Sabtu, 6 Ogos 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Peniaga beli kereta "cash" dengan syiling 300kg

Posted: 05 Aug 2011 09:38 PM PDT


SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.



Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut [Free Malays].




ReJaM© "Lady Gajah menabung dari kecik nak beli cincin kah kah kah..."

Raja penyibuk "spam" Facebook didakwa di mahkamah!

Posted: 05 Aug 2011 07:55 PM PDT


SEORANG lelaki Amerika Syarikat didakwa kerana mengirim lebih 27 juta "mesej penyibuk" kepada pengguna Facebook.

Sanford Wallace, atau juga dikenali sebagai "raja spam", diserahkan kepada agen Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI di California.

Menurut pihak pendakwaan, Sanford Wallace dikatakan telah membina sebuah program yang berjaya menembusi sistem penapisan Facebook (spam filter) dan mengumpan para pengguna untuk menghantar butiran akaun mereka.

Wallace bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atasnya yang mana boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $100,000 (RM350, 000)

Pihak pendakwa berkata, program yang dibina oleh Wallace itu akan menghantar mesej-mesej penyibuk (spam) di dinding pengguna Facebook dari akaun milik rakan-rakan facebook individu tertentu, mengajak untuk melawat sebuah laman sesawang yang akan mengumpulkan butiran maklumat mangsa.

Para pengguna ini kemudiannya akan diarahkan ke sebuah laman sesawang affiliate yang akan memberikan "keuntungan besar" kepada Wallace.

Kira-kira 500,000 akaun Facebook telah dimanipulasi di antara November 2008 dan Mac 2009, membawa kepada penghantaran lebih 27 juta mesej-mesej penyibuk kata pendakwaraya.

Facebook telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Wallace pada tahun 2009 dan mahkamah persekutuan telah memerintahkannya agar tidak memasukki sistem rangkaian Facebook. Bagaimanapun, menurut pendakwa, dia berulang kali melanggar arahan tersebut dalam tahun ini.

Wallace juga kalah terhadap saman sivil yang dikenakan ke atasnya oleh MySpace dalam tahun 2008, kerana menghantar longgokan mesej-mesej penyibuk kepada pemilik akaun di laman sosial itu.



ReJaM© "Peringatan kepada spammer, penjara 10 tahun tu beb..."

Tiada ulasan: