Blog-list Malaysia |
- Pengundi dakwa didaftar tanpa pengetahuan
- Mufti pertahan kenyataan, kerajaan rasuah tidak amanah
- Ketua Umno Padang Serai letak jawatan
- Mungkin ada sperma Saiful di dubur sendiri, kata pakar
- Pakar DNA: Sampel tak dilabel dengan sempurna
- PERKASA Dah Jadi PERKASAM.. Goyang Macam Lalang
- Anwar berjaya menjerat musuhnya
- Penipuan Ahli Kimia Malaysia Dibongkar Pakar Australia
- Pemuda PAS tolak undi pos luar negara
- Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’
- 'Parti mengadu senarai kotor tapi cuba daftar orang mati'
- Fitnah II: Bukti pendakwa raya tidak lengkap, diubahsuai- peguam
- SPR Mengakui Kebaikan Penggunaan Dakwat Kekal
Pengundi dakwa didaftar tanpa pengetahuan Posted: 26 Aug 2011 01:22 AM PDT Selain daripada kecacatan yang dikesan dalam daftar pemilih, proses pendaftaran pengundi juga terdedah kepada penyalahgunaan apabila rakyat Malaysia di seberang laut dikesan didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka. Malaysiakini menerima aduan daripada dua orang pengadu berkenaan yang terkejut apabila mengesan nama mereka di dalam daftar pemilih, walau individu berkenaan tidak pernah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih. Seorang pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Ng mendapat tahu perkara itu selepas menyemak status beliau melalui sistem dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos lalu. Beliau berbuat demikian atas dasar "ingin tahu" selepas membaca di dalam satu forum online mengenai dakwaan bahawa pekerja asing tanpa izin telah didaftarkan sebagai pengundi. Beliau terkejut apabila mendapat keputusan "permohonan yang sedang diproses" selepas membuat semakan tersebut. Ini menimbulkan syak kepada dirinya memandangkan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini. "Nama, nombor MyKad dan alamat itu adalah milik saya," katanya kepada Malaysiakini melalui e-mel. Ng kemudiannya memfailkan aduan kepada SPR melalui e-mel dan seterusnya mendapat jawapan bahawa permohonan beliau untuk mendaftar sebagai pengundi telah dibuat pada Jun 2011. Setelah itul, beliau menyemak kembali sistem pengesahan di laman SPR dan mendapat tahu bahawa permohonannya telah diluluskan. Apa yang menghairankan, Ng mendakwa beliau berada di luar negara pada waktu ini dan telah berlepas keluar daripada Malaysia sejak awal 2011. Sejak itu, beliau juga tidak pernah pulang ke tanah air, kata Ng lagi yang mengesyaki bahawa seseorang telah menggunakan MyKad beliau untuk mendaftar, kata Ng lagi. Mengulas dakwaan itu, seorang pegawai SPR menjelaskan perkara itu mungkin disebabkan oleh pegawai penolong pendaftar (ARO) yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan daripada mereka merupakan wakil daripada parti politik yang dibenarkan untuk mempunyai dua orang ARO untuk setiap DUN. "Ia mungkin berlaku apabila sebilangan ARO, terutamannya daripada parti politik, mendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan individu berkenaan dengan menggunakan maklumat MyKad mereka," katanya yang enggan dinamakan. Malaysiakini |
Mufti pertahan kenyataan, kerajaan rasuah tidak amanah Posted: 26 Aug 2011 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah. "Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam negara," katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Bercakap dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini, Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada mengingatkan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Malah beliau turut mendedahkan pernah menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat tanpa mengemukakan empat saksi. Ia katanya, bagi mengelakkan perpecahan di kalangan orang Melayu-Islam. Namun Mufti paling kanan di Malaysia dan pernah diberi gelaran sebagai ulama Pro Umno ini berkata, nasihat itu,tidak dihiraukan Mahathir. Malah beliau turut memberi tiga nasihat kepada bekas Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi , namun kesemuanya ditolak. Ketika ditanya kenapa beliau kini dilihat berani mengkritik kerajaan, Harussani berkata, ia adalah menjadi kewajipan setiap mufti untuk menegur pemerintah. "Kalau tak berani tegur, jangan jadi mufti. Sebab akhirnya nanti, di belakang-belakang (kerajaan) pun, kita akan kritik juga," "Sudah 54 tahun negara merdeka, tapi kedudukan ekonomi orang Melayu dan orang Islam masih ketinggalan. Ada pula yang salah anggap dengan apa yang saya katakan. Inilah dia masalahnya pemimpin-pemimpin Melayu," katanya lagi. Mufti yang dilihat lantang dalam isu Melayu-Islam itu menambah, kedudukan setiap rakyat di negara ini akan terbela dan terpelihara sekiranya semua pihak kembali kepada perlembagaan. "Semua akan terbela jika semua faham dengan perlembagaan. Tak perlulah sampai nak diada-adakan perlembagaan yang baru. Untuk negara ini, kalau kita kembali kepada perlembagaan, semua akan selamat," kata beliau. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19646 |
Ketua Umno Padang Serai letak jawatan Posted: 26 Aug 2011 12:07 AM PDT PADANG SERAI, 26 Ogos ─ Ketua Umno Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas. Dipetik Bernama Online, Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu. "Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya. |
Mungkin ada sperma Saiful di dubur sendiri, kata pakar Posted: 25 Aug 2011 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Seorang pakar Australia tidak menolak kemungkinan sperma Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri ditemui pada dubur si pengadu itu. Dr Brian McDonald, saksi keempat pihak pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu. "Beliau mengandaikan adanya sel-sel 'epithelial' pada pecahan (sperma). Beliau tidak melakukan ujiannya dengan rapi," kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi. Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: "Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu." |
Pakar DNA: Sampel tak dilabel dengan sempurna Posted: 25 Aug 2011 09:12 PM PDT Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan hari ini dengan pakar DNA, Dr Brian McDonald meneruskan keterangannya sebagai saksi pihak pembela di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. McDonald menjelaskan bagaimana bahan kimia yang dipanggil DTT digunakan untuk memecahkan sel sperma untuk diambil DNA. Menurutnya, sampel tersebut tidak dilabel dengan sempurna - ia hanya dilabel sebagai B1 hingga B9 sahaja. McDonald juga berkata, ahli kimia Dr Seah tidak menyatakan dari mana datang swab tersebut. "Doktor HKL (Hospital Kuala Lumpur) tidak menggunakan sistem penomboran yang sama digunakan olehnya (Dr Seah). "Kita perlu mengandaikan dari mana swab itu diambil kerana ini tidak disebut dalam laporan Dr Seah itu," tambahnya. McDonald kata, Dr Seah mesti mengesahkan sama ada sampel tersebut adalah dari dubur dan rektum bagi kes liwat. "Ia boleh datang dari puntung rokok. Dr Seah tidak menyatakan maklumat itu dalam laporan tersebut," katanya. |
PERKASA Dah Jadi PERKASAM.. Goyang Macam Lalang Posted: 25 Aug 2011 05:47 PM PDT Perkasa: 'Orang Melayu tak berpecah, yang berpecah hanya pemimpin' KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ Perkasa bersetuju dengan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu wujud disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menegaskan, perpecahan orang Melayu tidak berlaku, sebaliknya yang berpecah adalah pemimpin-pemimpin kaum itu. Jelas beliau, perpecahan antara pemimpin Melayu itu berlaku disebabkan sikap mereka yang gemar menyalahkan antara satu sama lain selain turut menyebarkan fitnah. "Saya fikir Melayu tidak berpecah sebenarnya, yang berpecah sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu... fitnah-memfintah antara pemimpin Melayu lebih jelas puncanya dari rasuah penyebab Melayu berpecah. "Fitnah secara terang-terangan dapat jelas dibaca atau didengar di mana-mana saluran media atau ceramah. Kekayaan dan kuasa yang dikejar oleh pemimpin Melayu punca fitnah-memfitnah berlaku," katanya. Menurut Syed Hassan, Pakatan Rakyat juga tidak boleh memberi jaminan bahawa parti perikatan itu mampu membendung gejala rasuah yang turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan. "Tapi tidak jamin rasuah tiada, rasuah sudah jadi budaya masyarakat Malaysia termasuk orang Islam sendiri, pegawai jabatan agama pun ada ditangkap kerana rasuah. "Akhir sekali rasuah bukan hanya di kalangan pemimpin politik, yang lebih besar terlibat dengan rasuah adalah mereka yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas menjayakan dasar kerajaan dan negara," katanya. Jelas beliau, gejala tidak sihat dalam kalangan pegawai kerajaan boleh di atasi sekiranya agensi agama menyusun strategi untuk mencegah perkara itu. "Jadi, jabatan agama Islam besar tugas mereka untuk menyusun strategi bagi memberi ceramah yang lebih berkesan isu fitnah dan rasuah. "Di jabatan-jabatan kerajaan adakan siaran radio dalaman yang didengari oleh semua kakitangan yang sedang bekerja boleh mendengar sambil buat kerja, ceramah melalui kaset atau CD dari ulama-ulama yang tiada kepentingan politik untuk tajuk khas fitnah dan rasuah sekali pagi dan petang. Ini membolehkan mereka tidak mudah terpengaruh dengan mengikut nafsu jahat," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Bagaimanapun beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau. Syed Hassan menambah kedudukan orang Melayu akan lebih terancam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Jelas beliau, orang Melayu bukan sahaja akan berpecah malah akan menjadi "minoriti dan pupus" jika negara dipimpin parti perikatan itu. "Ada kebenaran kata Tan Sri Harussani itu.Tapi jika Pakatan memerintah bukan setakat Melayu berpecah malah boleh jadi bangsa Melayu menjadi minoriti dan akan pupus satu hari nanti bersama-sama pemimpin Melayu semua. "Jika Melayu bersatu, juga jangan fikir tidak akan ada rasuah... pembangunan Islam dan Melayu lebih terjamin jika Melayu bersatu," katanya. |
Anwar berjaya menjerat musuhnya Posted: 25 Aug 2011 10:13 AM PDT Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut. Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu. Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa? Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang. Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan. Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa. Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal. Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil. Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar. Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual. Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual. Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar. . Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ). Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan . Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar. Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya . Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar ! Oleh : Mohamed Hanipa Maidin |
Penipuan Ahli Kimia Malaysia Dibongkar Pakar Australia Posted: 25 Aug 2011 07:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon (gambar) telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai "lelaki Y", profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal," kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini. Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah. Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis. "Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal," kata beliau lagi. Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala. Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful. Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian "electropharogram" yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya. Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali "lelaki Y", yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful. Keterangan pakar itu akan disambung esok. Sumber Greenboc |
Pemuda PAS tolak undi pos luar negara Posted: 25 Aug 2011 07:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos. Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya. Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil. Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos. Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini. "Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. "Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini mencadangkan agar peraturan pilihanraya dipinda bagi membolehkan rakyat Malaysia selaku pengundi-pengundi yang berada di luar negara membuang undi secara pos. Beliau mencadangkan agar pindaan tersebut dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 bagi memberikan peluang kepada penduduk Malaysia yang berada di luar negara membuang undi dengan lebih mudah. Menurut Suhaizan, tindakan rakyat terutama menerusi himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu turut memaklumkan kekecewaan rakyat dengan perjalanan pilihanraya di negara ini yang dikendalikan oleh SPR yang tidak pernah bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk dengan adanya undi pos yang melibatkan polis dan tentera. "Perlaksanaan undi pos sememangnya penuh dengan ruang manipulasi. Ini antara lain terjadi kerana semasa proses pembuangan undi pos tidak terdapat pemerhati politik termasuk wakil-wakil parti yang bertanding. "Itulah sebabnya undi pos didesak dimansuhkan. Tetapi cadangan SPR itu pula bukannya hendak memansuhkan, malah tidak juga hendak mengurangkan, sebaliknya memperbanyakkan lagi undi pos sehingga kepada orang awam yang berada di luar negara pula," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor. Perlaksanaan undi pos di kalangan orang awam khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara, katanya, pasti akan meluaskan lagi ruang manipulasi terhadap undi pos. "Dengan itu, Pemuda PAS Malaysia secara tegas menolak cadangan SPR itu dan mendesak agar SPR mengurangkan lagi undi pos di negara ini, bukannya menambahkannya seperti yang dicadangkan itu," katanya. SPR, tegasnya, sepatutnya tidak bertindak membuat cadangan seperti itu, tetapi melaksanakan desakan rakyat agar undi pos dimansuhkan di negara ini. "Keengganan SPR melaksanakan desakan rakyat itu bukannya boleh menaikkan imej SPR, malah akan membuatkan rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada SPR," tegas beliau. Namun, Pemuda PAS Malaysia mencadangkan kepada SPR agar melaksanakan pembuangan undi terhadap rakyat Malaysia yang berada di luar negara di pejabat kedutaan Malaysia di negara-negara terbabit, dengan dipantau pemerhati politik dan wakil-wakil parti yang bertanding. "Ini bermaksud, pembuangan undi kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara itu sama juga seperti yang berada di dalam negara. Bezanya, mereka membuang undi di pejabat kedutaan. "Langkah seperti itu pula bukanlah sesuatu yang asing. Malah ia turut dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan di negara-negara lain di dunia ini kepada rakyat masing-masing yang berada di luar negara. "Jadi, SPR wajar mencontohi langkah seperti itu, bukannya membuat cadangan yang pelik dan ternyata memihak kepada Umno BN seperti itu," ujar beliau. |
Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’ Posted: 25 Aug 2011 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad. Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran "desakan hidup." Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti. Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad. "Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad," katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini. Kata Asri lagi, "alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup." Asri menambah, terus-terang dia sebut "semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya." Dia mempunyai tiga orang anak. "Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih. "Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan," kata beliau lagi. Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan. Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, "begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan." "Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. "Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam," kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini. Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. "Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. "Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," katanya. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. "Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi," kata beliau lagi. Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. "Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. "Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. "Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu," katanya. Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. "Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. "Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini," katanya lagi. Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya. "Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. "Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. "Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan," kata Asri sambil menambah, "pihak gereja membantu keperluan hidupnya." Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan "mesra dan saying". "Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," tulis beliau lagi. |
'Parti mengadu senarai kotor tapi cuba daftar orang mati' Posted: 25 Aug 2011 02:25 AM PDT Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengesahkan bahawa kira-kira separuh daripada mereka yang cuba untuk mendaftar sebagai pengundi, adalah tidak layak. Malah, menurutnya, parti-parti politik yang sering mengadu daftar pemilih kotor, cuba untuk mendaftar "orang mati, orang bawah umur dan penduduk tetap". "Parti-parti politik ini sepatutnya menapis terlebih dahulu orang yang mereka cuba daftar," katanya. Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya mengenai surat yang dikeluarkan pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman pada 22 Ogos yang mengkehendaki salinan MyKad pemohon disertakan bersama borang pendaftaran pengundi. Dalam surat itu, Dzulkifli berkata "hampir 50 peratus" permohonan pendaftaran ditolak kerana pemohon telah meninggal dunia, mempunyai alamat tidak sama dengan kad pengenalan, telah mendaftar sebelum ini, bahkan ada yang merupakan penduduk tetap". Untuk mengatasinya, mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan dengan salinan MyKad pemohon, akan terus ditolak. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz berkata, syarat tersebut hanya boleh digunakan di Selangor kerana masalah tersebut paling teruk di negeri tersebut. "Selangor mempunyai permohonan paling banyak daripada mereka yang tidak layak," katanya. 'PAS perlu semak dengan JPN' Mengenai perkara yang berasingan, Abdul Aziz menjelaskan, caj RM200 jika bantahan terhadap daftar pemilih tidak berjaya, bukanlah satu "penalti' tetapi adalah satu bentuk "pampasan". "Apabila bantahan dibuat, pendengaran dijalankan untuk pembantah dan orang yang statusnya dibantah. "Jika bantahan itu tidak berjaya, maka orang yang statusnya dibantah akan diberi pampasan kerana perlu menghadiri pendengaran tersebut," katanya. Jumlah maksimumnya adalah RM200 dan ia diputuskan berdasarkan kepada kes-kes, kata Abdul Aziz ketika ditanya sama ada PAS perlu membayar penalti RM200,000 untuk 1,000 bantahan yang dikemukakannya. |
Fitnah II: Bukti pendakwa raya tidak lengkap, diubahsuai- peguam Posted: 25 Aug 2011 02:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai. Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia. Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat. Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak. Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar. Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual. Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat. "(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak. "Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian. "Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia. Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot. (Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008). Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds. Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA 'segar' sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira. Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. "Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai. "(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu. "Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan," kata Sankara. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19571 |
SPR Mengakui Kebaikan Penggunaan Dakwat Kekal Posted: 25 Aug 2011 02:17 AM PDT Aziz: Biometrik lebih banyak masalah dari dakwat kekal Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan. "Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi "Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya. Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya. Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya. "Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya. Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan. Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan timbalan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan untuk mengundi. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan