MiLo SuaM |
Kenyataan Pengerusi SPR bercanggah dengan timbalannya Posted: 25 Aug 2011 02:26 PM PDT AKHIRNYA Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilihat sudah hilang sabar setelah terlalu lama menjadi "tunggul kayu". Mana tidaknya, sebelum ini Pengerusi SPR ini bagaikan patung yang tiada fungsi kerana timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang terlalu menonjol berhubung pelbagai isu berbangkit tentang SPR. Apa yang menariknya, kali ini Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan yang sangat bercanggah dengan timbalannya. Kenyataan beliau dilihat lebih mesra rakyat berbanding timbalannya yang dilihat sangat pro kepada kerajaan Barisan Nasional [M'siakini]. Jelas di sini bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof sudah tidak tahan melihat timbalannya yang sering mencipta pelbagai alasan untuk tetap melaksanakan program biometrik yang menelan belanja dan masa yang besar. Pengerusi SPR pro dakwat kekal, manakala timbalannya pula pro biometrik. Secara rasionalnya timbalan harus akur kepada pengerusi, takkanlah pengerusi kena dengar kata timbalan, this is very very wrong! Hal ini juga menimbulkan persoalan mengapakah timbalan SPR terlalu lama duduk di jawatan itu sedangkan pengerusinya sudah berulang kali dan bersilih ganti. Adakah timbalan SPR ini yang selama ini menjadi master mind? ReJaM© "Beli rumah cash RM400, 000 banyak duit kau?" |
TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud! Posted: 25 Aug 2011 07:12 AM PDT SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya. Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam. Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya. Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia. Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu. Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin. Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya. Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian? Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian. ReJaM© "Nak tipu pun agak-agaklah beb, kesian orang kampung kena kencing..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan