Isnin, 15 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini kata SPR

Posted: 14 Aug 2011 10:56 PM PDT

"TIADA daftar pemilih yang bersih di dunia ini" itulah kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut timbalan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Mohd Yusof sebagai jawapan kepada pendedahan demi pendedahan penyelewengan daftar undi SPR seperti yang dilaporkan oleh Portal Malaysian Insider [TMI].


Dengan kata lainnya, SPR memang merelakan pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil. "tiada daftar pemilih yang bersih dalam dunia ini" samalah juga bermaksud, "tiada pilihanraya yang bersih dalam dunia ini".

Jelas sekali SPR merestui pilihanraya yang kotor, yang tidak telus, dan berat sebelah. SPR merelakan demokrasi di negara ini dicabul secara terang-terangan. Apa tindakan kita?

ReJaM© "Nantikan semboyan BERSIH 3.0 tidak lama lagi!"

Warga asing, PATI halang orang kampung bersolat!

Posted: 14 Aug 2011 03:05 PM PDT


PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong (gambar atas) telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai 'Imam Bertauliah' di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.

Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

"Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong," ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya

SEMENTARA....Surau sementara ini tidak dapat dibina kerana JHEAINS belum memberi kebenaran.


KARUNG....Surau sementara ini terpaksa dibina menggunakan karung plastik terpakai, sekadar membolehkan jemaah berteduh dari panas terik mentari.


DAIF....Di surau serba daif inilah umat Islam beribadah kerana mereka tidak ada tempat mengadu melainkan Allah Azzawajalla.

BASAH....Walaupun basah oleh tempias, namun jemaah tidak berganjak, semata-mata untuk beribadah dan mensyukuri nikmat Illahi.

RUMAH TUHAN.....Nina menunjukkan surau yang ditawan oleh Wahab dan tidak membenarkan umat Islam mengerjakan ibadah di surau tersebut.


Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.

"Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya," kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

"JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat," kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato' Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk 'PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?' namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood. -sabahkini.net




ReJaM© "Rakyat diusir di tanah air sendiri..."

Bongkar kemelut Universiti Industri Selangor, UNISEL!

Posted: 14 Aug 2011 01:13 AM PDT


Sejak semalam media elektronik dan akhbar-akhbar menyiarkan berita Rokmaa Mat, bekas Pendaftar Unisel akan "dikembalikan" ke Pejabat Menteri Besar atau Yayasan Selangor, akibat kemelut Unisel.

Pada tahun 2001, atas kuasa Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor, Rokmaa Mat yang asalnya hanya seorang guru biasa dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Pendidikan Yayasan Selangor dengan gred 54.

Semasa di Yayasan Selangor, beliau bukanlah seorang "performer" kerana prestasinya hanya biasa-biasa sahaja, selain menjadi mata dan telinga Khir Toyo. Akibatnya, beberapa pegawai yang tidak disenangi oleh Khir Toyo ditekan, dipindahkan ke tempat yang jauh atau dibuli, dengan cara tertentu.

Semasa menerajui bahagian pendidikan Yayasan Selangor, keputusan pelajar jadi merosot kerana dia suka melaga-lagakan pegawai atas faktor pilih kasih.

Maka sesiapa yang pandai bermuka-muka akan mendapat perhatian beliau. Maklumlah, sebagai Timbalan pengurus Besar Pendidikan, beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pengurusan tertinggi. Sebab itu Rokma tidak disenangi oleh kakitangan bawahan.

Apabila wujud kekosongan jawatan pendaftar di Unisel, beliau diarahkan oleh Khir Toyo untuk mengisi jawatan itu, demi meluaskan pengaruhnya sebagai MB di universiti swasta itu.

Untuk itu, beliau meletakkan jawatan di Yayasan Selangor pada tahun 2006 untuk menerima jawatan gred Jusa C dan lebih berprestij di Unisel.

Sejak itu, bermulalah episod cengkaman beliau di Unisel, maklumlah dia orang Khir Toyo.

Rupa-rupanya Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo. Patutlah beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Sumber dalaman Unisel menunjukkan bahawa kakitangan Unisel memang tidak menyukai beliau, kerana sering menghalang aktiviti pelajar dan pensyarah yang tidak menyokong UMNO/BN.

Ini ditambah pula dengan usaha beliau yang dikatakan mensabotaj pengambilan pelajar baru Unisel sehingga kemasukan pelajar merosot. Beliau melakukan pelbagai cara dengan "menyimpan" fail permohonan pelajar, menutup khidmat kemasukan pelajar onlne dan mengurangkan publisiti pengambilan pelajar. Tujuannya ialah untuk menunjukkan kerajaan Tan Sri Khalid gagal mentadbir Unisel.

Adakah patut seorang pegawai kanan bertindak demikian?

Dia pula bersekongkol dengan Naib Canselor, Dr. Rosti.

Dibongkar juga cerita sebenarnya Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang profesional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong "geng UMNO" dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Hal ini diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai-pegawai kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Oleh itu, cerita Rokma kononnya akan kembali ke jawatan asalnya di Yayasan Selangor adalah tidak benar. Dia sudah meletakkan jawatan pada tahun 2006.

Jika dihantar ke Yayasan Selangor, beliau hanya akan menjadi "penumpang" yang tidak dikehendaki. Dia sudah pasti akan membuat "onar" dan menganggu pengurusan sedia ada.

Jawatannya di Unisel hanyalah bertaraf kontrak. Oleh itu, dia akan ditamatkan kontraknya mengikut masa yang ditetapkan.

Jika Rokmaa Mat mempunyai maruah, dia sepatutnya meletakkan jawatan. Jika dia menerima untuk dihantar ke Yayasan Selangor, bermakna dia memang muka tak malu!


ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya..."

Tiada ulasan: