shalehudin |
- Alaahai Hassan Ali ooiii...
- Kalau Kat Selangor Gerenti Hasan Ali Dah Tangkap Guan Eng
- Tegaih macam ni baru kemaih... haha...
- Aku setuju ngan Tuan Ibrahim
- Kantoi mantoi... kahkahkah...
- Aku setuju ngan dia nih...
- Ramai terkejut, Sarbani mati mengejut...
- KDN, JPN.. BN... gila tahap gaban...
- Rosmah terpopular di Indonesia
- Satu lagi malapetaka...
- Nasib lu la Najib... kahkahkah...
- Aduiii.... Menatang Apa Pulak Nih!
- Ada saksi nampak empat lelaki buang barang...
- Popular gila la blog ni lepaih nih... haha...
- Hikmah ramadhan
Posted: 05 Aug 2011 11:00 AM PDT Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali Oleh Dr Hassan Ali Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut. Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai. Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan 'pray'. Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti. Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut. Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan. PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH |
Kalau Kat Selangor Gerenti Hasan Ali Dah Tangkap Guan Eng Posted: 05 Aug 2011 09:35 AM PDT TERKINI!! Serbu Gereja: Hasan Ali Patut Suruh JAIS Tangkap Lim Guan Eng Pula!! Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama pimpinan Pakatan Rakyat berada di dalam majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Nibong, Pulau Pinang, petang tadi. Lim dan pengerusi masjid, imam dan kariah masjid tiada masalah memasuki masjid untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan suasana umat Islam berbuka puasa. Akan tetapi di Selangor, Hasan Ali jelas skeptikal apabila umat Islam dilarang memasuki gereja kununnya ada usaha memurtadkan umat Islam, padahal ada majlis sumbangan dan mengutip derma seperti yang dijelaskan bekas pegawai polis terkenal, Zaman Khan. Apakah sekiranya Lim dan rakan-rakannya yang bukan beragama Islam berbuka puasa di mana-mana masjid di Selangor, mahukah dia mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sangat cekap menghidu pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan, menangkap dan menyiasat?? Inilah padahnya apabila sesuatu maklumat tidak diperhalusi dan disahkan. Umno-APCO mesti mengucapkan "syabas dan tahniah" kerana mereka tidak perlu bersusah payah mencetuskan isu agama dan perkauman. Cukup dengan dail nombor telefon Hasan Ali dan arahkan JAIS bertindak! Fikirlah sendiri impaknya. JALAN PULANG |
Tegaih macam ni baru kemaih... haha... Posted: 05 Aug 2011 08:09 AM PDT MB arah exco tutup mulut isu JAIS serbu gereja Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengeluarkan larangan kepada semua anggota exco negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja. Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu. Beliau juga masih menunggulaporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini. "Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini. "Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut," katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan. "Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," katanya lagi. Khalid sebelum ini telah menghubungi seorang paderi kanan di gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu. Beliau juga telah meminta JAIS menyediakan laporan penuh berhubung insiden berkenaan termasuk sebab serbuan berkenaan dijalankan. Kenyataan terbaru menteri besar hari ini timbul selepas exco hal ehwal agama Islam, Datuk Dr Hasan Ali mengemukakan penjelasannya semalam berhubung tindakan JAIS itu. Hasan berkata, "pemeriksaan" ke atas gereja berkenaan pada malam Rabu lalu dijalankan berdasarkan "bukti" berlakunya kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Penjelasan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati pemimpin PAS, termasuk timbalan pesuruhjaya negeri Khalid Samad yang mahu Hasan mengemukakan bukti berkenaan. |
Posted: 05 Aug 2011 06:37 AM PDT Isu Jais: Satu pandangan bersangka baik Tuan Ibrahim Tuan Man Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan "sangka baik" kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini. Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G". Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut. "Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya. Terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa ini, Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk - apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu. Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak. Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu. Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut? Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih. Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren. Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah. Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas. Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada. Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campur tangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan. Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan. Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak. Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan - laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat. Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima - jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan. Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang elemen buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam. Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas. Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap. Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah. *Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) ialah Ketua Penerangan PAS Pusat. |
Posted: 05 Aug 2011 04:34 AM PDT Exco: VC Unisel Rosti letak jawatan ekoran siasatan dalaman KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Keputusan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr Rosti Saruwono meletakkan jawatan berpunca dari siasatan dalaman yang dibuat kerajaan negeri Selangor ekoran laporan ketidakcekapan dan tidak profesional sesetengah pegawainya. Namun begitu, Naib Canselor Unisel itu 'tidak mampu bekerjasama' dengan semua timbalan presiden Unisel bagi melaksanakan segala resolusi yang dicapai dari siasatan dalaman itu. Ekoran itu, Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Unisel telah memberikan tempoh dua minggu kepada Rosti untuk bekerjasama demi kebaikan Unisel. "Kesemua timbalan presiden bersetuju dengan cadangan Menteri Besar. Akhirnya, naib canselor tidak sanggup," kata Dr Halimah dipetik Harakahdaily hari ini. Rosti mengumumkan keputusan letak jawatan berkuat kuasa semalam. Menteri Besar Selangor menerima keputusan Rosti dan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Unisel. Semalam, Khalid berkata pasukan khas itu akan dikemudi oleh tiga individu berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju. "Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak mengganggu pembangunan Unisel dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, kerajaan negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa," katanya. |
Posted: 05 Aug 2011 02:00 AM PDT Harga Di Pasar Ramadan: Jika Ya Pun, Biarlah Berpatutan Sdr Pengarang, Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai. Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain. Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun. Yang lebih unik dan menariknya ialah, hidangan yang ditawarkan di Pasar-pasar Ramadan ini tidak dijual pada waktu dan musim-musim yang lain. Ini menjadi Pasar Ramadan satu tarikan luar biasa yang tidak terdapat pada mana-mana Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu atau apa jua pasar yang terdapat di negara kita. Tetapi ada sesuatu yang pada pandangan saya tidak begitu mengembirakan apabila saya dapati kebanyakan gerai di Pasar Ramadan meletakkan harga yang sangat tinggi ke atas kuih muih dan juadah-juadah lain. Di Pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur misalnya, sebiji karipaf dijual dengan harga 50 sen dan begitu juga dengan secucuk sate yang sangat kecil isi dagingnya juga dijual pada harga 50 sen. Lain-lain kuih muih juga dijual pada harga yang sangat mahal seolah-olah para peniaga ingin mengambil kesempatan ke atas orang ramai pula di sepanjang bulan Ramadan ini. Malah bubur lambuk dijual pada harga RM4.50 semangkuk. Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada penjual popia terkenal di Seksyen 14 Petaling Jaya yang masih mengekalkan harga popianya pada paras RM1 sebiji di sebalik populariti yang dikecapinya sejak sekian lama. Bagi Mohd Kasim Ismail, hati pelanggan yang lebih diutamakannya berbanding populariti popianya itu. Jika Mohd Kasim ikutkan hati, dia boleh sahaja meletakkan harga popianya RM1.50 sebiji kerana dia tahu orang akan tetap datang mencari dan membeli popianya kerana sedapnya bukan kepalang tetapi bukan itu yang menjadi keutamaannya. Yang menjadi keutamaannya ialah para pelanggan dan kesetiaan mereka ke atas popia yang dihasilkannya. Dan saya cuma boleh berharap para peniaga lain juga bersikap demikian. HASNUL HASSAN DAMANSARA, PETALING JAYA |
Ramai terkejut, Sarbani mati mengejut... Posted: 05 Aug 2011 12:30 AM PDT Pegawai penyiasat: Sarbani diklasifikasi mati mengejut Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur dibunuh atau membunuh diri, sebaliknya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. ASP Zuhairi Mohamed, pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini berkata beliau percaya punca kematian Ahmad Sarbaini disebabkan beliau terjatuh dari tempat tinggi. Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan 57 saksi, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kastam, pakar patologi, pegawai forensik, ahli kimia, anggota polis, anggota keluarga dan rakan Allahyarham. Zuhairi, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Perundangan dari Ibu pejabat Polis Daerah Cheras menyatakan demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Zuhairi berkata sampel cat yang ditemui pada seluar mangsa juga berpadanan dengan dinding tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, yang dipercayai mangsa terjatuh. "Ada sebab dan akibat kenapa mangsa (Ahmad Sarbaini) keluar dari tingkap bilik pantri berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat jawapan dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak mangsa berbuat demikian," katanya. Menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM tentang sama ada Zuhairi berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukannya, pegawai polis itu berkata: "Pada saya siasatan yang dilakukan hanya 90 peratus lengkap kerana saya masih tidak mengetahui kenapa Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap itu. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lepas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. Zuhairi, saksi ke-34 inkues berkata kematian Ahmad Sarbaini tidak boleh dikaitkan dengan membunuh diri kerana tidak ditemui nota bunuh diri atau kecederaan oleh pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa yang membuktikannya berbuat demikian. Beliau juga menafikan terdapat unsur jenayah dilakukan terhadap Ahmad Sarbaini kerana dalam bedah siasat yang dijalankan oleh patologi tidak ditemui kecederaan akibat dipukul atau kesan mempertahankan diri. Sementara itu, Zuhairi turut mengesahkan isteri Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap ada membuat laporan polis kedua berhubung artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk "Ahmad Sarbaini's Death: The Lies and Deception by the MACC (Part 7), dalam blog Malaysia Today, pada 20 Julai lepas. Dalam laporan itu, Masiah mendakwa pegawai SPRM bertanggungjawab atas kematian suaminya selepas beliau membaca artikel berkenaan dan yakin suaminya tidak membunuh diri tetapi wujud "foul play" dalam siasatan polis. Ketika disoal Muhammad Shafee adakah dalam penyiasatan yang dilakukan terdapat keterangan daripada mana-mana saksi yang menyokong "cause of death" seperti yang dinyatakan oleh RPK dalam artikel itu? Zuhairi berkata: "Saya tidak tahu bagaimana RPK boleh mendapat cerita mengenai sebab kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada keterangan sedemikian dan saya berpendapat ini adalah andaiannya sendiri". Terdahulu, ahli Kimia Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu mahkamah bahawa analisis terhadap barang kes termasuk dua helai stokin, seluar, baju dan belakang tapak tangan si mati (Ahmad Sarbaini) hanya menemui dua kesan DNA daripada dua orang asing yang tidak dikenali. "Kemungkinan dua DNA berkenaan adalah milik ahli kimia yang menjalankan analisis atau patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid. Bagaimanapun Dr Seah memberitahu mahkamah beliau ada menerima sampel DNA daripada ASP Zuhairi dan hasil analisis yang dijalankan mendapati dua DNA berkenaan sepadan dengan DNA yang ditemui pada si mati. "Dua DNA itu adalah milik Soo Chew Kheong yang dibedah pada 5 April lalu dan Lum Chee Weng yang dibedah pada 6 April lalu. Perkara ini berlaku berikutan mangsa (Ahmad Sarbaini) dibedah di atas meja yang sama digunakan oleh kedua-dua mayat itu menyebabkan DNA Soo dan Lum melekat pada badan Ahmad Sarbaini," katanya. Sementara itu, prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahamad Sarbaini yang bermula pada 4 Julai lepas berakhir hari ini selepas ASP Zuhairi memberi keterangan. Koroner Aizatul Akmal Maharani kemudian menetapkan tarikh pada atau sebelum 25 Ogos ini bagi pihak yang terlibat memfailkan hujahan bertulis masing-masing dan keputusan inkues akan diumum pada 26 September. "Tidak diwajibkan hujahan dalam inkues, tetapi saya mengalu-alukan pihak yang terlibat untuk memfaikan hujahan kerana ia akan membantu siasatan," katanya. Sepanjang perbicaraan selama 13 hari itu, seramai 34 saksi memberi keterangan termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, pegawai forensik, beberapa pegawai Kastam dan juga isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap. Pada 5 Julai lepas, Aizatul Akmal yang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas, Hanim Mohd Rashid, Noor Amalina Mohd Rashid, Azlina Rasdi melawat lokasi kejadian di mana mayat Ahmad Sarbaini ditemui. Turut serta ialah peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM serta peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Allahyarham. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April lepas. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama |
KDN, JPN.. BN... gila tahap gaban... Posted: 04 Aug 2011 11:00 PM PDT Allayarham P. Ramlee dah dapat gambarkan penyamun penyamun yang kaya raya kat negara kita satu hari nanti sama seperti dalam filem nujum pak belalang... kahkahkah.... Penyamun: 1 untuk kau, 2 untuk aku, 3 untuk kau, 4 untuk aku, 5 untuk kau, 6 untuk aku... kau bayar cukai.. aku beli cincin RM 24 juta... kahkahkahkah.... |
Rosmah terpopular di Indonesia Posted: 04 Aug 2011 09:00 PM PDT Waduh waduh... hebat betoi isteri Piem Umno kita nih... haha... bukan mudah woii nak popular di negara seberang Indonesia, tapi Rosmah boleh... tahniah la bangsa Umno... kahkahkah... kembang kempis la hidung mak cik dan pak cik felda tengok Rosmah begitu glamer dan popular di negara jiran... Indon... kahkahkah... [Kompas] DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu. Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan. Kontroversi Datin Rosmah Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis. Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak. Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis. Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. ************************* Berjuta tahniah pada bangsa Umno kerana berjaya melahirkan satu lagi permata bernilai tanahair. Tahniah jugak pada BN kerana dengan taat setia mereka yang tak berbelah bagi pada Piem dan TPiem Rosmah ni membuatkan mereka dikenali ramai seantero nusantara... kahkahkah... |
Posted: 04 Aug 2011 08:00 PM PDT MALAPETAKA – SURAT KEPADA BANI MELAYU Dua puluh penduduk di Kampung Seberang Star, dekat Gua Musang kerugian teruk apabila kebun getah dan pisang seluas 2.4 hektar musnah diserang sekumpulan 12 ekor gajah liar sejak dua minggu lepas. Malah, mereka juga tinggal dalam ketakutan kerana gajah liar terbabit pernah berkeliaran di kawasan kediaman setiap malam hingga memaksa penduduk berkumpul di luar rumah untuk menghalaunya –BERNAMA ******************************** Wahai Bani Melayu, Adalah aku ini dari Bani Gajah menulis surat ini kepada kamu Bani Melayu dengan niat yang jujur lagi ikhlas. Surat ini tidaklah aku tulis hanya mewakili Bani Gajah sahaja. Adalah diberitahu kepada kamu wahai Bani Melayu bahawa aku menulis ini untuk menyampaikan rasa hati seluruh Bani Hutan. Kancil dan napoh telah bersuara. Harimau dan rusa telah berkata-kata. Enggang di pucuk nan tinggi dan kubong di batang kepala semuanya ingin menyatakan rasa tidak puasa hati mereka. Hendaklah kamu sedari wahai Bani Melayu, yang hidup dalam hutan belantara bukan hanya orang hutan sahaja. Musang dan buaya, lotong dan kera - kami telah sebulat suara untuk memberi ingatan tentang Malapetaka. Sebelum senapang itu melepaskan tembakan. Sebelum das besi panas itu singgah ke atas tengkok aku. Sebelum aku mati di racun. Sebelum kaki aku kau rantai dengan jerat. Sebelum Bani Gajah pupus dari bumi ini, biar aku surahkan rasa hati kami. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini bukan hak milik kamu sahaja. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini milik semua. Sesiapa yang yang bernafas , sesiapa yang berbunyi dan bersuara adalah tanda pemilik hak yang sama. Dari unggas, mawas, cikah dan kura-kura – semua meminjam bumi ini untuk hidup sementara. Adalah telah kami perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh lari meninggalkan bumi ini pada 31 Ogos 1957 dahulu, kamu Bani Melayu telah membawa Malapetaka yang maha sangat. Kamu telah menjadi penganas. Kamu telah merosakkan bumi ini seolah-olah bumi ini adalah milik kamu sahaja. Wahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini. Biar aku surahkan disini bahawa kami yang tinggal di dalam hutan telah lama merasakan Malapetaka ini. Saban hari tanda tanda Malapetka semakin meluas dan semakin jelas. Lalu aku dalam surat ini ingin menyedarkan agar kamu tidak hanyut terkapai-kapai akibat Malapetaka yang akan sampai. Tidak kah kamu tahu bahawa sebelum kamu berada di bumi ini kamilah Bani yang terawal berkelana di bumi ini. Berbilion tahun sebelum kamu sampai ke sini aku dan Bani Hutan telah berkeliaran bebas di sini. Kami berkelana tanpa ganguan. Kami berkelana tanpa sekatan. Kami berkelana bebas. Wahai Bani Melayu, Biar aku catatkan disini satu persatu keganasan yang telah kamu lakukan. Hendaknya apabila telah aku tuliskan ini maka terbukalah hati kamu yang selama ini telah menjadi bagitu kotor dan busuk. Kamu telah dan sedang menjarah hutan belantara ini tanpa perancangan tanpa peraturan. Tidak kah kamu rujuk apa yang telah ditulis dalam penjanjian kami dengan Orang Puteh dahulu. Perjanjian Hutan Belantara yang tertulis dalam Perlembagaan itu tidak kamu ambil peduli. Tidak pula kamu beri tahu kepada anak cucu cicit kamu tentang adanya tertulis Satu Perjanjian. Telah ditulis: bahawa setiap batang balak yang kamu tebang maka kamu juga diwajibkan menanam anak balak itu kembali. Tidak kamu ajar dan didik cucu cicit kamu tentang perjanjian ini. Kamu pura pura tak tahu dan tidak merujuk kepada apa apa buku. Kamu bagitu angkuh dengan kuasa dan kudrat kamu. Lalu kamu tolak runtuh bukit dan gunung ganang. Lalu kamu landaikan bumi ini agar kereta yang kamu naiki dapat meluncur laju. Satu demi satu kerabat pokok hilang dari muka bumi. Satu demi satu kerabat ulat dan kerabat unggas hilang untuk selama-lamanya. Satu demi satu Bani Rumput dan Bani Lalang hilang. Kamu dengan angkuh telah mentafsirkan Bani Hutan sebagai benda untuk buruan. Lalu kami diburu dan dihalau. Lalu kami di jerat dan di tembak. Lalu kami ditangkap dan diracun. Kami dimasukkan ke dalam kurungan. Kami pun dijadikan barang peniagaan. Kamu menjual tiket untuk menayangkan kami kepada anak cucu cicit kamu. Kau menjadikan Bani Hutan barang pemainan untuk menghibur hati hati kamu yang masam kulam. Tidakkah kamu sedar hutan balak dan bukit bukau yang telah kamu ratakan adalah kampong and halamana aku. Tidak kah kamu memiliki perasaan apabila kamu menjarah dan merampok balak dihutan kamu telah merosakkan alam yang berbilion tahun tersusun rapi dalam satu rantaian kehidupan yang bagitu harmoni. Tidak kan kamu sedar bahawa alam ini diikat dengan hukum dan hakam. Alam ini sujud kepada hukum Yang Maha Esa. Alam semesta kita ini bergerak diatas syarat dan aturan yang tertulis semanjak kun fiyakun. Wahai Bani Melayu, biar aku surahkan disini agar dapat kamu memahami tentang rantai kehidupan yang aku katakan ini. Biar aku contohkan disini akan hukum alam yang menjadi bumi ini dengan nyata. Ketika musim durian sampai maka kami Bani Gajah pun akan berkenduri berkendara. Setiap durian yang kami telan adalah tanda kesyukuran kami kepada hutan. Lalu kami merayau jauh berbatu batu. Di lereng lereng bukit kami berakan biji biji durian yang kemudiannya menetas, membesar dan berbuah kembali. Tanpa Bani Gajah , kamu Bani Melayu tidak akan kenal durian dan tempoyak. Tidak cukup dengan ini kamu keluarkan berak bergantang gantang. Lalat dan langau hidup membiak diatas berak kami. Lalu berak yang membusut jantan ini membajai seluruh hutan. Maka suburlah hutan dimana sahaja kami berada. Kami merayau, merentas dan berjalan. Danau dan lurah yang kami teroka menjadi denai untuk babi dan rusa. Wahai Bani Melayu, rantai kehidupan ini bukan ada pada Bani Gajah sahaja. Setiap binatang, setiap unggas , setiap ulat, setiap serangga adalah talian rantai kehidupan di bumi ini. Setiapa pokok, setiap batang, setiap rumput dan setiap lalang adalah rantai kehidupan. Jika satu rantai ini pupus maka akan kendurlah rantai kehidupan ini. Selama tiga puluh tahun kebelakangn ini kamu Bani Melayu telah memutuskan banyak rantai rantai ini. Justeru, Malapetka telah sampai. Kami Bani Hutan sedang memerhati Malapetaka yang sedang membadai kami. Setiap kali kamu menggondolkan hutan Bani Gajah akan hilang tempat bercumbu dan padang mencari makan. Berbulan bulan aku kurus kelaparan. Tidak lagi aku terberak durian untuk membajai hutan. Sesudah gunung ganang kau gondoli kini sungai pula kau empangi. Lalu lurah dan paya tenggelam dan hilang. Tidak kah kau tahu berapa ratus jenis kupu kupu dan belalang turut sama mati. Yang selamat kini hidup tunggang langgang? Wahai Bani Melayu, Aku saekor Gajah menulis surat ini meminta kamu berhenti sebentar dari menebang hutan dan belukar. Berhenti menarah bukit dan gunung. Berhenti dari menimbus lurah dan gaung. Berhenti dari mengempangi sungai. Tidak kah kamu sedar bawa gunung dan bukit itu ialah paku bumi ini. Tidak kah kamu sedar gaung dan lurah itu ialah nadi penafasan bumi. Sungai dan paya ialah aliran darah bumi. Bumi dan alam ini juga bernafas dan bernyawa. Jangan kamu menjadi anggkuh menganggap bumi dan alam ini hanya milik kamu sahaja. Minggu ini kamu telah memburu suku sakat aku. Kamu menghalau. Kamu menuduh Bani Gajah membawa Malapetaka. Tetapi, wahai Bani Melayu , tidakkah kamu sedar bahawa hutan yang kamu tarah itu adalah rumah aku. Balak Balak yang kamu tebang itu adalah tiang tempat aku bemain dan menyandarkan badan. Tidak kah kamu sedar bahawa hutan yang kau tebang adalah dapor makanan aku. Aku lihat kamu semakin anggkuh. Aku perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh pergi kamu bagitu rakus mengumpul harta pribadi. Entah berapa ratus spesi rumput rampai yang pupus akibat haloba kamu mengumpul harta. Berapa banyak cikah kera dan lotong menjadi penggangur. Kini mereka berdiri ditepi jalan raya meminta-minta sedekah kerana kampong halaman mereka telah kau robek robek. Dalam setahun berapa ratus ribu Bani Tenggiling dikumpul dan dibunuh untuk memuaskan nafsu ringgit kamu. Berapa banyak pula Bani Musang dan Bani Biawak mati di jalan raya akibat dilanggar kereta kamu. Inilah Malapetaka yang sedang mengancam kami. Dihutan kami digelodak. Tasek dan danau kami semakin kering. Paya dan lurah semakin terhakis. Kau secara bijak menamakan tempat kami hutan belantara simpanan. Kau gazetkan kawasan simpananini. Tetapi satu demi satu tanah simpanan ini mengecil. Satu demi satu wliayah Bani Hutan semakin sempit. Inilah Malapetaka yang sedang kami hadapi kerana kamu Bani Melayu sedang rakus mengumpul harta. Ingatlah bumi ini kita lalui bersama-sama. Bumi ini kita duduki hanya untuk sementara. Bumi ini hanya pinjaman sahaja. Sedarlah Gedong dan Istana yang kau diri itu tegak diatas runtuhan kampong kami. Kereta yang kau naiki itu sedang mercun udara bumi. Wahai Bani Melayu, Apakah kamu sedar setiap pokok yang kamu tebang sebenarnya kamu sedang mengurang udara bersih di bumi ini. Apakah kamu sedar setiap hutan yang kamu robek adalah tapisan air untuk kita semua. Apakah kamu sedar bahawa otak dan akal yang kamu miliki itu wajib diubah kerana ianya bertangung jawab jawab membawa Malapetaka ke atas bumi ini. (TT) p/s : dari gua musang ini kau hendak hantar Bani Gajah ini ke mana? |
Nasib lu la Najib... kahkahkah... Posted: 04 Aug 2011 07:00 PM PDT Bolehkah Najib bertahan? — Aspan Alias 4 OGOS — Umno sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam Umno sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga. Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam. Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai. Anoloji ini sedang berlaku di dalam Umno. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam Umno itu begitu panas maka Umno hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan Umno yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi. Sudah pun berlaku gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Sekumpulan bekas-bekas ahli-ahli Parlimen Umno sedang berjumpa dan bertemu di antara mereka untuk meminta Najib agar melepaskan jawatan kerana beliau (Najib) sudah tidak lagi mampu meneruskan pimpinan negara dengan baik. Najib memang telah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun dahulu yang beliau tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai 'baggage' peribadi yang terlalu besar. Tetapi oleh kerana permainan politik yang memerlukan Najib berada sementara bagi membina kepimpinan pimpinan orang lain untuk persediaan mengambil alih pimpinan negara ini. Tetapi Najib mengambil kenaikan beliau ketangga yang tinggi ini kerana kecerdasan kepimpinan beliau sendiri dan beliau tidak mahu mempercayai yang beliau sentiasa di dalam pemerhatian pihak lain di dalam Umno sendiri. Kumpulan ini hanya menunggu Najib menunjukan kesilapannya yang nyata sahaja untuk memberikan sebab untuk menurunkan beliau. Sebenarnya kepimpinan beliau ini merupakan kepimpinan 'stop gap' untuk membolehkan orang lain yang masih muda untuk naik mengambil alih kepimpinan negara. Dalam percaturan ini Khairy menjadi mangsa kumpulan ini kerana jika Khairy menaiki tangga pimpinan yang tinggi Khairy akan menghalang untuk seorang muda yang lain untuk menaiki tangga kepimpinan negara. Konspirasi dalam Umno ini amat licik. Konspirasi ini memang telah berlaku begitu lama. Kalau kita ingat Khairy Jamaludin merupakan pemimpin muda yang pada anggapan kumpulan ini akan menghalang seseorang untuk menaikan anak serta ahli keluarga beliau ke takhta kekuasaan negara. Itu sebabnya kempen secara sistematik telah dilakukan untuk menahan kemaraan Khairy dalam politik negara. Berlakulah usaha memomokan benih muda ini dipandangan masyarakat dan ahli Umno sendiri.Tindakan ini merupakan salah satu dari strategi pihak tertentu untuk menguasai politik Umno dan negara untuk puak mereka sendiri. Najib pula merupakan pemimpin yang begitu kontroversial dengan baggage besar yang dibawanya bersama beliau dan ini menjadi isu yang sangat 'expedient' bagi kumpulan ini untuk menyahkan Najib dari kepimpinan negara dan menggantikan dengan orang lain yang ada di dalam kepimpinan tertinggi parti. Tentulah pemimpin yang dimaksudkan itu ialah Muhyiddin Yassin yang bagi kumpulan ini sangat sesuai bagi mencapai cita-cita menaikan ahli keluarganya dalam politik dan kepimpinan negara dalam jangka masa yang singkat ini. Tetapi masalah yang paling besar ialah Umno sudah lumpuh dari segi pembinaan kepimpinan kerana parti ini sudah terlalu lama di abaikan tentang pembinaan kepimpinan. Pucuk pimpinan yang ingin berkuasa terlalu lama menyebabkan beliau bertindak untuk mengambil pemimpin secara tangkap muat asalkan sahaja memberikan ketaat setiaan mereka kepada pucuk pimpinan yang ingin berkuasa dengan lama. Hasilnya sekarang sudah tidak ada lagi sesiapa di kalangan pimpinan atasan yang mungkin mampu untuk mengetuai kerajaan melalu parti Umno ini. Setiap pengganti akan lebih lemah dari pimpinan yang di ambil alih itu. Ramai orang termasuk blog ini telah selalu mengatakan Abdullah akan lebih lemah kepimpinan dari Dr Mahathir dan sesiapa juga yang mengambil alih Abdullah sudah pasti akan lebih lemah dari beliau (Pak Lah). Sekarang ini jika di alih kepimpinan secara lazim yang kita lakukan orangnya ialah Muhyiddin. Muhyiddin akan membuktikan yang beliau adalah lebih lemah dari Najib dalam masa hanya setahun sahaja. Ini bukan salah Muhyiddin tetapi beliau terpilih di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti yang sudah terlalu ketandusan kepimpinan. Segala 'budding leaders' telah di ketepikan di zaman Dr Mahathir dan tidak timbul-timbul lagi seorang pemimpin yang benar-benar 'viable' kalau kita mencari bakat dari mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno. Menyampahnya pihak-pihak yang tertentu dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, masa sudah tiada untuk menghiburkan sesiapa kerana negara kita sekarang di ambang kehancuran politiknya. Saya bersedia menerima apa-apa juga kritikan, namun kebenaran tentang apa yang saya telah tulis dalam blog ini sudah banyak menunjukan kebenarannya. Kita bukan memberikan pandangan berdasarkan kepandaian, hanya memberikan pandangan melalui pengalaman yang pernah kita lalui selama ini. Blog ini sekarang ingin menelah. Jika Najib di ambil alih oleh Muhyiddin keadaan yang serupa akan berlaku kerana Muhyiddin dan Najib merupakan dua manusia pemimpin yang datang dari kumpulan yang mempunyai budaya politik dan pimpinan yang sama. Keadaan ini akan berulang dan kepentingan saya hanya satu; iaitu untuk membuktikan yang pandangan saya yang selalu mendapat kritikan yang hebat dari berbagai pihak akan membuahkan kebenarannya. Saya selalu memberikan pandangan, yang kita terpaksa memulakan politik yang baru dan kita bermula dari garisan permulaan seperti yang di lakukan oleh YTM Tunku Abd Rahman dahulu. Untuk memulakannya ianya mesti di lakukan oleh pemimpin yang luar dari pimpinan Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini kerana yang ada pada hari ini semuanya merupakan penyumbang besar kepada keadaan kucar kacir yang negara sedang hadapi sekarang. Saya selalu memberikan pandangan yang menjadi kemarahan ramai. Salah satunya ialah pandangan saya yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling besar ialah di kalangan pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan yang paling hampir dengan diri beliau sendiri. Oleh kerana negara kita memilih jawatan Perdana Menteri secara convention, iaitu Presiden Umno secara automatic menjadi PM itu, maka masing-masing dalam Umno terutamanya di keliling Najib yang terhampir itu secara licik melakukan permainan politik kotor terhadap beliau sendiri. Ada orang yang sekarang ini seperti anjing nampak tulang…..air lior meleleh melihat jawatan yang si Najib pegang sekarang. Tetapi Najib seperti yang saya sebutkan selalu, Najib sendiri mempunyai kelemahan yang payah untuk diperbaiki. Nama Najib telah dipersoalkan oleh masyarakat antarabangsa. Ini juga adalah di atas galakan dan permainan politik manusia di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Bak kata seorang yang bergiat di dalam Umno, 'nasib lu lah Najib'. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Aduiii.... Menatang Apa Pulak Nih! Posted: 04 Aug 2011 06:30 PM PDT Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS Periksa Program Di Gereja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempertahankan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di sini, malam Rabu. Beliau menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan. Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. "Terdapat seramai 12 orang Islam telah menghadiri majlis tersebut namun iada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. "Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan," kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan. Menurut Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Katanya, seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. "Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. "Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut," jelasnya. Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur. "Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai," katanya. Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu. "Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti. "Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang," katanya. - mStar |
Ada saksi nampak empat lelaki buang barang... Posted: 04 Aug 2011 06:00 PM PDT Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lalu. U Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lalu. Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya. Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250. "Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu. "Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung (sack) warna putih ke dalam alur (drain). "Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17. Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Suresh berkata pacuan empat roda itu seterusnya berhenti di sebuah jambatan kecil kira-kira empat hingga enam kilometer dari lokasi pertama kenderaan itu berhenti. "Di sana dia nampak seorang lelaki dari pacuan empat roda itu membuang barang ke dalam sungai. "Selepas itu saya masih ikut jip dan bila sampai di satu kawasan hutan berhampiran Jalan Kelanang dan jip itu berhenti, saya nampak sebuah kereta warna hitam berada dalam jarak kira-kira 20 meter dari lori saya. Saya tidak nampak siapa dan berapa orang dalam kereta hitam kerana cerminnya "tinted". "Selepas itu saya turun dan buka bahagian belakang lori sebelum naik semula (ke dalam lori). Kemudian saya nampak lelaki Indonesia dan seorang lelaki isi barang dalam lori saya kira-kira 10 minit. Selepas loading barang kereta hitam bergerak di hadapan kemudian diikuti jip dan lori saya," katanya. Saksi itu berkata kira-kira lima hingga 10 minit kemudian ketiga-tiga kenderaan berhenti di tepi sebuah sungai di mana dia melihat lelaki Indonesia serta dua lelaki dari pacuan empat roda itu mengeluarkan barang dari lorinya dan membuangnya ke dalam sungai. Suresh berkata ketika itu, dia yang masih berada di tempat duduk pemandu turut mendengar seperti bunyi zink dipijak. "Saya kemudian nampak pemandu jip minta bayaran dari kereta hitam dan driver kereta hitam ada buka cermin kereta tetapi saya tidak nampak siapa. Pemandu jip beri saya wang RM300 dan bila saya beritahu bayarannya hanya RM250 lelaki itu cakap tidak apa, saya simpan baki duit," katanya. Manjeet: "Selepas itu adakah awak terus ke Puchong?" Suresh: "Tidak saya ada berhenti di satu tempat. Lelaki Indonesia itu cakap dia nak turun di Subang Jaya dan dia beritahu itu dalam perjalanan jadi bolehlah turunkan dia (di Subang Jaya)." Suresh berkata apabila tiba di sebuah kawasan kilang dan flat di Subang Jaya, lelaki Indonesia itu memberitahu dia ingin berjumpa seseorang. Kira-kira 10 minit kemudian saksi itu nampak lelaki Indonesia terbabit membuang sebuah kotak rokok ke dalam sebatang alur semasa sedang berjalan ke arah lorinya. "Sebelum lelaki Indonesia beredar dari situ, dia ada beri dua buah telefon bimbit kepada saya dan saya tolak tetapi lelaki Indonesia itu mendesak saya mengambilnya," katanya. "Bila balik semula ke ladang, saya beritahu majikan saya Ravi," kata beliau. Manjeet: "Ravi ambil ke telefon bimbit itu?" Suresh: "Ravi marah saya sebab barang-barang yang dibuang ialah barang sembahyang...dia suruh saya buangnya." Saksi itu berkata dia kemudian membuang kedua-dua telefon bimbit tersebut ke dalam sebuah alur kecil berhampiran sungai di Pasar Besar Banting. Kepada soalan lain, Suresh berkata dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan pembunuhan pada malam 30 Ogos 2010 (tarikh kejadian) dan dia juga tidak mengenali Pathmanabhan sehinggalah dia ditangkap polis pada 9 Sept 2010. Saksi itu juga mendakwa dia telah dipukul oleh pegawai polis bernama Govindan dan anggota-anggota polis lain serta diacukan pistol di kepala bagi mengaitkan (implicate) Pathmanabhan dengan kes pembunuhan tersebut. Terdahulu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membenarkan rakaman percakapan Suresh digunakan dalam prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan (impeach) keterangannya di mahkamah. Akhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa percakapan saksi itu yang dirakam oleh pihak polis memenuhi keperluan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Beliau bagaimanapun tidak menerima rakaman percakapan Suresh dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Ini kerana, katanya, Suresh merupakan saksi dalam kes pembunuhan itu dan bukan orang yang dituduh. Akhtar kemudiannya meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi itu dengan meminta Suresh menjelaskan 22 percanggahan dalam keterangannya. Setelah mendengar penjelasan Suresh, Akhtar berkata beliau akan memutuskan sama ada untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu di akhir kes pendakwaan kelak. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama |
Popular gila la blog ni lepaih nih... haha... Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT Perkasa Gesa Siasat Dakwaan Blog Kaitkan PDRM Dengan Israel Oleh SUSAN ALBERT KASSIM KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan empat laman blog yang mendedahkan penyelewengan serta penglibatan Israel projek di ibu pejabat PDRM Bukit Aman. Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, dakwaan blog-blog itu dikesan sejak lapan minggu lalu. Katanya, empat laman blog itu adalah Darulehsantoday.blogspot, kerisputera.blogspot, gerakantimur.blogspot dan gerakan-anti-pkr.blogspot. "Pendedahan ini melibatkan isu serius dan tidak boleh dipandang remeh. "Kita minta polis dan SPRM siasat kesahihan cerita ini bagi memastikan keselamatan negara dan maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Rabu. Menurutnya, laman blog itu turut mendakwa kononnya seorang lelaki berbangsa Cina terbabit dalam perkara itu dan ada hubungan dengan Israel. "Kita susah nak cakap siapa individu yang disyaki terlibat dalam perkara ini. Mungkin ada berlaku salah guna kuasa. Jadi kita mahu polis dan SPRM menyiasat agar tindakan segera boleh dilakukan," katanya. Terdahulu, Irwan membuat laporan polis berhubung perkara itu di sini pada pukul 12.30 tengah hari. Lampiran bukti mengenai pendedahan empat laman web itu turut diserahkan kepada polis. |
Posted: 04 Aug 2011 04:00 PM PDT Menterjemah hikmah ramadhan dalam kehidupan seharian Oleh Minda Editor PUASA menurut syariat adalah menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan disertai dengan niat kepada Allah. Semua perintah Allah yang disyariatkan pastinya mempunyai faedah dan manfaatnya, begitu juga dengan segala laranganNya yang pasti ada kemudaratannya. Dari segi kesihatan, puasa dapat menghindarkan penyakit. Sepertimana kita tahu, dewasa ini manusia meninggal dunia disebabkan oleh pemakanan. Hadis Nabi juga menyebut bahawa 'perut adalah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat. Seharian kita berpuasa telah mendidik perut kita hanya menerima makanan pada masa yang ditetapkan sahaja. Jika hari-hari biasa, merata tempat kita manusia menikmati hidangan makanan tanpa mengira masa selagi mata belum terpejam. Jadi perut pun bekerja tanpa rehat. Para penyelidik ilmu perubatan juga mengakui bahawa puasa dapat membuang toksin dari badan dan secara tidak langsung meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Berpuasa juga mengajar mereka yang mengerjakannya mengenal erti kesusahan dan keperitan manusia lain yang mengalami kekurangan makanan. Jika sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran akan penderitaan mereka, jadi melalui puasa kita banyak bersabar dan banyak mendekatkan diri kepada Allah bagi memanjatkan kesyukuran. Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci antara semua bulan. Solat Tarawih yang ditunaikan sepanjang Ramadhan banyak hikmahnya. Setiap malam yang ditunaikan mempunyai faedahnya tersendiri yang ditetapkan oleh Allah. Lailatul Qadar yang hanya terdapat dalam bulan Ramadhan merupakan malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam hinggalah terbit fajar. Pada malam tersebut Allah melipatkan rahmatnya kepada seluruh mukmin yang masih hidup dan juga yang telah mati. Ini menandakan betapa pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya. Dengan segenap hikmah yang terkandung di dalam ibadah puasa marilah kita kita mengumpul segala kelebihannya itu untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Jadikanlah 'Madrasah Ramadhan' sebaik-baik tempat latihan agar kita dapat menjalankan kehidupan berdasarkan kesederahanaan, kesabaran, keinsafan perihal wujudnya sejuzuk manusia di dunia ini yang perlu dibantu. Juga pentingnya ketahanan dan pembinaan mental dan fizikal untuk mencapai apa yang dicita-citakan. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan