Khamis, 25 Ogos 2011

PERAKITE

PERAKITE


...belum tentu memenjarakan Khir, Umno-BN menang di Selangor

Posted: 24 Aug 2011 07:20 PM PDT

Ada Menteri dari Selangor boleh terasa hati dengan dakwaan Dr Mohd Khir Toyo kononnya mahukan beliau dipenjarakan untuk membolehkan BN merampas semula Selangor,


Ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus berkata.

Selangor Umno Youth Mob Karpal Singh Abdul Syukur Idrus 050309 05"Kesan dakwaan itu (bahawa) ada tiga menteri (yang dimaksudkan). Ada (seorang) menteri di Selangor barangkali terasa hati, dan dua lagi yang lain, saya tak tahu."
Menteri kabinet dari Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar yang kini memegang protfolio menteri pertanian dan industri asas tani.
Beliau adalah ahli parlimen Tanjong Karang dan juga timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya Dr Seri Khir Toyo tidak segera melatah dengan mengeluarkan kenyataan yang belum tentu kesahihannya," kata Abdul Syukur.

Malah, katanya, dakwaan Dr Mohd Khir dalam blognya semalam, boleh menimbulkan "kekusutan terhadap perkara yang dilihat kembali tenang".
Abdul Syukur mengulas pendedahan Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Sehubungan itu, beliau "tidak nampak" dengan memenjarakan Dr Mohd Khir akan membolehkan BN menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Itu satu pandangan yang jumud dan mendahului kuasa Tuhan. Menang atau kalah dalam pilihan raya, tertakluk kepada prestasi sebagai pemimpin dan kerajaan sebelum ini.

Menurutnya lagi, rakyat akan memilih calon dan parti yang lebih berketrampilan serta menunjukkan prestasi yang boleh menjamin masa depan rakyat pada masa akan datang.

"Beliau (Dr Mohd Khir) bos saya dulu, saya bersimpati atas apa yang berlaku kepadanya. Tetapi kepentingan parti perlu didahulukan," katanya.

Tiada ulasan: