Jumaat, 19 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


David Villa Hina Islam! – Mesut Ozil

Posted: 19 Aug 2011 03:03 AM PDT


Pemain sensasi Barcelona iaitu David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2.Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas.

Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa.

Kenyataan Mesut Ozil :-
"I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! – Mesut Ozil"

Lagi KERETA TERBABAS, Merempuh STESEN MINYAK

Posted: 19 Aug 2011 01:51 AM PDT


SEGAMAT, 19 Ogos -- Seorang pemandu lelaki Cina yang telah hilang kawalan telah terbabas dan melanggar ke dalam sebuah kedai stesen minyak lalu menyebabkan seorang lelaki India mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca yang pecah. Ini merupakan kejadian ketiga kereta terbabas ke dalam kedai stesen minyak di Daerah Segamat selepas kali terakhir pada lima bulan yang lalu.

Kejadian itu berlaku pada jam 6.00 petang semalam di Stesen Minyak Shell Jalan Segamat. Pemandu kereta berusia 60 tahun bernama Liu, telah memandu keretanya merempuh ke dalam kedai stesen minyak dan menakutkan tiga pekerja wanita yang sedang bertugas. Seorang lelaki yang sedang membeli-belah di dalam kedai stesen minyak turut cedera. Menurut seorang pekerja stesen minyak tersebut, Liliandi (35 tahun) memberitahu bahawa Liu yang telah mengisi penuh minyak keretanya telah bersedia untuk meninggalkan stesen minyak.

Pemandu bas Kolej TAR yang tercedera

Ketika kejadian itu berlaku, seorang pemandu bas Kolej TAR, lelaki India yang berusia 47 tahun berada di dalam kedai ketika secara tiba-tiba dia mendapati kereta itu meluru ke arahnya dari arah depan. Ketika cuba melarikan diri, ia terjatuh dan menyebabkan muka, dahi dan tangannya terluka kerana terkena serpihan kaca, lalu mengakibatkan pendarahan yang banyak. Orang ramai kemudiannya mendapatkan bantuan kecemasan ke Hospital Segamat untuk mangsa yang tercedera. Bagaimanapun Liu terselamat.

Rempuhan kereta Liu juga menyebabkan rak air botol minuman, makanan ringan dan peti sejuk bertaburan. Lantai stesen minyak juga ditaburi kaca yang pecah. Kejadian kemalangan itu telah menarik perhatian orang ramai.

Anggota pasukan bomba memerhatikan kerosakan Stesen Minyak Shell selepas kemalangan

AWAS! Hashimah Sudah Menipu LEBIH RM550,000

Posted: 19 Aug 2011 12:05 AM PDT


JAWI, 19 Ogos -- Ketua polis Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt. Shafien Mamat menunjukkan dua keping gambar Hashimah Hashim,30, yang menipu orang ramai di pejabatnya di sini hari ini. Pihak polis mencari Hashimah kerana menipu wang orang ramai sebanyak lebih RM550,000



Kredit : Bernama

Ketika BERPUASA Prestasi Kami LEBIH BAIK - Pemain REAL MADRID

Posted: 18 Aug 2011 08:38 PM PDT

Pemain tengah Real Madrid Hamit Altintop.

Pemain tengah Real Madrid Hamit Altintop berkata bahawa kualiti prestasi permainannya bertambah baik apabila beliau berpuasa di dalam bulan Islam Ramadan yang mulia.

Altintop berkata dalam satu wawancara dengan televisyen Turki tempatan bahawa dia sentiasa berpuasa sejak dia baligh walaupun ia lebih sukar apabila hari puasa jatuh pada hari perlawanan.

Pemain kebangsaan Turki itu menambah bahawa pemain Islam akan berasa lebih kuat pada bulan suci.

Dalam bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia berpuasa dan mereka menahan diri daripada makan, minum, dan lain-lain keperluan fizikal pada waktu siang.

Altintop sebelum ini bermain untuk kelab Jerman, Bayern Munich sebelum menyertai Real Madrid.

Pemain utama muslim pasukan Real Madrid Sepanyol, Karim Benzema dan Mesut Ozil juga berpuasa dengan kebenaran pengurus, Jose Mourinho.

Tiada ulasan: