MIMPI SENJA |
- Kenapa Gereja? Mana rumah perlindungan Islam?
- Penguatkuasa tahan 2 pasangan buat 'projek' siang hari di bulan puasa ...
- Juboq Sayfool kosong kata doktor
- Semalam artis bernikah ... ni artis bercerai pula
- Menghina Najib dan si Katek, Kompas dipaksa minta maaf
Kenapa Gereja? Mana rumah perlindungan Islam? Posted: 23 Aug 2011 10:08 PM PDT Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja. Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini. Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam. Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan. Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu, "Apa-lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara se-Islam yang sakit pun tidak dihiraukan". Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu, "Imam masjid sebelah selalu datang" Hati saya menyapa:- Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..." "Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah." Hati saya menyapa:- "Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu." Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan? Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai? "Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:- "Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.." Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:- "Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..." Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza. Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:- "Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.." Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini" Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta. Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:- "Nanti datang lagi ye.." Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:- "Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah." Kami meninggalkan tempat ini. InsyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya. Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam. Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan. InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam. Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin... "Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat" Al-Fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Putra Heights |
Penguatkuasa tahan 2 pasangan buat 'projek' siang hari di bulan puasa ... Posted: 23 Aug 2011 07:30 PM PDT TANAH MERAH - Gara-gara ingin memadu asmara, dua pasangan ditahan oleh empat anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah disalah sebuah hotel di Jalan Jedok jam 9 pagi semalam. Menurut sumber, serbuan tersebut adalah untuk operasi rutin bulan Ramadan jika ada individu yang tidak puasa, namun yang ditahan adalah dua pasangan di bilik berasingan di hotel tersebut. Serbuan ke atas pasangan pertama, yang mana gadis berusia 20 tahun bersama pasangan berusia lingkungan lewat 40-an mengambil masa 30 minit kerana mereka enggan membuka pintu bilik. Menurut sumber, apabila pintu bilik dibuka kedua-dua mereka berpakaian lengkap di mana gadis dijumpai berada dalam tandas. Manakala pasangan kedua yang ditahan berusia awal 20-an dan dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan. Pegawai JHEAIK Tanah Merah , Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika ditemui Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut. "Kedua-dua kes tersebut akan dibicarakan mengikut seksyen 9(1) 9 (2) Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan akan dibicarakan pada 1 Novembe depan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah. "Kes tersebut adalah yang kedua sepanjang bulan Ramadan selepas di Becha Laut baru-baru ini," katanya. Nik Zuhdi juga menasihatkan, agar orang yang beragama Islam berkelakuan baik dan menghormati kesucian bulan Ramadan. "Saya harap, semua individu yang beragama Islam, patuh kepada tuntutan agama dan sentiasa mengikut batas-batas yang digariskannya jangan hanya mengikut nafsu," katanya. |
Juboq Sayfool kosong kata doktor Posted: 23 Aug 2011 10:02 AM PDT Saya bukan pakar bedah. Saya juga bukan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan terhadap mangsa liwat. Tetapi saya ni bukan pelupa, Insyaallah dalam usia yang masih muda belum separuh abad saya boleh mengingat kembali perkembangan kes Liwat 2 yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Masih ingat lagi keterangan Saiful di mahkamah mendakwa selepas diliwat, dia tak buang air besar selama dua hari. Kesian si Saiful sampai sembelit dikerjakan. Saiful juga beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan. Hari ini saksi pendakwa iatu Pakar Bedah dari HKL nampaknya terperangkap apabila diasak bertubi-tubi oleh peguam DSAI. Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong." "Rektum kelihatan kosong, jadi saya mencatatkan sebagai kosong," kata pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini ketika disoal balas oleh peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair. Jadi ke mana perginya 'bahan buangan' yang 2 hari diperam oleh Saiful selepas diliwat sebelum diperiksa oleh pakar HKL? Saiful buang ikut mulut atau ghaib begitu sahaja? Saiful beritahu semasa diliwat minyak pelincir digunakan? Pelik bin ajaib mengapa selepas kira-kira 3 jam diperiksa oleh pakar HKL tidak ada sebarang minyak pelincir dikesan. Walhal Saiful kata dia tak basuh selepas diliwat. Adakah Saiful guna minyak senyonyong sehingga tak dapat dikesan? - Baginda Reformasi |
Semalam artis bernikah ... ni artis bercerai pula Posted: 23 Aug 2011 05:17 AM PDT PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar. "Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya. "Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya. Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius. Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran. Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai. Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya. Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun. |
Menghina Najib dan si Katek, Kompas dipaksa minta maaf Posted: 23 Aug 2011 12:11 AM PDT Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas. Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia. Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia". Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah. Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene. Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib – seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia – bertindak segera mententeramkan keadaan – dengan meminta Kompas memohon maaf. Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet. Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu. Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu. Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib. Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa". Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'. Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'. Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: "Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga." Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu. Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka. - Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan