Isnin, 8 Ogos 2011

PERAKITE

PERAKITE


Lebih 1,500 warga asing ada KP

Posted: 08 Aug 2011 12:49 AM PDT


Kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal oleh semua pihak walaupun pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak 8 Tuntutan Bersih 2.0 untuk melakukan reformasi menyeluruh dalam sistem pilihan raya umum ke-13.

Sebanyak 1,597 nama pemegang status penduduk tetap (PR) bagi tempoh 1 Mac hingga 31 Jun, tanpa alamat lengkap dalam Rang Daftar Pemulih Tempatan (RDPT) SPR yang berakhir 2 Julai lalu ditemui dan didedah. 

Selangor dikesan memiliki jumlah tertinggi iaitu 1,108, diikuti Johor (380) dan Kuala Lumpur (52) kes. Manakala negeri lain di bawah 20 kes.

Berikutan itu, banyak pihak menyuarakan kebimbangan kerana ia bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Malaysia bahawa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan mengundi, manakala PR tidak dibenarkan.

Selain itu, ada pihak mendakwa, rancangan rapi ini dilaksanakan bagi membolot undi dan berikan kemenangan kepada sebelah pihak.

Sebagai langkah merungkai persoalan ini, pembangkang meminta kerajaan mengadakan sidang parlimen khas bulan ini bagi membincangkan isu berkenaan.

Desakan itu dilakukan disebabkan penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan Pas Selangor pada awal bulan ini.

Sehingga 12.00 tengahari tadi, pihak SPR masih tidak memberi penjelasan mengenai pihaknya didakwa sedang giat mendaftar warga asing sebagai pengundi bagi menyelamatkan Barisan Nasional Umno dalam pilihan raya depan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai SPR di Pulau Pinang mencadangkan Penangdaily.com menyiasat mengenai peranan timbalan pengerusi SPR.

"Datuk Wan Ahmad Wan Omar ini seorang yang hebat dalam perancangan SPR...kajilah mengapa beliau sengaja dikekalkan di kerusi timbalan (pengerusi SPR) untuk tiga pengerusi," ujarnya meminta Penangdaily.com merahsiakan identiti beliau.

Anwar beri keterangan 15 Ogos

Posted: 08 Aug 2011 12:33 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini.

NONEPeguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan.

Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku.

Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan.

Waran tangkap

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin.

NONESementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh (kanan) berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal.

Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.

Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual.

Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz.

Siapa Dawama? Boleh sesaper jelaskan?

Posted: 08 Aug 2011 12:30 AM PDT

Banyak telah diperkatakan dan kini Dawama Sdn Bhd bersuara dengan mendakwa Dewan Bahasa dan Pustaka DBP telah bertindak bertentangan dengan semangat konsesi sekali gus menjadi punca ia tidak boleh beroperasi lagi dan dilanda masalah kewangan.

Pokoknya siapakah di dalam Dawama? Kenyataan oleh Dawama inipun tanpa bertuan sekadar memetik Dawama. Tak kan tak ada jurucakap yang bernama.

Di bawah konsesi 12 tahun sejak 2002 Dawama perlu mencetak mengagih dan memasarkan buku dan majalah terbitan DBP Justeru menerusi satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Dawama berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan konsesi dengan agensi Kementerian Pelajaran itu.

"Akibat daripada tindakan-tindakan DBP Dawama Sdn Bhd tiada pilihan lain kecuali mengambil nasihat undang-undang untuk menguatkuasakan hak Dawama Sdn Bhd " katanya lagi.

Dawama berkata isu semasa memuncak sejak kebelakangan ini akibat tindakan DBP sejak bulan lalu untuk mengambil alih penerbitan buku teks kegunaan sesi persekolahan tahun depan tanpa memberi notis penamatan konsesi.

"Ini dengan jelas adalah satu tindakan melanggar perjanjian konsensi dimeterai antara DBP-Dawama pada tahun 2002 Ini telah menjejaskan operasi syarikat " kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu berkata Dawama adalah sebuah syarikat konsesi swasta khusus yang diberi tanggungjawab untuk mencetak dan mengedar buku teks dan judul am terbitan DBP.

Katanya secara purata lebih 85 peratus daripada perolehan syarikat tersebut adalah dari hasil jualan buku teks.

Dawama mendakwa DBP juga telah bertindak sendiri apabila telah menyerah hak mencetak dan mengedar kepada pihak ketiga dan terus melantik pihak-pihak tersebut tanpa perundingan atau persetujuan pihaknya.

 "Ini telah mendatangkan kesan yang buruk kepada pekerja dan syarikat di mana hak-hak pekerja dan syarikat telah dinafikan " katanya lagi.

Tiada ulasan: