Rabu, 17 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Pesakit nahas ambulans meninggal dunia

Posted: 17 Aug 2011 10:00 AM PDT

Pesakit nahas ambulans meninggal dunia di Hospital Melaka

MELAKA: Seorang pesakit yang cedera parah ketika dibawa dengan ambulans yang dirempuh sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat persimpangan Seri Negeri di sini Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Melaka hari ini.

Mariam Baba, 73, dari Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meninggal dunia pada kira-kira jam 9.10 pagi.

Zaidi Senan, 43, anak bongsu kepada Mariam memberitahu pemberita di hospital ibunya mati setelah menerima rawatan lanjut.

"Sebab kematian tidak diketahui kerana masih menunggu jenazah yang akan dibedah siasat," katanya yang merasa terkilan dengan kematian ibunya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mariam, seorang pesakit kritikal yang dilaporkan sebagai mangsa samun dan dua lagi termasuk seorang doktor dan jururawat mengalami cedera parah ketika dalam perjalanan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintenden V Gunasegaran, berkata sebuah teksi merempuh ambulans berkenaan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbalik.

Pemandu ambulans itu Mambang Rudy Hartono, 41, serta pemandu teksi Ali Muhamad, 30, hanya mengalami cedera ringan sementara doktor dan jururawat yang tidak didedahkan identiti mereka dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

Banyak duit Datuk nih...

Posted: 17 Aug 2011 08:50 AM PDT

Amah Datuk larikan RM300,000

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI

GAMBAR Rospita yang diedarkan untuk membantu siasatan polis.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.

Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.

Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamodan wang tunai berjumlah RM7,500.

Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.

Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.

Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.

Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.

"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam.

Umno terlondeh... kahkahkah...

Posted: 17 Aug 2011 02:00 AM PDT

Talian hayat Umno terlondeh satu persatu

KENYATAAN Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak mahu merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan apa sahaja 'senjata', seolah olah sudah terbukti.

Tindakan pemberian MyKad serta pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih yang berlaku secara berleluasa di Sela ngor mungkin jalan terakhir digunakan sebagai 'talian hayat'; bagi meneruskan kuasa Najib di Putrajaya.

Pemberian MyKad kepada warganegara asing se perti Kemboja dan Indonesia yang didedahkan PAS Selangor, sebenarnya telah lama berlaku. Sebab itu, pimpinan Umno Selangor diketuai Najib begitu yakin dapat merampas 38 kerusi daripada 56 kerusi Dun.

Mereka sudah menjangkakan Dun mana yang boleh dirampas dan menang dengan selesa. Kaedah yang digunakan dengan pemberian MyKad serta pertindihan pe ngundi dalam daftar pemilih, memang ber tujuan mengekalkan kua sa rakus Umno-BN.

Pendedahan awal akhbar Harakah awal Februari lalu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dijadikan tempat operasi bagi mengesahkan pertukaran alamat warga Sabah. Pertukaran alamat itu di akui sendiri oleh beberapa orang warga Sabah yang diarahkan oleh Umno untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Mereka dijanjikan tempat tinggal dan pekerjaan.

Perkara itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam ia itu di hadapan bangunan Umno Bahagian Shah Alam.

Dua minggu selepas itu, di Dun Paya Jaras berlaku sindiket pemberian MyKad kepada pendatang tanpa izin (Pati) secara berlelua sa dengan cara yang sangat meragukan.

Ekoran keraguan itu Jentera Pusat Khidmat Dun Pa ya Jaras menahan ti ga warga Kemboja yang dicurigai cuba mengedar Kad Pe ngenalan kepada rakan-rakan mereka di alamat Nombor 16, Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, jam 7.30 malam.

Ketiga-tiga warga Kemboja yang dicurigai itu telah dihantar ke Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh tetapi sehingga kini tiada se barang tindakan diambil.

Mereka yang terlibat, dua dari Pekan, Pahang dan se orang dari Kelantan. Tiga orang yang dicurigai itu membawa beg berisi fail yang mengandungi borang JPN serta dokumen berkaitan.

Sebelum itu pada Januari lalu, tindakan yang sama telah diambil kepada tiga warga Kemboja yang sedang mengedarkan MyKad kepada lebih 100 orang rakan-rakan mereka yang tinggal di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.

Selain sindiket pemberian MyKad, jentera PAS Kota Raja dapat mengesan tindakan ketua Umno cawangan di Parlimen Kota Raja mengarahkan semua guru-guru Kemas menyediakan alamat untuk didaftarkan warga Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi membolehkan mereka mengundi di Parlimen Kota Raja. Perkara itu diakui sendiri oleh guru Kemas yang ter libat dan tidak mahu na manya didedahkan.

PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima pendaftaran baru pasukan Pelapis UPM sebagai pengundi pos di Seri Serdang. Pendaftaran itu menimbulkan konflik kerana mereka mempunyai kad pengenalan.

Menurut Adun Sri Muda (KeADILan), Suhaimi Shaifie tindakan Umno mendaftarkan warga Sabah dalam daftar pemilih merupakan perkara biasa yang dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. Ini dilakukan kerana kata beliau, hanya semata- mata mahu mengekalkan kuasa pimpinan Umno me megang tampuk negara.

Lebih memeranjatkan, pendedahan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Selangor mendapati daftar pemilih bertindih di temui sebanyak 11,000 di seluruh Dun negeri Sela ngor.

Semakan itu ditemui apabila pemilih mempunyai kad pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh la hir dan mereka dapat mengundi di tempat berbeza.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu pertindihan pengundi dan sendiket pemberian MyKad sangat serius.

Ini katanya, membuktikan bahawa BN sangat tertekan dan terdesak sehingga sanggup melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara.

Sehubungan itu, tambah beliau, PAS mendesak supaya satu sidang Parlimen diadakan segera dan Majlis Raja-raja dapat melihat isu itu lebih serius kerana ia ternyata mengancam masa depan dan keyakinan rakyat pada sistem di Malaysia.

Menurut beliau, jumlah yang didedahkan sangat besar dan PAS masih menerima aduan orang ramai berkenaan isu MyKad dan pertindihan pengundi.

"Isu ini perlu ditangani segera dan kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membubarkan Parlimen sehingga isu ini diselesaikan," tegasnya.

Beliau menyokong supaya satu desakan baru oleh Bersih agar dapat dijadikan ukuran untuk meluluskan pilihan raya atau menangguhkan.

Jika diadakan satu lagi himpunan Bersih tegas beliau dan desakan itu tidak diambil kira maka ia akan mendedahkan sistem pilihan raya di Malaysia pada suatu keadaan di mana rak yat kehilangan keyakinan.

"Masalah keyakinan rakyat pada sistem pilihan raya yang melibatkan pegawai SPR juga menampakkan bahawa mereka tidak menunjukkan sikap tidak berpihak, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Pen terpacak kat tengkok

Posted: 17 Aug 2011 12:00 AM PDT

Pen terpacak pada leher

CEDERA...mangsa dibawa keluar selepas pemeriksaan sinar-x dengan pen masih terpacak di leher.

JOHOR BAHRU: "Saya panik sebab doktor kata boleh mati jika pen yang terbenam di leher itu terkena salur darah utama," kata pekerja stesen minyak, Low Yoke On, 54, yang menunggu hampir empat jam sebelum pen yang terpacak pada lehernya akibat ditikam seorang kenalan, malam kelmarin, berjaya dikeluarkan.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Low berkata, dalam kejadian jam 8.15 malam di stesen minyak dekat Jalan Tun Seri Lanang, dia cedera di kiri leher akibat tikaman pen berkenaan yang terbenam lima sentimeter pada lehernya.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia yang bekerja mengawasi pam di stesen terbabit didatangi kenalannya sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

"Ketika menikam, lelaki itu ada cakap mahu tengok saya mati. Nasib baik beberapa pelanggan mengisi minyak serta rakan pekerja lain membantu menyebabkan lelaki itu lari," katanya.

Mangsa menjerit kesakitan sebelum berlari mendapatkan bantuan majikannya dan di hantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Dia menjalani pemeriksaan sinar-x sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau di sini untuk menjalani pembedahan mengeluarkan pen itu.

Tsu Koon dihalau macam anjing buruk kepala... haha...

Posted: 16 Aug 2011 10:00 PM PDT

Usaha singkir Koh diperhebat

Petikan Malaysiakini

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu.

Kali ini, Utusan memetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.

"Tapi dia (Koh Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.

"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada Utusan.

Ahad lalu, Utusan memetik Senator Umno Mohamed Ezam Mohd Noor (kanan) yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal beritaMalaysiakini dan The Malaysian Insider.

Menurut Mohd Ezam, dia tidak bermaksud untuk membakar betul kedua-dua portal berita itu "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Kempen menyerang Koh oleh akhbar milik Umno itu sebenarnya bermula minggu lalu apabila mereka menyiarkan laporan bahawa parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang.

Memetik seorang lagi ahli parlimen PKR yang berpaling tadah iatu MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim, Utusanmelaporkan jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008," kata Zahrain (kiri) dipetik akhbar itu.

Selain itu, Utusan juga memperbesar-besarkan cabaran Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping kepada Koh supaya berdebat.

Ia berikutan laporan Utusan sebelum itu yang memetik Koh berkata bahawa "Kok Ping buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008".

Kedudukan Gerakan dalam BN kini ibarat melukut di tepi gantang. Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.

Koh yang melepaskan jawatan ketua menteri yang dipegangnya selama 18 tahun untuk bertanding kerusi parlimen Batu Kawan pada 2008 tewas dengan majoriti 9,48 5 undi kepada calon muka baru P Ramasamy dari DAP.

Bagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.

Menurut mereka, usaha Gerakan mahupun MCA untuk merampas semula Pulau Pinang mahupun mengembalikan sokongan masyarakat Cina sesuatu yang sukar kerana sebahagian besar masyarakat itu menolak BN yang didakwa tidak ikhlas dalam perjuangan membela rakyat negara ini.

Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus berlarutan.

Orang Umno jangan baca ni, takut muntah hijau... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 09:00 PM PDT

Jangan Sampai Kami Kirim Kencing Kepada PM!

NEKAD....Ahmad nekad menunjukkan air kencing yang ditadahkan dan dirakamkan secara 'live' oleh SabahkiniTV.

JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga yang telah menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak 'kurang ajar' untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

"Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori," kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.

KENCING....Ahmad sedang memasukkan air kencingnya ke dalam botol sebelum berpaling kepada Krew SabahkiniTV.

CUKUP....Ahmad menunjukkan tangki simpanan air dan gambar kecil, air bersih yang dibuang daripada tangki simpanan berkenaan.

Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

"Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami," kaya Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

"Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?," tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.

Henti minum kopi luwak

Posted: 16 Aug 2011 08:00 PM PDT

IPOH: Orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum 'kopi tahi musang' atau kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum.

Difahamkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim sebelum ini pernah mengadakan kajian kopi luwak di Jakarta, Indonesia pada 8 hingga 11 Jun lalu, namun fatwa berhubung kopi berkenaan belum diputuskan hingga kini.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, rombongan kajian itu diketuai Mufti Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Datuk Hassan Ahmad, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mahamad Arifin, Timbalan Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang dan beberapa kakitangan Jakim.

"Tujuan kajian itu dijalankan merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi itu.

"Difahamkan rombongan Malaysia itu dibawa ke pusat pemprosesan kopi luwak di Cileungsi, Bogor bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan kopi berkenaan," katanya. Ahli rombongan turut dibawa menemui Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar maklumat selain pandangan berhubung kopi berkenaan yang difatwa halal oleh majlis ulama republik berkenaan.

Sumber Jakim itu berkata, hasil kajian itu dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan berhubung sama ada ia halal diminum atau sebaliknya.

"Berdasarkan lawatan itu, pihak rombongan turut mendapatkan sampel biji kopi itu membolehkan kajian terperinci dilakukan. Difahamkan pihak MUI menghalalkan kopi itu diminum dengan alasan biji kopi itu tidak menyerap kotoran najis musang serta boleh disemai dan menjadi pokok sekiranya ditanam," katanya.

PRU13 tanpa Anwar Ibrahim

Posted: 16 Aug 2011 07:00 PM PDT

PRU13. Pakatan Rakyat Tanpa Anwar Ibrahim?

PRU13 bakal menjadi pemerhatian yang penuh dramatik.

- Seperti yang dijangka kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di pentas umum. Anwar dipersalahkan dengan kes liwat 2 oleh mahkamahyang tempang dan tidak adil serta tidak telus. Liwat 2 juga satu konsipirasi pehak yang berkuasa, terutama PM Najib dan Rosmah dan menjadikan mahkamah dan badan kepolisian sebagai kuda atau keldai BN/UMNO.

- Hari isnin (22. Ogos) Anwar Ibrahim diarahkan membela diri dalam kandang tertuduh. Selepas pehak peguam bela menemubual 15 saksi, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

(untuk rekod. Najib dan Rosmah hanya hadir melihat mahkamah dan berjumpa mata dengan hakim dan petugas mahkamah. Najib dan Rosmah membuat kenyataan, kedua-duanya tidak mahu menjadi saksi liwat 2).

- Pakatan Rakyat berdepan dengan situasi PRU 13 dengan senerai pemilih yang tidak adil dan cukup jijik oleh badan yang beraqt sebelah. SPR dan JPN menjadi kunci utama kecelaruan daftar pemilih.

- SPR da JPN ( Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Pendaftran Negara) punca pengundi hantu dan mengundi dua kali. Dan yang paling jahat dan bahaya memberi taraf warga negara kepada pendatang asing.

- Tumpuan BN/UMNO ialah Selangor sehingga kini SPR dan JPN cukup aktif dalam proses penambahan pengundi di DUN dan Parlimen terpilih, matalamatnya agar BN/UMNO menang PRU 13.

- BN/UMNO telah berjaya merampas Terengganu PRU10 dengan taktik kotor dan jahat dengan kerjasama SPR dan JPN oleh Dato Seri Idris Jusoh. Sehingga penambahan pengundi sampai 80% yang tidak masuk akal.

- Jesteru itu pakatan rakyat berdepan dengan taktik jahat dan taktik kotor BN/UMNO dengan kerjasama SPR dan JPN dalam daftar pengundi dan daftar pengundi Poyang cukup meragukan.

- Jika pendaftran pengundi dan nama pengundi yang dipamirkan oleh SPR tidak dibersihkan, peluang pakatan rakyat untuk kekal memerintah Selangor, Kedah, Pulau Pinang agak sukar.

- Malah untuk menawan Terengganu oleh pakatan rakyat ada sedikit sukar kerana daftar pemilih tidak dibersihkan oleh SPR. Kerana terlalu banyak perkara yang meragukan nama pengundi dalam daftar pemilih semasa hari mengundi. SPR dan JPN punca segal segalanya.

- SPR dan JPN tidakkan membuat pembersihan secara total dalam daftar pemilih dan sijil kerakyatan yang dikeluarkan oleh JPN. Cukup tepat jika dipadamkan dengan JPN sebagai jabatan pengkhianat negara.

- Namum perjuangan perlu diteruskan walaupun Anwar Ibrahim (dipenjarakan) dan kejahatan taktik kotor BN/UMNO dengan SPR dan JPN. Rakyat dimimta membuat pemilihan yang bijak. Harapan kami agar pakatan rakyat kekal berkuasa di negeri yang sedia ada dan menumbang BN/UMNO PRU13.

Giliran Musa Hassan pulak hari ni...

Posted: 16 Aug 2011 06:30 PM PDT

Liwat II: Bekas IGP Musa Hassan ditemubual esok


Hafiz Yatim
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan dua lagi saksi potensi akan ditemuabual oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perkara itu diumumkan oleh peguam Sankara Nair, selepas menemubual pembantu rumah Indonesia Suchiyati bersama rakannya yang lain Param Cumaraswamy dan Ram Karpal.

"Hari ini polis membawa seorang daripada pembantu rumah yang masih bekerja dengan pemilik kondo. Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah.

"Esok, mereka akan membawa dua lagi saksi termasuk Musa. Musa kini diluar negara dan akan hanya kembali pagi esok," kata Sankara.

Dua lagi baki saksi yang akan ditemubual adalah jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh dan bekas pembantu Anwar Mohd Khoharullah Abdul Majid yang juga pemandunya.

Perbicaraan akan bersambung Isnin ini di mana Anwar berdepan dengan tiga pilihan semasa membela dirinya.

Anwar boleh memberi keterangan dari kandang saksi, memberi keterangan dari dock ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Perbicaraan yang sepatutnya bermula Isnin lalu terpaksa ditangguhkan kerana pihak pembelaan hanya berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Umno Penang mati akai lagu tu jaa... haha...

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT


Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Penipu nombor wahid... kahkahkah...

Posted: 16 Aug 2011 04:00 PM PDT

Isu gereja: KEADILAN dedah penipuan blogger Umno

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan penipuan blogger Umno, PapaGomo menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di blognya.

Surat palsu itu berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church awla bulan ini.

Surat itu dihitamkan di beberapa bahagian kononnya ditulis oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dan kini tersebar di internet.

Ia kononnya mengandungi bukti campurtangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengarahkan pembatalan sita gereja DUMC.

Namun, surat itu sebenarnya tidak pernah dikeluarkan bahagian itu, kata Nik Nazmi.

"Ini satu dakwaan olok-olok oleh blogger Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa," kata Nik Nazmi dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Menurutnya, pembohongan paling ketara dalam surat itu adalah apabila ia mendakwa MPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tentang kewujudan gereja DUMC itu yang dianggap haram.

"DUMC terletak di Seksyen 13, PJ, jauh dari Damansara Utama," kata Nik Nazmi.

Beliau seterusnya menyifatkan blogger Umno itu sebagai kurang bijak dalam mereka cipta fitnah sedemikian rupa.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul," kata Nik Nazmi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selanjan, Elizabeth Wong yang turut disebut namanya dalam surat itu akan membawa penerbitan surat palsu itu di blog PapaGomo kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bersama Nik Nazmi akan bawa perkara ini kepada SKMM.

"(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud," kata Elizabeth Wong.

Difahamkan, MBPJ akan membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada jam 2.30 petang ini.

Mukjizat terbesar buat umat

Posted: 16 Aug 2011 02:32 PM PDT

Selamat Menyambut "Hari Nuzul Quran"

Hari ini, tanggal 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadan 1432 Hijrah adalah detik bersejarah buat seluruh umat Islam. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama dalam Surah Al-Alaq.- PDO

Tiada ulasan: