Jumaat, 26 Ogos 2011

PERAKITE

PERAKITE


JAIM serbu Markas Syiah

Posted: 26 Aug 2011 04:22 AM PDT

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas 35,000 naskah buku dan risalah fahaman Syiah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.

Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.

"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu.

Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.

Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.
Menurut Rahimin, turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pukul 2 petang itu ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang mengaku bekerja di situ serta lima remaja berusia antara 14 dan 15 tahun.

Beliau berkata, kumpulan Syiah itu dikesan mula mengedarkan buku-buku terbabit di seluruh masjid dan surau di negeri ini sejak Julai lalu tetapi berjaya dipintas oleh JAIM melalui surat yang diedarkan.

"Kita percaya, rumah ini telah disewa sejak empat bulan lalu untuk menjadi pusat pengedaran buku-buku dan risalah fahaman sesat ini

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan ajaran itu perlu dihindari, begitu juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah mengeluarkan fatwa supaya masyarakat Islam berpegang teguh fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Tambahnya, kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 48 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di bawah kesalahan penerbitan agama yang bercanggah dengan hukum syarak.

Diskaun 20 peratus kepada pengunjung Bukit Bendera

Posted: 26 Aug 2011 04:17 AM PDT


GEORGE TOWN – Bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung dan pelancong, pihak Perbadanan Bukit Bendera telah membuat keputusan untuk memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pengunjung berkumpulan yang melebihi 10 orang dalam satu masa.

Diskaun akan diberikan kepada setiap seorang di dalam kumpulan tersebut di mana pendaftaran adalah wajib bagi setiap kumpulan bagi memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti individu yang terlibat. Kaunter pendaftaran disediakan berhampiran kaunter tiket sedia ada bagi memudahkan pengunjung. Pemberian diskaun akan bermula pada hari esok dan seterusnya.

Bagi menghangatkan lagi suasana Hari Raya yang bakal tiba minggu depan, pihak pengurusan juga telah bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan keretapi dan waktu lawatan Bukit Bendera pada Hari Raya pertama (30 Ogos 2011) hingga Ahad (4 September 2011). Waktu lawatan akan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 11.00 malam.

Pihak pengurusan mensasarkan lebih ramai pengunjung yang akan mengunjungi Bukit Bendera semasa musim cuti perayaan ini dengan tawaran yang disediakan.

Seeds Growing Kits menyebab kanak-kanak maut

Posted: 26 Aug 2011 04:15 AM PDT

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan.Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan 'laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.


Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil. 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal. 
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus. 


"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam. 


Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. 

Mahkamah Tinggi beri amaran pada Utusan Meloya

Posted: 26 Aug 2011 04:04 AM PDT

Ketua Pengarang dan seorang wartawan Utusan Malaysia diberi amaran supaya tidak menerbitkan sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang masih berlangsung. 

Mereka diperintah hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi memberi penjelasan berhubung penerbitan artikel yang didakwa "menyerang" peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga memberi amaran kepada ketua pengarang akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, dan wartawan, Raja Syahrir Abu Bakar supaya tidak mengulangi perkara itu atau mereka bakal dikenakan tindakan.


Akhtar berkata, mereka tidak sepatutnya menerbitkan artikel bertajuk "Manjeet Selalu Burukkan Kerajaan" kerana perbicaraan kes bunuh itu sedang berlangsung dan terdapat beberapa perkara atau permohonan yang masih belum beliau putuskan. 
Pada 18 Ogos lalu, Manjeet yang mewakili tertuduh pertama dalam kes itu, N Pathmanabhan, membangkitkan mengenai penerbitan artikel bertarikh 17 Ogos, 2011 itu yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes berkenaan. 

Dalam artikel tersebut, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, dilaporkan memberi komen berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap pihak pendakwaan kes pembunuhan itu. 

Terdahulu, Raja Syahrir, ketika ditanya Akhtar sama ada beliau tahu bahawa beliau tidak boleh menulis mengenai perbicaraan kes mahkamah yang sedang berlangsung, menjawab beliau mengetahuinya. 
"Jadi mengapa kamu tulis juga (artikel)," soal Akhtar dan wartawan itu menjawab: "Saya tidak tahu ia menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah." 

"Ya, tetapi kamu juga tidak pernah datang ke mahkamah dan apa yang dilaporkan juga tidak tepat. Kamu tidak sepatutnya siarkan (artikel) tetapi jika kamu ingin membincangkannya di kedai kopi boleh, tetapi bukan untuk disiarkan. 

"Saya panggil kamu hari ini untuk memberitahu bahawa kamu tidak boleh siarkan komen mengenai kes ini tetapi apa yang saksi kata boleh (disiarkan)," kata Akhtar. 

Hakim itu berkata, tindakan mereka menerbitkan komen tersebut memberi gambaran bahawa mahkamah boleh digunakan untuk tujuan politik, dan serangan yang dilakukan terhadap Manjeet juga merupakan satu serangan kepada mahkamah. 

Akhtar berkata, beliau hanya ingin memberi amaran tetapi terpulang kepada Manjeet sama ada ingin mengambil tindakan berhubung penerbitan komen itu. 

"Saya harap media akan ambil perhatian. Saya tidak akan ambil tindakan tetapi jika perkara ini berulang, saya akan ambil tindakan terhadap anda. Saya juga akan perintahkan Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk memberi penjelasan," katanya. 

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Aziz dan Raja Syahrir kemudian berkata sebelum kedua-dua anak guamnya diperintah hadir ke mahkamah, mereka telah menemui beliau bagi mendapatkan nasihatnya berhubung apa yang boleh dan tidak boleh mereka laporkan. 

"Kamu sepatutnya melakukan perkara ini lebih awal. Faktanya mudah, kamu tidak boleh komen mengenai perbicaraan yang sedang berlangsung, dan ini ialah asas undang-undang yang mudah," kata Akhtar. 

Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. 
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21,dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan disambung pada 12 September. - BERNAMA




SALAM EID MUBARAK

Posted: 26 Aug 2011 03:52 AM PDT

AMPUN MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN

Roti canai transfer road...

Posted: 26 Aug 2011 01:57 AM PDT


Roti canai is available in numerous stalls around Penang and each stall has its own variations such as the roti sardin, roti tissue and the roti telur. One particular place is Transfer Road. Breakfast here is an indulgence — soaks in the atmosphere and enjoys the slow pace of life in Penang.
This famous roti canai stall has been in operation for decades next to an old abandoned warehouse. The array of curry dishes is inviting, with a selection of mutton, beef, chicken and the simple dhal to complement the roti canai.
cktransferroad1

Chicken curry comes with tender pieces of meat in flavourful gravy. However, most customers prefer the tender mutton curry which is relatively spicy. The aromatic mutton is a crowd favourite. However, the best combination is kuah banjir! Customers can also order the curries without the roti canai.
cktransferroad2
The roti is great to go with the teh tarik, available hot and cold. Business hour is from 6.30am till 7pm, with a break from 1pm till 3.30pm. The stall is open daily except the first three days of Ramadan and first day of Raya.
cktransferroad3

Tiada ulasan: