Sabtu, 13 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang

Posted: 13 Aug 2011 12:53 AM PDT

ISU larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara waktu subuh, terus menjadi bahan politik United Malays No Otak bagi mendapatkan sokongan Melayu. Malah ada blogger yang tergamak memutar belitkannya sampai ke tahap fitnah [Larangan Azan]

Cybertroopers gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) terus menyebarkan dakyah, kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang ditadbir oleh DAP yang mengarahkan larangan ini.

Namun perkara sebenarnya, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang sebulat suara mengeluarkan fatwa larangan ini dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalil larangan tersebut berdasarkan hadis sahih:

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat"
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Salinan minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang di bawah ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tiada kaitan dengan larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di waktu Subuh.









Sumber: [edyesdotcom]

ReJaM© "Ibu kurangkan duit kocek, tapi anak salahkan penyeluk saku..."

DAP berjaya hapuskan azan kata blogger Umno!

Posted: 12 Aug 2011 05:19 AM PDT

PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan satu laporan akhbar yang dipetik dari portal rasmi Berita Harian Online, berhubung isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. JHEAIPP rujuk sini [JHEAIPP].

Awal-awal lagi ReJaM© sudah menjangkakan bahawa isu ini akan dipolitikkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno demi meraih sokongan Melayu No Otak menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Ternyata jangkaan ReJaM© tepat, salah seorang blogger terkenal gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memutar belitkan isu ini dengan mendakwa DAP berjaya menghapuskan azan dan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.


Gambar dan sumber berita yang dipetik dari Berita Harian, diputar belitkan untuk memperbodohkan orang ramai. Ini bukan tahap putar belit lagi ni, ini sudah sampai tahap fitnah! Tahniah, kerana membuat fitnah di siang hari dalam bulan Ramadhan.

ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu ini fitnah..."

Tiada ulasan: