Senyum Tangis Sendu |
Posted: 15 Aug 2011 12:07 AM PDT Kita dapati perancangan projek-projek yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) di bandaraya Miri sungguh membazir dan merugikan wang rakyat. Contoh yang jelas sekarang ini banyak pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalanraya dari Taman Selera Tanjong Lobang ke pusat bandar Miri di potong dan ini sudah tentu memakan kos yang tinggi. Walaupun tujuan pemotongan tersebut untuk membina laluan penunggang basikal dan orang ramai tetapi cara pengurusan MBM sangat tidak effective dan membazir wang pembayar cukai. Mereka sepatutnya merancang dengan teliti sebelum sesuatu projek dijalankan dan mesti dalam jangka masa yang panjang bukan hanya untuk sementara dan sebarangan seperti yang berlaku hari ini. Setiap kali ada pembinaan jalanraya baru atau melebarkan jalan sudah pasti banyak pokok-pokok dan tanaman hiasan ditepi jalan akan di musnahkan dan sudah tentu ini akan memakan kos yang tinggi. Kita minta agar pihak MBM merancang dengan lebih teliti sebelum sebarang projek dilaksanakan agar tidak merugikan wang rakyat. Antara lain tandas awam yang sepatutnya dibina dalam kawasan taman atau gerai makanan sepatutnya diberi keutamaan untuk keselesaan orang ramai bukannya membina projek yang membazirkan wang rakyat. Angin Ribut Merosakkan Tempat Peniaga Pasar Malam Peristiwa yang baru berlaku kerosakan tempat perniagaan pasar malam di pusat Commercial Seberkas Miri akibat angin ribut pada hari ahad yang lalu dimana sebanyak 13 buah kanopi peniaga pasar malam rosak teruk, apa tindakan MBM untuk membantu serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil ini yang mengalami kerosakan tempat perniagaan mereka. Ini semua akibat perancangan yang tidak teliti dan boleh menyebabkan kerugian dan kecelakaan kepada orang ramai. Perkara macam ini yang patut kita semua elakkan kalau kita hendak merancang sesuatu projek. Keselamatan diutamakan. Kita minta agar pihak MBM lebih telus dan teliti dalam melaksanakan sesuatu projek yang menggunakan wang pembayar cukai. Diharap pihak MBM memandang serius perkara ini demi untuk kebaikan dan keselamatan rakyat. Jangan menggunakan wang pembayar cukai dengan sewenang-wenangnya semata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu. Kita mahu melihat Miri sebagai sebuah bandaraya yang terancang dan terindah dalam Malaysia ini. PAS Miri Jofri Jaraiee |
Tampar, Tumbuk dan Cekik Isteri Posted: 14 Aug 2011 09:22 PM PDT SERDANG: Seorang isteri ditampar, ditumbuk dan dicekik di hadapan anak-anaknya hanya kerana meminta tolong suaminya membawakan payung untuknya masuk ke rumah ketika hujan lebat, di rumah mereka, di Bandar Putra Permai, di sini, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 34 tahun baru pulang dari kelas menjahit ketika hujan lebat dan menelefon dari dalam kereta meminta suaminya membawakan payung. "Suaminya tidak menjawab panggilan telefon, sebaliknya hanya mengintai dari tingkap rumah sebelum menyuruh anak mereka berusia 10 tahun keluar memberikan payung kepada mangsa. "Sebaik masuk ke rumah, mangsa mempersoalkan tindakan suaminya tidak mengendahkan permintaannya dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang tiba-tiba menamparnya beberapa kali," katanya. Gambar hiasan Sumber berkata, mangsa cuba mempertahankan diri dengan membalas balik pukulan suspek, namun, menyedari perlakuannya diperhatikan anak-anak mereka, suspek menarik mangsa masuk ke dalam bilik mereka. Menurutnya, suspek menolak mangsa ke atas sofa dan menumbuknya bertubi-tubi sebelum mencekik mangsa dan perbuatannya itu hanya dihentikan selepas anak mereka berusia empat tahun menangis dan memeluk kaki lelaki terbabit. "Suspek menolak anaknya itu sehingga jatuh ke lantai sebelum meninggalkan rumah berkenaan," katanya. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Serdang, semalam dan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa. |
Uwek... Minum Air Mayat. Sedap Ke? Posted: 14 Aug 2011 04:20 PM PDT Contoh kain kafan yang diminta individu tidak dikenalinya. KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah. Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu. "Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat. "Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman. "Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit," katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan