Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Pakatan Rakyat Desak SPR Batalkan Sistem 'Biometrik' Dan Tetap Mahu Kaedah Celup Dakwat Kekal Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ini!
- Warta Pahang: Exco Kesal Pihak Tertentu Jadikan Tazkirah 'Tarawih' Ruang Untuk Ceramah Politik !
- Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media
- Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 05 Ogos 2011
| Posted: 06 Aug 2011 02:52 AM PDT ![]() PETALING JAYA 6 Ogos - Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada PRU-13 akan datang. Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan. Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (foto) berkata, kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda. "Ini yang membuatkan Pakatan Rakyat khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik" katanya. "Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian." katanya hari ini. Katanya, selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, kami juga persoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'. "Setakat ini pihak kami dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini perlukan satu peruntukan besar, persoalannya siapa akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek."soal beliau. [Justeru, Tian menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa. "Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada saya ada tiga keping kad pengenalan atau saya telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini" Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu. "Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak," katanya. "SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk buktikan kepada semua yang ia tidak boleh dimanipulasi", tambahnya]. tvsnews |
| Warta Pahang: Exco Kesal Pihak Tertentu Jadikan Tazkirah 'Tarawih' Ruang Untuk Ceramah Politik ! Posted: 06 Aug 2011 02:21 AM PDT ![]() KUANTAN, 6 Ogos - Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang tarawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco Kerajaan Negeri Pahang Dato' Wan Adnan Wan Mamat (foto) berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas. "Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini. Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada JAIP sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya. Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada PRU lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan. [Tazkirah Ramadan sebenarnya adalah ruang berguna untuk menyampaikan dakwah Islamiah dengan lebih berkesan kepada semua umat Islam. Ada surau dan masjid yang tidak mengadakan tazkirah dengan sekadar berdoa semata-mata. Namun ada pula yang mengadakan tazkirah seperti yang dituntut dalam Islam. Ada kalanya, tazkirah itu menyentuh isu-isu panas yang berkaitan permasalah umat Islam semasa di negara ini. Ia tidak bermakna berunsur politik, cuma orang politik perlu sabar dan redha menerima teguran yang disampaikan itu sebenarnya. Islam dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Makanya, sudah menjadi adat kepada sesetengah pihak yang merasa tersiksa apabila mendengar tentang kebenaran. Walhal, ia bukanlah untuk kepentingan politik pihak tertentu. Cuma, bila bercakap soal Islam yang sebenarnya memang ia akan terkena batang hidung mereka yang terbabit. Oleh itu, mereka perlulah berlapang dada dalam menerima teguran itu. Biar pun pahit tapi terimalah seadanya]. |
| Warta Pahang Daripada Pelbagai Sumber Media Posted: 05 Aug 2011 07:26 AM PDT Mulai sekarang Pahang Daily Online (PDO) akan menyiarkan berbagai informasi dan maklumat tentang Pahang menerusi ruangan Warta Pahang yang kami wujudkan. Berita yang dipaparkan adalah berkaitan isu semasa dan hal ehwal dalam negeri Pahang sahaja. Dengan berita ini ia akan mendekatkan lagi rakyat Pahang seantero dunia dengan kampung halaman masing-masing. Kepada anda yang ingin menghantarkan bahan berita dan maklumat yang tidak bertujuan komersial, sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com (sertakan gambar dan maklumat berkaitan) untuk memudahkan segala urusan yang berkenaan. Harap Maklum
Penduduk Kecewa Sampah Lama Tidak Di Pungut
[Artikel yang disiarkan di sini adalah dipetik daripada pelbagai sumber media. Kami tidak mengubah isi artikel terbabit untuk memberi peluang kepada pembaca menilai dan membuat perbandingan isu-isu yang dipaparkan. Kepada pembaca terutamanya rakyat Pahang yang mempunyai apa saja berita menarik di kawasan masing-masing, anda bolehlah menghantar berita dan artikel tersebut ke pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan. Seelok-eloknya, serta sekali gambar-gambar yang berkaitan supaya ia lebih menarik. Harap Maklum]. |
| Eksklusif: Info Cyber Warta Selangor 05 Ogos 2011 Posted: 05 Aug 2011 02:07 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan