Jumaat, 19 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Tak main la gempaq gempaq... kahkahkah...

Posted: 19 Aug 2011 06:12 AM PDT

Umno Pulau Pinang beri tujuh hari, Guan Eng kata 'saman sekarang jika mahu'

Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Lim Guan Eng berkata Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman tidak perlu menunggu sehingga tujuh hari untuk menyaman beliau, sebaliknya boleh berbuat demikian sekarang jika mahu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Zainal Abidin berbalas mesej menerusi Twitter petang ini mengenai tindakan saman berhubung kenyataan Lim, didakwa cuba mengaitkan isu perkauman ekoran insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP, Ahad lalu.

"Tak payah tunggu tujuh hari. Saman sekarang. Kamu belit. Buktikan apa saya cakap," kata Lim (gambar) dalam mesej diposkan sekitar 7 petang tadi.

Kira-kira dua jam sebelum itu, Zainal Abidin dalam mesej kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata: "Saya beri notis tujuh hari kepada Lim Guan Eng, beri bukti, sebelum saya bawa ke mahkamah."

Khairy berkata beliau berharap Umno Pulau Pinang akan menyaman Lim kerana menuduh membakar ibu pejabat DAP di George Town.

Dalam pada itu, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah pula menulis, "Umno Selangor nak saman Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Umno Pulau Pinang nak saman Lim Guan Eng. Jangan tuduh kami bukan-bukan," katanya lagi.

Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi petang ini.

Mesej-mesej Twitter mengenai isu itu muncul selepas berakhir mesyuarat MT.

Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menggesa Lim menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di ibu pejabat DAP.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

"Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sembarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama," katanya.

Lim sebelum ini dipetik berkata, simbahan cat di ibu pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh.

Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di George Town dan pusat perkhidmatan Setiausaha Politik Lim, Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.

Awal pagi semalam sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya.

Apa main ugut ugut nih...

Posted: 19 Aug 2011 02:00 AM PDT

Ada Khabar Pintu Penjara Sudah Menganga

SUHU politik Malaysia menjadi semakin panas dan kepanasan ini tidak akan surut lagi sehinggalah tiba pilihan raya umum ke-13. Bermula dengan peristiwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memasuki gereja Methodist tanpa izin ia menular kepada insiden lain yang takut untuk dilihatnya seperti mana cuba membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Baik yang berlaku di Damansara maupun di Penang itu tidak akan berhenti dan dipadamkan begitu saja. Isu dan kejadian itu senantisa akan dihangatkan.

Dalam tilikkan saya isu-isu seumpama itu terus dijadikan modal walaupun ia berpotensi untuk membawa kepada peristiwa berdarah. Seakan kita sudah sampai peringat untuk bermandi darah.
Kenapa tidak, kejadian yang menimpa pejabat DAP itu agak ganas dan gasan. Orang yang melakukan itu (kalau benar?) jangan fikir mereka saja yang berani. Perbuatan itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan tetapi patut dibimbangi bersama.

Orang DAP juga berani sebenarnya tetapi mereka masih menyembunyikan kuku selagi mereka masih mampu bertahan dan sabar. Tetapi kalau mereka terus diserang ganas melewati perlembagaan dan undang-undang mereka akan bertindak balas juga satu masa nanti. Tidak percaya tunggulah...

Orang Melayu pula jangan beranggapan sejarah 13 Mei cukup memberi kesan psikologis kepada orang Cina sehinggakan mereka tidak mungkin berkelakuan seperti itu. Menganggap orang-orang Cina serit dan tidak mengulangi sejarah adalah kesilapan. Ingat orang Cina juga manusia yang ada pertimbangan-pertimbangan ganjil dan pelik, kerana mereka bukan patong diperbuat dari kayu atau plastik.

Kalau mereka tidak membalas secara mendada dengan tindakan sama, tetapi mereka menggunakan jalan-jalan atau kaedah lain. Orang Cina memiliki kuasa ekonomi yang kuat di negara ini. Manusia kalau sudah berdendam sanggup melakukan apa saja.

Hari ini apa yang saya nampak yang membela DAP yang dimaki hamun bukan orang Cina. Orang Cina masih belum bangun seluruhnya. Orang Cina memiliki saham dalam perjuangan DAP. Tetapi yang membela DAP orang Melayu sendiri terutamanya dari rakan mereka dari Pas dan PKR. Orang Melayu dalam Pas dan DAP pula begitu serasi dengan DAP. Kenapa, kerana mereka serit dengan bangsa sendiri yang bercap dagangkan keris lucah Umno. Inilah yang menyebabkan orang Cina DAP semacam dibela.

Manusia apa juga bangsa dan kaum boleh sabar dan melihat sesuatu yang berlaku itu dalam beberapa waktu saja. Sebagai manusia yang ada naluri, perasaan dia ada mentara kesabarannya. Bayangkan macam mana kalau mereka hilang sabar? Inilah yang perlu dielakkan oleh semua orang kerana kita sayang bayangan yang memperteduhkan kita kini akan hilang.

Saya bukan hendak membela DAP di sini, tetapi membela semua. Membela kita semua dan negara. Usahlah dilakukan perangai yang buruk dan bersifat pengecut pukul curi begitu. Kalau berani berdepan dan berhujahlah. Orang Melayu ada kitab suci yang penuh dengan hujah bukannya fantasi. Gunakan ia. Kenapa harus menggunakan api untuk membakar DAP. Kalau benar nak bakar DAP gunalah undi.

Umno Pulau Pinang boleh kerah seberapa ramai orang Melayu atau orang Cina yang tidak setuju dengan dasar dan polisi Lim Guan Eng (kerajaan DAP). Dalam pilihan raya nanti saat itulah Lim Guang Eng dan Roket dibakar. Kekalahan UBN di Penang dulu bukan salah siapa melainkan salah orang Melayu bercap dagang keris telanjang itu. Jadi kesalahan yang mereka hendak tebuskan itu dengan cuba menggadaikan property orang lain.

Saya konfius dengana ap yang berlaku. Apakah ia benar semula jadi atas keberanian orang yang melakukan pembakaran itu atau ia satu tektik saja. Ia adalah strategi untuk menimbulkan kekeruhan mengharapkan akan berlaku perbalahan besar. Ertinya tektik itu adalah untuk mengundang DAP ikut sama bermain kasar kemudian menggunakan api yang menatijahkan berlaku kebakaran besar?

Makanya apabila api sudah besar, huma telah hangus.. perbalahan melibatkan mengalirnya darah maka saat itu Pulau Pinang akan di letak di bawah kuasa darurat. Begitukah? Apa yang berlaku di Kelantan tahun 1978 boleh berulang di Pulau Pinang. Bagi manusia yang hilang maruah dan terdesak mereka suka kalau cara itu digunakan. Pilihan orang terdesak ialah kemusnahan dan kejahatan. Orang terdesak selalunya biul dan hilang akal.

Begitu juga perihal atau pun kontroversi mengenai Jais dan gereja. Apakah ia termasuk dalam formula bagaimana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini? Dari awal saya mengatakan kejadian (kontroversi) itu boleh dielakkan kalau semua pihak mencari jalan ke arah itu dan semua pihak berpegang kepada prinsip saling hormat menghormati.

Tetapi apa yang berlaku kini (kejadian itu) sudah dijadikan modal politik. Ia sudah dimomok-momokan demikian rupa. Apa yang tergalang di sebalik momokkan itu ialah bagi menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak memandang berat kepada Islam.

Sesiapa pun tidak suka kalau kesucian agama mereka diganggu dan penganutnya cuba di tarik keluar dari beriman kepada Tuhan. Ini satu perbuatan yang mencabar maruah dan keimanan. Tetapi cara isu gereja dan Jais itu hendak diselesaikan tampak sedikit bertele-tele dan berbelit-belit. Tangan luar yang kotor dengan agama begitu beriya untuk menyelesaikannya. Pembawa mangkuk tandas, kepala lembu atau pembidik keris berkarat tidak layak untuk membangun Islam yang mengajar manusia penuh berhikmah.

Walaupun tindakan beberapa NGO dan individu menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman kepada Islam benar, tetapi cara yang diambilnya songsong. Kesongsangan ini menyebabkan orang melihat ia ada motif tertentu dan penyelesaiannya menjadi susah.

Pada saya isu gereja dan Jais di Selangor perkara mudah untuk diselesaikan. Selangor ada Sultan (foto) yang juga prihatin kepada agama dan rakyatnya. Kenapa sultan hanya membisu saja dan tidak cuba menggunakan kedudukan dan kuasanya. Tidakkah boleh atau apakah menjadi kesalahan kalau sultan memanggil kedua pihak dan cari penyelesaiannya. Saya yakin kalau sultan tegas bertitah orang akan akur.

Tampaknya cara itu tidak mahu digunakan. Kerana itu ia dilihat ada motif lain di sebalik tujuan isu itu diletuskan. Apa lagi hujah itu disokong dengan beberapa tindakan oleh indvidu yang kononnya menghormati kebebasan bersuara nampak begitu sengit dan bias.

Sementara itu ada terlatas di telinga saya apa yang berlaku kini adalah satu perancangan rapi yang akhirnya menyebabkan ada yang akan ditangkap. Individu tertentu yang dianggap pemain utama dalam isu ini sudah dikenal pasti. Kalau tangkapan dibuat mereka akan dimasukkan ke dalam mulut ISA. Memenjara mereka dikira adalah salah satu cara untuk menamatkan isu berkenaan dan dalam masa sama pihak parti kerajaan, UBN dapat menangguk di air keruh.

Masa kini puntu sel sudah pun terngangga luas untuk menerima kehadiran sesiapa di kalangan mereka

Alaahaii... pecacai Umno ooiii... haha...

Posted: 19 Aug 2011 12:30 AM PDT

Cyber troopers UMNO (atau lebih dikenali sebagai pecacai UMNO)

Komentar Roketkini

17 OGOS – Mereka bangga dengan gelaran cyber troopers yang bunyinya senada dengan storm troopers dari siri filem Star Wars (atau sebenarnya lebih tepat dengan asal nama Stoßtruppen era Jerman Nazi).

Jika watak storm troopers fiskyen sains menjadi alat kepada Galactic Empire yang kejam lagi zalim, seperti mana storm troopers Nazi menjadi anjing-anjing buruan untuk Adolf Hitler, maka cyber troopers yang merelakan diri menjadi perkakas kepada UMNO juga sama kerja dan tugas upahan mereka.

Dalam bahasa seharian Melayu, cyber troopers ini hanyalah pecacai UMNO. Tugas mereka hanya menyerang dan mencipta fitnah untuk memburukkan Pakatan Rakyat atau sesiapa sahaja yang memperjuangkan keadilan, kebebasan, demokrasi, hak asasi, peluang saksama, dan Islam yang progresif dan inklusif.

Yang penting sekali – berbeza dengan bloggers dan pelayar internet yang menyokong Pakatan – pecacai UMNO ini didakwa mendapat imbuhan untuk melakukan kerja-kerja keji yang hanya berniat memesongkan pemikiran rakyat serta mengapi-apikan perkauman.

Mangsa-mangsa fitnah pecacai UMNO

Ramai pemimpin Pakatan dan aktivis sosial, malah ulama yang berjuang untuk Islam yang adil dan saksama, telah menjadi mangsa fitnah mereka. Fitnah-fitnah pecacai UMNO ini banyak berputar tentang kaum dan agama, Islam dan Melayu, Islam-Melayu dan agama-agama lain.

Bagi pecacai UMNO yang telah lama terdidik oleh tafsiran agama mengikut UMNO, Islam bagi mereka adalah untuk orang Melayu sahaja. Islam telah mereka sempitkan sehingga orang Islam, jika tertelan fitnah mereka, akan sesak nafas dengan kejumudan tafsiran agama mereka.

Mungkin kerana kebanyakan mereka lahir selepas era 1970-an, mereka lupa keterbukaan para pemimpin ulung UMNO tahun-tahun 1940-an – 1960-an yang amat terbuka dalam hubungan baik dengan semua warga Malaysia (dan Malaya) yang berbeza agama dan kaum.

Antara yang hebat menjadi mangsa kecaman dan kutukan mereka – biasanya tanpa hujah dan bukti bernas kecuali caci-cerca dan maki-hamun – adalah pemimpin Pakatan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khalid Samad.

Khalid yang cukup pendidikan dalam perjuangan Islam sering ditohmah sebagai "Khalid Gereja" semata-mata kerana sikap terbukanya bertemu, berbincang dan berdialog dengan para pemimpin dan orang-orang Kristian dan agama-agama lain.

Khalid yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam dalam blognya Isnin lalu (http://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html#more) dengan panjang lebar telah melakarkan sifat-sifat dan ciri-ciri cyber troopers UMNO.

Siapa dan apa itu pecacai UMNO

Dalam tulisannya, beliau mencatatkan:

"Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

"Saya kata "Islam itu adil untuk semua" maka mereka menjawab "Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja".

"Saya kata "Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya" mereka menjawab "Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang".

"Saya kata "Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam" mereka jawab "Kamu dah murtad sekali ya Khalid?"

"Saya kata "Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri" mereka jawab "Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan".

"Saya kata "Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat" mereka jawab "Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!"

"Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

"Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

"Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan 'maslahah yang lebih besar' menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

"Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan.

"Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja.

"Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan."

Muntahan pecacai UMNO gagal pengaruhi orang Melayu

Kerja keji pecacai UMNO ini pula sebenarnya tidak banyak membantu parti yang mereka sokong, sebaliknya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu yang cuba mereka pengaruhi.

Blogger Sakmongkol AK47 – nama pena untuk Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bagi Pulau Manis, Pahang – mempersoalkan kerja-kerja pecacai alam maya tersebut.

Dalam catatan blognya (http://sakmongkol.blogspot.com/2011/08/morning-session-with-oracle-of-syed_15.html), beliau menulis (dalam Bahasa Inggeris):

"Beritahu saya secara jujur – adakah anda fikir UMNO akan menang perang di alam maya? Lihat saja artikel-artikel yang dimuntahkan oleh cyber troopers UMNO. Sesetengah mereka masih terikat dengan idea bahawa Perdana Menteri Malaysia masih lagi Dr Mahathir, jadi artikel-artikel mereka ditulis untuk disesuaikan dengan pendirian yang diambil oleh Dr Mahathir…

"…Majoriti (cyber troopers UMNO) sentiasa memuntahkan artikel-artikel menghasut kebencian, lengkap dengan mencarut dan mengguris perasaan. Bolehkah ini menarik rakyat atas pagar, bakal-bakal pengundi yang berfikiran bebas dan terbuka?"

Jelas pecacai UMNO hanya sekadar mampu memaki hamun dan mencarut. Mungkin bagi mereka mencarut itu adalah hujah.

Jika diperhatikan kebanyakan isu yang mereka timbulkan adalah remeh dan "sensitif" serta berbentuk fitnah – yang ada ditiadakan, yang tiada diadakan, yang kecil dibesarkan, yang bukan isu diputarbelitkan menjadi isu – dengan niat membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap agama dan kaum lain.

Jarang sekali mereka membangkitkan isu-isu besar yang menjadi masalah rakyat seperti kenaikan harga barang, rasuah yang berleluasa, salah guna kuasa, reformasi pilihan raya, reformasi pendidikan, tender terbuka, kesyumulan Islam sebagai agama yang dihormati semua dan sebagainya.

Seperti kata pemimpin PAS Idris Ahmad, zaman untuk UMNO-BN menipu rakyat seperti pengembala yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembu-lembunya memakan rumput kering sudah berlalu.

Memang ada segelintir bloggers pro-Pakatan yang tidak kurang hebat maki-hamun mereka; namun jika dilayari blog dan laman web mereka, malah hujah-hujah mereka dalam ruang komentar, ramai antaranya yang menyediakan bukti-bukti sahih untuk mempertahankan kritikan mereka.

Jika sekadar pandai mencarut, bijak berselindung di bawah ketiak pemerintah, hebat menegakkan benang yang basah dan gah mempertahankan yang batil, memang tidak ke mana serangan pecacai UMNO.

Yang diserang mungkin sakit di hati, yang dikutuk akan terguris perasaan; namun rakyat yang semakin bijak dan tidak mudah dibakar perasaan akan membuat pilihan yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam pilihan raya umum akan datang. – Roketkini.com

Ni kisah Mat Sabu yang dah lama berbulu... haha...

Posted: 18 Aug 2011 11:00 PM PDT

'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 18 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

"Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

"Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

"Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk 'Sederap Menjana Kemenangan'.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

"Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

"Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang," jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner 'Umno kalah DAP menang' bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

Rosmah... Rosmah... Rosmah... kahkahkah...

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT

Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno terhadap Najib

KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengenai 'ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak' dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.

Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.

Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato' Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.

Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.

Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.

"Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah," ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.

Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.

"Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan," kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.

Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.

Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.

Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

SPR, pencacai jenih tak paham soklan... haha...

Posted: 18 Aug 2011 08:00 PM PDT

Daftar pemilih: Lain ditanya, lain SPR jawab

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat kecewa dengan jawapan balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan mereka bahawa wujudnya penyelewengan dalam daftar pemilih.

Exconya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, jawapan balas Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bahawa ramai individu yang mempunyai ejaan nama yang sama adalah perkara biasa ibarat "lain biduk lain digalang".

Menurutnya yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, apa yang dipertikai oleh pemuda PAS bukanlah soal ramai yang mempunyai ejaan nama sama, namun yang dipertikai adalah corak perbezaan nombor kad pengenalan mereka yang meragukan.

"Kita tak pertikai soal nama sama, kita tahu nama bukan unik. Kalau ikutkan nama (seperti Timbalan Pengerusi SPR) Wan Ahmad Wan Omar pun ada dua, tapi kita tidak pertikai pun.

"Yang kita pertikai, corak perbezaan no IC mereka yang mempunyai nama sama itu," kata Suhaizan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa.

Beliau juga menafikan dakwaan terdapat penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS sebelum ini mendedahkan individu bernama Azhar bin Ahmad memiliki ejaan nama sama, namun perbezaan hanya di dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka meragukan dan didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Perbezaan nombor kad pengenalan Azhar bin Ahmad dan maklumat tempat mengundinya adalah seperti berikut:

Azhar bin Ahmad
MyKad pertama: 680713095049
Lokaliti: Batu 13
Daerah mengundi: Tasoh
DUN: Beseri
Parlimen: Padang Besar

MyKad kedua: 680713095057
Lokaliti: Kg Baru Chuping
Daerah mengundi: Sg Buloh
DUN: Chuping
Parlimen: Padang Besar

Mengulas lanjut berhubung perbezaan yang lain, Suhaizan berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya enam trend perbezaan corak no kad pengenalan.

Ianya seperti berbeza pada tahun lahir iaitu dua digit paling awal, bulan lahir, tarikh lahir, kod negeri dan pada dua digit paling akhir.

"SPR jangan cepat melatah, kita bukan nak malukan SPR. Kita bangkit soal ini sejak 2007 lagi namun tiada sebarang tindakan proaktif yang dibuat SPR.

"Jadi kita tidak ada pilihan, kita dedah kepada rakyat supaya rakyat pula dapat menilai," katanya lagi sebagai menjawab gesaan SPR agar perkara itu dirujuk kepada mereka dan bukan didedah kepada umum.

Dari sudut lain katanya, persoalan itu sebenarnya bukan sahaja harus dijawab oleh SPR, tetapi juga oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN kerana data dalam daftar pemilih SPR tersebut adalah dari data JPN sendiri.

Bagaimanapun SPR sepatutnya boleh bertindak proaktif jika benar mahu membersihkan daftar pemilih dan bukannya hanya menerima data dari JPN bulat-bulat dan tidak mengendahkan pula pendedahan penyelewengan yang dibuat oleh rakyat.

"Sebab itu saya cadang SPR proaktif. Senaraihitamkan nama yang meragukan itu dan semak semula dengan JPN kenapa berlaku seperti itu," katanya.

Makin garang Aspan Alias nih... haha...

Posted: 18 Aug 2011 07:00 PM PDT

'Soalnya, apakah Umno dipercayai rakyat?'

K Pragalath

Penulis blog Aspan Alias berhujah kepercayaan rakyat terhadap parti lebih penting berbanding calon yang boleh menang.

PETALING JAYA: Penulis blog dan pemerhati politik veteran Aspan Alias hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkenaan keperluan Umno mencalonkan individu yang boleh menang di dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini bukan masalah calon. Ini masalah keyakinan kepada parti itu yang menjadi perkara pokok yang wajib diselesaikan.

"Kita tentu masih ingat semasa parti Umno itu merupakan parti yang 'winnable' dahulu, calon-calon Umno pernah berkata yang mereka tidak payah berkempen kuat kerana kalau calon-calon itu mewakilkan songkok atau kasut mereka dalam kempen itu pun, mereka masih menang," tulis Aspan di dalam artikel blog yang bertajuk "Khairy!! Kalau Umno itu masih parti yang 'winnable', semua calonnya akan menjadi calon 'winnable'".

Semalam Khairy menyatakan bahawa pergerakannya hanya akan mengemukakan calon yang benar-benar layak dan boleh menang sebagai calon untuk pilihan raya umum ke – 13.

"Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda (Umno), dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.

"Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota…jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," Khairy dilaporkan berkata kepada pemberita di dalam satu majlis di Lumut.

Aspan yang mengakui berkata Umno sememangnya mempunyai calon yang boleh menang tetapi calon yang menang turut menyumbang kepada permasalahan rakyat dan tidak mendapat kepercayaan rakyat.

'Winnable candidates?'

"Maksud saya ia bukan setakat mendapatkan 'winnable candidates' dalam pilihanraya yang akan datang tetapi Khairy mesti cari selain dari 'winnable candidates' itu ialah untuk mendapatkan calon yang boleh dipercayai jika mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah lagi," jelas Aspan.

Aspan menyatakan bahawa rakyat mencari parti yang boleh menang dan bukan setakat calon yang boleh menang.

"Yang penting bagi Umno ialah untuk menentukan samada masalah dan perkara yang di isukan oleh rakyat sekarang mendapat penyelesaian atau pun tidak," tambah Aspan.

"Selagi isu kejujuran kepimpinan atasan dan banyak lagi yang semua pihak tahu belum di atasi, Umno itu sendiri mesti menilai samada parti itu masih parti yang 'winnable'.

Secara perbandingan, Aspan menyatakan bahawa parti politik seperti DAP dan PAS mendapat undi kerana dipercayai rakyat.

Beliau turut menjelaskan kepentingan parti yang boleh menang dengan menggunakan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali sebagai contoh.

"Ibrahim Ali semasa bertanding sebagai calon bebas telah tewas dan hilang wang pertaruhannya, tetapi apabila bertanding dengan menggunakan tiket PAS beliau telah mendapat lebih dari 7,000 undi majoriti bagi kemenangan beliau.

"Itulah sebabnya keyakinan terhadap parti itu adalah perkara yang paling pokok," katanya.

Apa hal pulak ngan Anwar nih... haha...

Posted: 18 Aug 2011 06:00 PM PDT

Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya.

Pemohonan itu dibuat melalui peguam yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Mahakamah Syariah pagi tadi.

Zainul adalah peguam mewakili tiga pihak yang disaman Anwar kerana didakwa mempengaruhi keputusan keengganan Jawi meneruskan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain, pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh.

Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh.

Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

"Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya.

Saat saat akhir seorang Anwar?

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya.

Pemohonan itu dibuat melalui peguam yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Mahakamah Syariah pagi tadi.

Zainul adalah peguam mewakili tiga pihak yang disaman Anwar kerana didakwa mempengaruhi keputusan keengganan Jawi meneruskan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain, pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh.

Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh.

Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

"Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya.

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Posted: 18 Aug 2011 03:30 PM PDT

Oleh: zharifjenn

Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan akidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Adakah mereka terseksa di dalam pakaian mereka?

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan".

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :

"Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."
( An-Nur : 30-31 )
Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlakmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar Allah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita).

Urwah bin Zubair mengucapkan
"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan)"
Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah at Taubah : Ayat 71)

Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada Allah..

Kisah puak melantak babi pulak dahhh... haha...

Posted: 18 Aug 2011 02:56 PM PDT

Bila puak melantak babi nak berlakon jadi hero Islam

Saya dah tulis dalam posting sebelum ini, sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah s.w.t., kita kena pertahankan keluarga dan kawan-kawan kita dari semua ajaran dan fahaman asing. Hanya ajaran dan fahaman Islam sahaja yang kita pegang dengan sekuat-kuatnya. Saya maksudkan semua, tak kiralah sama ada ajaran atau fahaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Umno, Kristian, Yahudi atau apa saja.

Dalam ayat 20 surah al-Baqarah, Allah mengingatkan kita dengan ingatan yang mafhumnya, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".

Begitu juga fahaman dan ajaran lain seperti ajaran dan fahaman Umno, Jais atau apa sahaja. Depa pun sama, tak akan redha kepada kita selagi kita tidak ikut depa atau jadi pak yet depa. Lihatlah sendiri betapa kasih dan redhanya Umno kepada beberapa ekor musang berbulu ayam yang kononnya berjuang menentang Umno.

Bagi Umno, kalau kita tak jadi pak yet depa, depa akan klasifikasikan kita sebagai PAS, PKR atau DAP. Yang power sekali depa akan kata kita anti-Melayu. Macam la kita tak tau Umno tu pengkhianat Melayu dan jahat terhadap orang-orang Melayu. Hati Umno sudah tertutup - lihat surah al-Baqarah ayat 18 yang mafhumnya, "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)". Depa tak nampak kita lawan depa bukan kerana parti apa pun dan bukan kerana apa-apa pun selain Allah.

Semua itu membuktikan Umno adalah mudharat terbesar dalam negara ini yang perlu dibunuh kuasanya oleh rakyat yang berakal. Benarlah apa yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sudah busuk hingga ke usus. Dr Mahathir juga kata Umno sudah jadi parti perasuah. Dan, dia juga kata orang makan rasuah macam makan babi.

Puak makan babi hari ini menunjuk-nunjuk nak jadi hero Islam. Masuk akalkah puak ketagih babi nak bela Islam? Tolonglah kembali kepada keimanan dan kewarasan anda! Bak kata pak lawak, "Lu pikir la sendiri!"

Pun begitu, adakah kita perlu sekat puak makan babi yang tergelejat-gelejat nak jadi hero Islam tu? Jangan. Dalam ilmu berlawan itu salah. Jangan kacau siapa pun nak debik ancaman kepada kita. Tinggal lagi jangan percaya seduit pun puak makan babi yang tergedik-gedik nak jadi hero Islam tu. Memang la depa bajet macam bagus sangat. Tapi jangan percaya kat depa. Depa pun lebih kurang puak yang kononnya depa nak lawan sangat tu. Kita kena pandang depa sama ja. Tak kira la sama ada Umno, Jais, pendakyah agama lain, Zionis, mustakbirin - semua sama ja. Kalau kita percaya kat depa, tu maknanya kita izinkan puak makan babi agendakan hidup dan pemikiran kita. Jangan sekali-kali buat macam tu. Berdosa besar kita!

Tu fasal puak makan babi menunjuk-nunjuk nak jadi hero Islam.

Mengenai apa yang dibohongkan kepada kita sebagai Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini, saya tak dan nak baca lagi apa pendirian parti-parti. Saya juga tidak akan bantah jika jawatankuasa itu mereka pandang tak berguna selagi lapan tuntutan Bersih tidak dilaksanakan.

Bagi kita sebagai rakyat, apa yang penting ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah berada di bawah Agong dan diselia oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang bertugas bagi pihak Agong. Keanggotaan jawatankuasa itu perlu mestilah seimbang dan mencerminkan kesungguhan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih.

Selagi SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), parti mana perintah pun kita tak boleh percaya sama sekali kepada SPR.

http://penarikbeca.blogspot.com

Kisah babi la pulak... kahkahkah...

Posted: 18 Aug 2011 02:52 AM PDT

Kisah Menarik Dari Mosabit - Babi Pun Bersyukur?

Aku tertawa besar bila membaca al-kisah yang dinukilkan oleh teman di dalam blog aku yang menggelarkan dirinya sebagai `MOSABIT'. Kisah ini menarik, cukup berkesan dan memang kena dengan puak-puak yang kerja mereka suruh rakyat bersyukur setiap masa walaupun mereka setiap masa menzalimi rakyat.

Rakyat diminta bersyukur kerana ada jalan dan tol, ada air, letrik, masjid, pusat judi, dapat bonus, dan sebagainya. Kisah dari MOSABIT ini ada maksud yang tersembunyi tentang erti `syukur'

mai sat aku ada ceghita nak khaba'kat hang...

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan.

Seorang nasrani berkata, "saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang menjadi ahli Umporno"."

Tiada ulasan: