MIMPI SENJA |
- Al Fatihah ... Novelis Azizi Abdullah Meninggal Dunia
- Menantu Pak Lah buat cerita meleleh ayaq mata
- Kira pi kira mai depa tak boleh nak menang lagi ... Jadi pendaftaran pendatang disambung lagi ... hahaha
Al Fatihah ... Novelis Azizi Abdullah Meninggal Dunia Posted: 20 Aug 2011 09:55 PM PDT GEORGETOWN: Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas. Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April. Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang. Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas. Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor. Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira. Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas. - BERNAMA STONE : Takziah buat keluarga ... semoga allahyarham Azizi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... Al Fatihah |
Menantu Pak Lah buat cerita meleleh ayaq mata Posted: 20 Aug 2011 09:17 PM PDT Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang KOTA BAHARU - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang. Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang. "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini malam tadi. Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa. Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. - Bernama |
Posted: 20 Aug 2011 07:29 AM PDT Tempoh Pendaftaran Program 6P Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos - Mahmood Adam KUALA LUMPUR: Tarikh akhir pendaftaran biometrik bagi pekerja atau pendatang asing tanpa izin di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan dari Ahad ke 31 Ogos ini. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, Sabtu, langkah itu diambil selepas mengambil kira pihak majikan dan pendatang asing tanpa izin masih datang beramai-ramai ke kaunter pendaftaran. Katanya, pelanjutan tarikh akhir itu juga dibuat selepas mempertimbangkan inisiatif beberapa agensi pendaftaran 6P berlesen yang memasuki kawasan pedalaman untuk mendaftarkan mereka yang enggan keluar dari kawasannya bagi urusan tersebut. "Ia mengambil masa untuk memujuk golongan tersebut untuk mendaftarkan diri. Mereka hanya bekerjasama baru-baru ini. "Oleh itu, sekiranya tarikh akhir tidak dilanjutkan, sebilangan besar mereka tidak dapat didaftarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini akan menggagalkan matlamat usaha 6P," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu. Mahmood menggesa semua majikan dan pendatang asing tanpa izin merebut peluang itu kerana tarikh akhir pendaftaran tidak akan dilanjutkan lagi. Selepas itu, katanya, program 6P akan memasuki fasa amnesti yang berikutnya dan ia dijangka bermula pada pertengahan September. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan