Pahang Daily Online |
- Selamat Menyambut "Hari Nuzul Quran" Kepada Umat Islam Di Malaysia Serta Di Seantero Dunia !!
- Edisi Bisnes: Genting Berhad Beri Ganjaran Paling Tinggi Kepada Pengarah Syarikatnya Tahun Lalu !
- Warta Pahang: Suspek Kes Pembunuhan Wanita Perancis Iaitu Stefanie Foray Di Sambung Reman
| Selamat Menyambut "Hari Nuzul Quran" Kepada Umat Islam Di Malaysia Serta Di Seantero Dunia !! Posted: 16 Aug 2011 02:02 PM PDT ![]() Hari ini, tanggal 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadan 1432 Hijrah adalah detik bersejarah buat seluruh umat Islam. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama dalam Surah Al-Alaq. [PDO juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh rakyat Pahang Darul Makmur. Semoga cuti ini akan dapat dimanfaatkan dengan aktviti agama yang boleh tambahkan keberkatan dan pahala di bulan Ramadan yang mulia ini hendaknya. Salam Perjuangan !!]. |
| Edisi Bisnes: Genting Berhad Beri Ganjaran Paling Tinggi Kepada Pengarah Syarikatnya Tahun Lalu ! Posted: 16 Aug 2011 12:41 PM PDT
[Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi. Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat. Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka. Soalnya sekarang, siapakah Pengarah Genting Berhad yang menerima ganjaran tertinggi itu. Berdasarkan rekod individu yang menjadi Pengarahnya ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato' Paduka Nik Hashim Yusof. Kesemua mereka adalah orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam yang terlibat dengan syarikat perjudian itu. Apapun, rakyat tidak terkejut dengan ganjaran tersebut kerana mereka hanyalah mahu satu perubahan]. |
| Warta Pahang: Suspek Kes Pembunuhan Wanita Perancis Iaitu Stefanie Foray Di Sambung Reman Posted: 16 Aug 2011 12:34 PM PDT
[Nampaknya kes ini pasti menggemparkan dunia. Tidak sampai sebulan selepas Peguam Perancis yang membicarakan hal pembunuhan wanita warga Monggolia, Altantunya Shaariibuu diarahkan pulang oleh Jabatan Imigresen negara kita. Tiba-tiba ada pula warganegara terbabit yang ditemui mati dalam keadaan ngeri seperti itu. Apapun, kes ini mungkin tiada kaitan dengan kes berkenaan, namun hakikatnya masyarakat dunia akan melihat Malaysia adalah sebuah negara yang cukup tidak menyakinkan mereka untuk ke sini. Apakah kita mahu perkara sebegini menjejaskan nama serta maruah negara dimata masyarakt dunia agaknya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan