Jumaat, 5 Ogos 2011

Addin

Addin


PAS Selangor Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat JPN

Posted: 05 Aug 2011 06:00 PM PDT

Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara.
"Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi. Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu.

Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor. Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih.

"Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras.

Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain.

Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah).

"Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau.

Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR. Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi.

Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik.

"Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau.

Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR.

Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan.

Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan./tvsnews

Umno Bakal Berpecah, 4 Calon Tanding Kerusi Presiden?

Posted: 05 Aug 2011 08:44 AM PDT

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyeru agar berlaku perubahan dalam kerajaan. Ramai yang bersependapat bahawa Najib Razak patut undur untuk mengelakkan Malaysia lebih dimalukan di persada dunia. Walaupun penyokong UMNO merasa kecewa terhadap Najib dan Rosmah, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain. Dengan kredibilitinya yang hancur akibat kesilapan dalam menangani beberapa isu semasa, terutamanya perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bebas, agak meng hairan jika Najib dibenarkan untuk mengetuai BN dalam usaha mendapatkan mandat baru rakyat melalui Pilihanraya Umum ke 13.



Namun demikian, Najib sebenarnya boleh saja bertahan selama mana yang diinginkannya sama ada melalui pilihanraya atau tidak, asalkan dia pandai menjaga hati 2700 orang ahli perwakilan UMNO.Inilah kebenaran disebalik demokrasi ala Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya tidak akan bisa memilih Perdana Menteri yang dikehendaki. Ia ditentukan oleh UMNO melalui pemilihan presiden parti pada Perhimpunan Agungnya.

Najib telah mengumumkan perhimpunan agung UMNO akan diadakan di PWTC dari 28 November hingga 3 Disember ini. Perhimpunan akan bermula dengan forum antarabangsa UMNO pada 28 hingga 29 November. Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada 29 November dan berhimpun pada hari berikutnya. Perhimpunan agung UMNO akan diadakan pada 1 hingga 3 Disember.

Tidak dinyatakan bahawa pemilihan parti akan berlangsung pada masa yang sama atau tidak. Ini membayangkan, pemilihan parti sememangnya tidak akan berlaku. Kecuali ada pengumuman dari majlis tertinggi, pemilihan hanya akan berlaku pada tahun 2012 kerana Najib telah mendapatkan penundaan selama 18 bulan yang bererti pemilihan hanya akan berlaku pada suku kedua tahun 2012.

Tahun ini perhimpunan agung dibayangi salah urus tadbir serta kesilapan yang sering dilakukan oleh pengurusan dibawah kepimpinan Najib. Sama ada ia akan disudahi dengan perubahan dalam tampuk kepimpinan yang menerajui UMNO masih lagi menjadi spekulasi. Sudah ada cakap-cakap tentang perubahan dan pemimpin yang baru akan diumumkan di dalam UMNO.

Calon-calon presiden

Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan juga Abdullah Badawi dikatakan berminat dengan jawatan Presiden parti. Mungkin senarai ini kurang dipersetujui oleh rakyat Malaysia amnya, delegasi UMNO akan tetap mencalonkan meraka dan seterusnya mengundi. Mereka tidak akan teragak-agak dalam memilih bakal calon nanti.

Muhyiddin telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berjanji kepada 100 orang wakil rakyat BN bahawa geran sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada konstitusi masing-masing. Ini adalah sejurus selepas begitu ramai yang mengadu bahawa Putrajaya lebih suka melaburkan wang ke dalam projek berskala besar berbanding memajukan kawasan pedalaman.

Ini kerja senang untuk Muhyiddin, tugas pentadbiran agak mudah baginya. Di Johor, negeri asalnya, Muhyiddin telah mengembangkan karier politiknya sehingga Berjaya menjadi naib presiden UMNO. Ini sememangnya akan digariskan kepada para delegasi. Jika ini diambil kira dalam kriteria pemilihan presiden bagi para delegasi UMNO, maka, Malaysia akan memperolehi seorang pentadbir yang agak efisyen sebagai Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama bersifat kejam.

Muhyiddin sememangnya jelas dalam pendiriannya terhadap Malaysia. " Melayu dahulu Malaysia kemudian" merupakan kenyataannya yang menggambarkan ideologinya tentang bagaimana masyarakat Malaysia sepatutnya disusun atur. Orang Melayu diatas, yang lain dibawah.

Buah pemikiran Tengku Razaleigh yang terbaru, Amanah dilihat sebagai kuasa ketiga didalam lanskap politik Malaysia. Kekuatan Amanah akan dinilai dari segi keupayaannya untuk memikat orang muda yang berminat dengan politik dan inginkan perubahan dalam cara pentadbiran Malaysia. Amanah akan membawa kesan jika benar-benar dilaksanakan tetapi, mampukah Razaleigh menpengaruhi delegasi muda supaya Najib tidak diberi peluang kedua?

Abdullah Badawi tiba-tiba muncul dan membuat perjumpaan dengan Ambiga Sreenevasan sebelum Bersih megadakan perarakan nya pada 9 Julai. Ia mengejutkan ramai pihak dan dilihat sebagai mengugat Najib. Pada hari berikutnya dikejutkan pula dengan berita tentang sama ada pegawai yang terlibat dalam skandal rasuah wang ringgit di Australia cuba untuk merasuah Abdullah Badawi. Badawi telah menafikan khabar itu dan sehingga kini Cuma mengambil sikap berdiam diri.

Tidak seperti Najib atau Muhyiddin, Badawi secara peribadinya tidak ada apa yang perlu disembunyikan kecuali seorang menantu lelaki yang bercita-cita tinggi. Dia juga dalam diam, cuba mengetengahkan dirinya sebagai pilihan yang terbaik selain Najib yang sudah jauh meleset dan 'Melayu dahulu' Muhyiddin.

Dan bila Muhyiddin menambahkan tekanan dari dalam UMNO, Amanah bergerak dari luar. Badawi pula cuba memainkan satu peranan, seorang yang walaupun kurang dari segi kecekapan tetapi bersih. Bagi Najib pula, rakyat Malaysia telah nampak pembohongan nya dalam menangani isu perhimpunan Bersih. Hasilnya, popularitinya merundum.

Kriteria-kriteria pemilihan para delegasi UMNO

Walau demikian, delegasi UMNO jarang memilih presiden berdasarkan apa yang dikehendaki rakyat Malaysia. Bila Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang adil dan bertanggungjawab terhadap semua komuniti yang ada, presiden UMNO akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan status Melayu dan memastikan kelangsungan bisnes milik atau berkaitan UMNO. Konflik kepentingan ini menjadi masalah nasional semenjak Barisan Nasional berkuasa.

Perbalahan dalaman golongan elit UMNO akan melemahkan kekuasaan UMNO sebagai kerajaan. Konflik dalaman inilah yang mengakibatkan UMNO kehilangan 5 negeri pada pilihanraya umum tahun 2008. Cara pemilihan presiden UMNO telah melahirkan budaya politik wang dan melobi jawatan didalam sesetengah pecahan dalaman UMNO.

Jauh sekali seperti retorik yang dilaungkan oleh UMNO sebagai parti yang stabil dan jaguh memperjuangkan hak Melayu, UMNO adalah parti berpecah yang sentiasa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jawatan tertinggi dan apabila tiba perhimpunan agung 2011, puak-puak ini akan berlawan habis-habisan sesama sendiri kerana inilah perjuangan sebenar mereka, untuk memegang kuasa. Itupun jika Barisan Nasional menang pilihanraya umum ke-13./mc

Serbuan Di Gereja, Rancangan Umno Untuk Takutkan Melayu?

Posted: 04 Aug 2011 06:29 PM PDT

Nampaknya musim politik perkauman dan agama telah bermula. Perdana Menteri Najib Razak telah memberikan kebenaran rasminya. Ini kerana partinya Umno mahu menarik sokongan para pengundi Melayu menjelang pilihanraya umum yang dijangkakan bakal berlangsung di antara bulan Oktober-November ini. Pihak berkuasa agama dan polis di Selangor, menyerbu sebuah majlis makan malam berbilang kaum yang diadakan di bangunan Dream Centre, yang juga menempatkan Gereja Methodist Damansara Utama. Ia berasaskan kepada aduan yang samar-samar bentuknya. Bangunan tersebut mempunyai banyak acara makan malam dan bilik-bilik seminar, selain daripada hanya dewan gereja. Diketahui umum, Najib sedang berhadapan dengan tekanan yang amat berat untuk merampas semula negeri Selangor.

Menurut laporan berita, kira-kira 30 orang pegawai penguatkuasa JAIS menyerbu masuk tanpa amaran ke gereja tersebut pada jam 10 malam tadi. Kebiadapan tingkah laku mereka yang bertentangan dengan undang-undang mengejutkan ramai rakyat Malaysia apabila mereka membaca berita tersebut pada pagi hari Khamis ini.

"Tindakan terburu-buru sebegitu tidak dialu-alukan dan sepatutnya sekarang ini semua orang telah tahu perkara ini. Hakikatnya, rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri tidak diberikan nasihat terhadap isu ini kerana dia baru saja pulang dari Vatican. Pastinya, para penganut Kristian di Malaysia mahu tahu, setelah menjalinkan hubungan dengan Gereja Vatican, apakah pula status para penganut Kristian di sini? Dan ianya merupakan suatu hal yang hanya dapat diberitahu Najib kepada semua," bekas presiden Transparency International, Ramon Navaratnam memberitahu Malaysia Chronicle

Banyak lagi usaha buat Melayu ketakutan dan paranoia

Tetapi Najib ialah ketua Umno Selangor dan dia telah berikrar untuk merampas kembali kerajaan negeri dengan apa jua cara sekalipun. Maklum balas tertumpu tentang kenapa penganut Kristian yang menjadi sasaran. Namun, ramai penganalisis politik percaya Najib juga perlu melihat dengan teliti, jika terdapat sebarang maklum balas daripada umat Islam.

"Kelihatannya seperti serangan terhadap penganut Kristian tetapi barangkali niat sebenarnya untuk mendapatkan sokongan penganut Islam di Selangor untuk menyetujui tindakan sebegini. Jika penganut Islam Selangor menyokong tindakan kasar ini, maka Najib merasakan ianya wajar meskipun tindakan sebegini yang meniupkan kebencian terhadap agama lain adalah berdosa. Jika para penganut Islam bosan dengan segala tingkah laku gilanya. Ia akan menjadi seperti serampang dua mata yang memakan dirinya sendiri," jelas pemimpin PAS Hatta Ramli kepada Malaysia Chronicle.

Menurut paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama Dr. Daniel HO, sebuah NGO bernama Komuniti Harapan telah menganjurkan acara kesyukuran makan malam tahunan di bangunan gereja tersebut, yang menyaksikan kehadiran kira-kira 100 ke 120 orang tetamu berbilang kaum.

"Sebahagian besar tetamu merupakan penganut Kristian...terdapat kira-kira 15 orang Melayu. Pihak polis datang dengan alasan terdapat aduan dan memberitahu ada orang membuat aduan," kata Ho sepertimana dilaporkan sebuah laman berita. Menurut Ho lagi, tidak dinyatakan pula apakah kandungan aduan tersebut.

Banyak lagi

Para pemimpin Pakatan Rakyat mengutuk tindakan keras tersebut, namun mereka menjangkakan akan lebih banyak lagi kejadian seperti ini yang akan terjadi, menjelang tarikh pilihanraya umum yang semakin hampir. Barangkali pada 11 November, yang dikatakan sebagai nombor pilihan atau nombor ber'tuah' Najib.

"Ia lebih daripada sekadar hanya menjadi keterlaluan. Ini adalah permulaan suatu usaha terancang untuk menjadikan orang-orang Melayu terkejut, paranoid dan takut kepada orang-orang Cina, Yahudi dan Kristian. Apa yang Umno mahukan adalah undi orang-orang Melayu dan India. Jadi mereka akan mainkan muslihat kebencian ini, kita tidak pasti sejauh mana mereka akan pergi tetapi saya fikir kita semua mesti bersedia dan berhati-hati," Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle./mc


Tiada ulasan: