Rabu, 17 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


MyKad tidak wujud .. tapi ada dalam Daftar pemilih

Posted: 17 Aug 2011 05:55 AM PDT

Pengerusi SPR buat-buat  ’pening’ dan cuba berdolak dalik menyalahkan pihak lain (JPN) dengan penemuan baru dalam daftar pemilih. Mengaku sajalah memang dah ada pakatan …

Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan
beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada ‘Pengundi PAS Kedah’.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai ’00 ‘. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

 Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) telah berkali-kali menjelaskan   bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah. – Sumber Malaysiakini


Bekas Tentera mengakui mengundi ribuan undi pos

Posted: 17 Aug 2011 05:18 AM PDT

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, Kamarulzaman Ibrahim, 53 telah mengundi ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Beliau, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan “sehingga lenguh tangan” dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

PENDEDAHAN INI MEMBUKTIKAN DAKWAAN PEMBANGKANG SEBELUM INI BAHAWA MEMANG UNDI POS SENTIASA DIGUNAKAN OLEH PEMERINTAH (BN) UNTUK MEMENANGKAN BN DALAM SETIAP PILIHANRAYA UMUM ATAU PILIHANRAYA KECIL.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana “sekadar menurut perintah” sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.

“Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar,” katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

“Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos,” katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya, kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

“Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem,” katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

“Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran,” katanya lagi.

Lanjut baca di sini, MALAYSIAKINI, SILA KLIK


Kes Anwar: Bekas KPN tidak berani jadi saksi

Posted: 17 Aug 2011 03:15 AM PDT

Contoh yang tidak baik adalah tidak mahu menjadi saksi. Sepatutnya tunjuklah teladan yang baik dengan berani tampil untuk jadi saksi. Nampak macam seorang yang berani tapi penakut atau pengecut untuk hadir jadi saksi di mahkamah. Berani cakap sorang-sorang! Oooi pi lah jadi saksi, takut apa jika benar.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak mahu menjadi saksi pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam-peguam Anwar berkata pada awalnya Musa (gambar) kelihatan mahu ditemu bual ketika ditemui petang ini.

"Pada awalnya, beliau (Musa) kelihatan mahu ditemu bual, tetapi apabila kami memperoleh merit kes, beliau berkata beliau mahu menggunakan haknya tidak mahu ditemu bual," kata Ramkarpal Singh.

"Beliau enggan menjadi seorang saksi pembelaaan," kata seorang lagi peguam pasukan pembela Sankara Nair. -Sumber The Malaysia Insider


Tiada ulasan: