Sabtu, 27 Ogos 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ops Sikap 24: Seramai '24 Orang Terbunuh' Pada Hari Keempat, Pengguna Di Nasihat Berhati-Hati

Posted: 27 Aug 2011 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Menurut polis, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan. Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan. Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. Sementara itu Cuaca diramal baik di seluruh negara semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan oleh seluruh umat Islam pada Selasa ini. Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, walaupun beberapa negeri di utara Semenanjung akan mengalami hujan, namun keadaan itu dijangka bertambah baik menjelang Isnin. Beliau juga berkata, hujan sekejap-sekejap yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta ribut petir di Pahang dan Johor Timur, tidak akan menyebabkan berlakunya banjir. "Hujan yang dialami di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, bukanlah secara berterusan dan dijangkakan menjelang Isnin ini, akan bertambah baik. "Sehubungan itu, tidak ada kemungkinan negeri-negeri tersebut dilanda banjir tetapi keadaan itu juga adalah bergantung pada kawasan-kawasan di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Datuk Nik Aziz Nik Mat: Hanyalah Doa Merupakan Senjata Terakhir Untuk Orang Islam Berhadapan Dengan UMNO Barisan Nasional Pada PRU-13 Ini !

Posted: 27 Aug 2011 12:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos - PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata hanya doa merupakan "senjata akhir" bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa. Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990. "Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini. Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

[Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. "Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya," kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Munajat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kota Bharu awal pagi tadi].

Warta Pahang: 'ADUN Chenor' Di Gesa Selesaikan Masalah Banjir Lumpur Yang Melanda Jengka 7 !!

Posted: 26 Aug 2011 11:06 AM PDT

MARAN, 27 Ogos - Beberapa orang peneroka Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini merayu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) supaya mengambil perhatian serius terhadap masalah banjir lumpur yang sering melanda kawasan kediaman mereka. Mereka sering dirundung resah akibat kekerapan dilanda banjir lumpur setiap kali musim tengkujuh. Senario ini difahamkan berlaku akibat sistem perparian dan saliran yang tidak sempurna. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak media awal bulan lalu. Dipercayai masalah ini kerap berlaku akibat penempatan terbabit tidak mempunyai sistem perparitan menyebabkan air hujan akan mengalir ke kawasan renda. Segelintir peneroka mengambil inisiatif membuat perparitan sendiri tetapi tidak dapat menampung aliran air yang banyak terutama pada musim hujan lebat atau musim tengkujuh. Akibat ketiadaan sistem perparitan, perumahan peneroka di Blok E dan Blok B membabitkan lebih 30 keluarga sering mengalami banjir lumpur setiap kali hujan lebat. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan 398 peneroka tanah rancangan Felda berkenaan. Mereka mengharapkan sistem perparitan dibina segera. Kejadian banjir lumpur sering berlaku menimbulkan kegusaran peneroka terutama pada musim hujan. Ini kerana setiap kali hujan lebat, air dari atas bukit mengalir ke kawasan perumahan sekali gus sebabkan banjir lumpur.


Masalah perparitan menyebabkan banjir lumpur sering landa penduduk
[Adalah diharapkan agar pihak pengurusan Felda membina sistem perparitan di kawasan perumahan peneroka yang terdedah kepada banjir lumpur. Ini kerana apabila masalah itu berlaku, ramai peneroka berhadapan dengan masalah besar seperti kerosakan harta benda termasuk perabot, pakaian dan sebagainya. Masalah ini sudat berlarutan sejak sekian lama, namun hingga kini masih belum berjaya diatasi oleh pihak terbabit. Oleh itu, ADUN Chenur diminta melakukan tinjauan dan pemantaun terhadap permasalahan rakyat dikawasannya itu. Jangan biarkan rakyat terus menderita dengan masalah yang bertimpa-timpa ini. Semoga isu ini dapat diatasi dengan segera bagi memberi keselesaan kepada peneroka terbabit hendaknya. Rakyat seharusnya didahulukan !].

Warta Pahang: Penduduk Felda Jengka 10, Gusar Ketibaan Aidil Fitri Akibat Isu Air Yang Di Hadapi

Posted: 26 Aug 2011 10:12 AM PDT

MARAN, 27 Ogos - Seramai 120 keluarga peneroka di Felda Mawar Jengka 10, dekat sini gusar dengan kehadiran Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Ia berikutan masalah bekalan air yang kerap melanda kawasan terbabit masih gagal diatasi oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan penduduk gusar dan fobia untuk berhadapan dengan hari raya pada tahun ini. Menurut, Ketua Kampung terbabit Jantan Mat Saman berkata masalah itu bukan perkara baru bagi masyarakat peneroka di sini kerana ia kerap kali berlaku pada setiap tahun terutama pada Ramadan dan Aidilfitri. "Keadaan bertambah sukar apabila ramai sanak saudara dan anak peneroka yang pulang ke kampung kecewa kerana sering menghadapi gangguan bekalan air. Bagi rumah peneroka yang kedudukan mereka di kawasan tinggi menyebabkan tekanan air rendah dan tidak sampai ke kediaman masing-masing", katanya. "Saya juga bersimpati kerana betapa sukar keluarga terbabit menjalani ibadah puasa, memasak dan membasuh pakaian terutama dalam cuaca panas di kawasan tanah rancangan ini.vSelaku ketua kampung, saya 'pening' memikirkan masalah itu sedangkan ia adalah tanggungjawab Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP)", tambah beliau lagi. Beliau turut menyeru JBAP mengambil langkah proaktif membantu masyarakat peneroka di sini dengan mengambil tindakan segera dan pantas menghantar air menggunakan lori tangki ke sini."Saya juga mencadangkan supaya langkah jangka panjang yang boleh dilaksanakan agensi itu ialah menukar saluran loji Batu Sawar kepada Loji Sungai Utara yang lebih hampir dengan tanah rancangan ini", katanya.

Warta Pahang: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Terhadap YB Fuziah Salleh Berhubung Isu Lynas!

Posted: 26 Aug 2011 09:21 AM PDT

KUANTAN 27 Ogos - Mungkin dek kerana tersentak dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mahu pihak TV3, Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) dan Dato' Ti Lian Ker (Ketua MCA Kuantan) maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota telah membuat satu laporan polis terhadap Naib Presiden PKR itu. Laporan dibuat oleh Ketua Pemudanya, Suhaimi Sulong (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.00 petang semalam. Dalam laporannya Suhaimi mendakwa Fuziah membuat tohmahan berterusan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng. Suhaimi berkata, Fuziah dilihat masih membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang itu dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar bandar ini. "Tindakan beliau perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada penduduk Kuantan. Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasar fakta yang tidak benar," katanya.

Bicara Liwat II: Lelaki Y Kemungkinan Bukannya Anwar, Kes Di Tangguhkan Pada 19 -23 September

Posted: 26 Aug 2011 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah. Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil. Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari mendakwa dia diliwat. "Mereka dapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya. Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak ikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian. "Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar Ibrahim. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tambah Sangkara Nair.

Seah Abaikan Beberapa Prosedur Asas Ujian DNA

Sesi pembelaan kes kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Beliau mendakwa Dr Seah Lay Fong (foto) mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma. Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah. Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu. Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna. "Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil. "Saya jangka, Seah anggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnnya maklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian. "Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram. "Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikait dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," tambah beliau lagi.

DNA Saiful Patutlah Di Asingkan Terlebih Dahulu

Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu. Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu. Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan. Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu. "Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian. Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful. Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam. Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat. Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 19 hingga 23 September 2011.

[Nampaknya perjalanan kes di peringkat pembelaan ini nampak semakin panas dan penuh dengan kontroversi. Apa yang menarik untuk diperkatakan, rakyat Malaysia tidak menyangka selama ini Jabatan Kimia tidak mengikut piawaian yang sepatutnya dalam menjalankan tugas mereka terutamanya dalam urusan berkaitan dengan ujian DNA. Ini mengukuhkan lagi hujjah bahawa kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak kena terhadap DNA Anwar Ibrahim dalam kes liwat II ini agaknya. Maka, rakyat tidak hairan ramai penyokong UMNO BN beriya-iya mahu Anwar menyerahkan DNAnya sebelum ini. Rupanya disitulah perangkap maut atau jerangkap samar yang mahu digunakan untuk mensabitkan beliau dengan kes ini. Apa yang pasti, kita harus menunggu lagi untuk melihat banyak lagi pembongkaran panas dalam kes ini. Semoga hakim yang arif dan bijaksana akan membuat keputusan dengan bijak selepas mendapatkan keterangan pembelaan oleh barisan para peguam Anwar nanti hendaknya].

Warta Pahang: Fuziah Salleh Tuntut Permohonan Maaf Dari TV3, Karam Singh, Dan Dato Ti Lian Ker Berkaitan Kenyataan Yang Memburukkan Dirinya

Posted: 26 Aug 2011 07:48 AM PDT

KUANTAN, 26 Ogos - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh (foto) menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Dato' Ti Lian Ker. Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah. Beliau yang juga Naib Presiden PKR menuntut TV3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya. Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu. Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai". Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila TV3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu. Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah Salleh dan menuntut kerugian serta tanggung kos guaman.


Antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir ke sidang
media Fuziah
Salelh di Putra Balok Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi
[Dalam sidang media yang diadakan di Putra Balok jam 11.00 pagi tadi kelihatan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan. Antara mereka ialah Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang & YDP PAS Paya Besar), Andansura Rabu (Naib Ketua PAS Indera Mahkota & Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth), Vincent Jiam (NGO Save Malaysia Stop Lynas), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Ustaz Nasrun Amir (YDP PAS Indera Mahkota), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan), Mr.Sim, Hatta (PKR), Mr.Micheal & Mr.Tan (DAP) serta dua wakil dari Australia Mr.Ryan Gray (Perth) dan Azlan Adnan (Green Party)].

Tiada ulasan: