Ahad, 21 Ogos 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Gambar: Melayu Paling Banyak Minum Arak

Posted: 21 Aug 2011 02:20 AM PDT


UMNO/BN parti Melayu jangan jadi juara mahu bela Islam. Tahukah kamu siapakah yang paling banyak minum arak dan khianat Islam? Semuanya datang dari UMNO yang dikatakan membela Melayu dan Islam. Kononnya membela golongan murtad tapi ramai yang murtad dari kalangan Melayu.

Mahu jadi jadi hero dalam menyampai kuliah agama dengan syarat ada tauliah. Berapa ramai ustaz dalam UMNO ada tauliah tapi merapu menyampaikan kuliah? UMNO tidak layak bercakap pasal agama kerana UMNO sendiri pengkhianat bangsa dan agama.

UMNO patut betulkan nama partinya jika betul-betul memperjuangkan Melayu dan bukannya menggunakan istilah Inggeris untuk partinya. PEKEMBAR ialah nama bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO dikatakan malu menggunakan nama tersebut kerana bunyi seolah-olah macam periuk nasi.

Mari kita saksikan siapakah yang sukan menogok arak? Adakah Cina atau India? Siapakah yang membenarkannya kilang dibina di Malaysia kalau bukan orang Melayu sendiri. 


Melayu, Cina atau Indiakah dia?


Melatah Boleh Kejutkan Buaya?

Posted: 20 Aug 2011 05:50 PM PDT


KUCHING: Aksi melatah biasanya dijadikan bahan jenaka, namun berlainan bagi seorang wanita yang menghidap penyakit itu apabila menyelamatkan nyawa suaminya daripada dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Paruh, malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Wan Sahari Wan Ateng, 47, bersama isteri, Saliah Jini, 47, memilih udang tersangkut pada jala di atas perahu sebelum buaya sepanjang 6.5 meter menghampirinya lalu menyambar lengan kanan, jam 8 malam.

Menceritakan detik cemas dilalui, Wan Sahari berkata, kejadian berlaku begitu pantas apabila buaya berkenaan tiba-tiba menyambar lengan kanannya, menyebabkan isteri di sebelahnya terkejut lalu melatah.

"Dalam keadaan cemas ketika lengan ditarik buaya, saya menggunakan tangan kiri untuk bertahan sambil memaut pada perahu. Ketika itu kedengaran suara isteri melatah menyebabkan buaya itu 'terkejut' lalu melepaskan gigitan.

"Sukar bagi saya membayangkan keadaan berlaku ketika itu namun bersyukur kerana penyakit latah dialami isteri 'membantu' saya daripada menjadi mangsa," katanya ketika temui, semalam.

Dalam fikirannya terbayang ajal bakal tiba ketika tarik-menarik antaranya dengan buaya itu.

"Ketika itu juga, saya terbayang anak di rumah membuatkan bersemangat untuk melawan reptilia ganas itu semakin kuat," katanya.

Tiada ulasan: