Addin |
Azmil Mustapha Di Dakwa Hina Perlembagaan? Posted: 19 Aug 2011 09:33 AM PDT Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha (gambar), atau lebih dikenali sebagai 'Ali Setan' atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos. Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan . Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut: - - Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam - Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran. -Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja. - Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu. · Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada 'Dasar Ekonomi Bodoh'. · Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). · Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka. Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara. Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80'an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy. Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. Azmil walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong. Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis. Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya. |
3 Mati Parasit Makan Tisu Otak Manusia Posted: 19 Aug 2011 04:09 AM PDT ATLANTA – Tiga orang termasuk budak berusia 9 tahun meninggal dunia selepas dijangkiti sejenis parasit, amoeba yang memakan tisu otak manusia di Amerika Syarikat. Mangsa pertama, seorang gadis berusia 16 tahun jatuh sakit selepas berenang di dalam tasik manakala seorang lagi mangsa, yang berasal dari Virginia meninggal dunia seminggu selepas menghadiri perkhemahan memancing. Namun bagi kes ketiga, seorang pemuda berusia awal 20-an meninggal dunia, dua bulan lalu, namun kesnya agak pelik kerana dia tidak mandi di tasik sebaliknya hanya menggunakan penapis air untuk mencuci hidung dengan menggunakan air garam bagi mengatasi penyakit sinus. Pegawai kesihatan kemudiannya mengesan parasit berkenaan terperangkap dalam sistem air di rumah pemuda berkenaan. Justeru hanya air yang disteril dan dimasak sahaja sepatutnya digunakan. Penyakit berkenaan amat jarang berlaku. Daripada 120 kes yang ada kaitan dengan parasit tersebut, hampir sebahagian besar mangsa meninggal dunia sejak amoeba dikesan sekitar awal 60-an. Purata tiga kematian dikesan setiap tahun akibat jangkitan parasit itu di Amerika Syarikat. Amoeba akan menyerang mangsa dengan masuk melalui hidung dan tengkorak sebelum memusnahkan tisu otak. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan