam bulan Ramadhan lebih AMANAH tentang jawatan yang didudukinya. Negara akan hancur jika pemimpinnya tidak AMANAH. Negara juga akan hancur jika kakitangan kerajaannya juga tidak AMANAH. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Video Pelajar Malaysia Dirompak & Dipukul di London Posted: 10 Aug 2011 12:28 AM PDT SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London. ASYRAF...patah rahang KUALA LUMPUR: "Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London," kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20. Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu. Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka. Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain. "Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf. "Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital. "Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran. "Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana," katanya. Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran. Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital. "Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London," katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa (Infra/myMetro)* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
SPR - bercakap jujurlah dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak Posted: 10 Aug 2011 12:12 AM PDT Tindakan mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi sah di negara ini dianggap menjijikkan dan perilakuan yang tidak boleh diterima oleh rakyat sekali gus menyifatkan kecuaian tersebut sebagai tindakan terdesak merencana undi hantu. Mengulas lanjut perkara tersebut Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencipta sejarah apabila mendaftarkan Kg Baru sebagai pengundi dengan kad pengenalan bernombor 830527115422 serta dilahirkan pada 27 Mei 1983 semakin hilang kredibiliti untuk mengendalikan pilihan raya di negara ini. Malah katanya, tindakan itu juga jelas memperlihatkan kepincangan SPR menzahirkan konspirasi terancang memusnahkan amalan demokrasi di negara ini. "Sekarang ini dia(SPR) sedang merencanakan untuk menzahirkan undi hantu. Undi yang tidak masuk dalam kelayakan. Itu bukan kesilapan, itu perancangan. "Jadi perancangan itu amat menjijikkan dan perlakuan ini adalah perlakuan yang tidak dapat diidentifikasikan dan sekarang baru dapat kita semak," katanya memberitahu Tv Selangor. Justeru itu, alasan SPR dengan memberikan jawapan ia satu 'kesilapan' mahupun 'kecuaian' teknikal badan itu sudah tidak boleh diterima oleh rakyat lagi. Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238. Namun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara. Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.� Sehubungan itu, Abdullah Sani mempersoalkan adakah pendaftaraan Kg Baru sebagai pengundi itu juga disifatkan sebagai 'kesilapan' teknikal badan itu dalam menjamin kemenangan pihak tertentu semata-mata. "Alasan-alasan itu, jawapan 'biasa' yang telah kita lalui sebelum ini dengan begitu lama iaitu kesilapan-kesilapan yang dibuat dan dikatakan perkara ini akan dibaiki, dibaiki tetapi sebenarnya bukan, itu adalah perancangan yang menjijikkan untuk menjahanamkan demokrasi yang sebenar,"tegasnya. "Ini namanya jabatan yang dikategorikan sebagai perencana untuk memusnahkan demokrasi,"ujarnya. Tegasnya, kerana ketidaktelusan SPR itulah rakyat menggesa badan itu agar mengambilkira dan memandang serius lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang dibuat pada 9 Julai lalu di ibu negara. Ujarnya lagi, lapan tuntutan yang dibuat Bersih 2.0 sebelum ini jelas sangat relevan dan berasas. Katanya, adalah wajar untuk SPR mengambil serius pendekatan Bersih 2.0 itu lebih-lebih lagi ketika badan itu kini terpalit dengan pelbagai salah laku yang menjijikkan. "Bersih 2.0 bukan sahaja dikatakan relevan, tetapi kalau hukum yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita, hukum manusiawi ini adalah wajib dan jika tidak buat, berdosa. "Dan ini juga menjurus kepada persoalan, apakah perkara ini akan kita biarkan dan lepaskan Bersih 2.0? saya mencadangkan agar Bersih 2.0 ini diteruskan sehingga kita membersihkan sikap-sikap SPR secara total,"tegasnya. Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh-Timur, Lim Kit Siang menegaskan satu kajian yang terperinci perlu dilakukan segera bagi mengelakkan implikasi besar kepada negara ketika pilihan raya umum ke-13 nanti. "Ini menunjukkan bahawa rekod SPR adalah banyak kesilapan dan penyelewengan yang perlu dibetulkan dengan satu kempen yang dibuat secara keseluruhan. "Dan itulah sebab kenapa kempen Bersih yang mahukan satu pilihan raya yang adil dan bebas." Mengulas lanjut alasan-alasan yang sering kali diberikan SPR berhubung kecuaian badan itu, ini jawapan Kit Siang. "Sampai sekarang SPR tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 malah SPR menafikan bahawa dalam sistem ini ia perlu disesuaikan kerana sebelum ini terlalu banyak timbulnya keraguan pada pandangan dan pendirian SPR itu." Beliau dalam pada itu berkata, jika SPR masih melakukan terlalu banyak kesilapan dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini, satu Suruhanjaya DiRaja harus ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut. "Apa yang timbul mengenai tempat yang didaftarkan sebagai pemilih-pemilih ini mendapat desakan. Perlu ada satu Suruhanjaya DiRaja untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita sebenarnya adil, bebas dan bersih," tegasnya. Jelasnya, satu kajian menyeluruh perlu diadakan bagi menjamin demokrasi di negara ini sekaligus tidak digadaikan dengan begitu mudah. Sementara itu, wakil dari Pas pula, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendesak nama daftar pengundi dibersihkan dengan segera ekoran terlalu banyak bukti ketidakcekapan SPR ditampilkan �oleh bukti-bukti yang wujud melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun. "Satu tindakan segera untuk memastikan perbersihan senarai daftar pemilih perlu diadakan serta dipercepatkan, sebab itu saya selalu mengatakan bahawa parlimen tidak boleh dibubarkan. Pilihan raya tidak boleh dipanggil selagi lapan tuntutan Bersih 2.0 yang antaranya senarai pendaftar pemilih ini tidak disempurnakan oleh SPR,"tegasnya. Dalam pada itu, beliau menambah apa yang lebih membimbangkan kini adalah apabila SPR dijadikan alat oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk bersekongkol dalam meraih undi terdesak hingga sanggup menghalalkan apa jua cara yang dikira boleh menyelamatkan politik kerajaan pemerintrah semata. "Ini satu kes yang baru tetapi kes yang besar lagi ialah tentang pengundi berganda, maknanya ada dua kali nama itu wujud dan yang kedua * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com |
Mahasiswa UIAM Berkampung 6 hari 5 malam di Kampung Cerok To'Kun Posted: 09 Aug 2011 11:00 AM PDT Program yang diberi nama Zoom Penang 2011 ini telah disertai oleh 44 orang siswa-siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) termasuk 3 orang pelajar antarabangsa dari Somalia, Sudan, & Thailand. Program Zoom Penang 2011 yang julung-julung kalinya diadakan ini merupakan anjuran bersama Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP), JKKK Kampung Cherok To'Kun dan 2 kolej kediaman UIAM. Pelbagai program yang merangkumi aktiviti sosial, kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan, sukan rakyat, ceramah motivasi, forum perdana, dialog dan lawatan ke sekitar negeri Pulau Pinang telah dimuatkan pada program kali ini. Berucap pada majlis perasmian, Y.B Dato' Mansor menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa memberi galakan dan menyokong aktiviti seumpama ini. Kerajaan negeri juga dengan tangan terbuka sentiasa menerima pihak IPTA atau IPTS untuk mengadakan aktiviti luar kampus di negeri ini. Beliau juga menasihatkan siswa-siswi supaya dapat menilai sendiri kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh kerajaan negeri kini dan tidak terpengaruh dengan berita tidak baik mengenai Pulau Pinang di media massa. Kesanggupan menjalankan aktiviti seumpama ini di negeri Pulau Pinang memberi petunjuk bahawa mahasiswa kini semakin bijak menilai dan berfikiran terbuka. Laporan -MIB- * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan