Ahad, 14 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Pok Kok Lorong Satey Baung.

Posted: 13 Aug 2011 10:07 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Label : Peribadi

Ni N3 lebel peribadi. Nak baca, baca, nak skip sila. Malam tadi, gua settlekan urusan pos barang by bus. Guna Transnasional. Bas ni macam nomad. Dulu kat Langgar. Pastu Bilal. Skang kat stesen bas KB. Harga pun ikut suka hati driver.

Jadual bas pukul 8.30. Tapi sebab syarikat Melayu, bersapau gua tunggu. Dekat 9.30 baru settle urusan pos. Nak terawih sendiri2 kat rumah? AdukaTaruna ma gua. Takan ada punya. Bukan Hadi Awang atau Harun Din.

Masa menunggu tu, sebelah gua ada 1 pakcik tua dalam umur 70 kot. memang tualah. Bongkok. Pakai semutar, kain pelikat. bawak karung. Gua ingat golongan takda rumah. Gua haus. Beli air kotak. Tak sedap plak minum sorang. Gua beli 2. Gua pilih soya untuk orang tua tuh.

Bila kembali ke tempat duduk, gua hulur la. Ntah dia dah buka ke blum, mana kita tahu kan.

"Air, pakcik."

"Eh.. terima kasih. Ado ni, air. Baru lepas minum." (Kecek Kelate la.. gua nak taip tak tahu).

"Mari mano pakcik?"

"Pokcik mari ghumoh anok. Bla bla bla... Bas male2 ni payoh gitumo.." Sepatah haram gua tak paham. Pekat dan laju gile.

"Ho laa.. meme la.." Gua menyampuk dengan ayat yang neutral. Bleh masuk mana2 maksud yang pakcik tu cakap. Penyudahnya begini :

"Minta maaf pakcik deh. Kito ni ore luar. Nikoh ore sini. Tak bape pehe kecek Klate. Kito nak tanyo so jah. Pakcik nak kelik mano?"

"Baung."

"Molek. Kita nak kelik Padang Tembak. Mari sekali lah. Tapi kino tunggu bas sapa. Kito nak poh bare ore."

"Buleh belako Pokcik."

"Kito pun Padang Tembak gak be. ILP." Sekor budak menyampuk. Ada rakannya benjadikan jumlah 2 orang.

"Ho bereh. Mari skali."

pendek cerita settle pos barang, gua, pokcik tu, dengan 2 budak tu naik kete. Blah. Sampai Baung, pokcik tu suruh gua berhenti.

"Jauh ke dale tak cik? Cekak ko dok? Kito buleh antar masuk dale."

"Takpo la.. sini jah."

Pastu macam gua ramal. Bertekak pasal bayaran. Pokcik tu nak bayar, gua tak nak. Dia hulur not RM10.

"Mu tok buleh lagu ni we.. mano2 pung, mu kino hambek gak. Tok banyak, sikek."

"Oloh la.. ni meme laluan kito nih. Tok sah la.."

"Ambek we.. ambek.. Lagu ni gak, tok line hati pokcik."

Niamakahai. Gua dah la nak cepat. Bertekak pasal bayaran. Rasa nak tendang jer orang tua ni keluar. Then terus chow.

"Gini la.. gini. Kalau pocik nak bayar gak.. pokcik bayar denge doa jah. Ore tino kito ngandung 7 bule. Nok minto pokcik doake semuo selamat, sempurna, sihat. Buleh?"

"Oloh la.. kalau lagu tu gak.. insyaallah la. Pokcik doake. Tapi nak oyaknyo, kalau ado gapo2 gak, cari pokcik kak sini. Mari sini, sebut Pok Kok Lorong Satey Baung. Buke nak oyak pokcik panda, tapi alhamdulillah, pokcik buleh la sikek2 ubat ore."

"Insyaallah, pakcik, Insyaallah. Ha.. sore mari duduk depe nih."

Pastu gua chow hantar 2 ekor budak tu ke ILP. Macam biasa nak bayar gak.

"Dah2.. lu jangan nak mengada2. Tutup cermin tu. Abe nok cepat nih."

"Timo kaseh be.. Timo kaseh deh.."

"Bereh."

Gua pun meRX8kan Mazda 323 gua untuk settlekan baju Jeming Hassan dan ke program Cikgu Rahim. Ntah sapa ntah Cikgu Rahim gua pun tak kenal. Jeming sms, gua datang jer la. Sekali kena karaoke lagu dangdut. Nate mung ming. ---->> Tionaseng punya Cuping Merah.


Keberanian PAS Kelantan berdepan media baru.

Posted: 13 Aug 2011 09:22 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Media baru adalah senjata.

Masa orang sibuk kata real politik Melayu adalah Kelantan, gua masih kecil. Masa ramai orang dakwa universiti politik Melayu adalah Kelantan gua masih sekolah.

Tapi hari ni gua sudah besar. Walau maybe masih belum besar dan matang setahap beberapa level manusia lain, at least gua sudah besar dan matang dari gua zaman dulu.

Media baru adalah satu fenomena yang tercetus sebelum PRU12 dan memuncak semasa PRU12. Selepas PRU12, media baru tumbuh bagai cendawan. Istilah blogger mula muncul. Manusia blogger mula diberi perhatian.

Beberapa tahun selepas itu, muncul media facebook, twitter. Dunia menyaksikan gelombang rakyat dijana oleh media baru. Dari Tunisia, merebak ke Mesir, Libya dan sebagainya. Ini dinamakan senjata.

Anak muda.

Kesemua manusia hari ini pernah melalui zaman muda. Darah panas. Berani. Tidak berlapik. Mengapa? Ada 3 faktor / pembolehubah yang gua kemukakan.

1. Faktor kimia badan seperti adrenalin, kilang menghasilkan hormon masih aktif.
2. Faktor belum berpengalaman.
3. Faktor merdeka.

Belum berpengalaman boleh menjadikan seseorang itu berani. Tiada pengalaman jatuh motor, membuatkan manusia itu menunggang motor serupa hantu.

Faktor merdeka juga adalah punca anak muda berani. Mereka tidak terikat dengan sesiapa. Mereka tiada hutang kereta, rumah, periuk nasi. Mereka tidak terikat dengan pimpinan itu dan ini. Kerana itu mereka tidak terdorong rasa terikat dalam menyatakan apa yang mereka mahukan.

Ini 3 pembolehubah yang gua kemukakan untuk menjawab mengapa anak muda seakan disunnahkan / disistemkan Allah berani dalam menggerakkan perubahan.

Apabila anak muda diberikan senjata.

Apabila 2 tajuk ini digabungkan, bolehlah kita tulis sebagai anak muda yang diberikan senjata terkini yang sangat2 ampuh. Dari Tunisia, anak muda menggulingkan pemerintah korup. Mesir menggulingkan boneka Israel. Merebak ke Libya dan sebagainya.

Ini adalah fenomena alam yang sunnah. Yang tersistem. Yang telah ditetapkan Allah. Tetapi setiap zaman mempunyai wadah dan keadaannya sendiri. Kembali kepada tajuk N3, gua catitkan di sini, memang benarlah Kelantan adalah real politik dan universiti politik Melayu.

Tajuk 1.

Dalam hal2 mendepani anak muda yang mengawal senjata, gua lihat kerajaan Kelantan tidak memandang ini sebagai sesuatu yang berbahaya. Malah berani mendepani dan menyelami fenomena ini.

Ketika isu perjumpaan gelap di istana Terengganu, sebelum Hadi Awang dikatakan lari ke luar negara malam itu juga, isu2, persoalan2 sangat2 panas. Sama ada yang terbuku lama atau yang membuku baru. Gua dan rakan2 anak muda semuanya, sedikit jumlahnya ke Rusila bagi mendapatkan penjelasan Hadi Awang.

Takdirnya, Hadi Awang lari, dan berlakulah peritiwa gua dikasari pengikut Hadi Awang depan Hadi Awang yang berlindung di belakang kereta. Di halaman rumahnya sendiri. Isu menjadi panas, dari gua yang sedikit membentuk sejumlah yang besar jika gua repeat semula ke Rusila.

Program kerajaan Kelantan berdialog dengan blogger sudah dirancang lama sebelum itu. Jika bukan Kelantan, pasti program itu akan dibatalkan. Tetapi tidak. TGNA tetap hadir mendepani isu dan 'amukan' rakan2 blogger.

Abu Nawas bertanyakan pendirian kerajaan Kelantan akan kes gua. Edyes bersuara depan TGNA bahawa dia akan sujud syukur kalau Hadi Awang berani mendepani blogger seperti malam ini. Kerajaan Kelantan tetap di situ. TGNA tetap tidak menunjukkan rasa cemas. Tidak lari. Menjawab seperti seorang pemimpin. As a leader.

Tajuk 2.

Kemudian BN turut menghimpunkan blogger tetapi lebih besar kerana turut menjemput blogger luar negara. Bla bla bla... Sebelum Ramadan, ketika panas isu BERSIH, Najib mengadakan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kelantan. Tapi kaedah lawatan Perdana Menteri seperti biasa, menjadi kaedah lawatan Presiden UMNO.

Blogger Poji, Topeng Perak, telah mengkritik Pemuda Kelantan kerana tidak berani menyambut Najib seperti pemuda Malaysia di London. Atau sekurang2nya pemuda PKR di KL Sentral. Jika bukan Kelantan, pada gua, ini akan mengundang permusuhan.

Tetapi, telah merancang Pemuda PAS Kelantan untuk mendepani blogger. Mereka tidak lari. Dan tidak pula mengambil sikap bermusuh. Tarikh yang dirancang ialah Ramadan. Lokasinya pula ialah Hotel Raudah. Turut dijemput ialah gua. AJK PAS Bachok siap nak jemput gua di rumah kalau Mazda gua radiator masih bocor. Wah... gedebe lu. Gua suka. Yang hadir kesemua pimpinan PAS Kelantan.

Lepas sesi mentedarah colek, sesi taaruf, maka sessi dialog pun bermula. Poji belasah PAS dan Pemuda PAS. Dalam keadaan satu meja bulat dengan Ketua Pemuda dan Timbalan. Cool. Kemudian blogger2 lain turut diberikan peluang. Tiada rampasan alat2 rakaman.

Sampai turn gua. Cumanya, gua takda benda nak belasah. Terutama bab2 teknikal dan gerak kerja organisasi macam PAS. Mana gua tahu. Serahkan sesuatu itu pada ahlinya. Bab2 gerak kerja seperti pendaftaran pemilih gua selalu belajar dari blog Cenangau.

Baru2 ni Cenangau ada kritik gerak kerja PAS Terengganu dalam bidang yang sama. Kalau gua ni jenis nak kritik PAS Terengganu sangat, paling tidak gua kopipes N3 Cenangau tersebut. Tapi, gua tak buat pun. Biarlah ahli membicarakan soal sesuatu bidang itu.

Antara blogger yang bergambar dengan pimpinan Pemuda PAS Kelantan.


Tapi, kalau bab2 falsafah terhadap isu dan dasar, boleh la. Takan gua nak belasah Hasan Ali bab gereja kat situ. Atau Hadi Awang dengan 4 penipuannya? Macam orang gila plak. Bagaimanapun gua tetap diberikan peluang bercakap. Dan rakan2 gua bebas melakukan apa sahaja bentuk rakaman. Cool.

Tajuk 3.

Seterusnya, malam tadi. Berlaku satu program YB Cikgu Rahim dengan bloggers dan facebookers. Program 20hb malam. Gua dapat sms jemputan tengah hari hari yang sama. Jemputan dari Jeming. Rakan blogger. Bukan jemputan dari penganjur pun.

Fikir punya fikir, alang2 gua dah di KB untuk urusan pos barang by bus, gua pun hadirlah. Dari perjalanan program, gua boleh simpulkan, YB Cikgu Rahim aktif dalam group FB yang dinamakan UMNO Tumpas. Sekor per sekor pengkritik dalam group tersebut dijemput.

Pengkritik pertama tak silap gua Mat Yi. Dia diberikan microphone untuk mengkritik. Tapi dia cakap Dia ketar. Tak bleh cakap. Tak biasa. Then Mat Black. Mula2 ketar, tapi lepas 2-3 minit selamba belasah YB Cikgu Rahim. Antaranya ialah :

"Dio tu ore tuo. Pikire ore tuo. Tok Sir denga kecek ore mudo. Jadi, kito kritik nok wi dio rock sikit jah. Rock supo kito." Sambil menerima tepukan gemuruh dari remaja facebookers yang hadir. Gua tak fikir Hadi Awang boleh lalui real politic seumpama ni. Gigil kepala lutut bai.

Cikgu Rahim sengeh jer kat 'pentas' tu. Dengan kopiah. Baju melayu buruk, kain pelikat. Sempoi. Cool. This is what I talking about. The real politic. Sekor per sekor pengkritik diberikan peluang membelasah. Antara yang gua ingat Tok Gawo (bukan Tok Ggawo Jane), Pauh Hitam. Pengkritik group UMNO Tumpas semua duduk di 'pentas' bersama YB Cikgu Rahim. Hafiz Musa, Naib Pemuda plak yang duduk di bawah kemah hadirin. Dia datang as facebooker, bukan as pimpinan katanya.

"Seterusnya ore hok lamo ambo nok tengok tue."

Nama gua pun kena petik. Niamakahai. Dengan gua2 sekali kena karaoke malam tu. Just cakap pasal kuasa media baru jer la gua. N3 bukan nak citer pasal karaoke, tapi pasal real politik.


Tajuk 4.

Sebenarnya gua tak suka program dialog dengan pimpinan. Tak suka atas tajuk konsep. Masa terhad. Protokol. Peserta dialog hanya boleh 2-3 orang. 90% dari masa yang diperuntukan atas nama dialog ialah ucapan pimpinan. Fuck off. Baik tukar nama kepada ceramah sahaja.

Bila MSK nak kumpul blogger, dan jemput pimpinan gua dah anggap tipikal dah. Rasa malas nak gi. Tapi bila MSK maklumkan pimpinan tak dapat hadir, meluap2 gua nak gi. Sudah pasti masa itu adalah milik kita semua. Terbaring, terlentang, tepuk meja, usha awek rakan blogger, conteng white board, 100% dari keseluruhan masa adalah untuk peserta. Bukan untuk dengar ceramah pimpinan. Ini program diskus / dialog. Bukan ceramah.

Tetapi di sini, memang betul2 real politik. Pertemuan blogger / facebookers - Pemuda PAS Kelantan, hanya 2-3 minit pimpinan berucap. Pertemuan YB Cikgu Rahim pun begitu. Dia hanya berucap di penghujung program hanya 2-3 minit. Selebihnya senyum dan releks menerima kritikan depan berdepan. Tak lari, tak rampas dan tak guna samseng.

Perlu dicontohi.

Gua yakin blog gua dibaca pemikir BN. Dan pasti akan wujud usaha meniru. Cuma gua tidak yakin BN berani mengamalkan real politik. Berdepan dengan kritikan live, berdepan, tanpa guna samseng / polis, etc. Jika Hadi Awang ada samseng Rusila, BN ada samseng Perkasa.

Dan gua harap bro, Taufek, PJ PAS N9 boleh buat benda yang sama. Untuk facebookers dan bloggers N9. Jangan bimbang dan takut dengan kritikan. Kalau kita tak berani mengamalkan real politic, kita serupa BN. No choice. Tiada pilihan lain selain BN.

Wallahualam.


Isu gereja : Bila nak dakwa pihak itu di mahkamah?

Posted: 13 Aug 2011 07:34 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Isu serbuan gereja oleh Jais dan Hasan Ali bermotifkan akidah atau politik? Bermotif menegakkan perlembagaan negara yang mengharamkan penyebaran agama lain terhadap muslim atau sekadar menjadi isu di media?

Gua mengajak rakan2 semua, duduk di landasan Timbalan Presiden PAS, yang menekankan pendakwaan. Kita ada kes gerakan negara Kristian yang terus hilang tanpa pendakwaan. Pelbagai lagi isu yang timbul dan terus hilang tanpa pendakwaan. Apa motifnya?

"PAS berharap tindakan pendakwaan tersebut dapat dijalankan seberapa segera bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengapi-apikan isu ini," - Mat Sabu.



Tiada ulasan: