Ahad, 21 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Daftar 75 pengundi, dakwa punya 27,000 Ahli Baru..

Posted: 21 Aug 2011 01:58 AM PDT

Bagi menolak dakwaan bahawa parti itu sudah tidak relevan, Presiden GERAKAN Koh Tsu Koon mendedahkan bahawa 27,000 ahli baru telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak 2008.

Ramai tu..

Jika dikatakan sejak dari tahun 2008 GERAKAN telah menerima seramai 27,000 ahli baru dari mana datangnya mereka, adakah GERAKAN juga mendapat bantua PATI untuk didaftarkan sebagai ahli mereka?


Mari kita lihat jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh berbagai parti politik dari tahun 2009.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).

PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.

Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan GERAKAN dilihat kurang menyerlah apabila hanya membuat pendaftaran baru sebanyak 641 di 14 negeri.

Abdul Aziz menjelaskan, tiada sebarang pendaftaran baru oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) sepanjang Mei lalu.

Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75), katanya – sepenuhnya sila baca di SINI

Apa yang perlu kita ketahui adalah kebanyakkan Parti mendaftarkan pengundi-pengundi yang bari mendaftar sebagai Ahli mereka, jika dalam masa satu tahun GERAKAN hanya mampu mendaftarkan seramai 75 pengundi baru.. dari mana datangnya 27,000 ahli baru GERAKAN yang didakwa oleh Koh Tsu Koon itu?

Tsu Koon: 27,000 ahli baru sertai Gerakan

Gerakan menolak dakwaan bahawa parti itu sudah tidak relevan, sambil mendedahkan bahawa 27,000 ahli baru telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak 2008.

Presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata di Sabah sahaja,terdapat kira-kira 10,000 ahli baru dan kira-kira 4,000 lagi di Pahang.

Bagaimanapun, katanya, Pulau Pinang mencatatkan bilangan ahli baru yang lebih rendah - kira-kira 1,000 orang - kerana banyak cawangannya mempunyai keahlian penuh.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 50,000 ahli Gerakan di Pulau Pinang.

"Ini mencerminkan bahawa kita (Gerakan) masih relevan. Benar kita daftar lebih ramai ahli di negeri-negeri lain di mana kita tidak mempunyai pengaruh kuat sebelumnya, tetapi kini kita mendapat sokongan di sana," katanya ketika berucap di hadapan 200 hadirin di majlis makan malam parti itu malam tadi.

"Kita adalah satu-satunya parti yang mencatatkan peningkatan 100 peratus dalam (bilangan) YB (ahli parlimen dan ADUN)... kami mempunyai empat orang selepas pilihan raya umum lepas, dan kini disertai empat lagi wakil rakyat bebas dari Sabah dan Pahang," katanya .

Mereka ialah tiga dari Sabah - Raymond Tan Shu Kiah (Tanjung Papat), Au Kam Wah (Elopura) dan Peter Pang En Yin (Karamunting) - dan seorang dari Pahang - Ho Yip Kap (Tanah Rata).

"Jadi, jangan kata kita tidak relevan. Bagaimana YB ini memilih kita, dan bukan yang (parti) lain?" soalnya.

Bukan kerajaan tentukan kenaikan harga barang.

Posted: 21 Aug 2011 01:01 AM PDT

TASEK GELUGOR, 21 Ogos — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

"Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

"Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini," katanya dipetik Bernama Online.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN.

Kempen dikenali sebagai Protes BN dilancarkan semalam.

Nor Mohamed (gambar) berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

"Kerajaan kita sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga, kita telah menghadapinya beberapa kali, tetapi sekiranya PAS yang menerajui pemerintahan mereka belum tentu boleh mengawal harga kerana mereka tidak berpengalaman," katanya.

Terdahulu, Nor Mohamed melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Syawal di Pasar Tani Mega, Tasek Gelugor dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 20 orang anak yatim, 10 ibu tunggal, 10 orang warga emas dan ahli jawatankuasa peserta Pasar Tani di kawasan itu.

The Malaysian Insider

Pentadbiran Najib umpama Telur dihujung tanduk?

Posted: 20 Aug 2011 09:57 PM PDT

Oleh Anil Netto
Derjemahkan Oleh Amiruddin Ahmad

PULAU PINANG - lebih sebulan selepas satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pemerintah Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa satu jawatankuasa parlimen yang dipilihmewakili kedua-dua parti akan ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pilihan raya. Langkah itu datang kerana kerajaan Najib menghadapi peningkatan tekanan dalam pelbagai bidang politik, termasuk cabaran spekulasi kepada kepimpinan beliau dari dalam parti sendiri.


Pengumuman Najib telah ditafsirkan sebagai satu usaha untuk menenangkan keadaan tidak tenang tentang integriti proses pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan sebelum pertengahan tahun 2013, dan untuk mencegah apa-apa perhimpunan dari berlaku lagi,beliau telah bersdia dengan strategi baru . Parti politik pembangkang telah mendakwa pilihan raya adalah struktur yang ditubuhkan untuk memihak kepada Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO) dan gabungan parti yang membentuk kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada 9 Julai lalu , pihak berkuasa polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air pada penunjuk perasaan dan menahan lebih 1,600 orang, termasuk ahli-ahli politik pembangkang. Perhimpunan tersebut, yang telah dianjurkan oleh Gabungan yang diterajui oleh masyarakat sivil bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil, atau Bersih telah hadir dan menyatakan bantahan di jalanraya . Kumpulan itu telah mendesak agar pihak kerajaan untuk membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berulang dan tempoh kempen yang lebih panjang.

Satu lagi permintaan utama ilah agar merombak sistem pengundian pos untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara dan di luar kawasan pilihan raya mereka , agar mereka dapat mengundi tanpa wakil yang boleh mengundi untuk mereka . Bersih menegaskan bahawa anggota polis dan tentera, yang kini dianggap antara yang paling kontroversi iaitu mengundi dengan "undi pos" khas di luar pandangan umum, mesti mengundi biasanya seperti pengundi lain jika mereka tidak bertugas pada hari pilihan raya.

Sejak tindakan keras 9 Julai, Suruhanjaya Pilihan Raya telah mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa semua senarai yang di sediakan adalah betul dan tepat walau beberapa contoh dan bukti yang telah di ragui oleg pihak pembangkang yang mengeluarkan dan mngesan bahawa terdapat pengundi bukan warganegara di daftarkan sebagai pengundi.Walau punmendapat tekanan dari masyarakat dan rayat jelata , pentadbiran najib masih lagi berdalih dan berjanji aan mereformasikan daftar pilihanraya , namun belumpasti sama ada pihak pemerintah dan pembangkang dapat menerima apa yang dilakukan kerajaan di bawah pemerintahan Najib.

Pihak pembangkan dan rakyat sebaliknya mahukan kerajaan memperkenalkan dakwat kekal seperti yang dituntut oleh Bersih,namun kerajaan kerajaan Najib akan menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memperkenalkan sistem biometrik bagi pengesahan pengundi. Cadangan yang telah bertemu dengan keraguan yang meluas sama ada satu sistem yang rumit boleh siap menjelang pilihan raya akan datang dan jika ia benar-benar dapat mencegah manipulasi dan mengulangi mengundi.

Tanpa jaminan reformasi yang telus bermakna pilihan raya dalam masa diadakan raya umum, cadangan jawatankuasa parlimen yang dipilih pilih "tidak berguna dan tidak boleh diterima," kata ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang. Beliau menegaskan bahawa Najib perlu "memberi jaminan mutlak bahawa tidak akan bermakna reformasi pilihan raya ketika pilihan raya umum yang akan datang diadakan jika semuanya masih tidak jelas dengan pembahruan dalam senarai pemilih yang berdftar didibersihkan".

Puluhan ribu yang hadir di perhimpunan Bersih bulan lalu - walaupun telah dihalang dengan berbagai cara - telah meletakkan pentadbiran Najib mengenai pertahanan dan kekuatan politik pada masa yang sama memberi momentum baru kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat) pakatan pembangkang mengenai sokongan terhadap apa yang telah mereka tntut dalam BERSIH . Dalam masa yang sama ianya dikatakan meningkatkan spekulasi mengenai sama ada Najib dapat menghadapi cabaran dalaman oleh puak-puak yang bercita-cita tinggi dalam UMNO sendiri untuk menjathkan beliau.

Analisis telah tertumpu kepada cita-cita timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang juga berfungsi sebagai menteri pendidikan. Muhyiddin telah dilihat sebagai insan yang sama-sama naik dengan Najib dan yang mendahului Najib, Abdullah Badawi, melalui komen yang bertentangan mengenai isu-isu utama dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada bulan Mac, sebagai contoh, Muhyiddin memberikan jawapan yang kontroversi apabila beliau mendakwa beliau adalah "Melayu pertama" dan barulah "Malaysia", suatu kontradiksi yang seolah-olah dasar Najib "1Malaysia" yang bertujuan untuk merapatkan berbagai etnik dan menggalakkan identiti Malaysia.

Muhyiddin, yang mula-mula dibawa masuk ke dalam Kabinet pada awal tahun 1980-an di anggap sebagai orang kuat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, dilihat bersama dalam beberapa kumpulan yang akan bersekutu dengan bekas bosnya dan anak lelaki ketiga , Mukhriz Mahathir, yang kini berkhidmat sebagai timbalan menteri dan dipercayai mempunyai cita-cita politik yang lebih tinggi.

Dinamik huru-hara

Mereka yang berada di dalam UMNO dan percaya adanya kekecohan dalaman yang sedang bergelora itu juga berkemungkinan didorong oleh penyiasatan di Perancis di atas penjualan kapal selam Scorpene Malaysia di bawah perjanjian yang dibuat dalam tahun 2002, ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri .Suaram kumpulan hak asasi manusia Malaysia yang bertindak bagi pihak, peguam Perancis membuat aduan kepada penyiasat Paris yang menyelesaikan sesuatu tawaran yang sama di Perancis untuk menubuhkan sama ada sogokan telah dibayar ke atas pegawai-pegawai Perancis dan luar negara berkaitan dengan kapal laut yang dijual oleh DCNS,salah sebuahnya syarikat pertahanan tentera laut.

Perhatian yang tertumpu di Malaysia ialah mengenai bayaran yang didakwa berjumlah 114 juta euro (US $ 167,8 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd berkaitan dengan pembelian kapal selam. Firma itu adalah anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana isteri bekas pembantu Najib Abdul Razak Baginda dilaporkan pemegang saham utama . Najib adalah Menteri Pertahanan pada masa itu.

Walaupun kes di Perancis adalah terhad kepada siasatan rasuah, ramai di sini percaya ia akan berkait rapat dengan pembunuhan dan pengeboman di Malaysia ke atas seorang wanita Mongolia, yang dikatakan menjadi penterjemah ketika berurusan dengan pembelian kapal selam berkenaan . Menekankan sensitiviti kes itu, peguam Perancis, William Bourdon yang ditahan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur bulan lepas semasa dalam perjalanan untuk menghadiri majlis yang di anjurkan oleh Suaram dan menerangkan mengenai perkembangan penyiasatan dan untuk mengumpul dana untuk kos undang-undang. Beliau segera dihantar pulang, beliau berazam untuk menyisat dan mendedahkan kebenaran berkaitan dengan apa yang telah berlaku dalam kes pembunuhan tersebut yang berkait rapat dengan pembelian kapal selam diPerancis itu.

Sejak beberapa bulan lepas, kontroversi tercetus apabila ia telah mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah mengeluarkan panggilan kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk menarik balik semua saman sivil terhadap Tajudin Ramli, salah seorang tokoh korporat yang mempunyai hubungan semasa era Mahathir.

Kerajaan telah dilaporkan membuat keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah semua saman terhadap bekas Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. Syarikat penerbangan itu telah membuat aduan terhadap Tajudin berhubung dengan kerugian besar yang ditanggung apabila beliau menerajui pada tahun 1990-an.

"Satu penyelesaian [di luar mahkamah akan di kesan ...siapa menghalang kebenaran yang sebenarnya bertanggungjawab bagi kerugian yang ditanggung," kata mingguan perniagaan The Edge. Pemulihan Tajudin boleh dilihat sebagai usaha untuk menutup kes yang amat memalukan di bawah pentadbiran Mahathir. Pada masa yang sama, kekurangan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah tidak akan memberikan petanda yang baik bagi Najib yang cuba melancarkan kempen untuk melancarkan pelan transformasi ekonomi.

Ekonomi merudum dan berat terhadap UMNO dan populariti BN. Pertumbuhan ekonomi jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun pada suku pertama, menurun kepada 3.6% daripada 4.6% pada tahun lepas. Penurunan yang boleh melambatkan apa yang ramai penganalisis percaya kenaikan yang amat diperlukan dalam kadar faedah kepada inflasi yang sejuk, yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tahun yang lalu. Diambil bersama-sama dengan rancangan kerajaan untuk menghapuskan beberapa subsidi harga, peningkatan tentang kos hidup yang lebih tinggi akan menjadi isu utama pada pemilihan akan datang.

Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak sawit mentah global (MSM) boleh melemahkan sokongan kepada BN di ladang-ladang yang datang di bawah skim kerajaan diuruskan melalui pembangunan tanah, yang secara tradisinya dilihat sebagai kubu kuat UMNO. Harga penanda aras MSM untuk Oktober di Bursa Malaysia Derivatives Exchange 3028 ringgit (US $ 1,014) bagi setiap tan pada pagi Khamis, turun hampir 25% dari yang tertinggi pad Februari iaitu hampir 4,000 ringgit.

Dengan peningkatan tekanan masyarakat sivil bagi pembaharuan, soalan baru tentang integriti ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan ekonomi yang kian menjunam , pemerintahan dua tahun Najib kini dikatakan menghadapi ujian terbesar. Haba kepada Najib dari dalam UMNO sendiri yang sedang meluap untuk menekan beliau dan pembangkang dan kesannya ialah kebangkitan yang mungkin akan mempercepatkan dan merumitkan lagi rancangan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum awal tahun depan. Ini semuanya dilihat sebagai cubaan najib untuk tidak melakukannya atau melakukannya secepat mungkin.Semuanya masih menjadi tanda tanya..

Sumber : WRLR

Marina Mahathir Melayu yang mudah lupa?

Posted: 20 Aug 2011 08:59 PM PDT



Tindakan Marina menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 menyebabkan Tun Mahathir terkedu dan Marina juga boleh dianggap paling sengkek dalam keluarga Tun Mahathir kerana telah turut dikatakan menerima upah RM50 untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0..


Bukan aku kata.. tapi Rais Yatim kata.. tak percaya sila baca di SINI.

Dan kerana tindakannya mempertahankan perhimpunan BERSIH 2.0 dan mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO/BN yang menyamakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini beliau disifatkan oleh Roslan Kassim sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata pula..


Marina Melayu yang mudah lupa - Perkasa

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.

Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.

"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.

Lidah Rasmi UMNO

UMNO sudah mula retak?

Posted: 20 Aug 2011 08:14 PM PDT

Pendirian terbaru pentadbiran Najib berhubung jawatankuasa pilihan khas mengenai pilihan raya semakin jelas wujudnya keretakan antara perdana menteri dan parti pimpinannya — Umno, dakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, menurut mereka, perkembangan semasa menunjukkan ada bangkangan ke atas inisiatif Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno - kali ini membabitkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.


Perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah mencetuskan kebimbangan, malah pesaingnya Pakatan Rakyat, yang percaya lebih banyak pembaharuan akan mengalami kelewatan memandangkan Najib cuba mendapatkan sokongan ketika beliau sedang berusaha mengatasi bangkangan dalam pentadbirannya sendiri.

Dalam hal ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya menunjukkan beliau sedang "membeli masa" agar perdana menteri keenam ini boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

"Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan," kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

"Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa," kata beliau merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Petang kelmarin, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib mengumumkan inisiatif ini Isnin lalu.

Mohamad menambah, beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mohamad, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

"Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat)," kata beliau.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkongsi pendirian yang sama sambil berkata, pendirian 'flip-flop' Najib adalah satu helah politik untuk mengelirukan rakyat dan mengharapkan rakyat akan lupa.

"Ia kelihatan begitu," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

"Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin," kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin berkata sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

"Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa," kata Lim.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib cuba untuk melewatkan pelaksanaan pembaharuan pilihan raya.

Adun Seri Setia dari Selangor ini berkata, tidak munasabah bagi Najib untuk sering berubah pendirian.

"... mengatakan sesuatu hari ini dan kemudian mengubah pendirian dengan begitu cepat," kata beliau.

"Mengadakan jawatankuasa pilihan khas bermakna anda menerima adanya kepincangan dalam sistem.

"Tetapi kemudian anda mengatakan tidak perlu menunggu sehingga keputusan (laporan jawatankuasa pilihan khas), kita boleh mengadakan pilihan raya, ini tidak masuk akal. Masih ada masa sehingga akhir mandat (semasa)," kata beliau.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada suku kedua 2013.

Nik Nazmi berkata, motif sebenar Najib dalam mengubah pendirianya hanya boleh dispekulasi, tetapi nampaknya sementara Perdana Menteri itu cuba untuk bergerak ke depan daripada episod Bersih 2.0, beliau ditarik oleh pihak lain.

"Perdana Menteri boleh kata satu dan No 2 pula boleh kata lain," kata beliau dengan merujuk kepada gandingan Najib dan Muhyiddin.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: