MiLo SuaM |
- Wikileaks dedah Menteri gay dalam kabinet Najib!
- Prestasi ekonomi terkini petanda dasar ekonomi Najib gagal
- Panas! Bank Negara guna penasihat Israel?
- Salinan kad pengenalan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
Wikileaks dedah Menteri gay dalam kabinet Najib! Posted: 11 Aug 2011 12:12 AM PDT WIKILEAKS mendedahkan maklumat yang dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington melalui kebocoran kabel diplomatik yang berjaya digodam. Pendedahan kali ini melibatkan menteri gay dalam kabinet Najib Tun Razak [TMI]. Kabel diplomatik itu menimbulkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik. "Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington. Duta Amerika itu menyimpulkan bahawa tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim adalah satu tindakan politik terhadap Ketua Pembangkang. Dari maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks menggambarkan bahawa Duta Amerika di Malaysia, James R Keith memiliki maklumat yang kukuh bahawa salah seorang Menteri di dalam kabinet Najib Tun Razak adalah seorang gay. Duta Amerika itu juga dilihat memiliki maklumat kukuh tentang tabiat Gay orang-orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan. Sepatutnya jika ada dakwaan dan bukti, semua gay-gay ini harus disiasat tidak kira pangkat rupa dan harta. Jika anda masih ingat, kisah menteri Gay dalam kabinet Najib ini pernah didedahkan tidak lama dulu oleh blogger Umno. Blogger Umno tersebut menggesa Najib supaya menyiasat dan memecat menteri tersebut. ReJaM© "Gerakan yang patut dilakukan oleh Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib ialah, menyiasat Menteri Gay ini!" |
Prestasi ekonomi terkini petanda dasar ekonomi Najib gagal Posted: 10 Aug 2011 10:36 PM PDT Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu. Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi. Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang. Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang. Dato' Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta. Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC: Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai. Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak. Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006. Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara. Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Pengarah Strategi ReJaM© "Muhyiddin tersenyum menjeling kerusi orang nombor satu..." |
Panas! Bank Negara guna penasihat Israel? Posted: 10 Aug 2011 01:20 PM PDT SELEPAS pendedahan logo baru pada duit syiling Malaysia menyerupai "Star of David" seperti yang terpampang pada bendera Israel, rujuk sini [syiling baru Malaysia] satu lagi dakwaan serius didedahkan oleh kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM), melalui portal aduanrakyat.com Salam sejahtera, ReJaM© "Betul ke Najib tak tahu?" |
Salinan kad pengenalan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Posted: 10 Aug 2011 04:46 AM PDT SEJAK sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec mendakwa telah berjaya mendedahkan maklumat seorang blogger anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, pelbagai persoalan timbul. Nor Arlene Tan Binti Khalid menafikan bahawa dirinya adalah Hajjah Sitt Al-Wuzara, begitu juga blogger anti Islam tersebut yang turut menafikan bahawa dirinya adalah Arlene Tan, rujuk sini [Penafian Arlene] Hasil semakan di blog anti Islam tersebut, ReJaM© menemui satu bukti yang berasas bagi membuktikan bahawa Arlene Tan dan Hajjaj Sitt Al-Wuzara bukanlah orang yang sama. Di bawah ini satu salinan kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang diambil dari blog anti Islam miliknya [Sitt Al-Wuzara]. Kalau dilihat, nombor kad pengenalan Hajjah Sitt Al-Wuzara yang pernah didedahkan di blognya sebelum ini ialah XX0513-14-XXX2, manakala nombor kad pengenalan Arlene Tan pula seperti yang didedahkan oleh Gaysec ialah 850626-14-6572. Alamat kedua-dua individu ini juga menunjukkan perbezaan yang ketara. Pendapat peribadi ReJaM©, lebih baik orang yang bersalah dilepaskan daripada kita menghukum orang yang tidak bersalah. Bukti ini menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh Gaysec kerana mendedahkan maklumat orang yang salah. Bagaimanapun, hanya Allah yang lebih mengetahui. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan