otaiblues |
Jahid dengan Berahim...boleh jumpa Mufti P Pinang kalau rasa tak puas hati.. Posted: 17 Aug 2011 11:32 AM PDT GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. "Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online. Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda. Nota kaki.. Klau dah ahli politik...bercakap la tentang politik...bukan bercakap tentang agama tampa bukti yang sah,,,dan ikt sedap mulut aje... |
Fuh...cekap nya depa...ada orang dalam ke? Posted: 16 Aug 2011 01:23 PM PDT Blogger siar petikan Laporan Ops Akidah di Gereja oleh JAISKUALA LUMPUR 16 Ogos - Sebahagian daripada laporan penuh dipercayai dipetik daripada laporan Ops Akidah di Gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didedahkan oleh beberapa laman blog hari ini.Laporan itu pertama kali dimuat naik oleh blog The Unspinners dihttp://theunspinners.blogspot.com/ menerusi entri bertajuk "Tak yah tunda Khalid, ini dia... Laporan Ops Akidah di Gereja (Bhg 1)" sebelum dipaut oleh beberapa blog lain. Menerusi pendedahan terbaru itu, blog tersebut memuatkan tiga bahagian daripada keseluruhan laporan Ops Akidah di Gereja iaitu bahagian Pendahuluan, Latar Belakang dan Pelaksanaan Operasi. Sebahagian daripada laporan yang didedahkan itu adalah sama seperti yang pernah dipaparkan oleh blog tersebut sebelum ini iaitu mengenai operasi terperinci pemeriksaan sekumpulan pegawai JAIS dan polis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu. Selain turut memuatkan risalah tentatif program dan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta di gereja berkenaan, blog itu kali ini juga menyenaraikan kesemua nama 12 peserta beragama Islam serta gambar empat daripada mereka. Menurut blog itu, pendedahan tersebut dibuat memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga kini hanya memberitahu laporan lengkap mengenai operasi itu sedang disiapkan oleh JAIS. Sedangkan blog itu sebelum ini pernah mendakwa laporan berkenaan sudah pun siap pada 4 Ogos lalu namun kerajaan negeri sengaja menangguhkan pendedahannya kepada umum. "Kami menjangkakan kerajaan negeri dan Pas akan "play down" perkara murtad dalam laporan JAIS disebabkan ia akan menjerat (Abdul) Khalid supaya melakukan tindakan undang-undang," katanya. Beberapa lagi laporan Ops Akidah di Gereja itu dijangka didedahkan blog berkenaan dalam masa terdekat apabila entri blog tersebut bersambung di bahagian keempat iaitu 'Elemen yang menimbulkan syak'. Betul ke lapuran Jais telah di keluarkan? Tak ada pun jurucakap Jais yang mengatakan telah siap dan telah di hantar? Klau siap pun ngapa di hantar kepada blogger2 pulak....eeea...ada orang dalam ek? |
You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan