Anak Sungai Derhaka |
- Jamal sedekah Beras seluruh Perak, Zambry sedekah duit raya kat 100 budak saja?
- PRU-13: DAP Melayu ganti PKR?
- Kes Liwat : 'Lelaki Y' Mungkin Bukan Anwar
- Melayu Pecah kerana sikap Bodoh Sombong UMNO/BN.
- Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu wahai Ghani?
- UMNO ada penyakit dalaman (dah nak mampos!)
Jamal sedekah Beras seluruh Perak, Zambry sedekah duit raya kat 100 budak saja? Posted: 27 Aug 2011 02:20 AM PDT Tindakan penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam dikatakan oleh seorang pencacai UMNO sebagai satu tindakan yang memalukan Nizar di Perak keran Nizar dikatakan hanya medermakan Kurma sahaja.. Aku tak tahu mamat tu sedar atau mabuk ketika menulis artikelnya.. Siapa yang malu sebenarnya di sini Nizar atau Zambry? Nizar adalah ADUN dan juga Ahli Parlimen sahaja sedangkan Zambry adalah Menteri Besar Perak ketika ini.. Jadi.. adakah tindakan Jamal ini memalukan Nizar sedangkan beliau hanyalah seorang ADUN dalam DUN Perak.. Sebenarnya tindakan Jamal Abdillah menyumbangkan satu Treler beras itu adalah satu tamparan buat Menteri Besar Perak sendiri kerana Zambry sebagai Menteri Besar lebih sibuk meraikan 104 anak angkat Yayasan Bina Upaya Darul Rizduan (YBUDR) dari membantu rakyat Perak yang lain, hinggakan Jamal Abdillah memilih Perak untuk dibantunya.. Jamal Abdillah derma beras satu treler IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam. Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi. "Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki. "Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya - Kosmo! Online DS Zambry rai 104 anak angkat beli persiapan Hari Raya Kegembiraan jelas terpancar di wajah 104 anak angkat Yayasan Bina Upaya Darul Rizduan (YBUDR) apabila mereka berpeluang membeli sendiri baju raya dan menerima duit raya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di pusat belah belah Jusco Kinta City, pagi ini. Tambah ceria bagi mereka apabila pemain pasukan bolasepak Perak seperti Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut hadir bagi membantu kanak-kanak ini mencari baju baru yang diidam-idamkan untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti. Mohd Fairuz Othman, 13, dari Kuala Kurau nyata cukup gembira di atas sumbangan yang dihulurkan oleh YBUDR dan kerajaan negeri yang saban tahun tidak pernah melupakan golongan yang kurang berkemampuan sepertinya. Katanya, pada tahun ini, baju Melayu berwarna hijau menjadi pilihannya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti. "Selain terharu di atas sumbangan ini, saya juga gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lain yang juga datang dari keluarga kurang berkemampuan. "Bapa saya bekerja sebagai pesawah dan ibu pula suri rumah sepenuh masa….kehidupan kami sekeluarga cukup sederhana dan saya amat bertuah kerana dipilih menjadi salah seorang daripada anak angkat YBUDR," katanya yang bercita-cita menjadi pakar tanaman - Peraktoday |
Posted: 26 Aug 2011 11:24 PM PDT PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal. Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya. "Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang. "Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini. Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang. Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum. Lidah Rasmi UMNO |
Kes Liwat : 'Lelaki Y' Mungkin Bukan Anwar Posted: 26 Aug 2011 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR 26 OGOS: Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah. Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil. Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat. "Mereka mendapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya. Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak mengikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian. "Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tegas beliau. Sesi pembelaan kes Fitnah Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Beliau mendakwa Seah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma. Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah. Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu. Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna. "Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil. "Saya jangka, Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian. "Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram. "Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikaitkan dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," jelasnya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah. Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu. Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu. Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan. Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu. "Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian. Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful. Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam. Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat. Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan pada 19 hingga 23 September 2011. TVS News |
Melayu Pecah kerana sikap Bodoh Sombong UMNO/BN. Posted: 26 Aug 2011 08:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat. Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan. "Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar. "Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat. "Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar. "Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu... kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza," katanya. Tambah beliau: "Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk." Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat. "Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah. "Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima," katanya. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu. "Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak. "Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani," katanya. Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani. "Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi. "Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu," katanya. The Malaysian Insider |
Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu wahai Ghani? Posted: 26 Aug 2011 10:34 AM PDT Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah. Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang. "Pemimpin UMNO memerlukan lebih 50 tahun untuk memiliki rumah sebegitu tetapi ada pemimpin sekarang yang hanya memerlukan satu penggal sahaja untuk menjadi jutawan, Saya ada bukti untuk menyokong tuduhan ini" kata Ghani.. Jika benar bagai dikata kemukakan saja bukti dan nyatakan saja siapakah pemimpin tersebut.. kerana dalam Pakatan Rakyat baik PKR, PAS mahupun DAP tidak diperlukan pemimpin begini. Tidak diperlukan pemimpin yang kelihatan lebih rakus dari pemimpin UMNO sendiri dalam mencari harta untuk kepentingan peribadi. Kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan pemimpin yang tamak begitu, kerana kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkata mereka akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat. Mereka tidak berjuang untuk kepentingan peribadi tetapi demi rakyat… jadi jika benar ada yang membina kekayaan dengan menipu rakyat, Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mereka tapi UMNO! Ghani slams Pakatan's 'one-term millionaires' GEORGE TOWN: Umno leaders, according to Suara Anak-Anak Malaysia chairman Mohamed Ghani Abdul Jiman, took more than 50 years in power to purchase lavish homes. However, he said Pakatan Rakyat representatives were dwelling in luxury within three years of seizing control of Penang. These representatives, he added, lived in double and triple-storey bungalows as well as posh townhouses. "Umno politicians needed 50 over years to buy such houses but current elected representatives only needed one term to become millionaires. I have evidence to prove my allegations," he said. After a long hiatus, the firebrand Ghani led several pro-Umno NGOs to stage their outine post-Friday prayers anti-Chief Minister Lim Guan Eng protest outside Masjid Jamek some 50m from Komtar this afternoon. Unlike the last riot-like street demonstration against the state government on July 1, this time the protest was a tame affair with about 10 people taking part. Media representatives and police personnel at the scene outnumbered the protesters. Despite the poor turnout, the protesters however did not lose their sting when attacking Lim and his administration. 'Jump off the Penang bridge or Komtar' The demolition of Malay and Mamak-owned eatery outlets on the island was the main issue of their protest. "We wish Selamat Hari Raya to all victims of Lim's brutal rule. The current state government only demolishes Malay and Indian shops, not Chinese shops. "I am not a racist. I only want a government which is fair to all," said Ghani, who is also the vice-chairman of the Coalition of Islamic NGOs Penang. He urged Lim to step down if he could not return the items seized from the demolished outlets, including from his shop. "If he can't return my belongings, I will present him with a special gift soon," warned Ghani, who also heads another unregistered NGO, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang. The protesters displayed three anti-state government banners and chanted anti-Lim slogans, where the chief minister was condemned as a "communist, coward and 'pondan' (transvestite)". Shouting at the top of his voice, Ghani called on curious onlookers to reject Lim because "the Malaccan was not a Chinese but a communist." He called on Lim to quit and go back to Malacca immediately and repeated similar calls on the chief minister's political secretary Ng Wei Aik, who is also the Komtar assemblyman. Ghani also suggested that Lim jump down from either the Penang Bridge or the Komtar building to save Penang. Free Malaysia Today |
UMNO ada penyakit dalaman (dah nak mampos!) Posted: 26 Aug 2011 09:23 AM PDT Kisah dalaman UMNO yang menarik untuk dibaca oleh semua terutamanya Pencacai UMNO.. fahamkan ayat yang dimerahkan.. Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib Razak merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan. Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka. Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi Umno yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi Umno serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata "tanggungjawab bersama". Begitulah masalahnya di dalam Umno kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam Kabinet serta menjadi "team" beliau di dalam Majlis Tertinggi parti. Tanggungjawab bersama di dalam Umno itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam Kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah "as good as non-existent" dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib. Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa. Masalah dan isu terhadap Umno serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini. Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti. Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. "Warlords" di dalam Umno merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan Umno sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. "Warlords" dalam Umno merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan Umno. Umno memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri. Di antara pemimpin Umno sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan Umno ini. Dahulu sifat "flip-flop" ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi sekarang ini isu "flip-flop" telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau. "Flip-flop" yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang "organic" yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau. Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri. Mereka (pemimpin Umno) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku "hanky-panky" yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini. Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri. Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini. Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri. Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Harussani Zakaria yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah. Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain. Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan Umno yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu. Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib. Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan Umno adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk Umno menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika Umno manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri. Ramai rakyat kesal dengan Umno kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai "connectivity" dengan rakyat secara serius. Umno lalai di dalam pemilihan pemimpinnya. Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam Umno untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang Umno mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab. Umno selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu. Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh Umno itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. Umno itu Umno. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka… iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam Umno…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita. Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan Umno berkata "Umno ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Hanya berdoa sahajalah! Tidak boleh nak buat apa-apa lagi". Kalau di kalangan pemimpin Umno bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada Umno lagi? Jika Umno sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong Umno diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini? Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita.. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu. Satu lagi buat peringatan semua, "terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya". Semua perbilangan ini boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata. aspanaliasnet.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan