Ahad, 14 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


SPR tidak profesional lagi … kepercayaan rakyat terhadapnya hilang memuncak

Posted: 13 Aug 2011 11:55 PM PDT

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) melalui Pengerusi atau Timbalan Pengerusinya sudah tidak profesional lagi atau tidak bebas lagi apabila lapan tuntutan BERSIH ditolak mentah-mentah sedangkan 8 tuntutan tersebut baik untuk negara jika diamalkan.

Mengapa susah sangat untuk SPR menerima perubahan … dan wajar Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengkaji semula perlantikannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu Seri Paduka bertindak terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

“Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.

“PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini. Baca disini

Kepincangan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terselah sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila media mendedahkan beberapa nama yang menjadi kontroversi dalam daftar pemilih. lagi Baca disini

Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan "memalukan."

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen… SPR kata melibatkan soal keselamatan.

"Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya," katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

"Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain…hujah yang diberikan SPR memalukan.

"Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media," katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa. Baca lanjut di sini


Tiada ulasan: