MiLo SuaM |
- Lori terbalik berhampiran susur keluar Putra Height, jam teruk
- Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nafi dirinya adalah Arlene
- Laporan Polis Nor Arlene Tan terhadap Gaysec
Lori terbalik berhampiran susur keluar Putra Height, jam teruk Posted: 09 Aug 2011 05:52 PM PDT SEBUAH lori terbalik di kawasan berhampiran susur keluar Putra Height, Subang Jaya di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah menuju ke Shah Alam. Kemalangan ini menyebabkan berlaku kesesakan teruk sehingga ke hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bagi pengguna Lebuhraya yang menuju ke Shah alam adalah lebih baik menggunakan laluan lain. ReJaM© "Berhati-hati memandu ingatlah orang tersayang..." |
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nafi dirinya adalah Arlene Posted: 09 Aug 2011 02:57 PM PDT BERIKUTAN pendedahan Gaysec yang mendakwa Nor Arlene Tan Binti Khalid adalah pemilik blog anti Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Alwuzara, pelbagai kecaman dan ugutan diterima olehnya. Arlene telah mengeluarkan satu kenyataan umum penafian yang menjelaskan bahawa dirinya bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di dalam blognya [purplepearl]. Di dalam kenyataann itu, Arlene menegaskan bahawa beliau bukanlah Sitt Wuzura, dan beliau tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Malah Arlene menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui isu ini sehinggalah dimaklumkan oleh salah seorang rakannya di facebook memberitahu bahawa dirinya telah dituduh secara silap. Selain itu Arlene mendakwa baru pertama kali membaca blog anti Islam itu dua hari yang lalu atas sebab untuk memberikan bukti kepada pihak Polis. Satu laporan Polis telah dibuat oleh Arlene terhadap Gaysec dan individu-individu yang telah menuduhnya secara silap dan menyebarkan maklumat dirinya di internet menggalakkan orang ramai mengganggunya, rujuk sini [Laporan Polis Arlene]. Dalam pada itu, penulis blog anti Islam yang menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu juga telah mengeluarkan satu kenyataan penafian. Dia menafikan bahawa dirinya adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Sila rujuk sini [Google plus] ReJaM© "Hanya Allah yang Maha Mengetahui, nantikan perkembangan seterusnya..." |
Laporan Polis Nor Arlene Tan terhadap Gaysec Posted: 09 Aug 2011 08:47 AM PDT HEBOH kebelakangan ini berita tentang sebuah blog yang menghina agama Islam menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dalam pada itu sekumpulan hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec, mendakwa telah berjaya mendedahkan identiti blogger tersebut. Di dalam beberapa siri pembongkaran oleh Gaysec, mereka mendakwa blog Hajjah Sitt Al-Wuzara dimiliki oleh seorang individu yang bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid. Akibat dari pembongkaran itu, Arlene Tan menerima pelbagai kecaman dan mesej berbaur ugutan melalui akaun facebook dan telefon bimbitnya. Bagaimanapun Arlene menafikan penglibatan beliau dengan blog anti Islam tersebut. Arlene mendakwa Gaysec telah membongkarkan maklumat yang salah dan mengakibatkan beliau menerima bahana kesilapan Gaysec itu. Susulan dari pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh yang diterima olehnya, Arlene telah membuat satu laporan Polis terhadap sekumpulan hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Gaysec itu. Berikut salinan laporan Polis yang dibuat olehnya. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. ReJaM© "Tunggu dan lihat..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan