Jumaat, 12 Ogos 2011

shalehudin

shalehudin


Aku kena tabik Najib la bab nih... haha...

Posted: 12 Aug 2011 07:40 AM PDT

Najib, Rosmah hadir di mahkamah berhubung kes liwat Anwar, tapi tak mau di interview oleh peguam Anwar... kahkahkah... pandai dia pekena Anwar dan rakyat Malaysia... kahkahkah...


Dia kata dia ikut cakap Mahkamah, betoi la Mahkamah kata kena pi tapi nak temuduga ka tak tu hak dia... kahkahkah... kot mana pun dia kencing rakyat jugak... pttuihh....

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada jam 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.

Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.

Perdana Menteri dan isteri bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada jam 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang sudah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk di temu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan "saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tidak kiralah apa jua jawatan."

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan sudah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau sudah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya sudah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - BERNAMA

Khalid ni dah macam lembu kenyang laa...

Posted: 12 Aug 2011 05:25 AM PDT

Cucu Citit Khir Toyo Usung Mangkok Tandas
Oleh Mohd Sayuti Omar

APABILA Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membuat apologetik kepada gereja Methodist di atas keterlanjuran Jais memasuk premis rumah ibadat Kristian itu tapa mengetuk pintu saya juga kurang setuju. Terasa sangat yang Khalid membuat keputusan sendiri. 

Belum pasti apakah kemasukan Jais itu benar atau secara salah tetapi Khalid sudah memohon maaf. Tindakan segera Khalid tanpa mendapat laporan terperinci itulah menguriskan hati orang Melayu, terutamanya yang mengaku kuat memperjuangkan Islam.

Kita memahami kenapa Khalid mengambil tindakan itu iaitu untuk tidak mengeruhkan suasana. Khalid mahu agar pihak gereja tidak salah anggap dengan kejadian itu. Tetapi dalam masa sama Khalid tidak mengambil kira perasaan mereka yang kuat beragama Islam tadi.

Wajarlah kalau Khalid dihukum dengan kecaman dan kritikan. Dan saya rasa orang macam Khalid yang akan bersikap persis lembu kenyang akan menerima apa saja celaan dan kritikan terhadapnya itu. Bukan sekali kali beliau menghadapi kecaman. Sudah banyak kali dan beliau hadapi dengan selamba saja.

Sekali beliau bersuara mengaku kesilapan orang akan maaf. Kehebatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang ternyata lebih berkebajikan berbanding dengan bekas MB-MB Selangor sebelum ini menyebabkan kesalahan Khalid tidak menjadi 'kudis gatal'. Beberapa program membantu rakyat yang dilakukan Khalid diterima oleh rakyat. Dengan pendekatan pentadbiran mengurangkan pembaziran dan mengutamakan rakyat menyebabkan Khalid berada di hati rakyat Selangor.

Sebab itulah walaupun Khalid dikatakan tidak mesra politik dan mengabaikan kepentingan politik orang lain sehingga ada usaha untuk menjatuhkan dan merebut kerusinya itu ia tidak berjaya. Usaha itu dilakukan sendiri dari kalangan PKR dan Pakatan Rakyat. Usah itu gagal kerana apa, kerana Khalid sudah berakar umbi dengan rakyat disebabkan pendekatan pentadbriaannya mengutamakan rakyat tadi.

Ekoran permohonan maaf oleh Khalid kepada gereja Methodist itu, pagi ini sekumpulan orang Islam telah memberikan hadiah kepada Khalid sebagai protes atas tindakan MBN itu. Kumpulan itu dikatakan terdari berbagai NGO yang kuat beragama Islam dan ekstrem Melayu. Antara hadiah yang mereka longgokkan di hadapan pintu masuk ke SUK Selangor ialah barangan yang tidak pernah dijadikan hadiah dek orang seperti penyapu, mangkok tanda, mop dan sebagainya.

Sambil melonggokkan hadiah berkenaan pemberian hadian itu memakai topeng Khalid dan juga Hasan Ali.

Secara peribadi saya menyokong protes puak yang kuat agama itu. Ada logiknya kalau mereka menyuarkan kemarahan supaya lain kali Khalid tidak akan mengulangi perkara yang sama. Memberi ingatan kepada Khalid suapaya berhati-hati dan memandang depan dan berlakang terlebih dahulu untuk membuat sesuatu tindakan.

Tetapi sedikit yang saya rasakan tidak kena ialah hadiah sebagai simbol protes yang dilonggokkan itu tidak berapa manis dan elok. Kita faham semua itu membawa maksud tersendiri tetapi ia agak melampau dan bukan budaya Melayu. Apa lagi yang memberi hadiah itu kononnya mereka yang cintakan kepada Islam.

Orang akan terfikir apakah benar mereka itu pencinta Islam? Kerana Islam tidak menggalakkan pemberian apa-apa yang buruk atau hina maksudnya kepada seseorang apa lagi pemimpin. Menghantar mangkok tandas tidak pernah dibuat orang kecualilah orang gila atau pun pengutip sampah. Begitu juga pemberian mop, penyapu dan sebagainya.

Hadiah itu kontras sekali dengan tujuan dan matlamat suci mereka untuk membela Islam. Orang Kristian juga akan menggeleng kepala melihat gelagat NGO itu dan juga bentuk hadiah yang mereka sampaikan kepada Khalid Ibrahim. Dalam hal ini orang Kristian lebih berakhlak berbanding dengan orang Islam (Melayu).

Melihat kepada segala macam hadiah itu saya teringat apa yang pernah dilakukan oleh bekas MB Selangor yang kini sedang berpeluh dan tidak tidur malam kerana memikir bagaimana cara untuk membela diri atas tuduhan rasuah, Khir Toyo.

Khir Toyo pernah memberi penyapu kepada salah seorang Pegawai Daerah di negeri berkenaan kerana daerah berkenaan kotor dan daerah itu tidak sampai standard yang ditetapkan. Pemberian penyapu itu menghina pegawai berkenaan dan langkah Khir itu dianggap menghina. Akhirnya apa yang berlaku terhadap Khir Toto Edikromo?

Selepas beliau menghina pegawai itu dengan memberi penyapu nasibnya menjadi buruk. Beliau ditimpa ketulahan penyapu berkenaan. Khir bukan saja kehilangan kerusi MB teteapi partinya juga kalah, Selangor terlepas ke tangan Pakatan. Lebih malang lagi selepas kehilangan kuasa Khir didakwa pula atas tuduhan sungguh memalukan, rasuah.

Nasib Khir Toyo tak ubah seperti orang yang jatuh ditimpa tangga terjerlus pula atas tahi ayam 'monir'. - tahi ayam yang cair dan busuk yang diberak oleh ayam yang berpenyakit dan cerah perut.

Apakah yang berarak menunjuk perasaan memakai topeng dan membawa penyapu, mangkok tandas, mop dan sebagainya pagi tadi adalah anak cucu cicit yang ditinggalkan Khir Toyo? Rasanya begitulah. Orang Pas tidak tergamak dan sanggup untuk menjunjung tandas bekas tahi.

Disebabkan tidak bijak dan hilang akhlak menyebabkan niat yang baik dan suci kumpulan NGO itu terbalik menjadi hamis dan busuk. Memang 20 orang yang berhimpun di hadapan pintu pagar SUK tadi layak membawa mangkok tandas, mop dan penyapu. Sesungguhnya telah sempurna menjadikan seseorang kalau dia penjunjung mangkok tandas maka hidupnya tidak ubah mangkok tandas.

http://msomelayu.blogspot.com/

Ramai tak sabaq nak tau cerita nih...

Posted: 11 Aug 2011 11:30 PM PDT

Apa sebenarnya berlaku di Dream Centre DUMC?
Oleh: akarimomar

Setelah membetulkan tanggapan bahawa JAIS tidak menyerbu gereja (dalam posting sebelum ini) malah hanya bertindak untuk memeriksa di atas aduan bahawa terdapat majlis berbuka puasa di gereja, maka kita lihat apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan yang mereka sebut sebagai "gereja

Sebelum itu, premis tersebut tidak pun didaftarkan sebagai "tempat ibadat". Maka adalah salah bagi sesiapa (terutama mereka yang berniat jahat hendak putar cerita) mengatakan ianya sebuah gereja. Premis tersebut tidak beroperasi sebagai sebuah gereja dan jika ianya dijadikan sebuah gereja maka ianya adalah bersalahan dengan undang-undang kerana tidak didaftarkan sebagai rumah ibadat.

Pada 3hb Ogos 2011, JAIS menerima aduan dari orang ramai bahawa terdapat orang Islam yang dijemput berbuka puasa di gereja dan dengan itu JAIS bertindak menjalankan tanggungjawabnya untuk melakukan siasatan.

Dengan kerjasama pihak Polis, Bahagian Penguatkuasaan JAIS telah pergi ke premis yang diadu berlaku "majlis berbuka puasa" tersebut. Setiba di premis yang terpampang di hadapannya papan tanda "Dream Centre DUMC where dream comes alive". Jelas dari zahirnya bangunan tersebut bukan seperti gereja yang diadukan tidak disebut ianya gereja atau pun apa-apa simbol yang melambangkan ianya sebuah gereja.

Apabila memasuki premis, para anggota JAIS dan Polis mendapati beberapa tanda arah menunjukkan bahawa ianya majlis Thanksgiving Dinner (satu majlis ritual dalam ajaran Kristian). Dan berpandukan tanda itu mereka menghala ke Hall 3.

Ketika membuka pintu dewan tersebut di dapati ada seorang yang sedang berucap di atas pentas. Mereka kemudian diketemukan dengan penganjur majlis dan beberapa anggota jawatankuasa majlis di luar dewan. Mereka berunding dan menunggu di luar dewan lebih satu jam sehingga majlis selesai.

Pegawai Penguatkuasa hanya masuk ke dalam dewan setelah hadirin keluar dewan.

Maka, amat jelas sekali tuduhan liar mereka yang samada melulu membuat kenyataan yang tidak benar serta menuduh JAIS dengan pelbagai tohmahan baik orang-orang yang jelas memusuhi mahupun mereka yang beragama Islam tetapi seolah-olah memusuhi pihak Penguatkuasa adalah semuanya tidak benar.
Apakah mereka akan mohon maaf kepada JAIS?

Laa... si Ezam ni ada lagi ka... kahkahkah...

Posted: 11 Aug 2011 09:00 PM PDT

Dan Rosmah Yang Dipanggil, Pencacai Tukang Kipas Pula Yang Tawarkan Diri
Oleh: wfauzdin_ns

APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka.

Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful?

Beberapa ekor pencacai ini merasa terlalu hina apabila DS Anwar tidak melayan mereka sejak dari dulu lagi. Mereka lebih merasa hina apabila semua program ceramah mereka untuk memburukkan DS Anwar tidak berjaya mempengaruhi rakyat, bahkan rakyat semakin menyokong Ketua Umum PKR tersebut. Sebab itu, mereka sanggup jadi pencacai untuk hadir ke mahkamah demi Najib.

Tidak perlu panggil beberapa ekor pencacai ini ke mahkamah kerana watak penting di dalam kes tersebut adalah Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Cukuplah dengan mereka ini sahaja untuk kita ketahui kebenarannya nanti. Jika watak penting ini takut atau gentar untuk menjadi saksi, tidak lojik untuk kita dengar cerita dari pencacai `tukang karut' yang mahu mencari makan ini. Lepas ini kita akan tahu siapa lebih `jantan' samada Najib atau Rosmah atau kedua-duanya `betina' belaka./wfauzdin.blogspot.com"

Puasa

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Puasa Melatih Diri Supaya Simpati Kepada Orang Miskin
Oleh Ust Idris Ahmad

Puasa ialah amalan kerohanian seorang hamba dengan Allah SWT. Mereka yang berpuasa sanggup meninggalkan makan minum semata-mata kerana Allah SWT. Puasa mendidik manusia untuk bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada mereka yang mempunyai lebihan rezki.

Ketika berpuasa kita terasa lapar dan dahaga, kesemuanya mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik yang masih ramai di dalam negara kita walaupun negara, sudah mencapai kemerdekaan 54 tahun. Paling malang sekali isi rumah miskin ia melibatkan orang Islam, sedangkan pemimpin negara ialah orang Islam. Rakyat tertanya-tanya kenapa Sabah dan Trengganu mendahului negeri termiskin di negara ini, sedangkan negeri tersebut menghasilkan "emas hitam".

Sebenarnya masih ramai rakyat yang tidak cukup zat, berapa ramai kanak-kanak ke sekolah dengan perut kosong kerana tidak ada makanan yang hendak dialas perut ketika ke sekolah. Kesemua ini menuntut kepada kita yang menunaikan Ramadhan merasai keperitan penderitaan yang mereka alami sepanjang masa. Sedangkan kita hanya Allah uji dalam masa lapan jam sahaja untuk sebulan Ramadhan.

Ibn Abbas Radhiallahu'anhuma meriwayatkan "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur'an. Dan kedermawan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus." (Bukhari)

Seperti yang kita maklum baginda shallallahu 'alaihi wa sallam adalah seorang yang sangat dermawan seperti disebut oleh Anas bin Malik radhiallahu'anhu:

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan." (Bukhari dan Muslim)

Dermawan baginda dikatakan melebihi angin yang menghembus kencang. Diibaratkan demikian kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi tanpa banyak berfikir, sebagaimana angin yang berhembus. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh baginda adalah amat perlu kita sebagai umat nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam yang ingin mengikut jejak langkah baginda shallallahu 'alaihi wa sallam melatih diri kita supaya menjadi seorang yang melihat orang sekeliling kita.

Beberapa insiden yang tragis berlaku di dalam negara kita baru-baru ini dengan berita orang yang melarat terpaksa menagih simpati kepada gereja, ia amat memalukan umat Islam. Menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik, terutama agensi kerajaan seperti Baitul Mal, pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi ini yang mempunyai kewangan yang kukuh sepatutnya mesti mengambil berat, berbanding dengan individu dan NGO yang mempunyai kekangan kewangan.

Kita mengharapkan, pejabat agama atau pejabat pungutan zakat yang begitu sistematik ketika memungut zakat, perlulah melakukan perkara yang sama ketika mengagihkan kepada mereka yang berhak. Kerana ini adalah hak mereka bukan untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak ada kaitan untuk membela nasib mereka. Jika kita sanggup bersusah payah ketika hendak memungut zakat, maka wajib pula kita bersusah payah untuk memberi kepada yang berhak. Permudahkan prosedur, bukan menyusahkan mereka yang sudah susah. Jika ini berlaku, akhirnya gereja yang memudahkan mereka memberi bantuan. Konsepnya samalah mereka yang terjebak meminjam Along, kerana mudah berbanding berurusan dengan bank.

Sekurang-kurangnya apa yang terjadi di Gereja Methodist Damansara Utama menyedarkan kita umat Islam dan institusi yang mengagihkan zakat, supaya lebih pro aktif untuk membantu mereka yang berhajat.

Kemanakah wang kutipan zakat yang beratus juta setiap tahun? Logiknya sudah tidak ada lagi orang miskin yang merempat? Muallaf yang dibuang keluarga meminta sedekah dan menagih simpati. Kesemua ini terjadi kerana berlaku pengagihan yang tidak betul dan mengkhianat amanah, maka tunggulah bala daripada Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam "Siapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan orang Muslim, maka ia bukan di kalangan aku".

Jika mereka pergi mengadu nasib kepada institusi bukan Islam maka Allah SWT akan menyiksa kita kerana mengabaikan saudara seagama mereka. Waliyazubillah.

Tiada ulasan: