shalehudin |
- Mampuih depa nak setuju... kahkahkah...
- 2 terselamat
- Leceh laa... pendakwa melambat lambatkan kes... kahkahkah...
- Lemak lembu bakar pembuka selera
- Pulakkk!!! Dah puas tuduh, nak dialog tak mau... senang banyak laa...
- Hari hari akhir tokey tempe
- Masa dah sampai woii anak anak muda
- Duit dah jadi macam hat mak bapak depa...
- Mai tengok ni la keja pengkhianat negara
- Duit terlampau banyak sampai tak tau nak buat apa
- Bangsa apa, agama apa... kahkahkah...
- Lawan kita adalah Umno, pak yet Umno dalam parti camna plak?
- Mr. Bean Kemalangan Jalan Raya
- Satu lagi kes kantoi mantoi... kahkahkah...
- Kemalangan terburuk tentera NATO
- Tanah runtuh: 7 orang terkorban setakat ini...
- Bagi sesapa yang masih ada Ibu
Mampuih depa nak setuju... kahkahkah... Posted: 08 Aug 2011 09:32 AM PDT Hebat betoi mahkamah kita nih, dia bagi saksi ditemu bual tapi terpulang ataih persetujuan puak puak yang dinamakan oleh Anwar Ibrahim tuh... macam ni seronok la, senang senang depa boleh kata tak mau. Anwar memang tak leh buat apa punya, dah mahkamah kata terpulang kat depa... haha... Najib dah bagitau dah sebelum nih, depa setuju kalau mahkamah bagi sepina... kahkahkah... kot mana pun Anwar dah terkena lagi kali nih... ikat kakitangan, boh tengah gelanggang ajak lawan... **************************** Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 saksi termasuk perdana menteri dan isterinya dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemu bual. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata menjadi tanggungjawab pendakwa untuk menyediakan saksi kerana pembela ada hak untuk menemu bual mereka. Bagaimanapun kata beliau, terpulang kepada saksi sama ada mereka bersetuju untuk ditemu bual sebelum dipanggil untuk memberi keterangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan akan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah. Najib dan Rosmah bersama bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof merupakan empat saksi yang dilaporkan akan mengelak daripada muncul mahkamahh kecuali diarahkan oleh pihak mahkamah. Ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, peguam utama pasukan pembela Karpal Singh berkata pendakwa perlu menyediakan 15 saksi utama sama ada dengan atau tanpa sepina. "Kami tidak kisah dengan apa cara mereka akan dibawa ke sini (mahkamah). Mereka perlu dibawa. Itu adalah keputusan mahkamah dan mereka mesti menjawab soalan yang kami ada letakkan," kata beliau. Karpal juga berkata Anwar akan hadir ketika temu bual saksi yang dijalankan oleh pasukan pembela. Mahkamah akan bersidang Isnin depan bagi memberi pendakwa masa untuk menyediakan temu bual dengan saksi.- TMI |
Posted: 08 Aug 2011 06:33 AM PDT Oleh Gaddafi Musli dan Mohd Husni Mohd Noor BERTUNGKUS-LUMUS...pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh, malam tadi. ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi. CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam. Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui. Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki. Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi. Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15. Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian. Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat. Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian. |
Leceh laa... pendakwa melambat lambatkan kes... kahkahkah... Posted: 08 Aug 2011 05:36 AM PDT Liwat II: Anwar beri keterangan 15 Ogos ini Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan. Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan. Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahkan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku. Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan. Waran tangkap Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan. "Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin. Sementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh (kanan) berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan. "Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal. Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual. Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz. - Bernama |
Lemak lembu bakar pembuka selera Posted: 08 Aug 2011 04:00 AM PDT ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan. Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan. Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang. "Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemuiKosmo! Ahad semalam. Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi. "Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk. |
Pulakkk!!! Dah puas tuduh, nak dialog tak mau... senang banyak laa... Posted: 08 Aug 2011 01:00 AM PDT Isu Wahabi: Dr Uthman tolak pelawaan dialog Mufti Perlis Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady telah menolak pelawaan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya agar diadakan satu dialog berhubungi isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan soal fahaman Wahabi baru-baru ini. Juanda menerima surat penolakan mengenai idea berdialog itu, yang dicadang diadakan ketika Ramadan sekarang, Jumaat lalu. Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu. "Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider. Jelas Juanda (gambar), isu itu amat penting dan mendesak untuk diselesaikan memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial dengan pihak Arab Saudi. "Pihak di sana tentu tertanya tanya kenapakah mereka dituduh sedemikian rupa melalui premis rasmi kerajaan sedangkan kerrajaan Malaysia sering mewar-warkan mendapat kedudukan hubungan paling istimewa dengan Arab Saudi berbanding negara yang lain," kata Juanda sambil menambah, beliau berharap Uthman tidak menolak ajakan berdialog begitu sahaja. "Tak perlu dolak-dalik dengan banyak alasan. Kami sentiasa sedia menunggu beliau hadir untuk dialog ini untuk mendengar hujah-hujah beliau. Mereka yang dituduh juga ingin dengar tuduhan daripada mulut beliau sendiri terlebih lagi jika dialog ini diadakan di hadapan pihak mereka dan pihak lain yang terlibat agar mereka berpeluang menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang dituduh itu, terutama kerajaan Arab Saudi," kata beliau lagi. Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysian dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik. Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang. "Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog)," kata beliau yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac). Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum. Dalam kenyataannya hari ini, Juanda menambah, tokoh tersebut "sepatutnya tidak berdolak-dalik" memandangkan dalam laporan media sebelum ini beliau bersetuju untuk menyertai dialog secara tertutup. "... tetapi tiba-tiba datang surat rasmi beliau yang diterima Jumaat lalu, beliau pula menolak pelawaan itu dengan pelbagai alasan yang remeh dan tidak relevan seolah-olah menyalahkan pihak lain yang telah menafikan penglibatan mereka dalam kekecohan tuduhan yang bersifat jahat ini, yang boleh menggugat kepentingan negara Malaysia," katanya. Kementerian Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum telah pun menafikan dakwaan tersebut menerusi kenyataan media massa sebelum ini. Sehubungan itu, Juanda berkata, Uthman mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan Arab Saudi yang beliau dakwa sesat dan bahaya serta ganas di mana beliau sendiri sudah cukup lama bertugas di Istac, yang mendapat banyak bantuan kewangan dan dana secara langsung dan tidak langsung daripada Riyadh. Uthman juga kta beliau, merupakan penasihat Tabung Haji yang saban tahun pergi ke Arab Saudi mengerjakan haji dan umrah serta membimbing jemaah haji Malaysia tetapi tiba-tiba beliau menyatakan negara berkenaan sebagai menganut ajaran sesat dan suka mengganas dengan pihak lain. "Umat Islam di Malaysia wajar didedahkan dengan semangat demokrasi terbuka yang memberi ruang kepada semua manusia membela diri secara terbuka dan bertamadun apabila dituduh dengan tuduhan yang amat tidak masuk akal akibat dangkalnya kajian dan penelitian pihak tertentu. Adalah amat malang bagi Malaysia jika mereka yang dirujuk ada kepentingan peribadi dan kecelaruan minda dalam menilai sesuatu perkara akibat kesan idea asal mereka yang sememangnya diketahui adalah masalah yang ramai pihak mengetahuinya. "Zaman untuk menggunakan kuasa secara membabi buta tanpa sokongan perundangan dan keadilan sejati sudah berakhir. Pihak yang suka menyalahgunakan kuasa dan premis pihak berkuasa wajar disiasat apabila mereka didapati suka menghasut untuk mendatangkan ketidakstabilan dalam negara ini," katanya lagi. |
Posted: 08 Aug 2011 12:16 AM PDT Khir Toyo Diarah Bela Diri Oleh SALWA SHA'ARI SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan sebuah rumah banglo dan sebidang tanah di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang perlu dijawab oleh Mohamad Khir. |
Masa dah sampai woii anak anak muda Posted: 08 Aug 2011 12:00 AM PDT Samad Said: Sudah tiba masa anak muda lakukan 'perubahan rejim' Oleh Syed Mu'az Syed Putra Samad (baju kuning) sewaktu perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai 2011. Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai 'ikon baru politik' negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan "perubahan rejim" selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13. "Sudah tiba waktunya kita adakan 'regime change' (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun," katanya. "Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu. "Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya 'merubah', maksudnya sudah tiba masa kita adakan 'regime change', ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda," katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa. Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih "golongan bangsawan" untuk memerintah negara. Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13. "Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ? "Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan 'regimr change' ini," katanya. Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat "membangkang" daripada "sokongan." "Saya gemar mendengar daripada mereka yang 'oppose', saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong. "Sokong itu maksudnya sokong kerajaan," katanya. Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi "golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat." Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13. Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya. SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema). |
Duit dah jadi macam hat mak bapak depa... Posted: 07 Aug 2011 11:00 PM PDT Duit rakyat untuk kroni... Duit rakyat untuk kepentingan kuasa sendiri... Rakyat yang sepatutnya jadi sasaran berputih mata... Bila pemimpin salah guna kuasa... |
Mai tengok ni la keja pengkhianat negara Posted: 07 Aug 2011 09:00 PM PDT Inilah Kerja Pembelot Negara Aka Pengkianat Negara MALAYSIA Di Catat oleh PAS Caw Bkt Sentosa 2 Alhamdulillah dengan izin Allah PAS Selangor telah dapat mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini. Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah. Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis. "Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca 'card reader' tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR) "Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam. "Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja. Kerakyatan sedang digadai "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya. Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia. Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu. "Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk. "Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat," katanya. |
Duit terlampau banyak sampai tak tau nak buat apa Posted: 07 Aug 2011 08:00 PM PDT Nombor Pendaftaran KDA Catat Tawaran Tender RM762,601 ALOR SETAR: Nombor pendaftaran kenderaan 'KDA' mencatat jumlah tender tertinggi dalam sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah iaitu RM762,601 sejak dibuka kepada orang ramai pada 12 Jun lepas. Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata pihaknya menerima 851 tender untuk nombor tersebut. "Bagi nombor emas, KDA 1, ia ditender sebanyak RM112,200 dan nilai itu adalah yang tertinggi pernah diterima JPJ Kedah," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata bagi nombor pendaftaran dalam kategori nombor menarik, tender tertinggi yang diterima ialah RM18,480 bagi nombor KDA 11 manakala dalam kategori nombor popular KDA 212 sebanyak RM11,100. KDA bererti Kedah Darul Aman dan menjadi rebutan penduduk negeri ini kerana telah memberikan sambutan luar biasa dan dijangka habis dalam masa dua minggu lagi, katanya. Beliau berkata dalam tempoh lima hari selepas nombor KDA dibuka Isnin lepas, sebanyak 4,300 kenderaan telah didaftarkan berbanding purata 200 kenderaan sehari bagi nombor pendaftaran sebelum ini. Ahmad Musadad berkata pendaftaran bagi KDB telah dibuka 3 Ogos sehingga 17 Ogos ini. BERNAMA |
Bangsa apa, agama apa... kahkahkah... Posted: 07 Aug 2011 07:00 PM PDT LAGI REKRUT TUHAN BERAPA SEKILO? SAYA RELA DIPECAT - meloya Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah. Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit .... NAK PECAT BUAT APA.... kah kah kah.. kah kah kah...DALAM MUKTAMAR PAS YANG LEPAS SUDAH KENA TENDANG.... akh kah kah.. kah kah kah... PELUANG TAMAT UNTUK YOU GI.... kah kah kah. nota: bila hasan ali berjuang kepentingan ummah satu malaysia ketawa kah kah kah bila hasan ali berjuang kerana nak bayar hutang satu malaysia kata betul betul betul bila hasan ali kata ada phd satu malaysia tanya berapa sekilo kah kah kah nota: semua berjuang kerana agama dan bangsa ibrahim ali untuk agama dan bangsa zul nordin untuk agama dan bangsa hasan ali pun sama untuk agama dan bangsa yang tak jelas agama apa dan bangsa apa kah kah kah |
Lawan kita adalah Umno, pak yet Umno dalam parti camna plak? Posted: 07 Aug 2011 06:30 PM PDT Jais: Jangan bergeser sesama sendiri Rizal Tahir KOTA BHARU, 7 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya tidak 'bergeser' sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan. Menurutnya, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini selepas menyampaikan sumbangan cek kepada tiga bekas pemain bola sepak Kelantan termasuk Inderaputera Mahayuddin. "Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri," ujarnya. Namun tambahnya, apa yang penting bulan Ramadan yang mulia ini seharusnya memperbanyakkan amalan mulia serta membersihkan jiwa. |
Mr. Bean Kemalangan Jalan Raya Posted: 07 Aug 2011 06:00 PM PDT LONDON: Aktor Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean mengalami kemalangan apabila terbabas di bahu jalan pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Rowan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu. Seperti dipetik TMZ, Rowan yang memandu kereta berkuasa tinggi F1 McLaren dipandu dalam keadaan laju di Cambridgeshire, London sekitar pukul 7.30 pagi. Dia hilang kawalan dan kereta yang dipandunya berputar tiga kali sebelum melanggar bahu jalan. Namun begitu kereta tersebut remuk dibahagian depan dan Rowan dibawa ke hospital berhampiran. Kereta jenis McLaren F1 merupakan salah satu kereta termahal dan ia hanya dikeluarkan sebanyak 100 buah di seluruh dunia.- mStar |
Satu lagi kes kantoi mantoi... kahkahkah... Posted: 07 Aug 2011 05:30 PM PDT |
Kemalangan terburuk tentera NATO Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Kronologi: Kemalangan terburuk tentera NATO di Afghanistan WASHINGTON: Berikut adalah kronologi kemalangan atau anggota NATO yang diserang pemberontak sejak pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan pada 7 Oktober 2001: *6 Ogos 2011: Kemalangan sebuah helikopter Chinook, CH-47 di wilayah timur Afghanistan, Wardak, meragut 31 nyawa anggota unit operasi khas AS dan tujuh komando Afghanistan. *21 September 2010: Helikopter tentera AS, Blackhawk terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul dan mengakibatkan sembilan anggota tentera yang di atas kapal termasuk empat anjing laut Tentera Laut terbunuh. *30 Mei 2007: Kemalangan helikopter Chinook AS ketika berada di selatan Afghanistan, Helmand, dan seorang warga Britain, Kanada dan lima tentera AS terbunuh. *18 Februari 2007: Helikopter Chinook membawa 22 tentera AS terhempas di wilayah selatan Afghanistan, Zabul, meragut lapan nyawa dan mencederakan 14 yang lain. *2 September 2006: Kemalangan pesawat Britain, Nimrod di selatan Afghanistan berhampiran Kandahar meragut nyawa 14 anak kapal. *5 Mei 2006: Helikopter Chinook AS terhempas ketika cuba mendarat pada waktu malam di puncak gunung kecil di wilayah timur Afghanistan, Kunar dan 10 tentera AS terkorban. *16 Ogos 2005: Kemalangan helikopter Sepanyol berhampiran barat Herat dan membunuh 17 anggota tentera. *28 Jun 2005: Helikopter AS ditembak jatuh di wilayah timur Afghanistan, Kunar ketika menjalankan operasi menyelamat dan 16 tentera operasi khas disahkan terbunuh. *6 April 2005: Helikopter Chinook AS terhempas dalam badai pasir berhampiran timur Afghanistan, Ghazni meragut nyawa 15 tentera AS dan tiga kontraktor awam. *21 Disember 2002: Helikopter angkatan tentera Jerman terhempas di Kabul, tujuh terbunuh. *4 Mac 2002: Helikopter Chinook AS ditembak jatuh di timur Afghanistan, membunuh tujuh anggota tentera. - AP |
Tanah runtuh: 7 orang terkorban setakat ini... Posted: 07 Aug 2011 04:54 PM PDT |
Bagi sesapa yang masih ada Ibu Posted: 07 Aug 2011 04:20 PM PDT Kisah Uwais Al-Qarni Bagi Insan Yang Masih Mempunyai Ibu. Oleh: BayangDiAir Setiap orang yang masih mempunyai ibu wajar menimbang-nimbang hubungannya dengan orang yang telah mengandungnya selama sembilan bulan. Sembilan bulan penuh sabar dan payah membawa bebanan dalam kandungan yang berat. Kemudian bertarung nyawa dihiris kesakitan ketika melahirkan si anak. Dijaganya sejak bayi ditatang sehingga besar. Apakah bayi yang merah itu kini sudah menjadi tuan-tuan kepada orang yang melahirkannya? Apakah ibu-ibu tua ini sekarang sedang menyepi hiba di rumah kebajikan orang-orang tua? Untuk semua dari kita yang masih mempunyai ibu, terutamanya ibu yang sudah lanjut usia dan uzur, marilah kita renung sejenak pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kisah kasih sejati seorang anak terhadap ibunya. Mudah-mudahan baki usia ibu yang sudah tidak beberapa lama lagi mengungsi alam fana ini menjadi masa keemasan bagi anak yang soleh untuk berbakti kepada ibu yang tiada lagi ganti sekiranya mereka menyahut panggilan Ilahi nanti. Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan? Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu. Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu. Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, "wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi." "Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?" tanya ibunya. "Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya." Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur. Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa'i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya, "apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku." "Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu." Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini. Lalu berkata ibunya lagi," Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu." "Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu." "Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu." Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata, "Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu." Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu. Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu 'alam. Nota: Semoga Allah melimpahkan pahala kepada guru-guruku yang telah menitiskan ilmu kepadaku. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan