Selasa, 9 Ogos 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Iftar PERSADA bersama Anak Yatim pada 20 Ogos 2011/ 20 Ramadhan 1432

Posted: 08 Aug 2011 05:23 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) 2011 bersama anak-anak yatim akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh : 20 Ogos 2011 [Sabtu] / 20 Ramadhan 1432H
Tempat : Hotel Vistana, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Masa : 5.30 petang – 9.30 mlm

Sumbangan adalah RM50/orang @ RM500/meja. Pihak Persada juga mengalu-alukan sumbangan/derma/zakat untuk anak-anak yatim yang akan disampaikan terus kepada mereka semasa program tersebut. Sumbangan boleh disalurkan atas nama "Persatuan Anak Kelantan Di Sel dan KL menerusi BIMB (Cawangan Putrajaya) No. Akaun 16018010017216.

Keterangan lanjut @ kepada yang berminat @ tempahan meja, sila hubungi En Zainuha, Bendahari PERSADA 0123619259 atau En Razali, Setiausaha Agung PERSADA 0176242252

"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapat pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun" – HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

"Bersama Beramal"
"Kukuhkan Perpaduan Eratkat Ikatan"


Ahmad Maslan cadang nak jual Umno …. agak-agak laku tak?

Posted: 08 Aug 2011 09:30 AM PDT

Jika jual sekupang tiga biji … belum tentu aku beli
Umno bercadang menubuhkan sebuah jabatan pemasaran yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat, kata Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata penubuhan jabatan itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat penerangan Umno induk yang akan diadakan esok untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Penerangan Umno yang bertajuk "Metodologi Pemasaran Politik" hari ini.

Dipetik Bernama Online, Ahmad berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota Umno dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat.

"Jika semua anggota Umno tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja," katanya.
- The Malaysia Insider


Tiada ulasan: