Ahad, 14 Ogos 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Edisi Sukan: Datuk Lee Chong Wei 'Tewas' Kepada Lin Dan Di Final Kejohanan Badminto Dunia BWF

Posted: 14 Aug 2011 06:51 AM PDT


Peminat badminton negara akhirnya kecewa untuk menyaksikan Datuk Lee Chong Wei membawa pulang pingat emas di Kejohanan Badminton Dunia BWF di London. Ia berikutan kekalahan penuh dramatik jaguh badminton negara itu kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21 dan 21-23. Ini adalah kegagalan kali keenam buat Chong Wei untuk merebut kejuaran tersebut. Kegagalan Chong Wei itu menyebabkan Lin Dan menjadi pemain pertama yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut sebanyak empat kali setakat ini. Dalam perlawanan malam tadi, Chong Wei berjaya menang di set pertama namun sedikit hilang punca di set kedua apabila memberi mata mudah dengan membuat banyak kesilapan sendiri. Ia memberi peluang kepada Lin Dan untuk mengawal permainan. Kekalahan Chong 14-21 pada set yang kedua dilihat tidak mematahkann semangat kental beliau. Pemain negara itu kembali mengawal permainan dan mengimbangi kelincahan Lin Dan. Apapun, permainann begitu sengit dengan jarak mata yang tidak jauh berbeza. Cuma dipenghujung set ketiga itu Chong Wei sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega, namun kesilapan beberapa kali membiarkan bola masuk menyebabkan Lin Dan mengambil kesempatan untuk mengikat kedudukan 20-20 dan seterusnya menang dengan 23-21 apabila lambungan Chong Wei terkena pada jaring.

[Jelas nampak kekecewaan di raut muka Chong Wei akibat kekalahan itu. Tambahan pula usianya sudah menjangkau 29 tahun dan kejohanan dunia tidak diadakan tahun depan. Ini bermakna beliau terpaksa menunggu hingga 2013 untuk mengulanginya. Apapun seluruh rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Biar pun dia tewas, namun ia cukup bermaruah. Berbeza sekali ketika dia ditewaskan oleh Lin Dan pada Piala Thomas sebelum ini yang menyaksikan Malaysia tersingkir ke perlawanan akhir kejohanan itu. Apapun kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang tewas bermaruah kepada Lin Dan malam tadi amat membanggakan kerana nampak benar kelincahan beliau dan pemain China itu kini hampir seimbang sebenarnya. Cuma tuah sahaja yang membezakan kejayaan kedua-dua pemain itu sebenarnya. Bravo Malaysia].

Mahfuz Omar Selar Kenyataan Rais Peserta Demo Bersih 2.0 Dapat Upah RM50, Sifatkan Menteri Itu Habis Modal Untuk Nyatakan Matlamat Politiknya

Posted: 13 Aug 2011 11:22 PM PDT


Pendedahan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa ada peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu didakwa mendapat upah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertainya jelas sekali mengejutkan. Rais turut mengatakan peserta terbabit diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan. Apa yang berlaku ini katanya membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka. Beliau turut mendedahkan bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri. Sementara itu kenyataan dangkal Rais Yatim berhubung upah RM50 kepada peserta himpunan Bersih 2.0 itu diselar Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Sambil menyifatkan Rais sudah kehabisan modal dalam menyatakan pendiriannya, Mahfuz turut memberi amaran kepada Rais agar tidak menyamakan peserta himpunan Bersih 2.0 dengan mereka-mereka yang perlu disogok untuk melakukan sesuatu. "Dia (Rais) anggap semua orang sama macam dalam UMNO, nak buat sesuatu itu mesti dengan bayaran, nak pergi mana pun dengan bayaran. Jadi inilah budaya dalam UMNO selama ini bahawa majlis keraian, menyambut pimpinan mereka boleh ramai kerana diberikan duit, diangkut dengan bas. Rais tak boleh berfikir luar daripada kotak pemikiran UMNO. Kalau UMNO berjaya menghimpunkan orang dengan duit, jadi orang lain pun hanya akan buat dengan duit", katanya. Tambah Mahfuz, Rais dan parti pemerintah hakikatnya harus akur bahawa punca kebangkitan rakyat adalah rentetan pelbagai masalah yang dihadapi termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat serta tidak setimpal dengan gaji mereka.

[
Pada 9 Julai lalu ribuan rakyat Malaysia menongkah ledakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia demi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya. Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk kepimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat. Ia nyata sekali berbeza dengan apa yang berlaku di London pada 4 Ogos lalu apabila ribuan rakyatnya memprotes kematian seorang lelaki akibat tembakan polis di Tottenham, utara London. Keesokan harinya, beberapa pemuda bertopeng memulakan rusuhan, merosak dan membakar kedai. Kejadian itu merebak ke bahagian lain di London seperti Croydon dan Bayswater sebelum merebak ke arah Utara England dengan kejadian sama dilapor di Birmingham, Liverpool dan beberapa tempat lain. Apakah Bersih 2.0 wajar disamakan dengan rusuhan di London. Berapa banyak bangunan dan kedai yang dibakar oleh peserta himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini?. Maka fikirkanlah].

Tiada ulasan: