Jumaat, 26 Ogos 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Raya ke-4 : Orang Johor jangan malu2 datang Kelantan.

Posted: 26 Aug 2011 10:21 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Raya ke-4 ni, 2 September 2011, di Balai Islam, Kota Bharu ada dialog. Sound gua kalau nak datang. Gua bukan mewakili sesiapa. Tiada siapa sponsor. Cuma gua nak bawa lu real politic. Terutama mana2 bloggers / facebookers PKR yang tak puas hati dengan pemilihan PKR lepas. Kita ada Saifuddin Nasition. Tak tahu la lepas gua mention dalam blog ni, Saifuddin masuk IJN macam Azizan Razak plak.

Sekali lagi, sound gua kalau nak datang. Gua adjust lagu mana bermalam, lagu mana transport. Insyaallah. Jangan malu2. Kita kena bina satu suasana pemerintah yang berasa tidak selamat penggal akan datang. Kerana dengan suasana itu, pemerintah tidak berani buat jahat. Anytime dia akan jatuh.

Aktiviti2 yang sempat gua hadir di Kelantan, dan kongsi dengan lu orang.

Ni antara rakan Johor yang hadir. Bersama merasai suasana Qaryah Ramadan di stadium KB. Macam2 program ada. Bagi orang baik bleh follow setiap acara yang disediakan. Yang setengah baik, setengah jahat macam gua, follow acara2 tertentu jer la. terutama bab buka puasa. Ngeee....

Ni gua dengan rakan dari Johor. Berbuka puasa di Qaryah Ramadan. Bersama2 dengan orang awam. Sebab gua pun orang awam. Orang tak awam macam Abang Hensem berbuka di KFC. Hahaha.

Gua harap sangat lu orang bleh 'serang' program dialog raya ke-4 nih. Setakat ni, pimpinan Kelantan kalis maki. Muka tebal. Telinga titanium. Hati jer tak tahu sama ada kebal atau berbulu. Hua3..


Ni acara makan colek bersama 1000 Facebookers. Gua nama pertama dipetik untuk diberi peluang memaki-hamun. Namun, gambar telah diedit oleh Jeming Hasan bagi menggambarkan gua karaoke. Mujur gua bukan di Rusila. Kalau tak maybe baju PAS Reform gua tu dah dirampas dengan dalil Al-Quran, hadis, sunnah dan ijma' ulama.


Ni pula rakan dari Johor yang terus diberi peluang menyampaikan pendapat. Selain dari nama2 yang diberi peluang, majlis turut open kepada sesiapa yang tak puas hati, ingin bercakap, tetapi nama tidak dipetik. Cuma Jeming sahaja yang menggunakan pentas ucapan dengan cara yang salah. Yakni menutup zip seluar.


Ni pula adalah antara pimpinan2 yang tadah telinga. Nak sebut nama, gua tak kenal. Gua baru lagi. Orang luar plak tu. Nasib lu orang la. Harap segala pandangan diambil perhatian dan diberi hak pertimbangan walau maybe tidak sesuai.

So, bloggers PKR, facebookers PKR, inilah masanya. Sebelum Saifuddin Nasition tarik diri. Sound gua kalau nak bantuan gua bagi transport dan penginapan. Nak minta eskot sampai ke microphone pun boleh. Cuma kalau suruh gua yang tanya soalan, gua tak mau la. Walau banyak juga belajar teknik2 dari PKR, tp gua tak arif bab2 pemilihan PKR

Semoga suasana real politic ini memajukan negara. Demi generasi kita. Kita pinjam dunia dari mereka. Dan kita perlu sediakan negara yang sangat praktikal untuk mereka. Amin.


Husam: Kelantan dipinggir isu gas Malay Basin.

Posted: 26 Aug 2011 04:52 AM PDT

Kerajaan Kelantan menyelar tindakan Petronas mahu menyalurkan pengeluaran gas di Utara Malay Basin - yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion - ke Terengganu tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.

Husam musa at forum political party transformation Cabaran Transformasi Parti PolitikExco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa (kiri) berkata, Utara Malay Basin, telaga Bergading dan blok berkaitan - PM301, PM302 - sepenuhnya dalam perairan Kelantan.

Tambahnya, ia juga tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain, malah 50km lebih dekat dari Terengganu.

"Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," kata Husam.

Pada 23 Ogos lalu, Petronas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembangunan pengeluaran gas di Utara Malay Basin akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh, Terengganu.

Husam yang juga pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Petroleum Kelantan menggesa Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri supaya gas itu didaratkan di Bachok, Kelantan.

"Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini," kata Husam.

Katanya, kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja supaya hasil mahsul Kelantan tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.



Tiada ulasan: