Kelab Greenboc |
- Latah Isteri Selamatkan Suaminya Dari Dibaham Buaya
- Kenalkah Pemimpin PAS Siapa Allahyarham Azizi Hj Abdullah?
- Isu Mentega Golden Churn: Kenyataan JAKIM Buat Masyarakat Islam Keliru!
- Remaja Perempuan Maut Terkena Petir - Bukan Kes Pertama
- Kudis Polis Yang Semakin Terdedah, Wanita Dakwa Dicabul 11 Polis
- Pegawai SKMM Sudahlah Aju Soalan Bodoh, Berlagak Samseng Pula
- Jari Kaki Saya Pun Ketawa Dengar SPR Kata Kesilapan Hanya 0.0001% - Lateefa
- Pilihanraya Tak Tunggu PSC, Rakyat Semakin Sangsi Tujuan Sebenar Najib
Latah Isteri Selamatkan Suaminya Dari Dibaham Buaya Posted: 21 Aug 2011 12:30 AM PDT Kuching: Jeritan seorang isteri yang menghidap penyakit latah menyelamatkan suaminya, Wan Sahari Wan Ateng, 47, daripada dibaham buaya di Sungai Paroh, di sini, malam kelmarin. Gambar fail Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Wan Sahari, yang sedang menjala udang bersama isterinya Saliah Jini, 47, tiba-tiba diserang buaya yang dianggarkan sepanjang 6.5 meter. Melihat buaya yang muncul di tepi perahu mereka menyambar lengan kanan suaminya, Saliah, melatah dan jeritannya menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitannya. "Selepas menyambar lengan saya, buaya itu cuba menarik saya ke dalam sungai dan ketika itu saya hanya terfikir akan mati namun saya berusaha menggagahkan diri melawannya menyebabkan perahu kami senget dan hampir karam. "Isteri saya yang menghidap latah terkejut melihat kejadian itu dan menjerit dengan suara yang cukup kuat menyebabkan buaya itu berundur tiba-tiba dan terus hilang dalam gelap," katanya. Sambil mengucapkan syukur terselamat daripada kejadian yang menakutkan itu, Wan Sahari, turut berterima kasih kepada isterinya kerana jeritannya berjaya menakutkan reptilia ganas itu. "Kalau tidak kerana jeritannya, tidak tahulah nasib saya. Syukurlah Tuhan melindungi saya menjelang 10 hari lagi kita menyambut hari raya," katanya sambil menunjukkan kesan gigitan buaya itu di lengan kanannya. Bapa kepada sembilan anak itu berkata, kejadian itu adalah kali pertama sejak menjadi nelayan sungai sepenuh masa selepas berhenti kerja dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) 17 tahun lalu. "Sebelum ini, sudah beberapa kali perahu yang saya naiki terlanggar reptilia itu selain terserempak buaya yang timbul berdekatan perahu, namun apabila menyedarinya saya akan segera berpindah ke tempat lain," katanya. Ulasan GB Takdir Allah, siapa sangka. Seorang perempuan yang melatah... tiba-tiba jadi penyelamat kepada suaminya. Subhanallah, tiada satu pun dari Allah itu sia-sia.... |
Kenalkah Pemimpin PAS Siapa Allahyarham Azizi Hj Abdullah? Posted: 20 Aug 2011 11:50 PM PDT Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi. Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini. Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. -HD Ulasan GB GB telah menyiarkan satu entri khusus mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Azizi pada 20 Mei yang lalu bertajuk Azizi Terlantar Di ICU, Pemimpin PAS Bersegeralah Menziarahinya. Kalau ada pemimpin tertinggi PAS yang pergi menziarahinya, syukurlah tetapi jika tiada, maka beringatlah! Kini beliau sudah tiada lagi, tetapi jasa beliau kepada perjuangan Parti Islam SeMalaysia belum sempat diiktirafkan oleh parti. GB agak terkilan sikap parti yang kurang mengindahkan pejuang-pejuang belakang tabir yang banyak membantu parti terutama yang menulis melalui blog-blog seperti Allahyarham Azizi. Meskipun PAS mengakui sumbangan media baru terutama blogger yang menyebabkan kemenangan PAS di beberapa siri pilihanraya umum dan kecil, namun pemimpin tertinggi parti, dari satu muktamar ke satu muktamar, tidak pernah secara rasmi, menghargai sumbangan para blogger ini. Sememangnya para blogger berjuang tidak mengharapkan balasan manusia, tetapi sepatutnya menjadi kewajipan parti menghargai sumbangan mereka ini. Telah banyak diulas mengenai hal ini (ketidak-pekaan parti terhadap sumbanga blogger) sebelum ini, namun ia umpama mencurah air di daun keladi.... para pemimpin PAS sudah senang lenang dengan gaji dan elaun sebagai wakil rakyat sedangkan para blogger berhempas pulas separuh mati menjadi benteng utama parti di dalam siber dilupakan. Siapa yang ada memperdulikan nasib mereka selama ini? Hanya Allah s.w.t. Yang Maha Tahu. Penah sewaktu GB sendiri satu ketika terlantar sakit di hospital, tak siapa ambil peduli. GB wujudkan sebuah tabung Kelab GB merayu simpati agar GB dapat terus membantu perjuangan parti, haram, tak der seorang pun YB-YB PAS menghulurkan simpati kecuali beberapa ahli bertaraf penampal poster yang menjadi rakan untuk berkongsi doa dan harapan. Sejak itu, GB kenal watak manusia yang memegang jawatan parti ini apatah lagi apabila sudah bergelar YB. Itu sebab agaknya mengapa ramai juga blogger kita yang telah menarik diri seorang demi seorang di alam siber ini. Yang tinggal kebanyakannya blogger "100% salin-tampal", itupun mujur mereka masih rajin lagi. Dan mungkin ini juga salah satu faktor prestasi PAS sudah mula merudum di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini sebagai hukuman terhadap kealpaan parti. Dan GB melihat, hukuman itu akan berjalan lagi ke atas pemimpin-pemimpin PAS, ramai yang akan kalah selepas ini. Entahlah. Diharap penglihatan GB itu tidak benar. Wallahu 'alam bissawab. Kepada keluarga Allahyarham Azizi Hj Abdullah, kita mengucapkan slaam takziah dan semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah. Petikan ulasan GB yang lalu: GB tersentak membaca berita mengenai seorang penyokong kuas PAS dari kalangan penulis/sasterawan yang kini terlantar di ICU. |
Isu Mentega Golden Churn: Kenyataan JAKIM Buat Masyarakat Islam Keliru! Posted: 20 Aug 2011 09:30 PM PDT Hanya mentega Golden Churn New Zealand tak halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter'keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal. Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas. Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas. --Bernama Ulasan GB Soalan GB yang pertama kepada JAKIM, apakah JAKIM sudah melakukan ujian, pemeriksaan dan siasatan ke atas mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat SELAIN DARIPADA Ballantyne Food Pty (New Zealand) sehingga JAKIM menyatakan "hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal"? Kerana semua orang tahu bahawa sesuatu jenama walaupun dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza di negara yang berbeza akan tetap menggunakan resipi yang sama. Justeru itu dimana letaknya kebenaran dan kesahihan untuk "mengharamkan" produk mentega dari Ballantyne Food Pty (New Zealand) dan menghalalkan mentega yang sama dari negara lain? Apakah kerana apabila Ballantyne Australia mendakwa ada sijil halal maka JAKIM menyatakan hanya dari Ballantyne New Zealand sahaja yang haram? Sijil Halal untuk Ballantyne Australia siapa yang keluarkan? Sekarang nyatakan samada JAKIM sudah membuat ujian keatas mentega-mentega Golden Churn yang dikeluarkan selain dari Ballantyne New Zealand dan nyatakan Golden Churn yang negara mana statusnya halal supaya umat Islam tidak keliru dan dikelirukan. Seperkara lagi GB ingin menarik perhatian di sini ialah tatkala negara sedang membincangkan isu-isu besar seperti pembersihan pilihanraya, tetapi JAKIM masih terkepung dengan isu-isu furu'iyah seperti hukum memakan cicak tokeklah, hukum gunakan inhaler masa puasalah dan yang seumpama. Tetapi belum ada kenyataan JAKIM dikeluarkan apa hukumnya jika SPR melakukan penipuan di dalam pilihanraya, apa hukumnya menggunakan kaedah pengundi hantu dan pengundi klon dan apa hukumnya jika pilihanraya di dalam negara berlansung di dalam keadaan yang penuh meragukan dan dipersoalkan rakyat? Mengapa JAKIM membisu di dalam hal-hal yang lebih utama tetapi lebih kepada persoalan cabang di dalam Islam? Ia mengingatkan saya kisah seorang ulamak yang datang menemui Ibnu Umar r.a. Dia datang bertanya: "Ya Ibnu Umar, apakah hukumnya darah nyamuk kalau darah nyamuk kena baju?" Ibnu Umar menyoalnya: "Dari mana engkau datang?" Dia menjawab: "Dari Iraq" Kata Umar : "Kamu datang dari Iraq ke Mekah, kamu tanya aku tentang darah nyamuk? Sedangkan ramainya darah umat Islam yang dtumpahkan di Iraq di hadapan kamu secara zalim kamu tidak tanya, kamu tanya aku apa hukum darah nyamuk terkena baju? Perkara kecil kamu bisingkan perkara besar kamu tutup mata?" |
Remaja Perempuan Maut Terkena Petir - Bukan Kes Pertama Posted: 20 Aug 2011 07:24 PM PDT Tanah Merah: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin. Gambar: DI SINI... lokasi Siti Munirah maut dipanah petir. Gambar kecil, Siti Munirah. Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan. Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya. Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari. "Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit. "Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan. "Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam. Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah. "Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap. "Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum," katanya. Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus. -hm
Ulasan GB Ini bukan kejadian pertama. Sebelum ini GB pernah menyiarkan kisah mengenai tiga orang yang sedang berteduh dari hujan di sebuah wakaf di tepi sawah nyaris maut apabila mereka secara tiba-tiba disambar petir dalam kejadian di Kampung Durian Telur, Hulu Besut. Kenapa merbahaya menggunakan handfon sewaktu petir? Handfon memancarkan tenaga elektromagnet yang menarik tenaga-tenaga lainnya seperti eletrik untuk mendekat. Sehingga bila kita menggunakan handfon sewaktu hujan maka terdapat kemungkinan kita boleh disambar oleh petir yang bertegangan tinggi itu. Hal itu boleh saja terjadi lantaran handfon terdiri dari komponen-komponen yang mengandungi logam, dan logam tersebut berhubungan langsung dengan tubuh si pengguna. Justeru sambaran petir ke arah hanfon akan lansung mengena kepada pemegangnya. Justeru berwaspadalah selalu! |
Kudis Polis Yang Semakin Terdedah, Wanita Dakwa Dicabul 11 Polis Posted: 20 Aug 2011 04:56 PM PDT Wanita dakwa dicabul 11 polis Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini. Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya. Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk. "Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000. "Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya. Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu. Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu. Ulasan GB Setelah negara dikejutkan dengan 5 anggota konstabel yang merompak 16 warga Bangladesh semalam, kini negara tersentak dengan pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabuli oleh polis secara berkumpulan 11 anggotanya. Maruah dan integriti pasukan polis semakin hanyir dan membusuk. Keengganan mereka untuk melakukan pembersihan total di kalangan pasukan mereka menyebabkan Tuhan mendedahkan kudis-kudis mereka satu demi satu, hasil daripada penafian mereka selama ini terhadap kezaliman, kekejaman dan keganasan yang mereka cuba selindungi dan menyapunya ke bawah karpet. Tanpa pembersihan total, atau reformasi atau transformasi (sebutlah apa juga istilah yang hendak dipakai) bagi membersihkan pasukan polis ini, ia akan tetap berkudis dan bernanah... Kebenaran yang nyata daripada Tuhan tidak dapat ditutup dan dilawan dengan penafian berdegar-degar oleh ketua-ketua mereka kerana seperti yang GB katakan tadi, kekejaman, kezaliman dan keganasan itu akan terus menjadi kudis yang hanyir dan membusuk yang merupakan bakteria yang bakal menghancurkan pasukan polis sendiri. Hanya menunggu masa. |
Pegawai SKMM Sudahlah Aju Soalan Bodoh, Berlagak Samseng Pula Posted: 20 Aug 2011 01:00 PM PDT Soal siasat SKMM: Jurugambar Suara Keadilan diaju soalan 'bodoh' KUALA LUMPUR: Yuisriah Yusof (gambar), Ketua Jurugambar Suara Keadilan – sebuah akhbar rasmi KEADILAN, berdepan pelbagai soalan tidak munasabah dan 'bodoh' sepanjang Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil keterangannya. "Adakah patut SKMM tanya: Adakah kamu yang muat naik gambar dalam portal Malaysian Insider? Adakah gambar itu diubah suai? "Saya jawab, kerja saya hanya tangkap gambar, tidak tahu nak adobe (ubah suai)," katanya yang tidak mahir menggunakan photoshop, malah komputernya juga tidak ada perisian itu. Beliau ditanya kira-kira lapan soalan ketika memberi keterangan di pejabat SKMM di sini, petang ini ditemani peguam dari Lawyer For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri. Yuisriah atau lebih mesra dipanggil Kak Yuis dipanggil SKMM kerana membantu siasatan berhubung gambar kecederaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry. Pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, Fayyadh cedera teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata di laluan bawah KL Sentral. Lima plat besi terpaksa dimasukkan di tulang pipi Fayyadh manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut berada di lokasi sama, pula cedera di kepala hingga menerima enam jahitan. Gambar kecederaan Fayyadh yang berlumuran darah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera, sempat dirakam Yuisriah yang membuat liputan di kawasan itu sebelum tersebar luas di internet. Ketika ditemui di lobi pejabat itu, Fadiah menyatakan kekecewaannya dengan gelagat pegawai penyiasat SKMM kerana mengugutnya keluar dari bilik siasatan sedangkan beliau ada tanggungjawap terhadap anak guamnya. "Apabila saya masuk ke dalam, sua pegawai itu menjerit, suruh keluar. Mereka ugut mahu panggil polis tapi bila saya tanya nama, mereka cuma kata – jangan bercakap soal undang-undang. "Ini melanggar undang-undang dan mengancam saya selaku peguam. Saya kecewa kerana tidak menghormati saya sebagai peguam," katanya. -KD
Ulasan GB Semakin hari semakin banyak kisah pegawai-pegawai dari agensi-agensi penguatkuasa undang-undang samada polis, SPRM dan kini SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) berlagak samseng dan merasakan dia paling berkuasa di dalam negara ini. Keganasan mereka yang tahapnya binatang sudah tidak terbendung lagi semenjak akhir-akhir ini. Ini adalah akibat dari sistem pemerintahan yang bobrok dan kacau bilau - dan ia perlu dihentikan sesegera mungkin sebelum rakyat menjadi mangsa kerakusan pihak yang terlibat. Saya ingin ulangi, jika PR memerintah, mereka ini tidak akan dilepaskan lagi... ke lubang cacing kita akan cari! |
Jari Kaki Saya Pun Ketawa Dengar SPR Kata Kesilapan Hanya 0.0001% - Lateefa Posted: 20 Aug 2011 07:24 AM PDT Pemimpin PKR mencemuh dakwaan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz Mohd Yusof yang membuat kenyataan bahawa margin kesilapan dalam daftar pemilih hanya 0.0001 peratus daripada jumlah 12.4 juta pengundi berdaftar. "Jari kaki saya pun ketawa," kata pengerusi hal ehwal undang-undang PKR, Latheefa Koya,dengan nada yang tidak ceria. Sekiranya dakwaan Abdul Aziz itu adalah benar, ini bermakna hanya 12.4 pengundi yang terjejas. Apabila dibandingkan dengan senarai panjang kes-kes yang dikeluarkan oleh pihak PKR, PAS dan DAP, telah menunjukkan beribu-ribu pengundi terlibat. Exco Kelantan, Husam Musa turut menunjukkan bukti 100,000 pekerja asing yang diberi kewarganegaraan sebagai pertukaran mengundi BN. Kenyataan ketua SPR ini jelas kelihatan bodoh dan defensif. Serangan senjata terbaik Pada sidang media di Putrajaya, Aziz telah memutuskan bahawa serangan adalah pertahanan yang terbaik, dan bermula dengan memberi amaran agar Bersih jangan "mengacukan pistol" di kepalanya. Beliau berkata SPR bersedia untuk mempertimbangkan tuntutan Bersih tetapi berhak untuk tidak melaksanakan 8 langkah reformasi pilihan raya itu. "Saya memberitahu mereka agar jangan berbuat demikian (meletakkan pistol di kepalanya). Anda boleh mencadangkan apa-apa dan beberapa cadangan mungkin kita persetujui dan mungkin juga tidak. Tetapi jangan harapkan kita untuk bersetuju dengan kesemuanya, "kata Abdul Aziz pada hari Jumaat. "Walaupun bilangannya agak kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding dengan 12.4 juta, tetapi kita tetap membersihkannya setiap hari. Bersih melaporkan di media satu atau dua kes, dan mereka membuat ia seolah-olah seperti tiga perempat daripada keseluruhan adalah kotor . Walaubagaimanapun, bilangan sebenar adalah sangat kecil ". Beliau juga cuba menyangkal aduan yang penyelenggaraan rekod SPR adalah sangat lemah. Pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih telah ditemui dan dilaporkan, termasuk pengundi dengan dua identiti, seorang pengundi yang salah dinamakan sebagai 'Kg Baru dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud. "Kita hanyalah manusia, dan kita boleh membuat kesilapan.Wartawan juga kadang-kadang melaporkan berita yang salah. Hal yang sama dengan kerani saya. Janganlah terus mengetengahkan perkara sebegini, ia tidak adil ," kata Aziz. Beliau kemudiannya menawarkan untuk "membersihkan" daftar pemilih bersama-sama, akan tetapi tidak ramai yang mengambil serius komen-komennya. Pemimpin PKR bersetuju bahawa manusia memang mudah melakukan kesilapan, tetapi mereka menegur kerana kesombonganAbdul Aziz. Kalau bukan kerana kes yang timbul minggu lalu, beliau dan SPR akan terus bertegas bahawa daftar pemilih tidak perlukan pengauditan. Pakatan mungkin akan boikot PSC Abdul Aziz juga berkata suruhanjaya itu mengalu-alukan cadangan jawatankuasa parlimen reformasi itu dan mengatakan bahawa dia akan bertemu dengan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membincangkan hal itu pada Isnin depan. Walau bagaimanapun, PSC telah dikritik sebagai salah satu lagi taktik melambat-lambatkan, dan kemungkinan Pakatan Rakyat tidak akan mengisi 3 kerusi yang ditawarkan pada panel yang terdiri daripada 9 ahli itu. Bersih sebelum ini telah mencadangkan PSC untuk dijadikan sebagai Suruhanjaya Diraja Siasatan terhadap reformasi pilihan raya di Malaysia dan mahu "istilah-rujukan" untuk jawatankuasa itu disediakan dalam tempoh setahun selepas penubuhannya. Ia juga menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk SPR tidak melaksanakan tuntutan terhadap 8 perkara asas itu dengan serta-merta. Sementara itu, PAS ingin menawarkan satu cadangan balas kepada PSC yang dianngap tidak memuaskan hati ramai pihak disebabkan komposisinya adalah tidak adil dan juga tidak melibatkan Bersih. Pemimpin-pemimpin PAS mahu jawatankuasa itu untuk menjadi satu jawatankuasa bukan Parlimen dan melibatkan badan-badan lain termasuk Majlis Peguam dan NGO. - Malaysia Chronicle SPR dakwa kesilapan daftar pemilih hanya 0.0001% |
Pilihanraya Tak Tunggu PSC, Rakyat Semakin Sangsi Tujuan Sebenar Najib Posted: 20 Aug 2011 04:02 AM PDT PSC : Kenyataan Terbaru Najib Buat PR Makin Sangsi KUALA LUMPUR 20 OGOS : Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keghairahannya membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ,hari demi hari menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Pakatan Rakyat akan sejauh mana keikhlasan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) itu. Hal ini kerana, Najib dalam kenyataan terbarunya berkata, parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu PSC. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antaranya yang nyata terkilan dengan kenyataan terbaru Najib itu. "Sejauh mana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?," Nik Aziz dipetik sebagai berkata. Najib petang semalam memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. "Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam. Sementara mandat semasa parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya. Jawatankuasa itu akan dibentuk Oktober ini. Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri. Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa. "Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya. "Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan," kata Dr Tan yang juga ahli parlimen Kepong. Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal, bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan. Tak Perlu Tunggu PSC, Pilihan Raya Boleh Pada Bila-Bila Masa Pun-PM Ulasan GB GB sudah ulas sebentar tadi di SINI. Petikan: Bukankah kenyataan Najib di atas satu BUKTI NYATA bahawa Najib itu seorang pendusta dan penubuhan J/P Khas Pilihanraya yang diwarwarkan sebelumnya adalah satu sandiwara semasa? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan