Briged Al-Akhdor LR2 |
- Lagi Kebobrokan SPR terdedah..sah hantu kod negeri 00 dikesan...
- ha ha..Nak Tengok gambar isteri merajuk tengok perempuan lain..
- Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut
- MU PILIH Singapura sebagai kawasan strategik bisnes kelab tersebut..
- ?Lagu 'Yes, I know Jesus loves me' Strategi Murtadkan Remaja Islam..?
- Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal
Lagi Kebobrokan SPR terdedah..sah hantu kod negeri 00 dikesan... Posted: 19 Aug 2011 02:00 AM PDT Hebat sungguh sistem pilihanraya di Malaysia apabila bukan sahaja manusia boleh mengundi malah hantu, jembalang dan pontianak juga boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patutlah SPR menyatakan bahawa sistem pilihanraya kita adalah antara yang terbaik di mukabumi ini. Hari ini media mendedahkan bahawa terdapat 3 pengundi yang Kad Pengenalannya tidak 'valid' iaitu mempunyai kod negeri 00 mempunyai nama dalam daftar pemilih apabila dibuat semakan online di lama SPR. Ketiga-tiga pengundi ialah :- 1. Hasrullizam bin Halim MyKad no: 800604002563 Tempat Mengundi: Bukit Pinang (Dun), Pokok Sena (Parlimen) dimenangi PAS pada PRU 12 2. Rosmadi bin Chik MyKad no: 801111002544 Tempat Mengundi: Kota Siputeh (Dun), Jerlun (Parlimen). dimenangi oleh BN dengan majoriti kecil pada PRU 12. 3. Shapiza binti Ghazali MyKad no: 811020002568 Tempat mengundi: Bukit Lada (Dun), Pokok Sena (Parlimen), dimenangi oleh PAS pada PRU 12 Ketiga pengundi ini tidak dilahirkan di mana-mana negeri dalam Malaysia kerana kod negeri mereka adalah '00'. Sahlah mereka ini bukan manusia ...............?????????????? | |
ha ha..Nak Tengok gambar isteri merajuk tengok perempuan lain.. Posted: 18 Aug 2011 09:20 PM PDT | |
Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut Posted: 18 Aug 2011 08:45 PM PDT
Kita sedikit sebanyak boleh membuat 'prediction' awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali. Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 1 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah. Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi. Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi. Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak. DAP mempunyai 'advantage' besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana. Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya. Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan 'simple majority'. Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini. Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS. Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan. Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja. Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR. Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya. Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi. Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang. Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidyahnya. Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan 'intuition' yang ada pada diri saya. Masalahnya 'intuition' saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan. Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada 'intuition' yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja. Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya. sumber | |
MU PILIH Singapura sebagai kawasan strategik bisnes kelab tersebut.. Posted: 18 Aug 2011 07:45 PM PDT BUKAN saja untuk mencari dana, rancangan kelab bola sepak Manchester United untuk mendapatkan RM2.9 billion (USD1 billion) pada pasaran saham Singapura adalah gabungan faktor kewangan dan sentimen penyokong global - dan satu petunjuk jelas pertumbuhan masa depan kelab itu. Kelab Liga Perdana Inggeris itu dikeluarkan dari senarai bursa saham London pada 2005 apabila ia dibeli oleh keluarga Glazer, dan kini dibebani timbunan hutang yang membangkitkan kebencian di kalangan peminat terhadap keluarga dari Amerika itu. Ia juga menyebabkan United berada dalam keadaan bahaya berikutan peraturan "Financial Fair Play" yang ditetapkan oleh badan bola sepak Eropah (UEFA). | |
?Lagu 'Yes, I know Jesus loves me' Strategi Murtadkan Remaja Islam..? Posted: 18 Aug 2011 07:42 PM PDT Lagu 'Yes, I know Jesus loves me' Strategi Murtadkan Remaja Islam..??Kementerian Pelajaran akan memantau perkembangan terkini berhubung dakwaan seorang murid tahun satu sebuah sekolah di Jalan Kuchai Lama di sini, yang dikatakan cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun pemantauan rapi perlu dilakukan oleh ibu bapa sendiri bagi mengetahui keadaan sebenar kerana aktiviti tersebut dikatakan berlaku di luar kawasan sekolah. "Saya dimaklumkan kes ini bukan berlaku di sekolah, dikatakan berlaku di luar sekolah di mana ibu bapa mungkin telah mengambil guru-guru untuk memberi tuisyen kepada anak mereka. "Tapi walau apapun kita akan pantau perkara itu dan lebih penting supaya ibu bapa berkenaan memantau sedekat-dekatnya. "Kalau laporan itu disampai oleh anak mereka...perlu disiasat supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media di sini, Khamis. Beliau mengulas mengenai laporan Utusan Malaysia pada Rabu yang mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Lagu dinyanyikan adalah 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib. Difahamkan, murid-murid berkenaan diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi Kristian di kawasan itu. Selain itu, Muhyiddin berkata, ibu bapa boleh melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya mendapati wujud aktiviti seumpama itu terutamanya jika melibatkan murid sekolah. Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati ada pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam. "Sepatutnya perkara sebegitu tidak boleh dilakukan. Kita ada undang-undang tertentu yang ada hubung kait dengan penyebaran agama-agama lain kepada masyarakat Islam," katanya. | |
Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal Posted: 18 Aug 2011 05:30 PM PDT Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini. "Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal. Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu. Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan. Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair. Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan