shalehudin |
- Dah berapa tan bangkai rakyat telan
- Anwar Ibrahim: Jiwanya tetap bebas
- Najib vs Muhyiddin... kahkahkah...
- Yang cakap betoi jadi salah... bengong betoi Umno nih...
- Saiful pembohong
- Kasut kayu pi jamban jaa... haha...
- Anwar Ibrahim: Jiwanya tetap bebas
- Najib vs Muhyiddin... kahkahkah...
- Retorik BN nak terus berkuasa
- Yang cakap betoi jadi salah... bengong betoi Umno nih...
- Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha...
- Kasut kayu pi jamban jaa... haha...
- Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha...
- Macam tak percaya pulak cerita nih... hihi...
- Saiful the super sperma... kahkahkah...
- Saiful pembohong
- Akhlak para sahabat
Dah berapa tan bangkai rakyat telan Posted: 25 Aug 2011 11:00 AM PDT Pusat sembelih ayam masih tiada sijil halal PERIKSA...Jailani memeriksa ayam yang disembelih dalam operasi, semalam. KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berulang kali diserbu pihak berkuasa dan diberi 'tarbiah', segelintir pemilik pusat pemprosesan ayam di beberapa pasar di sini, berdegil dan enggan membuat permohonan sijil halal. Lebih membimbangkan apabila pelanggan pusat penyembelihan terbabit bukan saja di kalangan peniaga bukan Islam, malah dipercayai turut dibeli pemborong dan peniaga kecil yang beragama Islam. Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi semalam, di Pasar Borong Selayang dan Pasar Jinjang, di sini, yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati selain tidak mempunyai sijil halal, beberapa aspek penyembelihan turut diabaikan. Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, setiap ayam yang disembelih tidak dilakukan pemeriksaan, malah pisau yang digunakan pula tidak dibasuh setiap kali sembelihan. "Sepatutnya setiap ayam yang disembelih perlu diperiksa untuk memastikan ia benar-benar disembelih dan sah mengikut hukum syarak. "Malah, hanya dua tukang sembelih yang bekerja dalam dua jam bagi menyembelih 4,000 ayam," katanya yang turut serta operasi terbabit. Menurut Jailani, tiga pusat penyembelihan yang diperiksa juga mengabaikan aspek kebersihan iaitu kotor dan menjijikkan apabila ayam mati dilonggokkan di atas lantai. Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripada tiga pusat penyembelihan itu menggunakan khidmat tukang sembelih yang bertauliah dan memiliki kad penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi). Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati ayam yang dibekalkan mereka tidak sihat dan mungkin berpenyakit berdasarkan bahagian yang lebam dan hitam. "Permintaan tinggi ketika Ramadan dan menjelang Syawal menyebabkan pengusaha agresif menghabiskan stok ayam sehingga mengabaikan aspek pematuhan halal. "Atas sebab itu, kami mahu menyedarkan masyarakat dan jabatan agama negeri membuat pemeriksaan dan memantau pusat penyembelihan ayam supaya penguasa yang memiliki sijil halal turut mengambil berat," katanya. Operasi itu disertai pegawai Bahagian Pelesenan dan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memastikan penguasa memiliki lesen sah dan mematuhi syarat.- myMetro |
Anwar Ibrahim: Jiwanya tetap bebas Posted: 25 Aug 2011 09:30 AM PDT Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas. Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya. Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya? Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit. Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu. Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu. Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit). Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat. Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu. Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama. Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya. Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambu aji no motoitu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat? Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari siang. Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan. Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua. Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar. Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri. Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan kuasa Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya. Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tubuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan. Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bim jangka dalam poket baju. Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu. Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah. Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwa Anwar akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka http://msomelayu.blogspot.com |
Najib vs Muhyiddin... kahkahkah... Posted: 25 Aug 2011 08:30 AM PDT Najib vs Muhyiddin: Siapa yang akan menang? Dengan Perhimpunan Agung UMNO sedang menghampiri pada akhir tahun ini, penganalisis politik sedang sibuk dengan spekulasi mengenai perebutan kuasa yang mungkin di antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin. Berusia 58 tahun, Najib, anak bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, memasuki arena politik seperti roket terbang tinggi ke bintang-bintang Berbekalkan pendidikan dari University of Nottingham dan pengalaman dalam perdagangan, Najib menjadi timbalan menteri termuda di negara ini apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada usia 25 tahun. Pada umur 29 dia menjadi Menteri Besar Pahang, juga yang termuda di negara ini. Tidak syak bahawa Najib telah melaksanakan dasar-dasar di dalam kerjayanya untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau meningkatkan kerjasama dengan universiti luar negara, membenarkan mereka untuk menubuhkan sekolah sekolah yang menganugerahkan ijazah di negara ini, dengan itu meningkatkan taraf pendidikan tinggi di Malaysia. Sebagai Menteri Pertahanan, beliau telah melaksanakan Khidmat Negara Malaysia, yang mencerminkan latihan Khidmat Negara di negara-negara lain seperti Singapura. Walau bagaimanapun, program itu, walaupun ditubuhkan dengan niat yang terbaik, telah mengalami banyak isu-isu kebajikan, termasuk kematian beberapa belia semasa dalam latihan. Kemasyhuran dan kejayaan awalnya menjadi jejak sejuk sejak itu, dan kita dapati janji awal Najib semuanya pudar. Sejak rampasan kuasa yang agak dramatik untuk mengambil alih kedudukan menteri pendahulunya dari Abdullah Badawi, Najib telah gagal sama sekali dalam menerajui pentadbiran beliau dan mengekalkan sokongan dari rakyat negaranya. Walaupun usaha untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin sederhana, tempoh tiga tahun ini beliau telah berhadapan dengan skandal, rasuah dan yang paling menghancurkan ialah cara pengendalian perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Peristiwa peristiwa ini telah mengusir rasa hormat dan kepercayaan dalam pentadbirannya oleh rakyat Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Sejurus sebelum penyiasatan rasmi ke dalam kes Scorpene pada bulan September, Najib mendapati dirinya dikelilingi oleh kontroversi sekali lagi. Kali ini perhatian tertumpah pada isteri Rosmah Mansor, yang juga terbabit dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2006. cincin RM 24,4 juta yang didakwa membeli dari syarikat Amerika syarikat Jacob & Co telah menimbulkan kemarahan rakyat, mungkin pada takat mendidih. Apabila orang miskin kelaparan, cara mewah FLOM dan ketaatan lemah lembut Najib ke arahnya telah meninggalkan banyak yang diinginkan pemimpin negara kita. Tambahan pula baru baru ini khabar angin bertiup mengenai gangster ganas Kazakhstan dan mengejutkan kepercayaaan rakyat pada Najib yang semakin hilang. Muhyiddin – adakan dia memiliki apa yang diperlukan? Masuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Sebahagian daripada kabinet asal Najib apabila beliau mengambil alih Badawi pada April 2009, Muhyiddin telah membuat beberapa keputusan kontroversi yang telah ditafsirkan sebagai cabaran yang sengaja terhadap dasar Najib dan kesan dalam kepimpinan. Yang paling terkenal antara semua ialah perisytiharan terkenal Muhyiddin bahawa dia adalah "Melayu pertama" dan bukannya "Malaysia pertama", dalam percanggahan langsung untuk platform 1Malaysia Najib. Najib, tidak mempertahankan dasar itu, sebaliknya mempertahankan kenyataan Muhyiddin walaupun diprotes dari menteri-menteri dan rakyat. Pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia, Najib menghujah mengenai isu ini, berkata, "1Malaysia adalah falsafah pembimbing kami. Ia tidak kira apa yang anda katakan, hanya cukup selagi anda ikuti. " Selain dari komitmen acuh tak acuh "1Malaysia" Najib, Muhyiddin juga terkenal dengan sokongan berterusan dan terbuka untuk Utusan Malaysia, yang baru-baru ini telah dipanggil untuk pergerakan "1Melayu, 1 Bumi". Kualiti kepimpinan yang jelas di Muhyiddin sejak permulaan kerjayanya. Dilahirkan di Johor, beliau lulus dari Universiti Malaya di Kuala Lumpur sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha Latihan dan Biasiswa. Pada tahun 1986, beliau menjadi Menteri Besar Johor, dan dalam sepuluh tahun beliau membuat peningkatan yang ketara ke negeri itu. Bapa kepada empat orang, bagaimanapun, menghadapi jalan berbukit dalam UMNO, di mana beliau bertanding dan kehilangan beberapa jawatan termasuk kerusi Majlis Tertinggi dan kedudukan Naib Presiden. Tetapi di mana beliau gagal, Muhyiddin cuba dan cuba lagi, dan akhirnya dia menaiki tangga UMNO mantap daripada naib presiden kepada Timbalan Presiden pada tahun 2009 apabila Najib menggantikan Badawi. Ketekunan dalam mencapai matlamat walaupun kurang daripada kadar kejayaan yang sempurna mungkin mendedahkan watak yang lebih kukuh dan semangat perjuangan yang sangat jelas kekurangan semasa Perdana Menteri kita. Bolehkan UMNO mampu melahirkan seorang presiden yang tidak boleh mendapat kepercayaan orang bukan Melayu? Selaras dengan wataknya, Muhyddin juga terkenal untuk mencabar dan akhirnya jatuh dengan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Sama ada atau tidak ini menunjukkan ketidakupayaan untuk mengikuti dan keperluan untuk kawalan , atau semata-mata kekuatan untuk berdiri untuk cita-cita sendiri belum diketahui. Perpecahan lanjut antara Najib dan Muhyiddin termasuk keputusan Muhyiddin untuk tidak meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , yang didakwa bercanggah dengan idealisasi oleh Presiden Kita dan bekas menteri undang-undang UMNO Zaid Ibrahim Selain itu, menurut beberapa laporan berita, Muhyiddin juga secara terbuka menafikan rancangan Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pemilihan, berikutan Bersih 2.0. Jelas, pengendalian yang lemah Najib terhadap timbalannya telah berjaya untuk terus mencemarkan kepimpinan beliau di mata ramai, dan kini, seperti yang diketengahkan oleh media, dia boleh merasai ubat ubatan sendiri, apabila penganalisis meramalkan penamatan daripada kepimpinan beliau pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, semakin Muhyiddin menjajarkan dirinya dengan akhbar seperti Utusan dan memunjukkan secara jelas bahawa dia adalah " Pertama Melayu ", imej pelampau di barisan hadapan UMNO mungkin akan membuatkan parti itu kehilangan sokongan dari lebih banyak rakyat bukan Melayu, yang sudah pun nipis seperti wafer selepas Bersih2.0. Dengan Muhyiddin sebagai pemimpin bertindak, masa depan parti itu akan tidak menentu pada tahap terbaik, terutama pada masa kebangkitan politik rakyat terhadap hak mereka untuk pertubuhan yang bukan-apartheid. Sebagai sebuah negara yang menuntut keadilan dan politik bukan kaum, kepimpinan Muhyiddin dalam UMNO sama ada akan memusnahkan harapan dan masa depan parti, atau kemungkinan, negara. Walaupun kebimbangan ini, realistik dengan tiadanya penindak barisan hadapan yang lain untuk kedudukan kepimpinan parti dan sokongan yang dikatakan dari bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Timbalan Muhyddin Yassin boleh menuntut kedua-dua gelaran dan kuasa dari Perdana Menteri kita tanpa apa apa sebutan"Tak boleh-lah!". - Malaysia Chronicle |
Yang cakap betoi jadi salah... bengong betoi Umno nih... Posted: 25 Aug 2011 07:30 AM PDT Subky Latif bela Azmil Mustafa Harakahdaily KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa (gambar) bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja. "Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky. Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik." Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja. Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu. Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih. Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah. Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu. Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. |
Posted: 25 Aug 2011 06:30 AM PDT Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. "Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. "Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara.- KD |
Posted: 25 Aug 2011 05:30 AM PDT Sperma tidak mungkin ditemui dalam rektum selepas 90 jam – Sankara (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini menegaskan sekali lagi beliau menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 90 jam selepas ia dibawa ke makmal. Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982. Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi. Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum. Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal. Malah, penemuan yang sama tidak lagi berlaku kerana Dr Wells sendiri sepanjang profesionnya tidak berjaya menemui sebarang sperma selepas lebih 48 jam ia dikeluarkan. "Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum. "Namun, selepas eksperimen itu, tiada lagi sebarang penemuan yang mengesahkan perkara itu. "Satu kes sahaja, tidak mewakili semua kes. "Itu pun dalam eksperimen terkawal," kata Sankara. Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot. Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 90 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku. "Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 90 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin. "Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful)," kata Sankara. |
Kasut kayu pi jamban jaa... haha... Posted: 25 Aug 2011 03:30 AM PDT PAS: Umno layan ulama macam 'terompah kayu' Oleh Syed Mu'az Syed Putra SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti "terompah kayu" dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara. Tegas Ketua Penerangan PAS(gambar) ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara. "Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam. "Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan 'rice cooker', kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik," katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini. Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas. "Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja," katanya. Jelas Tuan Ibrahim, PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu. "Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam. "PAS berpandukan Majlis Syura dan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) duduk dalam Majlis Syura selain dibantu oleh Dewan Ulama PAS," katanya. Jelas beliau, keputusan yang dibuat berdasarkan hukum Islam walaupun terpaksa berdepan dengan risiko hilang sokongan. "Siapa yang nak pandu pemimpin jika bukan ulama. Ulama mesti memandu politik tapi macam mana nak pandu kalau kita tiada pengiktirafan dan kita dalam PAS mengikut syarak walaupun dari segi politik kita rugi, tapi apakah kita nak tanggung dosa. "Sebab itu bagi saya adalah pengiktirafan, ulama bukan orang yang berkepentingan, bukan nak kerusi tapi kalau kita lihat ulama telah buat banyak fatwa tapi tidak dihargai," katanya. Turut menjadi panel wacana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya. Fathul Bari berkata Umno perlu memberikan ruang ulama untuk memainkan peranan selain memerlukan sokongan banyak pihak. "Umno tidak wujud satu badan untuk bawa ulama dalam parti, cuma yang ada adalah biro agama... itu sahaja ada untuk menggerakkan program-program agama, mungkin kita perlukan masa dan tempoh di mana kita dapat membawa ke arah kebaikan. "Dari segi nasihat kita akan terus sampaikan secara berterusan, kalau diberi ruang kita boleh lakukan," katanya yang menyertai Umno tahun lalu. Sementara itu, Harussani berkata golongan ulama boleh menyertai mana-mana parti politik tetapi yang penting ia perlu berlandaskan kepada ajaran Islam. "Saya tidak sokong mana-mana kerana parti hanya menimbulkan perpecahan, kalau saya pergi ke program PAS orang kata saya mufti PAS, bila saya pergi ke Umno kata saya mufti Umno pula. "Saya sudah berkecimpung dalam masyarakat sudah lama dan kena tuduh macam-macam, ada kat saya Umno... ada kata saya PAS," katanya. Jelas beliau, ulama sepatutnya membawa umat Islam dekat dengan Islam bukan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. "Saya tengok gelar-menggelar adalah satu perkara yang haram tapi saya tengok ramai ulama dalam tazkirah kutuk orang lain, ulama patut bawa orang dekat dengan Islam. "Kalau kutuk-mengutuk itu bukan ulama tapi syaitan," katanya. |
Anwar Ibrahim: Jiwanya tetap bebas Posted: 25 Aug 2011 02:30 AM PDT Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas. Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya. Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya? Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit. Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu. Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu. Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit). Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat. Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu. Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama. Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya. Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambu aji no motoitu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat? Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari siang. Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan. Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua. Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar. Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri. Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan kuasa Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya. Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tubuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan. Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bim jangka dalam poket baju. Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu. Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah. Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwa Anwar akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka http://msomelayu.blogspot.com |
Najib vs Muhyiddin... kahkahkah... Posted: 25 Aug 2011 01:30 AM PDT Najib vs Muhyiddin: Siapa yang akan menang? Dengan Perhimpunan Agung UMNO sedang menghampiri pada akhir tahun ini, penganalisis politik sedang sibuk dengan spekulasi mengenai perebutan kuasa yang mungkin di antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin. Berusia 58 tahun, Najib, anak bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, memasuki arena politik seperti roket terbang tinggi ke bintang-bintang Berbekalkan pendidikan dari University of Nottingham dan pengalaman dalam perdagangan, Najib menjadi timbalan menteri termuda di negara ini apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada usia 25 tahun. Pada umur 29 dia menjadi Menteri Besar Pahang, juga yang termuda di negara ini. Tidak syak bahawa Najib telah melaksanakan dasar-dasar di dalam kerjayanya untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau meningkatkan kerjasama dengan universiti luar negara, membenarkan mereka untuk menubuhkan sekolah sekolah yang menganugerahkan ijazah di negara ini, dengan itu meningkatkan taraf pendidikan tinggi di Malaysia. Sebagai Menteri Pertahanan, beliau telah melaksanakan Khidmat Negara Malaysia, yang mencerminkan latihan Khidmat Negara di negara-negara lain seperti Singapura. Walau bagaimanapun, program itu, walaupun ditubuhkan dengan niat yang terbaik, telah mengalami banyak isu-isu kebajikan, termasuk kematian beberapa belia semasa dalam latihan. Kemasyhuran dan kejayaan awalnya menjadi jejak sejuk sejak itu, dan kita dapati janji awal Najib semuanya pudar. Sejak rampasan kuasa yang agak dramatik untuk mengambil alih kedudukan menteri pendahulunya dari Abdullah Badawi, Najib telah gagal sama sekali dalam menerajui pentadbiran beliau dan mengekalkan sokongan dari rakyat negaranya. Walaupun usaha untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin sederhana, tempoh tiga tahun ini beliau telah berhadapan dengan skandal, rasuah dan yang paling menghancurkan ialah cara pengendalian perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Peristiwa peristiwa ini telah mengusir rasa hormat dan kepercayaan dalam pentadbirannya oleh rakyat Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Sejurus sebelum penyiasatan rasmi ke dalam kes Scorpene pada bulan September, Najib mendapati dirinya dikelilingi oleh kontroversi sekali lagi. Kali ini perhatian tertumpah pada isteri Rosmah Mansor, yang juga terbabit dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2006. cincin RM 24,4 juta yang didakwa membeli dari syarikat Amerika syarikat Jacob & Co telah menimbulkan kemarahan rakyat, mungkin pada takat mendidih. Apabila orang miskin kelaparan, cara mewah FLOM dan ketaatan lemah lembut Najib ke arahnya telah meninggalkan banyak yang diinginkan pemimpin negara kita. Tambahan pula baru baru ini khabar angin bertiup mengenai gangster ganas Kazakhstan dan mengejutkan kepercayaaan rakyat pada Najib yang semakin hilang. Muhyiddin – adakan dia memiliki apa yang diperlukan? Masuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Sebahagian daripada kabinet asal Najib apabila beliau mengambil alih Badawi pada April 2009, Muhyiddin telah membuat beberapa keputusan kontroversi yang telah ditafsirkan sebagai cabaran yang sengaja terhadap dasar Najib dan kesan dalam kepimpinan. Yang paling terkenal antara semua ialah perisytiharan terkenal Muhyiddin bahawa dia adalah "Melayu pertama" dan bukannya "Malaysia pertama", dalam percanggahan langsung untuk platform 1Malaysia Najib. Najib, tidak mempertahankan dasar itu, sebaliknya mempertahankan kenyataan Muhyiddin walaupun diprotes dari menteri-menteri dan rakyat. Pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia, Najib menghujah mengenai isu ini, berkata, "1Malaysia adalah falsafah pembimbing kami. Ia tidak kira apa yang anda katakan, hanya cukup selagi anda ikuti. " Selain dari komitmen acuh tak acuh "1Malaysia" Najib, Muhyiddin juga terkenal dengan sokongan berterusan dan terbuka untuk Utusan Malaysia, yang baru-baru ini telah dipanggil untuk pergerakan "1Melayu, 1 Bumi". Kualiti kepimpinan yang jelas di Muhyiddin sejak permulaan kerjayanya. Dilahirkan di Johor, beliau lulus dari Universiti Malaya di Kuala Lumpur sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha Latihan dan Biasiswa. Pada tahun 1986, beliau menjadi Menteri Besar Johor, dan dalam sepuluh tahun beliau membuat peningkatan yang ketara ke negeri itu. Bapa kepada empat orang, bagaimanapun, menghadapi jalan berbukit dalam UMNO, di mana beliau bertanding dan kehilangan beberapa jawatan termasuk kerusi Majlis Tertinggi dan kedudukan Naib Presiden. Tetapi di mana beliau gagal, Muhyiddin cuba dan cuba lagi, dan akhirnya dia menaiki tangga UMNO mantap daripada naib presiden kepada Timbalan Presiden pada tahun 2009 apabila Najib menggantikan Badawi. Ketekunan dalam mencapai matlamat walaupun kurang daripada kadar kejayaan yang sempurna mungkin mendedahkan watak yang lebih kukuh dan semangat perjuangan yang sangat jelas kekurangan semasa Perdana Menteri kita. Bolehkan UMNO mampu melahirkan seorang presiden yang tidak boleh mendapat kepercayaan orang bukan Melayu? Selaras dengan wataknya, Muhyddin juga terkenal untuk mencabar dan akhirnya jatuh dengan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Sama ada atau tidak ini menunjukkan ketidakupayaan untuk mengikuti dan keperluan untuk kawalan , atau semata-mata kekuatan untuk berdiri untuk cita-cita sendiri belum diketahui. Perpecahan lanjut antara Najib dan Muhyiddin termasuk keputusan Muhyiddin untuk tidak meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , yang didakwa bercanggah dengan idealisasi oleh Presiden Kita dan bekas menteri undang-undang UMNO Zaid Ibrahim Selain itu, menurut beberapa laporan berita, Muhyiddin juga secara terbuka menafikan rancangan Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pemilihan, berikutan Bersih 2.0. Jelas, pengendalian yang lemah Najib terhadap timbalannya telah berjaya untuk terus mencemarkan kepimpinan beliau di mata ramai, dan kini, seperti yang diketengahkan oleh media, dia boleh merasai ubat ubatan sendiri, apabila penganalisis meramalkan penamatan daripada kepimpinan beliau pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, semakin Muhyiddin menjajarkan dirinya dengan akhbar seperti Utusan dan memunjukkan secara jelas bahawa dia adalah " Pertama Melayu ", imej pelampau di barisan hadapan UMNO mungkin akan membuatkan parti itu kehilangan sokongan dari lebih banyak rakyat bukan Melayu, yang sudah pun nipis seperti wafer selepas Bersih2.0. Dengan Muhyiddin sebagai pemimpin bertindak, masa depan parti itu akan tidak menentu pada tahap terbaik, terutama pada masa kebangkitan politik rakyat terhadap hak mereka untuk pertubuhan yang bukan-apartheid. Sebagai sebuah negara yang menuntut keadilan dan politik bukan kaum, kepimpinan Muhyiddin dalam UMNO sama ada akan memusnahkan harapan dan masa depan parti, atau kemungkinan, negara. Walaupun kebimbangan ini, realistik dengan tiadanya penindak barisan hadapan yang lain untuk kedudukan kepimpinan parti dan sokongan yang dikatakan dari bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Timbalan Muhyddin Yassin boleh menuntut kedua-dua gelaran dan kuasa dari Perdana Menteri kita tanpa apa apa sebutan"Tak boleh-lah!". - Malaysia Chronicle |
Posted: 25 Aug 2011 12:30 AM PDT Jawatankuasa Khas Parlimen Hanya Retorik Untuk BN Terus Berkuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bertegas tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik Perdana Menteri semata-mata. Bagi DPPM penubuhan jawatankuasa Khas Parlimen yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihanraya umum ke 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihanraya yang sedang dibualkan sekarang. DPPM mahukan kerajaan konsisten terhadap semua 8 tuntutan BERSIH dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat. Jika pilihanraya umum dilangsungkan dalam keadaan Jawatankuasa Khas Parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini? Ini lebih membawa maksud penghinaan terhadap Parlimen itu sendiri. Tidak ada ertinya Pakatan Rakyat (PR) duduk dalam Jawatankuasa Khas Parlimen jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam PRU ke 13 nanti. DPPM mempersoalkan bilakah lagi kerajaan akan melaksanakan reformasi dalam pilihanraya jika pada PRU ke 13 tidak sempat dilaksanakan? Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga PRU ke 14, atau lebih lama dari itu? Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihanraya. Jawatankuasa Khas Parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka. DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana sistem pilihanraya di Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Dengan daftar pemilih yang meragukan, pengundi klon dijumpai dimana-mana, pengundi pemastautin tetap yang mendapat hak kewarganegaraan sekelip mata dan diberikan kelayakan mengundi, serta undi pos yang terdedah tembelangnya dengan beberapa siri pendedahan bekas anggota tentera. Apakah alasan paling konkrit untuk diberikan melainkan reformasi keseluruhan dalam sistem pilihanraya. Rakyat keseluruhannya amat mengharapkan perubahan drastik dan total dalam sistem pilihanraya yang semakin pincang. Sistem pilihanraya di Malaysia sudah tidak dipercayai lagi untuk dijadikan sandaran. Menunggu sehingga selepas PRU ke 13 akan menghilangkan kesabaran rakyat. DPPM bimbang rakyat akan melakukan sendiri reformasi tersebut tanpa menunggu pilihanraya. DPPM mengingatkan kerajaan bahawa zaman retorik politik sudah berlalu kerana rakyat semakin cerdik membaca permainan politik BN. Tiga bulan yang dijanjikan oleh BERSIH masih ditagih dan masa semakin suntuk buat kerajaan BN melakukan usaha. Laksanakan segera reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13 jika tidak mahukan hukuman rakyat dalam BERSIH 3.0. Disediakan oleh RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Yang cakap betoi jadi salah... bengong betoi Umno nih... Posted: 24 Aug 2011 11:30 PM PDT Subky Latif bela Azmil Mustafa Harakahdaily KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa (gambar) bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja. "Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky. Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik." Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja. Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu. Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih. Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah. Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu. Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. |
Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha... Posted: 24 Aug 2011 10:30 PM PDT Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani Harakahdaily KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar)mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti. Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. "Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri. "Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri," katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini. Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah." "Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani. Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi. Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja". Anwar didakwa lagi Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu. Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara. Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik," kata Mallot dalam tulisannya. "Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi. |
Kasut kayu pi jamban jaa... haha... Posted: 24 Aug 2011 09:30 PM PDT PAS: Umno layan ulama macam 'terompah kayu' Oleh Syed Mu'az Syed Putra SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti "terompah kayu" dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara. Tegas Ketua Penerangan PAS(gambar) ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara. "Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam. "Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan 'rice cooker', kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik," katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini. Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas. "Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja," katanya. Jelas Tuan Ibrahim, PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu. "Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam. "PAS berpandukan Majlis Syura dan presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) duduk dalam Majlis Syura selain dibantu oleh Dewan Ulama PAS," katanya. Jelas beliau, keputusan yang dibuat berdasarkan hukum Islam walaupun terpaksa berdepan dengan risiko hilang sokongan. "Siapa yang nak pandu pemimpin jika bukan ulama. Ulama mesti memandu politik tapi macam mana nak pandu kalau kita tiada pengiktirafan dan kita dalam PAS mengikut syarak walaupun dari segi politik kita rugi, tapi apakah kita nak tanggung dosa. "Sebab itu bagi saya adalah pengiktirafan, ulama bukan orang yang berkepentingan, bukan nak kerusi tapi kalau kita lihat ulama telah buat banyak fatwa tapi tidak dihargai," katanya. Turut menjadi panel wacana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya. Fathul Bari berkata Umno perlu memberikan ruang ulama untuk memainkan peranan selain memerlukan sokongan banyak pihak. "Umno tidak wujud satu badan untuk bawa ulama dalam parti, cuma yang ada adalah biro agama... itu sahaja ada untuk menggerakkan program-program agama, mungkin kita perlukan masa dan tempoh di mana kita dapat membawa ke arah kebaikan. "Dari segi nasihat kita akan terus sampaikan secara berterusan, kalau diberi ruang kita boleh lakukan," katanya yang menyertai Umno tahun lalu. Sementara itu, Harussani berkata golongan ulama boleh menyertai mana-mana parti politik tetapi yang penting ia perlu berlandaskan kepada ajaran Islam. "Saya tidak sokong mana-mana kerana parti hanya menimbulkan perpecahan, kalau saya pergi ke program PAS orang kata saya mufti PAS, bila saya pergi ke Umno kata saya mufti Umno pula. "Saya sudah berkecimpung dalam masyarakat sudah lama dan kena tuduh macam-macam, ada kat saya Umno... ada kata saya PAS," katanya. Jelas beliau, ulama sepatutnya membawa umat Islam dekat dengan Islam bukan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. "Saya tengok gelar-menggelar adalah satu perkara yang haram tapi saya tengok ramai ulama dalam tazkirah kutuk orang lain, ulama patut bawa orang dekat dengan Islam. "Kalau kutuk-mengutuk itu bukan ulama tapi syaitan," katanya. |
Orang Umno jangan baca ni takut batai posa... haha... Posted: 24 Aug 2011 08:00 PM PDT Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani Harakahdaily KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar)mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti. Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. "Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri. "Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri," katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini. Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah." "Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani. Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi. Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja". Anwar didakwa lagi Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu. Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara. Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik," kata Mallot dalam tulisannya. "Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi. |
Macam tak percaya pulak cerita nih... hihi... Posted: 24 Aug 2011 07:00 PM PDT Fitnah II: Najib, Rosmah akan hadir ke mahkamah- Peguam (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Fitnah II. Bagaimanapun, Najib mengkehendaki notis yang singkat untuk hadir ke mahkamah, kata Sankara. Perkara itu menurut Sankara dimaklumkan oleh pihak polis kepadanya. "Kalau kita bagi notis dalam masa yang singkat, mereka (Najib dan isteri) akan datang ke mahkamah. "Notis itu akan diberikan kepada polis dan polis akan memaklumkan mereka mengenai kehadiran ke mahkamah," kata Sankara ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah Jalan Duta, pada hari ketiga Anwar membela diri hari ini. Beliau juga mengesahkan notis sapina yang dikeluarkan terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah diterima pasangan suami isteri itu. Najib dan Rosmah sewaktu hadir ke mahkamah secara bersembunyi sebelum ini enggan ditemubual mahu pun menjadi saksi dalam perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang itu. Bagaimanapun, Jumaat lalu mereka diberikan notis sapina oleh peguam Anwar untuk hadir ke mahkamah. Pada Isnin lalu, Peguam Karpal Singh berkata, waran tangkap boleh dilkeluarkan sekiranya Najib dan Rosmah enggan berbuat demikian. Turut diberikan notis yang sama adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof. |
Saiful the super sperma... kahkahkah... Posted: 24 Aug 2011 06:00 PM PDT Sperma tidak mungkin ditemui dalam rektum selepas 90 jam – Sankara (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini menegaskan sekali lagi beliau menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 90 jam selepas ia dibawa ke makmal. Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982. Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi. Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum. Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal. Malah, penemuan yang sama tidak lagi berlaku kerana Dr Wells sendiri sepanjang profesionnya tidak berjaya menemui sebarang sperma selepas lebih 48 jam ia dikeluarkan. "Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum. "Namun, selepas eksperimen itu, tiada lagi sebarang penemuan yang mengesahkan perkara itu. "Satu kes sahaja, tidak mewakili semua kes. "Itu pun dalam eksperimen terkawal," kata Sankara. Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot. Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 90 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku. "Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 90 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin. "Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful)," kata Sankara. |
Posted: 24 Aug 2011 05:00 PM PDT Saiful bohong, tidak berada dalam kondo cuma keluar masuk lif- peguam KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. "Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. "Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara.- KD |
Posted: 24 Aug 2011 03:30 PM PDT Ambil Pengajaran Daripada Akhlak Para Sahabat Oleh: ppdcgroup Ambillah pengajaran dari akhlak sahabat-sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga : 1. Abu Bakar Ash-Shiddiq : Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasulllah dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko. Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi'raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah. 2. 'Umar bin Khattab : 'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya. 'Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara(adik) perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi s.a.w dan sahabat. Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah luas. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan mempedulikan rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk @ Lukluah saat memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w. 3. 'Ustman bin Affan : 'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk islam lewat di atas ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum. 'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah apalagi ketika Islam memerlukan bantuan kewangan bagi menghadapi peperangan. Saat berkecamuk perang Tabuk, 'Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M. 4. 'Ali bin Abi Thalib K.W: 'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam daripada golongan kanak-kanak. Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, 'Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.'Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljim dengan pedang yang beracun setelah keluar untuk solat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menmerintah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak. 5. Thalhah bin Abdullah : Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy. Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta berjuang bersama Nabi. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal iaitu peperangan yang melibatkan Aisyah, az-Zubir dan Thalhah. 10 Sahabat Nabi Dijanjikan Syurga Sa'id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda "10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga", kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan