shalehudin |
- Sah... Ezam orang Anwar dalam Umno... kahkahkah...
- Anak Rais Yatim kena saman ngan bini... kahkahkah...
- Bila barua tuduh orang lain barua... kahkahkah...
- Setan pun gelak besaq... kahkahkah...
- Penyerang Ashraf didakwa
- Umno gelojoh dan biul... kahkahkah...
- Takkan yang ni pun Zahid tak tau... haha...
- Betoi ka apa yang MSO tulih nie... kahkahkah...
- Najib Dan Rosmah Pelakun Popular 2011
- Ada gak yang celik dalam reramai yang buta... kahkahkah...
- Anak bunuh bapa
Sah... Ezam orang Anwar dalam Umno... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 09:32 AM PDT PEJUANG ISLAM SEJATI SYABAS TAHNIAH! nota: kita alu alukan mat ezam membawa kepala lembu membakar malaysiakini menyerang orang bukan islam mat ezam lah pejuang islam sejati bukan zul nordin kah kah kah EZAM : HENTIKAN MURTADKAN MUSLIM JIKA TAK MAHU PERANG - minsider Ezam Mohd Nor memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan "perang." "Tapi kita nak jelaskan, kita ada masalah besar dengan orang bukan Islam yang kurang ajar... dengan orang bukan Islam yang biadab, dengan orang bukan Islam yang tarik orang Islam untuk keluar dan murtad," katanya pada perhimpunan aman isu murtad pertahankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pekarangan Masjid Negeri di sini. "Kita memang ada masalah besar sebab itu kita keluar, kita mahu nyatakan pendirian kita dalam perkara ini, kita hormat mereka selagi mereka menghormat kita. "Kalau terpaksa kita bersedia berperang dengan mereka demi mempertahankan akidah umat Islam kalau mereka tidak berhenti daripada meneruskan kegiatan ini," katanya di hadapan kira-kira 100 orang. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...MAT EZAM... BILA KITA NAK PERANG LIM GOH TONG.... kah kah kah... woit... MAT EZAM...BILA NAK PERANG DENGAN ANANDA?.... PEMBAWA BUDAYA LUCAH KE DALAM RUMAH ORANG ISLAM....kah kah kah... woit...MAT EZAM ..BILA NAK PERANG LIM LIONG SIK ... YANG AMBIL DUIT ORANG ISLAM 12 BILION?.... kah kah kah... kah kah kah.... BILA NAK PERANG TUN HANIF.... MALAON INI PENGERUSI GENTING.... kah kah kah.. kah kah kah ...BILA NAK PERANG DENGAN MADEY...MALAON INI BUAT JANJI RAHSIA DENGAN AMERIKA.... kah kah kah.. woit...JANGAN LAH NAK PERANG DENGAN CICAK KUBIN.... kah kah kah.. woit...PERANGLAH DENGAN ROSMAH ... kah kah kah... kah kah kah....MAK JANDA ROMPAK DUIT NEGARA UNTUK BELI BEG TANGAN...kah kah.. kah kah kah...MAK JANDA INI KAHWINKAN ANAK PAKAI DUIT KERAJAAN.... kah kah kah... woit...KENAPA TAK PERANG DENGAN MAK JANDA INI.... kah kah kah.. nota: saranan mat ezam ini cukup baik bila mat ezam bertempik maka orang bukan islam akan meninggalkan gerombolan nota: apakah ini tugas mat ezam yang telah disusun oleh anwar? kah kah kah Bro: TT |
Anak Rais Yatim kena saman ngan bini... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 06:30 AM PDT ANAK RAIS KENA SAMAN DENGAN BINI KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memerintahkan supaya surat saman permohonan fasakh yang difailkan Riza Ainurin Ramlan diserahkan kepada suaminya sebelum 19 September ini. Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin memutuskan demikian bagi membolehkan kedua-dua belah hadir bagi sebutan semula kes itu pada tarikh tersebut. Riza Ainurin, 24, yang kini sedang hamil lapan bulan telah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, anak kepada Rais Yatim, Dino Rais pada 15 Ogos lalu. Terdahulu, peguam Syarie, Roslizam Rahim yang mewakili plaintif memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan. Ini kerana, pihaknya sebelum ini telah menghantar dua surat saman kepada defendan (Dino) pada 28 dan 29 Ogos lalu namun gagal diserahkan kerana perunding teknologi maklumat itu telah bertukar alamat. Dino merupakan anak kedua daripada empat adik beradik telah melangsungkan perkahwinan dengan Riza Ainurin pada 10 November 2007 dan kini sedang menantikan anak sulung mereka.- Bro TT |
Bila barua tuduh orang lain barua... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 03:30 AM PDT Ezam Sesumpah Yang Akan Membakar Atau Beliau Yang Bakal Terbakar? Oleh WFAUZDIN NS HEBAT. Ezam sesumpah berubah watak pula sekarang iaitu dari seorang yang dulunya banyak bercakap tentang rasuah, kemudiannya tidak lekang dari mulut beliau bercakap tentang keburukan DS Anwar kini beralih arah pula ke arah isu kononnya memerangi murtad. Ezam sesumpah mungkin terlupa jika beliau ingin memerangi rasuah atau murtad bukan Umno menjadi landasan politik beliau. Semalam dilaporkan Ezam sesumpah `bersumpah' lagi untuk membakar Malaysiakini. Apa yang mahu dibakarnya? Akhbar Malaysiakini? Lucu, kerana Malaysiakini bukan ada mengeluarkan akhbar bercetak seperti utusan Meloya. Mungkin Ezam sesumpah mahu membakar komputer kepunyaannya sebaik sahaja beliau membuka laman web Malaysiakini. Atau, Ezam sesumpah mahu membakar pejabat operasi Malaysiakini? Hebat Ezam. Semakin lama kita lihat Ezam sesumpah sudah tiada arah dan hala tuju atau prinsip perjuangannya semenjak bersekongkol dengan parti yang penuh dengan daki rasuah itu. Ezam sesumpah kini menjadi `pengutip' isu di jalanan tidak kira isu itu benar atau tidak asalkan dapat memuaskan hati insan yang menganugerahkan beliau Senator itu. Kisah rasuah hilang dari mulut Ezam sesumpah tatkala Najib sedang menjadi tumpuan di dalam isu komisyen kapal selam di Perancis. Selagi Ali Rustam dan Isa Samad masih memegang jawatan penting di dalam kerajaan, mulut Ezam sesumpah terkunci mahu sebut pasal rasuah. Justeru itu, beliau kini mahu menjadi `Wira Anti Murtad' pula setelah beliau mengutip isu tersebut di jalanan. "Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja. "Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan selepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam semalam yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam (Malaysiakini). Kita faham sangat mengapa puak-puak itu terlalu marah kepada Malaysiakini dan Malaysian Insider. Kedua-dua media ini tidak mudah untuk menjadi pencacai kepada Umno/Bn seperti Utusan Meloya dan TV 3 suku. Paling menyakitkan hati mereka apabila media ini terlalu banyak menyiarkan laporan tentang kejelekan sistem SPR dan JPN di dalam isu pengundi warga asing (PR). Bukan masalah murtad sebenarnya kerana apa peranan media ini untuk memainkan isu tersebut? Kita ada bukti dan fakta bahawa yang memainkan isu agama dan perkauman ini sebenarnya adalah Utusan. Akhbar ini meletakkan tajuk besar di depan yang menyebut Kristian akan menjadi agama resmi negara ini. Apa tindakan kepada akhbar berlidah syaitan ini? Ezam sesumpah tidak berhajatkah untuk membakar akhbar sebodoh itu? Mustahil, sebab akhbar ini banyak membantu Ezam sesumpah `mencari makan' di dalam Umno. Jika benar dan jujur Ezam sesumpah mahu berjuang di dalam isu murtad, mengapa beliau menyalak depan masjid tetapi tidak berani bersuara di dalam Dewan Negara agar Undang-Undang murtad yang ada sekarang dipinda agar selari dengan Islam? Bukankah beliau kini boleh bersuara di dalam Dewan setelah dilantik menjadi senator? Mengapa Zul Kulim `firaun besar' juga tidak bersuara di Parlimen? Bukankah beliau kini menjadi MP Kulim Bandar Baru walaupun tidak diredhai oleh pengundi di kawasannya? Sebenarnya, pencacai-pencacai ini cuma mahu isu ini dibesarkan agar isu penyelewengan SPR dan JPN dilupakan rakyat. Semenjak bila Umno serius dengan isu murtad? Apakah pemimpin yang mengalungkan bunga di kubur Kamal Antarturk itu iaitu bos Ezam sesumpah peka dengan isu murtad? Saya tidak hairan dengan Zul Kulim kerana siapa tidak kenal perangai orang buangan PAS dan PKR ini. Lokman Noor Adam, malu mahu sebut jika inilah orangnya yang mahu bercerita pasal murtad. Lebih baik Lokman bercerita tentang duit yang dibelasah oleh Ezam semasa Ezam berada di dalam Keadilan dulu sepertimana beliau pernah ceritakan sehingga sanggup mencabar Ezam bersumpah di dalam masjid. `Firaun besar' Zul Kulim itu pula tidak habis-habis mahu suruh orang bertaubat. Beliau mahu pekerja-pekerja di Malaysiakini bertaubat kerana kononnya menjadi barua kepada musuh Islam. Lucu sungguh apabila barua tuduh orang lain barua. Beliau yang wajib bertaubat kerana beliau percaya 110% tentang fitnah seks yang terdapat di dalam video Eskay, sedangkan sebagai seorang Muslim (jika beliau Muslim) beliau patut tahu hukumnya seseorang yang menuduh orang lain berzina tanpa mengikut hukum yang ditetapkan di dalam Al-Quran. Orang yang `bikin' dan menayangkan video itu sendiri iaitu Eskay pun kata beliau tidak tuduh Anwar yang melakukannya, bagaimana `firaun besar' dari Kulim ini boleh percaya pula? Ini menunjukkan tiada seorang pun daripada pencacai yang menyalak depan masjid itu benar-benar ikhlas di dalam isu murtad ini. Mereka sekadar mahu mencari publisiti murahan kerana sejak kebelakangan ini Umno sudah tidak mampu `berkuit' lagi setelah berbagai kemungkaran parti sekutu Apco ini didedahkan. Adakah anda rasa Malaysiakini atau Malaysian Insider gentar dengan salakan pencacai murahan ini? Jawapannya, mereka akan tertawa sahaja melihat gelagat puak-puak yang ingin mencari makan itu. Selagi Perlembagaan dan Undang-Undang Murtad di dalam negara ini masih kekal seperti yang sedia ada, usahlah Ezam sesumpah, Lokman, Zul Kulim mahu pun Perkasa mahu menyalak. Hakikatnya, rakyat kenal dan faham benar dengan Umno kerana mereka tahu dan sedar semenjak bila Umno serius dengan isu murtad. Ini suatu pertanda bahawa Umno sekarang amat terdesak sehingga sanggup mengutip isu di jalanan untuk menjadi senjata akhir mereka sebelum parti itu selamat disemadikan selepas PRU ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com |
Setan pun gelak besaq... kahkahkah... Posted: 14 Aug 2011 12:45 AM PDT LAWAK TERGOLEK DOG SETAN PUN KETAWA nota: lawak gerombolan cukup hebat setan pun ketawa sama kah kah kah UMNO JUMPA SPR BINCANG PILIHANRAYA BERSIH HANYA JENAKA- harakah daily Langkah pimpinan Umno Barisan Nasional untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil disifatkan sebagai tidak 'genuine'. Bahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Takiyuddin Hassan mendakwa langkah itu sebagai palsu, wayang dan lawak jenaka. "Apa saja yang dibuat oleh UMNO-BN, bagi saya itu adalah satu 'wayang', pada hal apa yang dibuat oleh Umno-BN, kita boleh buktikan, di belakangnya adalah arahan daripada pimpinan Umno-BN itu sendiri. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH TERGOLEK DOG KETAWA ambo tak de nak royak apo apo kah kah kah kah kah kah kah kah kah woit...TUNGGANG TERBALIK KETAWA... kah kah kah Bro: TT |
Posted: 14 Aug 2011 12:19 AM PDT PAPARAN YouTube menunjukkan seorang perusuh mencuri barang daripada beg sandang Ashraf (kanan) sambil diperhatikan rakan-rakan mereka dalam rusuhan di London pada 8 Ogos lalu. LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya. Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf. Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam. Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu. Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai 'menjijikkan'. Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain di Britain pada minggu ini.– Agensi |
Umno gelojoh dan biul... kahkahkah... Posted: 13 Aug 2011 09:00 PM PDT Apakah Islam akan lebih gagah dan dihormati dengan mangkuk jamban? Oleh Zulkifli YahayaDi bulan Ramadhan yang mulia, di waktu seluruh Iblis dan syaitan dirantai, umat Islam sepatutnya menjadi lebih baik dan berhikmah dalam sebarang tindakan berbanding di luar lingkungan Ramadhan. Saya tertanya apa rasionalnya, Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) menghantar mangkuk tandas, berus jamban dan penyapu ke pejabat Meneri Besar Selangor, kononnya sebagai membantah tindakan Abdul Khalid memohon maaf kepada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya sebelum ini. Negara pernah digemparkan dengan tindakan pihak tertentu menghantar kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah dikirimkan dengan kek hitam, jambangan bunga hitam, coli dan seluar dalam wanita. Semua tindakan tidak berapa siuman itu dilakukan oleh NGO yang berwalak (tunduk dan patuh) kepada arahan UMNO. Semua tahu mereka adalah rangkaian UMNO, melakukan tindakan provokasi untuk kepentingan UMNO dan bertujuan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat. Persoalan besarnya ialah dalam semua isu berbangkit itu nama 'Islam' dilibatkan; kononnya kerana kuil lebih diutamakan dari masjid, kononnya umat Islam ditindas di Pulau Pinang dan kononnya kristianisasi tidak disekat. 'Islam' dijadikan alat meyalakan sentimen dan membakar semangat orang Melayu/Islam di negara ini tetapi melalui tingkah laku yang langsung tidak menampakkan akhlak Islam. Kristianisasi adalah isu yang melibatkan aqidah dan maruah Islam. Maruah Islam musnah jika orang Islam sewenang-wenangnya keluar agama. Tapi apakah kerana kononnya mahu mempertahankan maruah Islam kita melakukan penghinaan melampau terhadap saudara seagama dan memburukkan imej Islam melalui tindakan macam orang terencat akal. Siapa yang paling gembira kalau bukan musuh Islam? Apabila JAIS dan Dato' Dr. Hassan Ali menyerbu gereja DUMC kerana penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan 12 orang Islam ia adalah tindakan wajar. Ia adalah langkah penguatkuasaan berdasarkan enakmen yang ada untuk memelihara maruah umat Islam. Mana boleh orang Islam 'berbuka puasa' di gereja? Buruk benar, bunyinya. Terlintas barang sepicing dalam hati untuk mengakui kebesaran Kristian apabila berada dalam gereja, maka hancur leburlah iman. Bukan sahaja pesan-memesan dan dakwah, penguatkuasaan juga perlu dalam Islam. Tindakan Hassan Ali boleh mengingatkan umat Islam jangan secara mudah jatuh hati dengan gereja dan pihak penganjur supaya jangan dengan mudah juga menganjurkan acara untuk umat Islam di gereja. Langkah itu tidaklah menyelesaikan masalah aqidah umat Islam yang sentiasa terancam. Kumpulan orang Islam itu sendiri yang terhegeh-hegeh masuk ke gereja, bukan dipaksa dengan muncung pistol oleh pihak penganjur. Sepatutnya ada umat Islam yang bertanggungjawab untuk menginsafkan kumpulan longgar iman itu supaya jangan menjual Islam dengan sekampit beras, macam orang Melayu menjual undi kepada BN dengan sekilo gula. Masalahnya pihak yang diharapkan melakukan kerja dakwah itu terlalu sibuk dengan kerja bukan dakwah. Tapi sekurang-kurangnya tindakan Dato' Hassan Ali dan JAIS dapat mengurangkan bencana murtad. Mereka mesti disokong dalam menunaikan tanggungjawab tersebut. Masalahnya dalam negara yang bernama 1Malaysia ini, isu agama tidak boleh ditangani dengan agresif macam polis menanganai himpunan Bersih. Setakat apa yang dibuat oleh JAIS itu sudah memadai, selanjutnya adalah tanggungjawab pemimpin kerajaan, pemimpin politik serta semua pihak yang terbabit duduk semeja mencari penyelesaian. Itu kaedah manusia bertamadun. Masalah yang timbul ialah pihak UMNO yang semakin kemaruk sokongan rakyat nampak ada peluang untuk dipolitikkan. Lalu bermulalah operasi mengasah batu api. UMNO melontarkan serangan fitnah terhadap PAS tidak semena-mena. PAS tidak pernah mengeluarkan barang sepatah perkataan menyalahkan tindakan Hassan Ali tapi PAS dituduh tunduk kepada DAP. PAS dimarahi kerana tidak bangkit secara besar-besaran menghentam pihak gereja. PAS dipersalahkan kerana mahu mendapatkan penjelasan dari JAIS dan pihak gereja. Bagi UMNO, PAS tidak harus berdailog dengan pihak gereja. Apakah bagi mereka cara mengatasi masalah murtad ialah dengan PAS mengasah pedang melancarkan perang jihad terhadap pihak kristian? Persoalan besarnya, ikhlas sangatkah UMNO memperjuangkan isu murtad? Berkali-kali PAS membangkitkan isu murtad di Parlimen, UMNO buat tak peduli. Apabila Dr. Puad Zarkhasi mencadangkan keperluan wujudnya undang-undang murtad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob memulangkan paku buah keras. "Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan undang-undang murtad. Rang Undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen UMNO tapi ditolak mentah-mentah," ujar Salahuddin. Sekarang adalah musim di mana UMNO akan bercakap apa sahaja bagi menampakkan merekalah pejuang Islam dan Melayu. Merekalah golongan anti murtad, anti pluralisme, anti hiburan, anti arak dan judi, anti maksiat dan menjadi pembela Islam yang sejati. Semua itu langkah terdesak setelah mereka berputus harapan dengan undi bukan Melayu dalam pilihanraya. Bagi UMNO pilihanraya ke 13 adalah segala-galanya. Alang-alang sudah ditolak bukan Melayu, maka biarlah usaha meraih undi Melayu dibuat ke tahap maksima. UMNO mengira bahawa undi Melayu masih boleh dibeli dan dimanipulasi. Betul atau tidak tindakan 'melakukan apa saja' untuk meraih undi Melayu itu hanya dapat dilihat selepas PRU ke 13 nanti, sama ada mereka kekal berkuasa atau UMNO terus pupus dari muka bumi Malaysia. Dalam sejarah politik tanahair, inilah kali pertama BN cuba untuk memenangi pilihanraya tanpa undi Cina. Alhamdulillah dalam apa jua isu mutakhir ini, PAS tampak rasional dan bijak dalam merungkaikan isu. Sebaliknya UMNO yang nampak gelojoh dan biol. Tugas PAS sangat besar kini untuk menggantikan UMNO. Di samping tugas berat PAS membersihkan imej Islam yang dirosakkan oleh mangkuk jamban UMNO. |
Takkan yang ni pun Zahid tak tau... haha... Posted: 13 Aug 2011 08:00 PM PDT Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan Oleh Syed imran Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak. Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam. Yang lebih mendukacitakan saya apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng. Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri. Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang. Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa. Tak kan inipun Zahid tidak tahu. Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim. Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof Latif menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu. Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong. Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh. Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam .... Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak. Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. |
Betoi ka apa yang MSO tulih nie... kahkahkah... Posted: 13 Aug 2011 07:00 PM PDT Doktor Amerika Belah Lutut Najib? Oleh Mohd Sayuti Omar Perkara ini kecil saja dan tidak patutnya menjadi isu. Tetapi disebabkan tidak ada isu besar lewat petang ini rasanya elok kalau ia dicatatkan di sini untuk menjadi renungan. Mudah-mudahan sumber dan maklumat ini dapat menyedarkan kita semua bagaimana sikap pemimpin kita. Nilailah sendiri sebaik mungkin. Apa yang berlaku ini menyebabkan kita merasakan betapa rendahnya nilai orang kita di mata pemimpin negara kita yang bercakap soal bangsa, soal identiti dan soal nilai-nilai kita. Jelas pemimpin hanya tahu menyeru tetapi tidak mudah untuk berbuat. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Itulah slogan PM Najib Razak. Bila sebut rakyat dalam konteks hakikatnya Melayu. Kita faham kita kenakan dahulukan Melayu dulu sebab kita adalah orang Melayu dan PM itu Melayu Bugis. Tetapi malang Najib tidak cuba mempraktikan apa yang diseru itu sebaliknya dalam masa sama merendahkan keupayaan Melayu bangsa yang memayungnya sebagai pemimpin. Ini dapat dilihat kepada apa yang baru terjadi. Katanya doktor yang membedah lutut Najib bukan melayu tetapi doktor dari sebuah universiti Amerika Syarikat. Perkara ini telah menjadi buah mulut dari kalangan doktor dan pakar bedah negara ini. "Najib tidak percaya kepada Melayu, yang bedah lutut dia doktor Amerika," begitu bagi tahu seorang doktor pakar di sebuah hospital pakar di KL kepada kawan saya yang kemudian memberi tahu saya. Menurut katanya doktor itu rasa kecewa sedikit sebab Najib seakan tidak percaya kepada doktor Melayu. Urusan membawa mari doktor berkenaan dilakukan oleh Wanita Pertama Malaysia. "Kita hanya periksa saja, pembedahan dilakukan oleh doktor asing," jelas doktor itu kepada kawan saya itu. Tentang berapa bayaran untuk doktor pakar jangan ditanya, Najib PM kerajaan tanggung semuanya. Hal ini tidak ada masalah. Seperti saya katakan tadi ia bukan isu. Kerana tak ada isu elok dicatat supaya rakyat tahu dan orang Melayu tahu bahawa Najib tidak percayakan kepada Melayu. Itu saja dan selamat berbuka puasa http://msomelayu.blogspot.com/ |
Najib Dan Rosmah Pelakun Popular 2011 Posted: 13 Aug 2011 06:00 PM PDT Oleh: mohdnoorawang Jika dicalunkan pelakun lelaki popular dan pelakun perempuan popular. Seluruh juri pertandingan akan memberi kemenengan sratus peratus kepada Datuk Sri Najid Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor pemenangnya. Walau pun tidak berlakun dan menjayakan watak dalam filem atau drama. Najib dan rosmah hanya sekedar berada dilokasi pergambara sahaja. Begitu juga kes liwat 2 yang melibatkan tertuduh Datuk Sri Anwar Ibrahim. NAJIB DAN ROSMAH HANYA BERADA DI MAHKAMAH JUMPA HAKIM DAN PEGUAM BELA, HANYA SEKADAR DATANG MELAWAT, AGAR MASYARAKAT UMUM NAJI DAN ROSMAH HADIR DI MAHKAMAH. Memang Najib dan Rosmah berlakun. Dan Najib serta Rosmah menipu rakyat Malaysia. NAJIB DAN ROSMAH TIDAK MAHU MENJADI SAKSI KES LIWAT ANWAR DENGAN SAIFUL, DAN NAJIB /ROSMAH TIDAK MAHU BERJUMPA PEGUAMBELA ANWAR. ITU MUKTAMAD DARI NAJIB DAN ROSMAH. Rakyat dapat membuat tekaan secara mudah, NAJIB DAN ROSMAH TAKUT UNTUK BERDEPAN SOALAN DAN HUJAH DENGAN PEGUAM ANWAR KES LIWAT 2 BOLEH DIANDAIKAN NAJIB DAN ROSMAH DAN PEGAWAI KESELAMATAN SERTA MAHKAMAH SATU KONSIPIRASI YANG NYATA. NAJIB DAN ROSMAH TAKUT RAHSIANYA TERBONGKAR. KERANA KES LIWAT 2 ANWAR DENGAN SAIFUL TELAH DIPETENKAN DAN SATU USAHA UNTUK MEJATUHKAN DAN MEMERANGKAP ANWAR. CUKUP JELAS POLIS, MAHKAMAH, DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERMASUK PERDANA MENTERI DAN ISTERINYA KETUA KONSIPIRASI KES LIWAT 2. JIKA NAJIB DAN ROSMAH TIDAK TERLIBAT ENGAPA TAKUT BERDEPAN DENGAN PENGUAM BELA ANWAR DALAM KES LIWAT 2?...... Ayuh kita sebagai bangsa Malaysia yang bermaruah, pemimpin UMNO seperti Najib dan orang yang sama dengannya perlu diganti dan ditumbangkan dalam PRU13. |
Ada gak yang celik dalam reramai yang buta... kahkahkah... Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT Saifuddin: Saya tidak setuju samakan Bersih 2.0 dengan rusuhan London Oleh Syed Mu'az Syed Putra KAJANG, 13 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain baru-baru ini. Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu. "Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London," katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini. Semalam Najib langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk. Kata beliau, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman. Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England. Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama. Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu. Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman. "Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan," katanya. Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya. "Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa," katanya. Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu. |
Posted: 13 Aug 2011 04:00 PM PDT Amuk berang ditegur DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek. KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental. Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin. Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang. Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara. "Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan