Pahang Daily Online |
- Kerajaan Setuju Bayar Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Kakitangan Awam!
- Warta Pahang: Tengku Mahkota Melahirkan Rasa Sedih Dan Berharap 'Tragedi' Di Jadikan Ikhtibar
- Nazri Aziz: Pembangkang Perlu Kemukakan Bukti, Dakwaan Terdapat 'PR' Di Daftar Sebagai Pemilih !
- Mahkamah Tinggi Shah Alam 'Perintahkan' Khir Toyo Bela Diri 'Kes Rasuah Miliki Banglo' Mewah!
- Kes Liwat II: 'Mahkamah Tinggi' Benarkan Anwar Memanggil 15 Saksi Termasuk PM Najib Razak Dan Isterinya Rosmah Mansor Bagi Tujuan Pembelaan
- Warta Pahang: Tujuh Maut Dan Dua Parah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Brinchang "Cameron Highlands" Petang Ahad
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 05 Ogos 2011
Kerajaan Setuju Bayar Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Kakitangan Awam! Posted: 08 Aug 2011 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. [Biasanya Kerajaan Pusat agak lewat mengumumkan bonus raya kepada kakitangan kerajaan. Namun, kali ini Perdana Menteri nampaknya begitu prihatin untuk membela nasib mereka dan mendahului kenyataan daripada pucuk kepimpinan negeri itu sendiri. Apapun, kakitangan kerajaan tidak kira yang menyokong atau menentang kerajaan pasti gembira dengan pemberian bonus ini. Semoga mereka dapat meraikan Aidil Fitri dengan lebih ceria hendaknya. Namun, ada juga yang mengatakan tindakan cepat kerajaan ini ada kena mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka akan tiba bila-bila masa itu sebenarnya]. |
Warta Pahang: Tengku Mahkota Melahirkan Rasa Sedih Dan Berharap 'Tragedi' Di Jadikan Ikhtibar Posted: 08 Aug 2011 01:31 AM PDT CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan penduduk di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang di sini atas tragedi tanah runtuh yang berlaku petang semalam. Baginda berharap musibah yang tidak disangka itu dijadikan iktibar oleh semua pihak dan menjadi tanggungjawab untuk menentukan keselamatan kesemua penduduk di situ pada masa depan. "Satu kajian perlu dilakukan terhadap tragedi ini, keselamatan penduduk di kampung ini perlu diawasi serta kesemua mereka perlu diberi penempatan yang selesa," kata baginda ketika mengadakan lawatan ke kawasan kejadian hari ini. Titah baginda tragedi itu perlu dijadikan iktibar supaya tidak ada lagi kawasan perumahan dibina di lereng bukit. Baginda juga menasihatkan penduduk di situ berhati-hati memandangkan cuaca pada masa sekarang tidak menentu dan mereka perlu mengelakkan kawasan yang berisiko serta berbahaya terhadap sebarang bentuk bencana. Baginda telah melawat tempat kejadian tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli itu petang tadi. sumber |
Nazri Aziz: Pembangkang Perlu Kemukakan Bukti, Dakwaan Terdapat 'PR' Di Daftar Sebagai Pemilih ! Posted: 08 Aug 2011 01:29 AM PDT KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (foto) berkata, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru. "Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Terdahulu, beliau menerima surat rasmi daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu tersebut. sumber [Sebenarnya, apa yang didedahkan oleh pihak pembangkang ini sememangnya sudah ada bukti-bukti kukuh. Mungkin ia dedahkan sendiri oleh beberapa orang kakitangan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah tidak tahan melihat semakin ramai warga asing mendapat status PR dan kemudiannya dianugerahkan MyKad bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang. Isu ini memang sudah diperkatakan di sana sini, malah kerajaan tidak perlu berselindung lagi kerana semakin hari rahsia tersebut akhirnya terbongkar jua. Jalan terbaik ialah melaksanakan satu perubahan besar bagi membolehkan rakyat percaya dengan kewibawaan SPR sebenarnya]. |
Mahkamah Tinggi Shah Alam 'Perintahkan' Khir Toyo Bela Diri 'Kes Rasuah Miliki Banglo' Mewah! Posted: 07 Aug 2011 11:10 PM PDT SHAH ALAM 8 Ogos - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (foto) bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir. Mokhtaruddin kemudiannya menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini. Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin punyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. [Khir Toyo yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam, Tun Abdul Majid Tun Hamzah. Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. Apa yang berlaku terhadap Khir Toyo ini jelas sekali melambangkan betapa rakusnya pemimpin UMNO BN cuba membina kekayaan diluar kemampuan mereka. Kediaman banglo mewah milik Khir Toyo itu jelas sekali sesuatu yang amat mengejutkan kita. Tambahan pula sebelum ini kita hanya melihat kediaman seperti itu dimiliki oleh artis-artis dan celebriti terkenal di seluruh dunia. Mereka gemar membina kehidupan di kediaman seperti Khir itu. Namun, wajarkan MB seperti Khir Toyo mempunyai kediaman mewah sedangkan ramai lagi rakyat miskin yang masih memerlukannya?]. |
Posted: 07 Aug 2011 10:05 PM PDT KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain dipanggil menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan hadir ke mahkamah. "Apabila pendakwaraya tawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah jadi tanggungjawab pendakwa untuk pastikan saksi hadir ke mahkamah. "Pihak pembelaan punyai hak untuk temuramah saksi," kata Zabidin. Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah kemukakan sepina. Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mohon tempoh seminggu untuk pihak pendakwaan mengaturkan sesi temuramah berkenaan kerana dua daripada saksi kini berada di Indonesia. Zabidin kemudiannya bersetuju nenangguhkan perbicaraan kepada 15 Ogos depan. Selain Najib dan Rosmah, 13 lain yang akan dipanggil termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof. Terdahulu empat individu ini memberitahu sedia memberi keterangan di mahkamah dalam kes fitnah liwat ke atas Anwar sekiranya pihak pembelaan mensepina nama mereka sebagai saksi. Perkara itu dimaklumkan oleh Yusof sebelum ini. "Menurut afidavit DPP Mohd Hanafiah , mereka enggan datang kerana mereka bukan saksi utama. "Justeru, mereka hanya akan datang ke mahkamah jika disepina sebagai saksi", tambahnya. [Beliau berkata demikian menjawab hujah peguam Anwar, Karpal Singh bahawa pihak pendakwaan sepatutnya membawa saksi berkenaan ke mahkamah untuk di temubual oleh pihak pembelaan berikutan nama-nama itu yang ditawarkan kepada pihak pembelaan. Karpal berkata pasukan pembelaan sepatutnya diberikan hak untuk menemu bual mereka sepertimana ketetapan undang-undang. Sehubungan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini iaitu 8 Ogos untuk memutuskan sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah bagi ditemubual, dibenarkan atau sebaliknya. Ketua Pembangkang itu juga mahu temubual 10 saksi alibi sebelum beliau berikan keterangan. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemubual oleh pihak pembelaan dalam buat persediaan bagi kes pembelaan yang dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos]. |
Posted: 07 Aug 2011 09:30 PM PDT CAMERON HIGHLAND 8 Ogos - Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands petang semalam. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun. "Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian," kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita. Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi. Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya. Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil. "Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian," katanya. Beliau berkata semua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di Cameron Highlands. Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan. Sementara itu, tinjauandi Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands. Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis. Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula]. |
Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 05 Ogos 2011 Posted: 05 Aug 2011 08:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan