Isnin, 8 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Sekitar Pengkebumian KORBAN TANAH RUNTUH Cameron

Posted: 08 Aug 2011 10:20 AM PDT

Tengku Mahkota Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, menziarahi keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini hari ini.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku kira-kira 5.45 petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini, mengorbankan tujuh orang manakala dua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Ipoh.


Jenazah Jaafar Balad dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini hari ini untuk dikebumikan.

Jaafar Balad bersama isteri Normah Gunong dan anaknya Iqbal Jaafar terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku kira-kira 5.45 petang semalam di Kampung Orang Asli Sungai Ruil.


Jenazah tiga beranak, Jaafar Balad bersama isteri Normah Gunong dan anaknya Iqbal disemadikan dalam satu liang lahat di tanah perkuburan Taman Sedia, Tanah Rata di sini hari ini. Ketiga-tiga beranak itu adalah antara tujuh yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh semalam di kampung Orang Asli Sungai Ruil.

GAMBAR Seks Oral BOCOR, Juruterbang SAMAN Akhbar

Posted: 08 Aug 2011 06:01 AM PDT


HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan "siasatan penuh" ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.

"Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.

Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.

"Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu," katanya.

Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.

"Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan," katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.

Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.

Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya.

Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.


Kredit - AFP

Sangka MERCUN Tidak Meletup, Akhirnya MELETUP DI MUKA

Posted: 08 Aug 2011 04:03 AM PDT

ALOR SETAR, 8 Ogos -- Fakhrul Danish Fadzil, 8, terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas terkena mercun bola semasa bermain bersama abangnya dan beberapa jiran mereka di Taman Teja, Changlun petang Sabtu lepas.


Fakhrul Danish pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, Changlun, dikatakan duduk melihat mercun yang tidak meletup sebelum ia meletup dan terkena pada mukanya.


SUASANA PILU Ahli Keluarga TUNTUT MAYAT Mangsa TANAH RUNTUH

Posted: 07 Aug 2011 11:29 PM PDT

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos -- Suasana sedih menyelubungi rumah mayat apabila ahli keluarga dan sanak saudara tiba untuk mengecam dan menuntut mayat ahli keluarga masing-masing yang terkorban di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini, hari ini dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Rui di Brinchang semalam.

Kelihatan anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.



Kelihatan Sukainai Jaafar dan kakanya Norfifa Jaafar ditenangkan ahli keluarga setelah kehilangan ayah mereka Jaafar Balad, ibu Normah Gunung dan adik mereka Iqbal Jaafar.



Kelihatan Sukainai Jaafar (kanan) ditenangkan oleh sepupunya Rashidi a/l Anjang Shah (tengah) selepas ayah mereka Jaafar Balad, ibu Normah Gunung dan adik Iqbal Jaafar terkorban dalam kejadia itu.



Kelihatan Norfifa Jaafar sedih selepas kehilangan ayah mereka Jaafar Balad, ibu Normah Gunung dan adiknya Iqbal Jaafar.



Kelihatan Rashidi a/l Anjang Shah sedih selepas kehilangan ayah dan ibu saudaranya Jaafar Balad dan Normah Gunung dan sepupu Iqbal Jaafar.






Kelihatan Sukainai Jaafar (jaket hitam) ditenangkan ahli keluarga setelah kesedihan kehilangan ayahnya Jaafar Balad, ibu dan adiknya dalam tanah runtuh petang semalam.



Kredit : Bernama

Sekitar TANAH RUNTUH Cameron Highland Sehingga PAGI INI

Posted: 07 Aug 2011 08:38 PM PDT

CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos -- Keadaan tempat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.


Dua penduduk kampung melihat kejadian tanah runtuh berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.



Tiga penduduk melihat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.


Orang ramai melihat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.


 Seorang penduduk melihat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.



Kesan kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, hari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail bertanya sesuatu kepada sebahagian mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, awal pagi ini.



Salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, awal pagi ini.


Anggota Bomba dan Penyelamat serta pasukan SMART mengangkat salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, awal pagi ini.


Anggota Bomba dan Penyelamat serta pasukan SMART mengangkat salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, awal pagi ini.


Sebahagian mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang di sini, awal pagi ini.

Operasi ditamatkan pada 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang manakala dua lagi parah.




Kredit : Bernama

Wajah SEBENAR Makcik Hajjah Sitt Wulzara DIDEDAHKAN HACKER!!

Posted: 07 Aug 2011 06:47 PM PDT


Terima kasih kepada Hacker Gaysec kerana telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Makcik Hajjah Al Wuzara.

Ini adalah hasil yang telah diperolehi oleh pihak gaysec..


Mak cik ini dikatakan aktif:-
Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com

Salah satu tweet beliau yang menghina Nabi Muhammad SAW

Kelihatan kalut juga mak cik ini apabila telah berjaya dijejaki dan mula memadam apa sahaja maklumat mengenainya di FB. Antara yang berkaitan..

[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.

Ini adalah slideshow yang dibuat gaysec untuk memaparkan segala maklumat berkaitan mak cik ini..sila klik link di sini.

Masyarakat ISLAM di Menara BURJ KHALIFA Berbuka Puasa LEWAT - ULAMA

Posted: 07 Aug 2011 05:54 PM PDT


Bagi masyarakat Islam yang tinggal di menara tertinggi di dunia perlu menunggu lebih lama untuk waktu berbuka puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Mohammed al-Qubaisi, ulama Islam tersohor di Dubai berkata, bahawa penduduk Burj Khalifa yang tinggal dari aras 80 ke atas perlu menunggu dua minit tambahan untuk berbuka puasa dan sahur, manakala mereka yang tinggal dari aras 150 ke atas perlu menunggu tiga minit tambahan kerana mereka masih dapat melihat matahari yang terbenam lebih lama daripada masyarakat yang tinggal di bawah.

Menara yang mempunyai ketinggian 828m ini mempunyai 160 tingkat yang didiami.

Al-Qubaisi berkata perintah dan amalan serupa juga bagi umat Islam yang di dalam perjalanan di dalam kapal terbang, dan juga bagi masyarakat yang hidup di pergunungan di mana berbuka puasa mereka selepas mereka yang tinggal pada ketinggian yang lebih rendah.

Tiada ulasan: