Pahang Daily Online |
- Eksklusif: Jika Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari, Bermakna KDN Gagal Menjaga Keselamatan Dalam Negara Sebenarnya !
- Isu Air: JD JBA Maran Akhirnya Bersetuju Untuk Adakan Pertemuan Dengan Wakil Penduduk Esok
- Isu Rakyat: 'Majlis Perbandaran Kuantan' Di Gesa Wujudkan Sebuah Surau Dekat Taman Esplanade
- Warta Pahang: Info Cyber Dari Pelbagai Sumber !!
| Posted: 09 Aug 2011 02:19 AM PDT ![]() Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus. Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah. Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan. Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya. Bayangkan, yang berada di Pusat Tahanan pun sudah ramai kemudian dicampur dengan PATI yg bebas, bukankah ia cukup menakjubkan [Bukankah ini juga menunjukkan kegagalan Kementeri Dalam Negeri (KDN) dalam menjaga keselamatan dalam negara kita. Itu belum lagi termasuk yang telah diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya. Oleh itu, rakyat perlulah melakuan perubahan jika tidak mahu negeri ini dijajah dalam diam oleh orang asing. Apa yang berlaku di Pekan, Pahang harus dijadikan ikhtibar apabila beribu-ribu warga Kemboja dan Myanmar kini menjadi penduduk tetap (PR) di kawasan terbabit. Rakyat tempatan akhirnya terbiar di bumi sendiri. Semua ini disedari, namun siapakah yang boleh membantu mengatasi semua ini. Mahu diharapkan kepada agensi yang berkaitan nampaknya tidak ada tanda-tanda kejayaan dapat dilihat apabila terbukti dalam masa yang singjat lebih setengah juta PATI didaftarkan. Itu yang berdaftar, bagaimana pula dengan mereka yang masih bersembunyi. Semoga rakyat sedar dengan fanomena ini dan menginsafi atas segala apa yang berlaku. Masa untuk berubah sudah tiba]. |
| Isu Air: JD JBA Maran Akhirnya Bersetuju Untuk Adakan Pertemuan Dengan Wakil Penduduk Esok Posted: 08 Aug 2011 11:54 PM PDT MARAN, 9 Ogos - Susulan pendedahan kami tentang isu air yang melanda para penduduk di Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini baru-baru ini, maka difahamkan satu pertemuan akan diadakan antara wakil penduduk dengan JD JBA Maran jam 9.30 pagi esok (10 Ogos). Wakil penduduk Felda berkenaan, Zamri Ahmad (foto) berkata beliau telah mendapat panggilan daripada pihak JBA Maran untuk pertemuan tersebut. Isu air sememang semakin panas di kawasan terbabit dan sekitarnya sekarang. Tambahan pula tidak lama lagi, ramai anak-anak peneroka yang berada di perantau akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan Aidil Fitri bersama keluarga. Makanya, jika masalah air itu berlarutan hingga menjelangnya 1 Syawal, sudah pasti ia akan menyusahkan sebahagian besar anak, cucu dan menantu peneroka yang akan pulang beraya di kampung nanti. Difahamkan, masalah besar berlaku apabila ketiadaan air semasa perayaan Aidil Fitri setiap tahun menyebabkan anak-anak peneroka yang berada di perantauan trauma untuk pulang ke kampung penghujung Ramadan dan menjelangnya 1 Syawal. Ini kerana kebanjiran anak peneroka yang pulang menyebabkan tekanan air semakin memuncak dan ia menyebabkan berlaku gangguan yang cukup kritikal terutamanya di kawasan tinggi. Paling menyedihkan ada yang terpaksa mandi telaga atau beratur panjang untuk mendapatkan air dari tangki SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang disediakan oleh BAPAK (Biro Aduan Peneroka Kebangsaan). Semua ini adalah igauan buruk buat penduduk sebenarnya. Justeru, diharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera demi kebajikan rakyat di kawasan terbabit. Rakyat amat perlu didahulukan dalam hal ini. [Jalan penyelesaian terbaik perlulah dicari untuk menangani masalah ini. Jika tidak ia akan memulihkan satu kawasan yang lain tetapi kawasan lain pula yang akan menghadapi masalahnya. Kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi menaik taraf loji dan juga saluran paip lama yang sudah semakin berkarat sekarang ini. Jika tidak, risiko untuk penduduk berhadapan dengan masalah yang sama pasti akan berlaku di masa yang akan datang. Apapun, pastikan masalah ini tidak terjadi di musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini hendaknya. Jangan biarkan warga Jengka 7 balik ke kampung halaman dengan perasaan kecewa dan bermuram durja. Raikanlah hari mulia ini dengan keceriaan]. |
| Isu Rakyat: 'Majlis Perbandaran Kuantan' Di Gesa Wujudkan Sebuah Surau Dekat Taman Esplanade Posted: 08 Aug 2011 10:46 PM PDT ![]() KUANTAN, 9 Ogos - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa menyediakan sebuah surau untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Taman Esplanade (Sungai Kita) dekat sini. Kemudahan itu amat perlu bagi sebahagian umat Islam yang mengunjungi lokasi terbabit, terutamanya pada hari cuti am dan sebagainya. ketiadaan surau menyebabkan orang ramai terpaksa menyeberangi jalan untuk bersolat di surau Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) yang terletak berhampiran. Difahamkan, masalah ini juga merumitkan para peniaga yang mereka yang berkunjung ke tapak bazar larut malam "D'Muda Mid Town Esplanade" yang diadakan di kawasan itu pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ketiadaan surau menyusahkan pengguna kerana terpaksa menyeberang jalan untuk bersolat. Ia amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan. Justeru itu, pihak MPK perlu berkerjasama dengan penganjur bazar tersebut iaitu Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) untuk menyediakan kemudahan itu dengan kadar segera. Menurut seorang pengunjung beliau telah beberapa kali mengadu hal itu kepada pihak penganjur, namun sehingga ke hari ini ia masih dipandang sepi. "Tiada tindakan, sekadar janji manis sahaja apabila diajukan persoalan ini", katanya. Apa yang menarik, MPK boleh pula menyediakan sebuah tandas awam berbayar di kawasan itu, sebaliknya kemudahan surau tidak diutamakan oleh pihak yang berkenaan. ![]() Bazar larut malam Espanade kini mula menjadi destinasi beli belah popular Lokasi bazar larut malam Esplanade memang menarik, tetapi tiada surau [Kami akan melaporkan perkembangan terkini isu ini. Jika tiada tindakan daripada pihak terbabit maka satu pendedahan eksklusif akan dilakukan. Kemudahan surau adalah hak umat Islam. MPK boleh membenarkan acara hiburan diadakan di kawasan terbabit namun mereka lupa akan tanggungjawab terhadap agama. Sebagai permulaan, penganjur bazar larut malam D'Muda Mid Town Esplanade bolehlah menyediakan sebuah surau sementara untuk kemudahan orang ramai. Diharap perkara ini diambil berat terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini. Difahamkan, perkata ini memang sudah beberapa kali dimaklumkan kepada penganjur berkenaan namun mereka langsung tidak mengambil berat hal ini. Maka itu, di harap agar mereka yang terbabit itu lebih prihatin terhadap agama]. |
| Warta Pahang: Info Cyber Dari Pelbagai Sumber !! Posted: 08 Aug 2011 02:57 AM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar foto dan info maklumat berkaitan) untuk memudahkan urusan yang berkenaan. Terima Kasih-PDO Penduduk Kg.Asli Sg.Ruil Di Pindah Sementara
JPJ Pahang 'Promosi' Perkhidmatan Atas Talian
Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan