Addin |
- DAP Dan PKR Berebut Kerusi Parlimen?
- Portal SPR, 1 Nama Ada 2 Tempat Mengundi
- Najib Freemason Yahudi?
- Aishah Bercerai Melalui SMS
- Tokoh Akademik Sertai DAP
- A. Samad Said - Sudah Tiba Waktunya Untuk "Regime Change"
- Mahasiswa Lancar Kempen "Jom Baca Media Alternatif"
DAP Dan PKR Berebut Kerusi Parlimen? Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT Keghairahan parti-parti politik semakin ketara apabila isyarat semboyan PRU13 akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi, lebih-lebih lagi terdapat kenyataan demi kenyataan pemimpin kerajaan BN yang membayangkan seolah-olah pilihanraya sudah menghampiri selekoh garisan penamatnya. Lantaran itu, di pihak pembangkang khususnya Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal masing-masing akan mencadangkan ke meja mesyuarat Negeri Pakatan Rakyat kononnya mereka sudah mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi dan bakal dimenangi parti masing-masing pada PRU13. Dalam pada itu, difahamkan DAP, salah satu daripada parti gagasan Pakatan Rakyat sudah mendahului parti-parti lain dalam kerabatnya untuk menuntut kawasan-kawasan yang bakal ditandinginya terutamanya di kawasan Pedalaman; khususnya kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong. Berikutan tindakan DAP itu, membuatkan penyokong-penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan mereka terhadap keputusan itu, memaksa kira-kira 100 pemimpin akar umbi PKR terdiri daripada AJK Cabang, Wanita dan Angkatan Muda bertandang ke kediaman Ketua Cabang untuk mendapatkan kepastian maklumat yang mereka terima itu. Ramai yang menyifatkan keputusan itu sesungguhnya tidak adil jika maklumat yang mereka terima itu sahih dan memberikan kuota Parlimen Tenom yang merangkumi dua DUN (Melalap dan Kemabong) kepada DAP, sedangkan DAP tidak mempunyai 'Political base' di situ berbanding PKR yang sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya sejak lebih tiga tahun lalu, berserta dengan penubuhan beberapa ranting. Sementara itu, beberapa individu yang memerhati keaktifan politik pembangkang di Tenom mendapati kehadiran DAP di Parlimen Tenom sekadar biasa dan ala kadar pengaruhnya; jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP kerana kedua-duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing-masing. "Apakah asasnya DAP dengan sewenang-wenangnya menuntut kawasan Parlimen Tenom dan apakah DAP mampu menumbangkan UMNO-BN yang mempunyai pengaruh dan kekuatan logistik yang kukuh di Tenom, sedangkan DAP hanya mampu melayani kehendak petugas jenteranya dengan air liur sahaja," tegas salah seorang pemerhati. Pandangan masyarakat di Tenom terhadap niat dan hasrat DAP sebagai terlalu terikut-ikut dengan keghairahan mereka bahawa rakyat tetap memihak kepada pembangkang pada PRU13 berdasarkan momentum sebelum ini; namun DAP gagal mengambilkira bahawa perjuangan DAP berasaskan kepada perjuangan untuk membela kebajikan masyarakat Cina, yang tidak sesuai digunakan di kawasan DUN Kemabong dan Melalap yang majoritinya adalah pengundi suku kaum Murut. Harus diingat bahawa, tidak seperti PKR atau SAPP yang bulat-bulat sudah beralih kepada perjuangan berbilang kaum (multi racial), yang boleh dikategorikan sebagai sebuah parti yang bersesuaian dengan konsep berbilang suku kaum dalam perjuangannya./sabahkini | ||
Portal SPR, 1 Nama Ada 2 Tempat Mengundi Posted: 08 Aug 2011 08:36 AM PDT Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor mendesak SPR mengeluarkan nama-nama pemilih yang berada dalam daftar pemilih bertindih sebanyak 11,000 ditemui di Dun khususnya yang dikuasai Pakatan Rakyat.Daftar pemilih bertindih itu didedahkan Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri Selangor, Jaafar Samsudin setelah membuat semakan online daftar pemilih SPR di alamat http//www.spr.gov.my. Beliau menjelaskan semakan itu ditemui dalam pemilih bagi isu rumah iaitu nama pemilih dan nombor Kad Pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh lahir tetapi tempat mengundi di DUN yang sama hanya daerah mengundi berbeza. Nama yang ditemui Zaidi bin Dol Majid mempunyai nombor Kad Pengenalan 780606105543 alamat PT 13, Sungai Nibong dan Parlimen Sungai Besar DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Batu 23, kampung atau pekan Sungai Nibong. Katanya, pemilih Zaidi juga mempunyai nombor kad pengenalan 780606105543 di alamat parti 13, Sungai Nibong, Sekinchan dan tempat mengundi Parlimen Sungai Besar, DUN Sungai Panjang dan daerah mengundi Parit 13 Sungai Nipah. "Kita akan mengemukakan satu lagi bukti ini dan bertanya kepada SPR adakah mereka mengambil tindakan dan jika tidak mengambil tindakan mereka akan terus mengekalkan penipuan ini," katanya. Ini ternyata kata beliau jumlah pengundi bertindih itu jauh lebih besar daripada mereka yang didaftarkan dalam daftar pemilih di negeri Selangor. Beliau menegaskan, kaedah itu yang mudah dimana Umno boleh memenangi kerusi di mana mereka menggunakan mekanisma untuk memenangi kerusi jika mereka betul-betul didaftarkan dalam senarai pengundi. "Mereka tidak boleh dihalang untuk membuang undi, jika ini tidak diatasi ia merupakan satu bebanan yang berat untuk memenangi kerusi kita, sebab jumlah pengundi bertindih ini besar dan begitu mudah untuk dilaksanakan dalam PRU ke13," tegasnya. Beliau mengimbas kejadian di Parlimen Gombak pada PRU ke12 di mana ramai pengundi yang mengundi di Terengganu dan petang pula balik ke Selangor untuk mengundi di tempat lain. "Siapakah mereka yang diberikan peluang untuk mengundi lebih daripada sekali, sudah tentu orang ini yang akan dikerahkan untuk mengundi iaitu penyokong Umno-BN," tegasnya. Beliau akan menunjukkan bukti kepada SPR bagaimana terdapat 10 orang pengundi Sabah yang diberikan oleh Guru Kemas untuk mengundi lebih daripada sekali iaitu pendatang asing dan orang Sabah. "Nama-nama mereka diambil untuk mereka didaftarkan sebagai pengundi bertindih," tegasnya. Beliau menegaskan, SPR tidak dapat menolak tentang pendedahan itu dan mesti memberikan jawapan yang rasional dan tidak boleh berdolak dalik. Katanya, penipuan itu sangat serius dan menjadi tanggungjawab SPR jika Kad Pengenalan Merah boleh diserahkan kepada JPN tetapi pengundi bertindih merupakan tanggungjawab SPR sepenuhnya. "Ini satu tanggungjawab SPR yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, SPR mesti bertanggungjawab dan tidak boleh berdolak dalik atau menyalahkan sistem teknikal yang tidak dikemaskini," tegasnya. Beliau menegaskan tindakan SPR itu satu kegiatan yang paling kotor di mana daftar pemilih induk amat tidak bersih dan tidak bertanggungjawab. Kata beliau sudah tentu itu amalan biasa yang hendak dibuat sama ada dalam Pilihan raya kecil atau pilihan raya umum tahun 2008 dan PAS Selangor bersedia untuk berjumpa dengan SPR. "Saya saya harap dilakukan segera jika tidak PAS Selangor akan mengambil tindakan laporan polis dan susulan itu dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dibawa ke Parlimen," tegasnya. Beliau berkata dalam pertemuan dengan SPR pada 22 Julai, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjamin akan membersihkan nama-nama yang didapati bertindih dalam daftar pemilih. "SPR mesti buang nama tersebut jika tidak dilakukan maka SPR telah mengingkari persetujuan ini," katanya. | ||
Posted: 08 Aug 2011 08:04 AM PDT
Blogger mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan mengenai pengaruh freemason Yahudi dalam duit syiling 10 sen yang baru dicetak oleh Bank Negara Malaysia (BNM). MiloSuam bertanya, mengapakah logo 'Star of David' yang lazim pada bendera Israel boleh ditempa di permukaan syiling 10 sen baru. "Satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak 'Star of David' yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. "Persoalannya, adakah 'Star of David' sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? "Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama? "Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. "Jika 'Star of David' pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?" soalnya di http://milosuam.blogspot.com. Dakwan terbaru itu, menurut sumber, sekaligus mendedahkan mengenai iltizam politik Najib yang didakwa sanggup membayar kira-kira RM77 juta kepada Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide yang sebelum ini turut dikaitkan dengan pengaruh Yahudi Israel. Berikut adalah dipetik dari Perisik Rakyat. Maklumat Peribadi Nama: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Tarikh Lahir: 23 Julai 1953 Tempat Lahir: Kuala Lipis, Pahang Status Perkahwinan: Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan mempunyai 5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan) Mohd. Nizar Puteri Norliza Mohd.. Nasifuddin Nooriyana Najwa Norashman RazakPendidikan: 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom Portfolio: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Alamat Pejabat: Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia No Telefon: 603-88881950 No Faks: 603-88880035 Kerjaya 2004: Timbalan Perdana Menteri 2008: Menteri Kewangan 1999 - 2008: Menteri Pertahanan 1995 - 1999: Menteri Pendidikan 1990 - 1995: Menteri Pertahanan 1987 - 1990: Menteri Belia dan Sukan 1986 - 1987: Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan 1982 - 1986: Menteri Besar Pahang 1982 - 1986: Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang 1982 - 1986: Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan 1981 - 1982: Timbalan Menteri Kewangan 1980 - 1981: Timbalan Menteri Pendidikan 1978 - 1980: Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos 1974 - 1976: Eksekutif Petronas Politik Sept. 2004: Timbalan Presiden 1993 - Sept. 2004: Naib Presiden 1997: Pengerusi Biro Pendidikan 1988 - 1993: Ketua Pemuda April 1987: Memangku Ketua Pemuda 1986: Pengerusi BN Negeri Pahang 1986 - 1987: Timbalan Ketua Pemuda 1983 - 1988: Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang 1982 - 1983: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang 1982 - kini: Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang 1980 - 1982: Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang 1978 - 1986: Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat 1976 - 1980: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang Sosial 1980 - kini: Ahli Kehormat FreeMason Malaysia 1995: Presiden SEAMEC 1988 - 1996: Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan 1982 - 1986: Pengerusi Pahang Foundation 1977 - 1979: Pengerusi Majuternak 1977 - 1979: Persatuan Belia Malaysia, Ahli Royal Sentul Golf Club, Ahli Royal Selangor Golf Club, Ahli Raintree Club, Ahli Royal Pahang Golf Club, Ahli Subang Golf Club, Ahli Saujana Resort (M) Bhd, Ahli Royal Darul Makmur Golf Club, Ahli Lake Club Club, Ahli Air Force Recreational Club. Artikel cilok dari Pencacai Semalaysia | ||
Posted: 08 Aug 2011 06:42 AM PDT Penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu telah bercerai buat kali ke-3, kali ini lebih 'ringkas' iaitu menerusi satu kiriman SMS oleh bekas suaminya, Faizal Sazali Zulkifli. Gambar: Aishah bersama Faizal. Menurut blog zonartis.com, berita perceraian Aishah dengan suaminya itu yang dinikahi di Narathiwat, Thailand pada 30 April tahun lalu sudah kedengaran sejak bulan lepas lagi. "Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal 'melafazkan' cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS), "Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan," kata blog berkenaan. Sebelum ini, ada laporan yang menyatakan bahawa perkenalan Aishah dengan Faizal hanya berlangsung dalam tempoh seminggu dengan berkenalan ketika Faizal sedang menguruskan hal penceraiannya. Aishah menganggap jodohnya dengan Faizal sebagai jodoh ekspress kerana sudah menjadi ketentuan. Dia terima Faizal dengan baik dan berharap akan mendapat bimbingan dari Faizal. Faizal adalah duda beranak enam. Aishah yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand pernah meraih banyak anugerah dalam kerjaya seninya antaranya Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Pemenang Juara Lagu 1990 – Janji Manismu, Pemenang Juara Lagu 1995 – Cinta Beralih Arah dan Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995. | ||
Posted: 08 Aug 2011 03:24 AM PDT Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum. Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman. "Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya. "Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier's Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.). Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991. Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977. Karya beliau yang terkenal serta menjadi rujukan kolej dan universiti antarabangsa ialah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950 terbitan Oxford University Press, 1993. Beliau juga adalah pengarang buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946 (2001, USM Press) yang memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatra Timur pada 1946, dan buku Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia. Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia. Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari./tvsnews | ||
A. Samad Said - Sudah Tiba Waktunya Untuk "Regime Change" Posted: 07 Aug 2011 09:00 PM PDT "Sudah tiba waktunya kita adakan regim change. Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun. Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu." Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said (gambar kiri) kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang tadi. Beliau menyebut, antara hal yang boleh dilakukan oleh anak-anak muda adalah "merubah" - dan "regim change" itu hanya menjadi "mungkin" di tangan-tangan anak muda. A. Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad mengakui bahawa dirinya "gemar mendengar daripada mereka yang oppose". "Saya langsung tak gemar dengar mereka yang sokong. Sokong tu maksudnya, sokong kerajaan." Kata-katanya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh kira-kira 70 orang hadirin. Pak Samad yang sudah hampir setahun tidak membaca akhbar mainstream, menjelaskan mengapa dirinya memilih media alternatif, "Saya dapat melihat benda-benda yang tidak dapat kita lihat dalam akhbar mainstream. "Saya mendapati bahawasanya, tanpa media alternatif, akhbar mainstream akan menjadi gangster," dakwa Pak Samad, yang mendakwa gambaran yang dipaparkan dalam media mainstream, hanya "hitam-putih", dengan "Yang memerintah sentiasa betul, yang membangkang, yang tidak memerintah sentiasa salah." Beliau melihat media alternatif lebih sesuai untuk anak-anak muda, yang akan menjelajah ke ceruk-ceruk untuk memperjelaskan apa yang sedang berlaku kepada rakyat. Fathi Aris Omar: Media alternatif perlukan sokongan kewangan Sebelum ini, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah di mana sebarannya lebih terbatas kepada kawasan bandar, sementara penduduk kampung masih bergantung kepada media cetak dan elektronik sebagai sumber maklumat. Fathi Aris Omar juga berkata, media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga yang masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan. Lebih-lebih lagi, di Malaysia, sebahagian iklan dikaitkan dengan syarikat GLC (Syarikat Kaitan Kerajaan), yang berkepentingan bersama parti pemerintah. Justeru itu, media alternatif memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan daripada pembaca, sama ada dalam bentuk langganan atau lain-lain./mr | ||
Mahasiswa Lancar Kempen "Jom Baca Media Alternatif" Posted: 07 Aug 2011 05:00 PM PDT Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan kempen 'Jom Baca media Alternatif di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) bermula jam 2 petang tadi. Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, kempen itu dibuat menjurus ke arah untuk menjadikan media alternatif sebagai sumber maklumat utama kepada rakyat di negara ini. Selain itu katanya, ia bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza. Semalam, SMM telah menganjurkan Flash Mob sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan kempen itu. Menurut Ahmad Shukri, peserta yang terlibat telah memakai baju khas yang tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia, sambil melakukan edaran risalah dan buah tangan kepada warga kota. Pelancaran kempen 'Jom Baca Media Alternatif' diadakan pada hari ini dengan siri wacana 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang akan memfokuskan kepada isu pembinaan loji nadir bumi Lynas. Tambah Ahmad Shukri, Sasterawan Negara, Datuk A Samad turut diberi penghormatan pada majlis tersebut sekali gus ikon perjuangan rakyat untuk melancarkan program itu. SMM terdiri dari beberapa pertubuhan mahasiswa. Antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA)./tvsnews |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan